570 likes | 1.15k Views
Undang-Undang dan Penulisan Pusat Pengajian Umum maharam@ukm.my http://maharamdotcom.blogspot.com 03-89216924. 50 Dalil Mengapa Anwar . . . Khalid Jefri. Hadis Satu Penilaian Semula Kassim Ahmad. S h i t Shahnon Ahmad. Aurad Muhammadiah Ashaari Muhammad. Cinta 100 Ela
E N D
Undang-Undang dan Penulisan Pusat Pengajian Umum maharam@ukm.my http://maharamdotcom.blogspot.com 03-89216924
50 Dalil Mengapa Anwar . . . Khalid Jefri Hadis Satu Penilaian Semula Kassim Ahmad S h i t Shahnon Ahmad Aurad Muhammadiah Ashaari Muhammad Cinta 100 Ela Raja Azmi The Malay Dilemma Mahathir Mohamad
Pengenalan • Undang-undang tidak bezakan penulis dengan rakyat lain dan tidak memberikan sebarang keistimewaan kepada mereka. • Undnag-undang wujud secara langsung atau tidak langsung. Kaitan langsung ialah kesan sesuatu undang-undang itu amat rapat dengan hasil penulisan seseorang penulis seperti undang-undang hakcipta. • Kaitan tidak langsung seperti kesalahan menghasut (akan didakwa di bawah undang-undang hasutan). • Hak penulis juga dijamin oleh undang-undang. • Kebebasan menulis dalam Perlembagan Malaysia. • Penulis dilindungi jika tulisan disiarkan atau diterbitkan dan ini terjamin dalam undang-undang kontrak.
Undang-undang yang mengawal Penulisan dan Penerbitan Akta Hasutan 1948 Akta Fitnah 1957 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 Akta Kontrak 1950 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972
1.Undang-undangHakcipta IadikenalisebagaiAktaHakcipta 1987 yang memansuhdanmenggantikanAktaHakcipta 1969. Hakciptaialahhakekskusif yang diberikanolehundang-undangkepadapenciptaataupenerimahaknyauntukkawalpengeluaransemulaatauberbagai-bagaibentukpenggunaankaryabagisesuatutempoh. Aktainitidakmelindungi idea tetapipernyataan idea tersebut.
Undang-undang Hakcipta • Contohnya, jika seseorang itu menemui sesuatu idea baru, maka undang-undang hakcipta tidak melindunginya tetapi jika dinyatakan dalam bentuk tulisan, ia akan dilindungi. • Tujuannya untuk melindungi penulis dan pencipta daripada pengeluaran semula karya tanpa kebenaran berdasarkan nilai ekonomi dan hak moral.
Nilai ekonomi untuk memberi ganjaran kepada penulis, manakala nilai moral adalah sebagai ransangan kepada penulis untuk terus menulis dan mendapat peniktirafan. • Adalah sesuatu yang menyediahkan apabila hasil tulisan diciplak atau dicetak rompak tanpa kebenaran dari penulis.
Pelanggaran hakcipta boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu i.Apabila penerbit lain menerbitkan salinan hasil penulisan seseorang penulis yang telah diterbitkan oleh sesebuah penerbit dalam bentuk yang serupa atau hampir serupa. ii.Apabila seseorang penulis meniru bulat-bulat atau sebahagian besar hasil penulisan seseorang penulis lain. Iii. Melalui terjemahan atau adaptasi.
Karya yang layak mendapat perlindungan apabila memenuhi; a.usaha yang cukup untuk lakukan karya asli, tidak lakukan plagiat, terjemahan, saduran dan lain-lain. b.Karya ditulis, direkodkan dan dalam bentuk bahan seperti buku dan cd. Sekiranya bahan belum bercetak, manuskrip sudah boleh dianggap sebagai bahan. Walaupun begitu, syarahan, khutbah yang tidak ditulis tidak mendapat hak cipta. c.Orang yang berkelayakan, sama ada individu warganegara atau pemastautin tetap, pertubuhan atau perbadanan yang ditubuhkan di malaysia dan guna pakai undang-undang Malaysia dan bukan warganegara apabila menerbitkan karya buat pertama kali di Malaysia.
Hakciptawujudsemasahayatpenulishingga 50 tahunkematiannya. • Sekiranyakaryaterbitsemasahidup, hakciptawujudhingga 50 tahundaripermulaantahunditerbitkan • Jikasabitkesalahanbolehdidendatidakmelebihi RM10000 bagisetiapsalinanataupenjarabagisuatutempoh yang tidakmelebihi 5 tahunataukedua-duanyasekali.
