230 likes | 730 Views
Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 1/Bab 2). Kecemerlangan dan Kemerosotoan Kerajaan Banu Umayyah. OBJEKTIF BAB 2. Memberi penjelasan tentang perkembangan yang berlaku pada zaman Banu Umayyah.
E N D
Program Berterusan Jarak Jauh FPI, UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 1/Bab 2) Kecemerlangan dan Kemerosotoan KerajaanBanu Umayyah
OBJEKTIF BAB 2 • Memberi penjelasan tentang perkembangan yang berlaku pada zaman Banu Umayyah. • Menganalisa faktor kecemerlangan dan kemerosotan yang dicapai oleh Banu Umayyah. • Merungkaikan sebab kemunculan permasalahan dalam pentadbiran Banu Umayyah. Bab 2 / 2
KECEMERLANGAN BANU UMAYYAH • Tempoh pemerintahan 40-132H. • BU diperintah oleh 14 Khalifah. • Kecemerlangan bermula bila Mu’awiyah mula pegang tampuk pemerintahan secara bay‘ah. • Beliau memberi tumpuan kepada usaha untuk memantapkan pembangunan negara. • Beliau berhadapan pihak Byzantium dengan tingkatkan tentera darat dan armada laut BU. • Beliau berjaya tawan beberapa negara dan pulau di pinggiran Laut Tengah. • Wilayah lain turut diterokai spt AU, Andalus dan negara Asia Tengah, serta wilayah India. Bab 2 / 3
KECEMERLANGAN BU (samb.) • Mu’awiyah turut disokong oleh tokoh terkenal: ‘Abd Allah b. ‘Abbas, ‘Abd Allah b. ‘Umar, ‘Abd Allah b. al-Zubayr dan Abu Ayyub al-Ansari. • Zaman gemilang ini terencat pada era Yazid dan Mu’awiyah II. Ini kerana muncul masalah dalaman BU. • Era ‘Abd al-Malik dan al-Walid dianggap juga sebagai zaman gemilang. • Mrk dapat kembalikan keagungan BU. • Begitu juga zaman ‘Umar dan Hisham. Bab 2 / 4
DIMENSI KECEMERLANGAN BU • Melibatkan sektor politik, ekonomi dan kebudayaan. • Banu Umayyah menukar sistem de jure kepada de facto. • Monarki ditunjang, shura dipinggirkan. • Mu’awiyah dapat mewujudkan armada laut Banu Umayyah yang gagah. • Usaha pemantapan politik digiatkan seperti penubuhan dawawin yang bersifat eksklusif. • Usaha memperbaiki saliran air berjaya meningkatkan hasil pertanian. Bab 2 / 5
DIMENSI (sambungan) • Hasil pertanian yang meningkat turut memantapkan perkembangan ekonomi. • Sektor pendidikan juga berkembang pesat. • Bbrp institusi pengajian muncul di Makkah, Madinah, Dimashq, Fustat, Basrah dan Kufah. • Pelbagai ilmu berkembang pesat seperti sejarah, geografi, bahasa, mantiq dan ilmu-ilmu keislaman. • Beberapa seni bina Banu Umayyah kekal dalam sejarah dan tamadun Islam seperti mimbar, menara dan bilik imam. • Qubbat al-Sakhra’ & Masjid Umawi. Bab 2 / 6
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH Faktor cuaca • Banjir besar, kemarau panjang, gempa bumi dan ribut pasir. • Berada di luar kemampuan manusia. Faktor manusia • Silap rancang strategi. • Kegawatan politik. • Kegawatan ekonomi dan budaya. • Ini membawa kepada kehancuran Banu Umayyahdi masa hadapan. • Beberapa kesilapan didapati berlaku dlm BU. Bab 2 / 7
KEMEROSOTAN BANU UMAYYAH Faktor kesilapan BU: • Pengabaian aspek keadilan. • Penghakisan hak asasi manusia. • Penyalahgunaan kuasa. • Ini menyebabkan muncul perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat dan golongan pentadbir yang teraniaya. • Krisis keyakinan ini menjadi virus yang amat bahaya dalam masyarakat. • Muncul kes Husayn yang tidak berpuas hati atas pelantikan Yazid (Putera Mahkota). • Malah terdapat kes-kes yang lain. Bab 2 / 8
FAKTOR KERUNTUHAN BU Pembunuhan Husayn • Umat Islam tidak setuju bila Mu’awiyah lantik Yazid sebagai pengganti. • Ini kerana ia bersalahan dengan janji Mu’awiyah dan bercanggah dengan konsep shura. • Ini membawa kepada tragedi Karbala’ pada tahun 61H/680M. • Husayn terbunuh, Yazid tidak mengarahkan sedemikian. • Tragedi ini jadi isu agama & politik. Bab 2 / 9
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Pembunuhan Husayn • Kestabilan Banu Umayyah mula goyah. • Malah ia membawa kepada pembunuhan Khalifah Yazid sendiri. • Dinasti Sufyaniyyah pupus kerana mrk menzalimi keluarga ‘Abd al-Muttalib. • Begitu juga dgn dinasti Marwaniyyah. • Hisham bunuh cucu Husayn, Zayd b. Zayn al-‘Abidinal-Walid bunuh cicit Husayn, Yahya b. Zayd. Bab 2 / 10
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Kesan Peristiwa Karbala’ • Kekacauan berlaku di seluruh wilayah secara serentak. • Barbar memberontak, Qayrawan jatuh ke tangan musuh. • Hijaz turut menentang, Ibn al-Zubayr isytihar diri sebagai Khalifah mengggantikan Yazid. • Orang Syiah turut menentang, digelar golongan al-Tawwabun. • Orang Kufah rampas Kufah dari Mus’ab b.al-Zubayr, gabenor Ibn al-Zubayr. Bab 2 / 11
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Kesan Peristiwa Karbala’ • Gabenor Banu Umayyah di Iraq (‘Ubayd Allah b. Ziyad) isytiharkan diri sebagai Khalifah. • Timbul juga tentangan Khawarij spt di Ahwaz, Isfahan dan Kirman, dipulih oleh Khalifah ‘Abd al-Malik (pengasas kedua BU). • Perebutan kuasa berlaku dalam keluarga BU. • Contoh: Tindakan dan usaha al-Walid untuk lantik anaknya dan ketepikan Sulaiman, saudaranya. • Masalah membabitkan golongan pentadbir yang menjadi penyokong individu tertentu. Bab 2 / 12
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Penyalahgunaan Kuasa Pemerintah • Tindakan Khalifah memberi kemudahan kepada penyokong turut diikuti oleh gabenornya. • Ini menyebabkan pemberontakan berlaku di seluruh wilayah. • Contoh: Yazid b. Muhallab di Iraq dan ‘Amr b. Sa‘id. • Terdapat ramai bekas gabenor dan pegawai tentera yang mencari suaka politik di negara bukan Islam. • Ulama tidak berani menegur tindakan Khalifah yang melampau, al-Walid III. • Berlaku penentangan rakyat secara kolektif menolak kezaliman. Bab 2 / 13
FAKTOR KERUNTUHAN (samb) Perebutan Kuasa Antara Putera BU • Akhir pemerintahan BU, perebutan kuasa semakin ketara antara putera BU. • Peperangan berlaku sesama sendiri demi memegang kuasa pemerintahan. • Faktor ‘asabiyyah begitu tebal dalam setiap kelompok. • Muncul golongan Hashimiyyah yang berjuang atas nama ahl al-bayt. • Arab ‘utara’ & ