1 / 38

PERTIKAIAN PERUSAHAAN (PP)

PERTIKAIAN PERUSAHAAN (PP). PENDAHULUAN. Perhubungan perusahaan bertujuan untuk menjalin hubungan baik antara majikan dan pekerja.

cisco
Download Presentation

PERTIKAIAN PERUSAHAAN (PP)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERTIKAIAN PERUSAHAAN (PP)

  2. PENDAHULUAN • Perhubungan perusahaan bertujuan untuk menjalin hubungan baik antara majikan dan pekerja. • Jika terdapat keengganan pihak yang terlibat dalam menyelesaikan sesuatu isu yang berkaitan pekerjaan dan kontrak perkhidmatan, maka berlakulah suatu pertikaian yang tidak diingin. • Pertikaian ini dikenali sebagai PP.

  3. DEFINISI PP • PP adalah “apa-apa pertikaian di antara majikan dengan pekerja-pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut”. (seksyen 2, APP 1967)

  4. Definisi ini merangkumi setiap pertikaian yang melibatkan majikan dan pekerjanya yang bersangkutan dengan perkhidmatan pekerja ataupun yang berkaitan dengan faedah dan keistimewaan yang bersangkutan dengan pekerjaan tersebut. (Hagemeyer Industries Sdn Bhd and National Union of Commercial Workers (Award 75 of 1983))

  5. Elemen-elemen • Pihak-pihak yang terbabit di dalam pertikaian • Perkara-perkara yang dipertikaikan

  6. Pihak • Pihak adalah KS pekerja yang bertindak bagi semua atau mana bilangan anggotanya dalam PP, atau majikan yang bertindak bagi dirinya dalam PP, atau KS majikan yang bertindak untuk semua atau mana-mana bilangan ahlinya dalam PP. (seksyen 2, APP 1967) • Majikan adalah mana-mana orang atau kumpulan orang, samada yang

  7. diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang mengambil pekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dan termasuklah kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun melainkan jika diperuntukkan secara nyata selainnya mengikut undang-undang. (seksyen 2, APP 1967) • Pekerja bermaksud mana-mana orang, termasuk pelatih, yang diambil bekerja oleh majikan untuk mendapatkan upah dan ganjaran dan bagi maksud-maksud

  8. prosedur yang berhubungan dengan pertikaian perdagangan termasuklah mana-mana orang yang telah dipecat, dilepaskan atau diturunkan pangkat dalam hubungan dengan atau sebagai kesan daripada pertikaian itu atau oleh kerana pemecatan, perlepasan atau penurunan pangkat itu menyebabkan pertikaian itu. (seksyen 2, APP 1967)

  9. Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa tidak terdapat dalam definisi PP yang menyatakan bahawa definisi itu terhad kepada pertikaian di antara majikan dan KS yang mewakili pekerja atau pekerja-pekerja sebagai anggota kesatuan.(PP boleh merupakan pertikaian bersama atau pertikaian individu dan tidak perlu diwakili oleh KS) (Dr. A Dutt v. Assunta Hospital (1981) 1 MLJ 304)

  10. Pertikaian berlaku antara pekerja-pekerja bukanlah PP. (Larkin v. Long (1915) AC 55)

  11. Perkara • Ia mestilah bersangkutan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja mana-mana daripada pekerja tersebut, ringkasnya, kontrak perkhidmatan.

  12. Maksud pertikaian bersangkutan dengan bukan pekerjaan di sini adalah perkara yang negatif tentang pekerjaan. Ini berlaku apabila majikan menamatkan perkhidmatan pekerja, atau tidak mahu mengambil pekerja bekerja atau bersedia serta bercita-cita untuk membuang pekerja walaupun beliau masih di dalam perkhidmatan atau tidak memberi

  13. kerja kepada pekerja yang layak bekerja atau menggantungkan pekerjaan pekerja. Ini juga termasuklah penamatan kontrak perkhidmatan secara tersirat. (Telok Anson Agricultural Enterprise Sdn Bhd (Arcadia Estate) and National Union of Plantation Workers (Award 139 of 1984)

  14. Mengenai syarat-syarat pekerjaan ia termasuklah masa kerja, upah, pemecatan, pergantungan atau perlantikan semula anggota-anggota kesatuan yang telah diterima umum. • Manakala peraturan-peraturan kerja bermaksud ‘keadaan-keadaan fizikal tempat pekerja itu menjalankan kerja-kerja umpamanya yang berkaitan dengan perkara-perkara keselamatan dan keselesaan fizikal.

  15. KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN PP • Perdamaian (Conciliation) • Timbangtara (Arbitration) • Pemeriksaan dan Penyiasatan

  16. PERDAMAIAN • Perdamaian bermakna membawa kedua-dua pihak yang terlibat bersama untuk menyelesaikan masalah mereka. Ia adalah digalakkan bagi mencapai kata sepakat, Maka terpulanglah kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mencapai suatu persetujuan. Pendamai cuma mengatur perjumpaan sahaja.

  17. Perdamaian boleh berlaku apabila majikan, KS majikan-majikan atau KS pekerja-pekerja yang terlibat dalam pertikaian bolehlah melaporkan kepada KP jika sekiranya suatu PP wujud atau dijangkakan berlaku. (seksyen 18(1), APP 1967)

  18. KP hendaklah menimbang apa-apa pertikaian yang dilaporkan kepadanya dan mengambil langkah-langkah tertentu yang perlu dan sesuai lagi bermanfaat untuk menggalakkan penyelesaian segera. Tindakan ini tidaklah termasuk pertikaian yang melibatkan pemecatan. (seksyen 18(2), APP 1967) **** Perdamaian melibatkan pemecatan akan dibincangkan selepas topik ini ****

  19. Langkah-Langkah Perlu • Apabila KP menerima laporan tentang PP atau setelah KP mengambil langkah-langkah bagi menggalakkan penyelesaian, pihak yang melaporkan tentang PP hendaklah mengemukakan kepada KP semua maklumat yang perlu yang diminta oleh KP yang berkaitan tentang pertikaian bersama-sama suatu penyata yang menerangkan butir-butir yang dipersetujui bersama dan yang masih belum dipersetujui. (seksyen 19(1), APP 1967)

  20. KP juga boleh mengarahkan pihak yang satu lagi berbuat demikian. KP boleh, jika perlu dan bermanfaat mengarahkan orang yang terlibat secara langsung atau tidak dengan PP untuk menghadiri suatu persidangan pada masa dan tempat yang diarahkan yang mana persidangan tersebut dipengerusikan oleh KP sendiri atau orang yang dilantik beliau. (seksyen 19(2), APP 1967)

  21. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh KP termasuklah rujukan pertikaian bagi penyelesaian kepada kepada jentera yang berkenaan yang telah wujud menurut suatu perjanjian di antara atau yang terpakai bagi pihak-pihak yang terlibat dalam PP melainkan • a) pertikaian telah dirujuk kepada jentera tersebut dan penyelesaian gagal diperolehi dan • b) pertikaian tidak dapat diselesaikan dengan segera menerusi jentera tersebut. (seksyen 18(4), APP 1967)

  22. Setelah langkah-langkah perlu telah diambil, KP telah berpuashati bahawa PP telah gagal diselesaikannya, beliau hendaklah memberitahu kepada Menteri dengan sewajarnya. (seksyen 18(5), APP 1967)

  23. Perdamaian oleh KP • Perdamaian juga boleh berlaku, dengan initiatif KP apabila beliau mengambil langkah-langkah perlu bagi menggalakkan penyelesaian disebabkan terdapatnya kepentingan awam. (seksyen 18(3), APP 1967)

  24. Perdamaian oleh Menteri • Menteri boleh pada bila-bila masa jika perlu atau suai-manfaat mengambil langkah-langkah perlu untuk mendamaikan suatu PP. (seksyen 19A(1), APP 1967)

  25. Perwakilan Perdamaian • Perwakilan dalam prosiding perdamaian adalah terhad. • Ia hanyalah terdiri daripada: • a) majikan atau diwakilkan oleh pekerja yang diberi kuasa sewajarnya, atau seorang pegawai atau pekerja KS majikan-majikan atau mana-mana kakitangan suatu pertubuhan majikan-majikan yang didaftarkan di Malaysia; • b) KS bolehlah diwakili oleh seorang pegawai atau pekerja KS atau mana-mana

  26. kakitangan sesuatu pertubuhan pekerja-pekerja yang didaftarkan di Malaysia. (seksyen 19B(1), APP 1967) • Perwakilan tidak boleh diwakilkan oleh mana-mana peguambela, penasihat, perunding dan lain-lainnya. (seksyen 19B(2), APP 1967)

  27. TIMBANGTARA • Timbangtara adalah kaedah menyelesaikan sesuatu PP apabila dua pihak yang bertikai meminta pihak ketiga membuat keputusan terhadap mereka. Ia dikenali sebagai timbangcara sukarela. Pihak-pihak yang terlibat akan menerima keputusan penimbangcara sebagai mengikat.

  28. Timbangcara juga boleh berlaku atas ketetapan undang-undang. Ia dikenali sebagai timbangcara paksaan. Timbangcara boleh dilaksanakan oleh seorang penimbangcara tunggal, oleh suatu jawatankuasa sementara penimbangcara atau oleh Mahkamah Perusahan (MP). • Mengikut peruntukan APP 1967, hanya satu agensi sahaja yang terlibat dalam timbangtara yang berkaitan PP iaitu MP.

  29. Timbangtara oleh MP • Timbangcara oleh MP hanya akan berlaku berdasarkan rujukan oleh Menteri disebabkan permintaan bersama secara bertulis oleh pihak-pihak yang terlibat dalam PP samada oleh KS pekerja-pekerja, majikan atau KS majikan-majikan. (seksyen 26(1), APP 1967)

  30. MP tidak boleh mengadakan timbangcara bagi pertikaian di bawah seksyen 33 APP 1967 (yang berkaitan dengan penafsiran bagi award MP dan Per.K yang telah diakui) atau di bawah seksyen 56 APP 1967 (yang berkaitan dengan perintah oleh MP ke atas award yang diberikan dan Per.K yang diakui).

  31. Mahkamah mengatakan bahawa sesuatu PP yang hendak diselesaikan secara timbangtara hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah ini mengikut seksyen 26 APP 1967 walaupun pertikaian adakalanya berlaku di bawah seksyen 26 atau seksyen 56. Untuk pertikaian di bawah seksyen 26, ia hendaklah berdasarkan keputusan Menteri untuk merujukkannya ke Mahkamah. Jika sekiranya kita meneruskan kes di bawah seksyen 56, kita akan melanggari tugas-tugas KP Perhubungan Awan and menyalahgunakan kuasa-kuasa Menteri (Goh & Dom Enterprise Sdn Bhd and Union of Employees of Port Ancillary Services Supplier (Award 120 of 1987)).

  32. PEMERIKSAAN DAN SIASATAN • Pemeriksaan dan penyiasatan berlaku apabila Menteri melantik suatu Jawatankuasa Penyelidik atau Lembaga Siasatan jika berlaku atau dijangka berlaku sesuatu PP. Segala perkara yang berkaitan dengan PP bolehlah juga dirujukkan kepada Jawatankuasa atau Lembaga tersebut. (seksyen 34, APP 1967)

  33. Jawatankuasa • Bilangan ahli suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Menteri adalah seorang atau lebih. (seksyen 35(1), APP 1967) • Apabila perlantikkan dibuat, Jawatankuasa dengan secepat mungkin hendaklah menyelidik sebab-sebab dan hal-hal keadaan kenapa PP wujud dan melaporkan kepada Menteri. (seksyen 35(2), APP 1967)

  34. Lembaga • Lembaga boleh terdiri daripada seorang atau seorang Pengerusi dan lain-lain yang difikirkan perlu oleh Menteri. (seksyen 36(1), APP 1967) • Lembaga ini boleh bertindak, walaupun terdapat kekosongan dalam bilangannya. (seksyen 36(2), APP 1967) • Sebarang prosiding di hadapan Lembaga bolehlah diwakilkan dengan kebenaran

  35. Pengerusi, oleh pekerja atau pegawai KS majikan atau pekerja-pekerja atau mana-mana pegawai sesuatu pertubuhan majikan-majikan atau pekerja-pekerja yang didaftarkan di Malaysia atau oleh seorang peguambela. (seksyen 36(4), APP 1967) • Keterangan yang diberikan bolehlah atas sumpah atau ikrar, apabila ianya dikehendaki oleh sesuatu Lembaga. (seksyen 36(5), APP 1967)

  36. Laporan • Penyiasatan yang dibuat oleh Lembaga hendaklah dilaporkan kepada Menteri (seksyen 37(1), APP 1967) • Laporan boleh dibuat secara interim. (seksyen 37(2), APP 1967) • Laporan Lembaga hendaklah dikemukakan dengan secepat mungkin kepada Dewan Rakyat. (seksyen 37(3), APP 1967)

  37. Menteri boleh samada sebelum atau selepas laporan dibentangkan di Dewan Rakyat menerbit dari masa ke semasa hasil siasatan dan laporan serta kesimpulan-kesimpulan yang diperolehi dan dicapai oleh Lembaga. (seksyen 37(4), APP 1967)

  38. KESIMPULAN • PP di antara majikan dan pekerja atau KS-KS sebolehnya hendaklah dielakkan • Jika PP tidak dapat diatasikan maka ia hendaklah diselesaikan berlandaskan ketetapan-ketetapan undang-undang. • Perhubungan tanpa PP akan mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.

More Related