Seksyen 7(1) Akta ini menetapkan karya-karya berikut adalah layak untuk mendapat hak cipta: • karya sastera • karya muzik • karya seni • filem • rakaman bunyi • siaran
karya sastera • Novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syairdanpenulisanlainnya. • Lakonan, drama, arahanpentas, senariofilem, skripsiaran, karyakareografidanpantomin. Filemdiberihakciptasecaraberasingan. • Treatis, sejarah, biografi, karangandanartikel. • Ensiklopedia, kamusdankaryarujukan lain. • Surat, laporandan memorandum. • Syarahan, ucapan, kutbahdankarya-karya lain ygsamasifat.
Jadual @ penyusunan, samaadadlmbentukperkataan, angka @ simbolsamaadadlmbentuktampak. • Program komputer @ penyusun program komputer , tidaktermasukteksrasmikerajaan @ badanberkanun yang bersifatperundangan @ peraturan, ataupunkeputusan-keputusankehakiman.
karya muzik Seksyen 3 akta hak cipta tafsirkan muzik sebagai: Apa-apa karya muzik termasuk karya yang digubah untuk iringan muzik. Lagu: karya muzik Lirik: karya sastera. Keduanya dilindungi di bawah karya muzik.
karya seni • Karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni. • Karya senibina dlm bentuk bangunan atau model bagi bangunan • Karya pertukangan seni
filem • Filem: apa-apapenetapansesuatusirigambaranpandanganpadabahandaripadaapa-apaperihalan, samaadalutcahayaatautidak, supayabolehdenganmenggunakanbahanitudenganatautanpaapa-apabantuansesuaturekaan: • Ditunjukkansbggambarbergerak, atau • Dirakamkanpadabahan lain, termasukbunyi yang berkaitandengansesuatufilem. • Bunyilatar, fotografdianggapsebagaisebahagiandrpdfilem.
rakaman bunyi • Hak cipta melindungi rakaman bunyi, bukannya alat tersebut contoh: bunyi yang terdapat dalam cakera padat, kaset atau album. • Pemunya hak cipta: penerbit rakaman bunyi tersebut.
siaran • Siaran: pemancaranmelaluiwayar, wayarlessesuatuimejtampak, bunyiataumaklumat lain: • Bolehditerimadengansaholehorangawam, atau • Dipancarkanbagipersembahankepadaorangawam • TV1 & TV2: kerajaan Malaysia • TV3, Ntv7, TV8, TV9: Media Prima • Astro
Terdapat kelonggaran dalam Akta Hakcipta iaitu seseorang boleh melakukan perbuatan yang dilarang oleh akta jika perbuatan itu: • Untuk maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan semasa. • Untuk maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan sumber atau nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan disebut. • Untuk rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan untuk kegunaan tempat-tempat itu sahaja. Oleh itu, bagi tujuan pendidikan, membuat salinan ke atas beberapa helai dalam buku adalah wajar tetapi membuat salinan keseluruhan buku adalah satu kesalahan.
kelonggaran dalam Akta Hakcipta • Untuk pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam terhadap cabutan karya tertentu dan disertai perakuan yang mencukupi. • Untuk kegunaan Arkib Negara, Perpustakaan Negara dan Negeri melalui perintah kerajaan yang digunakan untuk kepentingan awam dan tiada keuntungan yang diperolehi atau tiada bayaran masuk dikenakan bagi penyampaian kepada awam. • Untuk maksud prosiding mahkamah. • Menggunakan petikan karya yang sudah diterbitkan dengan sumber dan nama pencipta yang terdapat pada karya tersebut.
Contoh Kes • Terdapat beberapa contoh kes yang melibatkan undang-undang ini. Antaranya ialah Bellwood Sdn. Bhd., tuan punya pusat membeli-belah Crown Square, dituduh bersubahat membenarkan Syarikat Perniagaan Ng Say Cheong menjual cakera padat cetak rompak. Tuduhan itu dibacakan bersama di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 bagi setiap salinan langganan.
Akta Hasutan 1948 IadikenalisebagaiAktahasutan 1948 (semakan 1969). Hasutan: apa-apaperbuatan yang mempunyaikecenderunganmenghasutkearahmenggugatketenteramannegaradanpemerintah. Aktivitimenghasutmeliputi; a.Melakukanataucubamenghasut, berpakatdanberkecenderunganuntukmenghasut. b.Menyebutperkataanmenghasutsamaadasecaralisanataubertulis. c.Mencetak, menerbitkan, menjual,menawarkanuntukdijual, diulangcetakapa-apapenerbitanmenghasut. d.Mengimportapa-apapenerbitan yang menghasut.
Mendatangkanperasaanbenci, penghinaanatautidaksukaterhadapmana-mana Raja ataukerajaan • Mengembangkanperasaanjahatdanpermusuhanantarakaum g.Membangkitkanrakyatsupayamengubahapa-apajuga yang tertubuhmenurutundag-undang h.Mendatangkanperasaanbenci, penghinaanatautidaksukaterhadappentadbiran. i.Mempersoalapa-apaperkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulataniaitukewarganegaraan, bahasakebangsaandanhakistimewaorangMelayudanbumiputera Sabah dan Sarawak.
Contoh Kes • Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya Lawan Ooi Kee Saik yang menerbitkan artikel ‘Alliance Policy of Segregation, Evidence Galore’ juga dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut kerana artikel itu banyak menyentuh tentang hak istimewa orang Melayu. Ini sudah tentunya bertentangan dengan kesejahteraan awam dan ia terjumlah dalam kecenderungan menghasut
Hukuman: • Mereka yang disabitkankeranamenulis, mencetak, menerbit, mengedar, mengimportataumenjualbahan-bahanpenerbitan yang mempunyaikecenderunganmenghasutakandihukumpenjaratidaklebih 3 tahunataudendatidaklebih RM5 ribu, ataukedua-duanyasekalibagikesalahanpertama. • Mahkamahberkuasamenggantungpenerbitan, danbagiakhbar, penggantunganbolehmencapaisehinggasetahun.
Akta Fitnah 1957 • Akta ini digubal utk. melindungi kepentingan, maruah dan imej seseorang atau organisasi yang rosak atau tercemar akibat sesuatu tulisan yang tidak betul. • Kebebasan bersuara adalah dijamin dan orang ramai masih bebas bersuara asalkan tidak mencemarkan nama baik orang lain dengan membuat fitnah.
Akta Fitnah 1957 . . . • Fitnah mengikut tafsiran akta ini ialah tuduhan yang boleh merendahkan kedudukan seseorang di mata masyarakat umum sehingga ia dibenci, dihina atau diperbodoh-bodohkan. • Akibat fitnah tersebut nama baiknya terjejas dalam pekerjaan, perniagaan atau kerjayanya.
Sesuatu penerbitan dianggap memfitnah sekiranya: • Mencela atau merosakkan nama baik seseorang • Penerbitan itu menyebabkan seseorang itu dibenci, dihina atau dianggap bodoh oleh masyarakat 3. Akibat fitnah yg diterbitkan, seseorang itu disingkir daripada masyarakatnya 4. Fitnah menjejaskan nama baik seseorang dalam pekerjaan, perniagaan dan kerjayanya 5. Taraf pemikiran yang digunakan ialah orang ramai yang berfikiran waras. 6. Tidak perlu reputasinya benar-benar rosak sekadar tuduhan itu mempunyai unsur fitnah. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
Terdapat empat pembelaan di bawah undang-undang fitnah iaitu: • Kefitnahan yang tidak disengajakan dan perlu memohon maaf. • Justifikasi atau kebenaran yang berlandaskan fakta dan fakta itu mestilah benar. • Komen berpatutan untuk memberi pandangan yang berasaskan kebenaran. • Keistimewaan yang dibuat di Parlimen dan perbicaraan di mahkamah.
Contoh Kes • Begitu juga dengan kes Vincent Tan Chee Yioun telah menuntut gantirugi dari Star Papyrus Printing Sdn. Bhd. berjumlah RM200juta berhubung satu artikel yang disiarkan oleh AWSJ pada 21 Disember 1998.
Akta Kontrak 1950 • Hubungan kontrak timbul apabila ada perjanjian sama ada secara bertulis atau lisan di antara pengarang dengan penerbit. • Kebanyakan penerbit mempunyai surat perjanjian penerbitan untuk ditandatangani oleh pengarang dan penerbit.
Akta Kontrak 1950 Dalam perjanjian itu: Pengarang membenarkan penerbit menerbitkan karyanya, pada masa yang sama penerbit bersetuju untuk menerbitkan-nya dan membayar royalti kepada penulis mengikut kadar yang dipersetujui.
Akta ini menyentuh mengenai kontrak yang wujud dalam keadaan: • wujud niat antara pihak mewujudkan hubungan kontraktual • wujud tawaran dan penerimaan • wujudnya balasan • pihak adalah layak disisi undang-undang • kontrak tidak dimasukan perkara yang menyalahi undang-undang
Dalam perjanjian, terma-terma berikut biasanya didapati: • Lesen mutlak menerbitkan karya. • Hak meringkaskan dan lain-lain. • Hak menterjemahkan • Perlangaran hak cipta • Royalti • Jaminan iaitu karya asal penulis • tarikh penerbitan karya • naskah percuma kepada penulis • penyuntingan • menghabiskan stok.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 Tujuan akta: membuat peruntukan demi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif, penahanan kekerasan yang dirancangkan terhadap orang dan harta di kawasan-kawasan tertentu di Malaysia, dan bagi perkara-perkara berkaitan
‘Tahananpencegahan’ dan ‘pencegahanperbuatansubversif’ adahubungannyadenganpenerbitan. MenteriDalamNegeriberkuasamenahansesiapasahajajikapenahananituperlubagimencegahnyadaripadabertindakmengancamkeselamatannegara. Jikaseseorangituberkecenderunganuntukmemudaratkankeselamatannegara, makaMenterimempunyaikuasauntukmenahannyasebagailangkahpencegahan.
Di bawah kuasa-kuasa khas berhubungan dengan penerbitan subversif, Menteri mempunyai kuasa untuk melarang sesuatu percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan dokumen atau penerbitan yang: 1. Mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan. 2. Mengesyor keingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah.
3. Dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan. 4. Mendatangkan mudarat kepada kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Kuasa Menteri boleh diperluaskan dalam penerbitan berkala, melarang penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau pengimportan apa-apa keluaran yang telah lalu atau yang akan datang. Namun orang tahanan mempunyai hak menggunakan proses rayuan melalui prinsip habeas Corpus atas alasan penahanan itu menyalahi undang-undang atau mala fide.
Contoh Kes • Contohnya, seorang lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebarkan khabar-khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). • Begitu juga dengan penulis blog di mana kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang menyentuh perkara sensitif termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam. Tindakan boleh diambil ke atas mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan.
Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta ini memberi perlindungan terhadap maklumat-maklumat rasmi yang disifatkan sebagai rahsia kerajaan. Dokumen ini termasuklah semua suratan rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri termasuk suratan, rekod keputusan, dan pertimbangan jawankuasa di bawah Jemaah Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Akta Rahsia Rasmi 1972 Aktainijugamemberikuasakepadapegawaiawammengelaskandokumenataubendarasmisebagai ‘paling rahsia’, ‘rahsia’, ‘sulit’, atau ‘terhad’. • Menjadikesalahanjikaseseorangitu: 1. Menyampaikansuatumaklumatataurahsiakepadasesebuahnegaraasingatausesiapajuga yang diatidakdiberikuasauntukmenyampaikannya.
2. Menggunakanrahsiarasmiuntukfaedahnegaraasing. • Menyimpandalammilikataukawalannyadokumenrahsia yang diatidakmempunyaihakmenyimpannya. 4. Tidakmenjagadengancaraberpatutanataubertingkahlakusehinggamembahayakankeselamatanataurahsiasesuaturahsiarasmi. Pesalahbolehdihukumpenjaramandatoritidakkurangsatutahun, dantidakmelebihi 7 tahun.
Siapakah yang boleh memerintahkan diklasifikasikan berita itu di bawah rahsia rasmi? • Seorang Menteri. • Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. • Sebarang pegawai awam yang dilantik di bawah S2B oleh Menteri atau oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri melalui satu sijil yang ditandatanganinya. Keperluan pangkat atau kekananan dalam perkhidmataan tidak diperuntukkan.
Siapakah yang boleh membuang klasifikasi tersebut? • Seorang Menteri. • Seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri • Seorang pegawai awam yang dipertanggungjawab berkaitan dengan seorang menteri, jabatan atau sebarang perkhidmatan awam. • Pegawai utama yang bertanggungjawab dengan soal-soal pentadbiran sesebuah negeri.
Contoh Kes • Contoh kes ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa parti itu memiliki dokumen perjanjian konsesi tol. Berikutan pendedahan itu, kerajaan boleh mengambil tindakan sekiranya dokumen itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hal yang sama juga bagi pesalah yang membocorkan kertas peperiksaan kepada umum boleh didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Terdapat juga pembelaan di bawah akta ini iaitu: • Maklumat tidak dikelaskan oleh seorang pegawai di bawah S2B dan tidak diliputi oleh takrif rahsia rasmi di bawah S8. • Keadaan istimewa misalnya keistimewaan Parlimen dan imuniti berkaitan dengan prosiding mahkamah.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. • Ia • Tujuan: mengawal semua jenis penerbitan sama ada yang dicetak dalam negeri atau yang diimport dari luar negeri. • Lesen percetakan mesti dipohon dari Menteri Dalam Negeri dan mengikut budi bicara beliau, beliau boleh meluluskan suatu lesen atau menolaknya, membatal atau menggantung lessen percetakan.
Kesalahan seperti penerbitan lucah, mengandungi hasutan sehingga boleh membawa kepada kekacauan dalam masyarakat dan lain-lain adalah satu kesalahan. • Penerbitan juga perlu kepada permit dari Menteri Dalam Negeri dan Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit, membatal atau menggantungnya. Kesalahan seperti penerbitan yang membawa kepada bahaya kepada masyarakat adalah suatu kesalahan.
Antara keperluan penting di bawah akta ini ialah: • Larangan tentang penulisan berita yang tidak benar. • Keputusan Menteri Dalam negeri mengenai peruntukan akta ini muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dimana-man mahkamah. • Pihak yang tidak berpuashati mengenai tindakan kerajaan tidak boleh diberi pendengaran.