1 / 10

SALAH LAKU PEKERJA

SALAH LAKU PEKERJA.

dawn
Download Presentation

SALAH LAKU PEKERJA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SALAH LAKU PEKERJA Terdapat banyak Award Mahkamah Perindustrian berkaitan kes-kes penamatan perkhidmatan dan pemecatan. Antara sebab yang membawa kepada pemecatan adalah perbuatan salah laku pekerja termasuklah mengingkari majikan dan tidak mematuhi arahan majikan yang sah, lewat dan tidak hadir bekerja, bergaduh dan mencederakan pekerja lain, mencuri harta majikan dan pecah amanah, tidak berlaku jujur, berjudi dan mabuk semasa bekerja, mengugut dan menakutkan pekerja lain, cuai semasa bekerja dan lain-lain.

  2. 2. Mengingkari majikan dan tidak mematuhi arahan majikan yang sah Mengingkari majikan akan menyebabkan pecah tanggungjawab tersirat pekerja untuk akur kepada majikan. Apabila tanggungjawab tersirat ini dimungkiri, ia membawa kepada persoalan dsiplin. Dalam keadaan ini majikan berhak mengambil tindakan sehingga ke tahap untuk memecat pekerja tersebut. Sikap tidak patuh tersebut adalah disengajakan iaitu pekerja dengan sengaja mengingkari syarat kontraktual pekerjaannnya. Isu substantif yang diutarakan oleh mahkamah ialah sama ada tindakan pekerja dalam semua keadaan kes, melibatkan ketidakpatuhan terhadap arahan majikan dan ianya disengajakan, dengan itu memberi hak hak kepada majikan untuk memecat pekerja tersebut. Dengan itu kegagalan pekerja mematuhi arahan majikan yang sah adalah perbuatan salah laku yang serius.

  3. arahan majikan yang tidak sah dan majikan tidak berhak menghukum pekerja atas keengganannya mematuhi arahan tidak sah itu. Lihat kes Goodyear Bhd dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekeja dalam Syarikat-syarikat Pembuatan Hasilan Getah (Award 63 tahun 1986). 2. Lewat dan tidak hadir bekerja Salah satu sebab yang munasabah bagi pemecatan pekerja adalah pekerja selalu lewat hadir ke tempat kerja. Meninggalkan tempat kerja lebih awal daripada masanya tanpa mendapat kebenaran majikan juga diputuskan oleh mahkamah sebagai suatu perbuatan salah laku yang serius. Pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikan atau sebab-sebab yang munasabah bukan sahaja merupakan perbuatan salah laku yang serius tetapi di

  4. bawah Akta Kerja, ianya merupakan suatu kemungkinan kontrak yang disengajakan oleh pekerja dan memberikan hak kepada majikan untuk menamatkan kontrak pekerjaan pekerja menurut Seksyen 15(2),Seksyen 13(2) dan Seksyen 60F(2) Akta Kerja. Lihat Syarikat Telekom Malaysia Bhd dan Madurai Veeran (Award 110 tahun 1992). 3. Bergaduh dan mencederakan pekerja lain Mencederakan majikan atau pekerja lain adalah suatu perbuatan salah laku pekerja. Secara amnya bergaduh di tempat kerja diputuskan oleh mahkamah sebagai suatu perbuatan salah laku yang memberikan hak kepada majikan untuk memecat pekerja terbabit. Terdapat banyak kes undang-undang yang diputuskan oleh mahkamah yang menyokong prinsip tersebut. Lihat Fujikura Federal Cables Sdn Bhd dan Lim Joo Song (Award 301 tahun 1992).

  5. 4. Mancuri harta majikan dan pecah amanah Mencuri atau cubaan untuk mencuri atau membantu dan bersubahat dalam perbuatan mencuri harta majikan oleh pekerja adalah perbuatan salah laku yang membawa kepada pemecatan bekerja. Dalam cubaan mencuri, pekerja tidak terlepas daripada hukuman bagi kesalahan tersebut walaupun pekerja tersebut gagal dalam cubaannya. Dalam kes yang diputuskan oleh mahkamah, terdapat bukti bahawa pekerja terlibat dengan salah laku yang menyebabkan majikan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadapnya dan justeru memberikan hak kepada majikan untuk memecatnya. Lihat Multi Purpose Management Sdn Bhd dan Kesatuan Pekerja-pekerja Estet Se-Malaya (Award 59 tahun 1988).

  6. 5. Tidak berlaku jujur Adalah menjadi syarat tersirat dalam kontrak pekerjaan bahawa pekerja perlu berlaku jujur terhadap majikan dan tidak bertindak bercanggah dengan kepentingan majikan serta berniat menyebabkan kerugian kepada majikan. Jika terdapat bukti kukuh bahawa pekerja melibatkan diri dalam tindakan yang bertujuan untuk bersaing dan memusnahkan perniagaan majikannya, majikan tersebut berhak menamatkan perkhidmatan pekerjanya dengan serta-merta. Lihat Penging Tex Sdn Bhd dan Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Pakaian Renang & Prai (Award 240 tahun 1982).Lain-lain perbuatan salah laku termasuk berjudi dan mabuk semasa bekerja (lihat Sime Darby Security Services Sdn Bhd dan Zizan bin Arshad (Award 46 tahun 1992), mengugut Dan menakut-nakutkan (lihat Sun Mix Concrete Sdn Bhd dan Kesatuan Pekerja-pekerja

  7. Pembuatan Hasiln Galian Bukan-Logam (Award 115 tahun 1987) dan cuai semasa bekerja (lihat Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd dan Kesauan Pekerja-pekerja Pengangkutan (Award 138 tahun 1992).

  8. PERUNDANGAN LAIN BERKAITAN UNDANG- UNDANG PEKERJAAN Sumber undang-undang pekerjaanyang dibincangkan di sini hanya merujuk kepada Akta Kerja,1955. Statut-statut lain yang boleh dirujuk berkaitan undang-undang pekerjaan merangkumi antaranya Akta Perhubungan,1967,Akta Kesatuan Sekerja,1959, Akta (Pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang Muda,1966, Akta Majlis Upah,1947,AktaPampasan Pekerja,1969, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,1952, Akta Kilang dan Jentera,1967, Akta Kerja (Sekatan),1968, Akta Hari Kelepasan Mingguan,950, Akta Standard-standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, 990, Akta Pembangunan Sumber Manusia,1992 dan Akta Keselamatandan Kesihatan Pekerjaan,1994.

  9. Bagi perlaksanaan sepenuhnya segala peruntukkan Akta, peraturan-peraturan diadakan dan Menteri diberi kuasa dari semasa ke semasa untuk membuat peraturan peraturan tersebut. Di bawah Akta Kerja,1955, terdapat peraturan-peraturan tersebut:- a) Peraturan-peraturan Kerja,1957 b) Peraturan-peraturan Kerja (Prosedur- Peruntukan-peruntukan Bersaling),1957 c) Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) (Konduktor Wanita),1958 d) Peraturan-peraturan Kerja (Mengambil Bekerja Wanita) (Pekerja-pekerja Syif),1970 e) Peraturan-peraturan Kerja (Pembatasan Kuasa Pegawai), 1993 f) Peraturan-peraturan Kerja (Kadar Mnimum Elaun Bersalin), 1976

  10. g) Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sementara),1980 h) Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa),1980

More Related