1 / 20

AYEA 2331 ISU PERTIKAIAN WILAYAH. PERTIKAIAN CHINA - TAIWAN DAN PERANAN AMERIKA SYARIKAT.

AYEA 2331 ISU PERTIKAIAN WILAYAH. PERTIKAIAN CHINA - TAIWAN DAN PERANAN AMERIKA SYARIKAT. NORSYAIDAH BTE MOHAMMAD. AEA 100213. SEJARAH PERTIKAIAN CHINA DAN TAIWAN. TINDAKAN CHINA (SOFT POWER &HARD POWER) DALAM MENARIK TAIWAN SEMULA. TINDAK BALAS TAIWAN TERHADAP CHINA.

madra
Download Presentation

AYEA 2331 ISU PERTIKAIAN WILAYAH. PERTIKAIAN CHINA - TAIWAN DAN PERANAN AMERIKA SYARIKAT.

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AYEA 2331ISU PERTIKAIAN WILAYAH.PERTIKAIAN CHINA - TAIWAN DAN PERANAN AMERIKA SYARIKAT. NORSYAIDAH BTE MOHAMMAD. AEA 100213.

  2. SEJARAH PERTIKAIAN CHINA DAN TAIWAN. • TINDAKAN CHINA (SOFT POWER &HARD POWER) DALAM MENARIK TAIWAN SEMULA. • TINDAK BALAS TAIWAN TERHADAP CHINA. • HUBUNGAN CHINA DAN AMERIKA SYARIKAT. • HUBUNGAN TAIWAN DAN AMERIKA SYARIKAT. • IMPLIKASI YANG AKAN BERLAKU APABILA AS MENARIK DIRI.

  3. Perpecahanchina_taiwan. • 1895- Kekalahan China kepada Jepun dan membawa Perjanjian Shimonoseki. • Taiwan dan kepulauan Penghu diserahkan kepada Jepun. • Diserahkan kembali kepada China setelah kekalahan Jepun pada tahun 1945. • 1949- Taiwan berpisah daripada China dan membentuk sebuah negara bebas dengan bantuan Amerika Syarikat tetapi tidak diiktiraf oleh China. • China (Republik Rakyat China (PRC))- Komunis • Taiwan (Republik China (ROC))- Demokrasi.

  4. Pertikaian Parti Koamintang (KMT) yang diketuai oleh Chiang Kai-shek dan Parti Komunis China (CCP) diketuai oleh Mao Zedong. • CCP memerintah China pada tahun Okt 1949 menyebabkan KMT melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan sebuah negara demokrasi. • China menggunakan strategi soft power dan hard power dalam usaha menarik semula Taiwan. • Soft power- Joseph Nye, merupakan kuasa yang datang dari ekonomi, ideologi, nilai dan budaya. • Hard power- strategi sesebuah negara yang punyai kekuatan tentera yang kuat dan berkeupayaan memaksa negara lain mengikut kemahuannya.

  5. Tindakan china 1949-1978 (HARD POWER). • CCP dan KMT cuba menghancurkan sesama mereka dan mendakwa mereka wakil sah kerajaan China. • 1949- PLA (People Liberation Army) memodenkan angkatan tentera sehingga punyai 519 kapal perang dan 341 kapal penyokong tentera. • Sep 1954- PLA lancarkan perang dengan siri pengeboman di kepulauan Jinmen berhampiran Taiwan. • Jan 1955- PLA merampas beberapa buah pulau yang diduduki oleh KMT sepanjang Zhejiang.

  6. Membolehkan China menguasai laluan utama di Selat Taiwan yang beri keuntungan ekonomi. • 1958- pembinaan jalan keretapi yang menghubungkan Xiamen di Fujian dengan Yingtan di wilayah Fujian iaitu wilayah paling hampir dengan Taiwan. • Dijadikan pengangkutan untuk tentera. • Turut membina pusat tentera yang punyai kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan tentera laut. • 1960- ancaman ketenteraan semakin berkurangan dengan campur tangan Amerika Syarikat.

  7. 1979-1995 (SOFT POWER) • Beijing menghantar surat dengan perjanjian penyatuan. • Sistem “1 negara 2 sistem” – sistem sosial, ekonomi, cara hidup dan pelaburan asing tidak akan diubah. • Berjanji akan menghentikan ancaman pengeboman di pulau2 kecil. • Mencadangkan 3 hubungan (hubungan dalam bidang komersial, pos dan lawatan) dan 4 pertukaran (program pertukaran akademik, kebudayaan, ekonomi dan sukan) • Penubuhan institusi separuh rasmi Association For Relation Across Taiwan Straits (ARATS) dan Strait Exchange Foundation (SEF).

  8. 8 cadangan (30/1/1995) • Pendirian China yang mahu mengekalkan prinsip 1 China. • Beijing tidak halang Taiwan punyai hubungan tidak rasmi dengan mana2 negara tetapi menegaskan China menentang aktiviti yang punyai objektif peluasan kuasa. • Perbincangan keamanan boleh terdiri daripada pelbagai parti dan kumpulan ke2-2 pihak yang diwakili. • Penyatuan secara aman. Ketenteraan tidak akan digunakan sesama China. • Hubungan ekonomi yang lebih rapat dilakukan dan pelabur Taiwan dilindungi. • Penekanan terhadap keindahan kebudayaan China • Berjanji untuk melindungi hak2 rakyat Taiwan. • Menjemput pemimpin2 Taiwan melawat ke China.

  9. 1995-1996 (HARD POWER) • 21-26/7/1995 – PLA lancar beberapa siri ujian peluru berpandu balistik ke Timur Laut China kira2 150km dari utara Taiwan. • 15-25/8 – lakukan ujian latihan berpeluru berpandu, meriam dan ujian ketenteraan lain. • 18- 25/3 /1996 – PLA lakukan ujian tentera darat, laut dan udara. • Kawasan sasaran 3 ujian berpandu hanya kira2 20 batu nautika dari Keelung, pelabuhan laut kedua terbesar di Taiwan. • Serangan hard power dilakukan selepas lawatan Lee Teng Hui ke Amerika (1995) • Lawatan tersebut dilihat sebagai tanda mendapatkan sokongan untuk kemerdekaan Taiwan.

  10. 1997-2000 (SOFT POWER & HARD POWER) • China gunakan kuasa veto PBB menveto penghantaran kuasa tentera ke Guatemala dalam Operasi Pengaman PBB dengan alasan Guatemala mengiktiraf kedaulatan Taiwan. • China berjaya mengurangkan jumlah bilangan negara yang iktiraf Taiwan daripada 30 buah negara kepada 26 buah negara. • China menggalakkan kemasukan pelabur Taiwan yang punyai hubungan baik dengan KMT dan melabur dalam bidang infrastruktur, jana kuasa elektrik dan teknologi tinggi. • 1998- sebanyak 50 buah peluru berpandu jarak pendek diletakkan menghala ke Taiwan dan meningkat kepada 150 buah pada tahun 1999.

  11. TINDAK BALAS TAIWAN. Lee Teng Hui. • Polisi 3 no’s (no contact, no negotiation, no compromise) terhadap China. • Menolak tekanan sektor swasta untuk adakan hubungan perdagangan, udara, air secara langsung dengan China. • Hubungan Taipei_Beijing dihadkan kepada hubungan tidak rasmi dan bukan hubungan politik. • Menyatakan masalah penyatuan boleh diselesaikan dengan menghormati Taiwan dan China adalah 2 entiti politik.

  12. Peranan Lee Teng Hui boleh dilihat jelas dengan melakukan lawatan ke Amerika bagi mendapatkan sokongan. • Lee turut mendesak Beijing tidak menggunakan ketenteraan dan mengajak berunding. • Mengehadkan kerjasama ekonomi antara Taiwan_China. • Tidak membenarkan projek yang melebihi $US50juta. • Projek yang menyumbang pembangunan infrastuktur. • Projek pembangunan teknologi tinggi. • Kemunculan DPP (Parti Progresif Demokratik) yang menjurus kepada pro kemerdekaan Taiwan

  13. Chen Shui-bian (20 Mei 2000) • Polisi 4 no’s (not declare independence, not change the national tittle, not promote the referendum, not push for the inclusion). • Menghentikan sekatan kerjasama ekonomi Taiwan_China. • Pembinaan jati diri bangsa (lagu kebangsaan, penggunaan dialek Hakka, pencetakan buku teks baru, penubuhan pusat penyelidikan sastera Taiwan). • Penggunaan passport dengan cop Republik Taiwan bersama dengan perkataan rasmi Republik China. • Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan AS.

  14. HubunganChina_Amerikasyarikat • 1949- US menentang China dalam penubuhan negara komunis oleh Mao Zedong. • 1949-1969- US cuba menjatuhkan pengaruh komunis di China dengan memberi tekanan menjalin hubungan dengan negara bkn komunis spt S.Korea, Jepun, Taiwan dan Thailand. • Melarang rakyat US ke China dan memutuskan hubungan perdagangan dengan China. • 1972- Presiden US Richard Nixon melawat China dan menandatangani perjanjian Shanghai Communique. Permulaan kpd hubungan kerjasama yang lain. • US mengakui bahawa semua orang China termasuk Taiwan merupakan sebahagian daripada China dan berjanji untuk mengurangkan kuasa di Taiwan secara beransur untuk elakkan ketegangan.

  15. 1979- US memutuskan hubungan diplomasi dgn Taiwan memulakan hubungan diplomasi dgn China. • Mengiktiraf konsep 1 China oleh China. • China mula menjalankan dasar buka pintu kepada Barat dan menjalankan hubungan antarabangsa dgn lebih meluas. • Bekerjasama dalam isu-isu AT yang lain spt isu di Korea. • Banyak menjalin hubungan kerjasama tetapi saling tikam menikam. • China mendakwa US menjalin hubungan untuk kepentingan negara mereka bukan untuk negara lain. • US tidak bersetuju dengan isu hak asasi manusia di China. • China menjual teknologi nuklear ke Timur Tengah dan US menjual senjata kpd Taiwan.

  16. HubunganTaiwan_Amerikasyarikat. • Hubungan rapat terjalin semasa Perang Dunia Ke2 dan terus menjalinkan hubungan selepas Taiwan keluar dari China (1949). • 1954, Perjanjian Pertahanan Bersama Sino-Amerika memasukkan Taiwan sebahagian daripada negara kolektif keselamatan mereka. • 1972- Hubungan Us dan Taiwan mula goyah apabila Presiden Richard Nixon menjalinkan hubungan dengan China. • 1/1/1979- US ubah pengiktirafan hubungan diplomasi dari Taiwan ke China. • Namun begitu, US masih lagi jalin hubungan secara tidak rasmi dengan Taiwan dari aspek kebudayaan, komersial dan lain2.

  17. 29/3/1979- penggubalan TRA (Taiwan Relations Act) yang merupakan asas perhubungan penting Taiwan_US. • US akan memberi bantuan ketenteraan kepada Taiwan supaya mampu untuk menjaga negara mereka sendiri. (penjualan senjata dan alatan pertahanan lain) • Taiwan dianggap sebagai negara di bawah undang2 US. • 1982- Presiden Ronald Reagen membuat 6 jaminan terhadap Taiwan. • Tidak akan menetapkan tarikh penamatan penjualan senjata. • Tidak akan berunding dengan China terlebih dahulu untuk menjual senjata kepada Taiwan. • Tidak menjadi perantaraan antara China_Taiwan. • Tidak akan menyemak semula TRA.

  18. Tidak akan mengubah kedaulatan Taiwan. • Tidak akan memberi tekanan kepada Taiwan untuk berbincang dengan China. • Berlaku hubungan 2 hala yang mana pegawai antara 2 negara saling melakukan lawatan dan telah melakukan kira2 130 perjanjian. • Turut bekerjasama dalam ekonomi, perdagangan pelaburan, kebudayaan, akademik dan sains teknologi serta bidang2 yang memberi kepentingan. • US menyokong penuh kepada Taiwan dalam PBB dan pertubuhan antarabangsa lain spt WHA dan ICAO. • 2011- Taiwan merupakan negara ke10 terbesar dalam perdagangan dan 6 terbesar dalam pasaran pertanian.

  19. IMPLIKASI YANG BAKAL BERLAKU APABILA AS MENARIK DIRI. • Taiwan memerlukan kuasa pertahanan US untuk mengelakkan China melakukan serangan. • China memerlukan hubungan kerjasama dgn US untuk memastikan kerjasama ekonomi berjalan lancar. • Penarikan US dalam kedua2 negara akan mengakibatkan kesan terhadap bukan sahaja Taiwan dan China malahan negara2 sekitarnya. • US tidak mengambil pendekatan sebagai negara perantaraan antara Taiwan dan China kerana tertakluk bawah 6 jaminan yang dibuat oleh US. • US mengambil pendekatan senyap supaya kepentingan US di mana2 negara tidak dipertikaikan.

  20. Kesimpulan. • China menganggap Taiwan sebahagian daripada China dan kedaulatan China harus dikekalkan. • Perbezaan ideologi China_Taiwan menyebabkan kewujudan dasar 1 bangsa 2 negara. • China berjaya melakukan dasar tersebut dgan Hong Kong menyebabkan China semakin mendesak Taiwan supaya kembali ke China. • Taiwan mampu menentang kerana mendapat bantuan militari dari US dan Jepun. • Taiwan dan China melakukan hubungan diplomasi tidak rasmi. • US mengambil pendekatan senyap dan tidak menjadi perantaraan antara China_Taiwan.

More Related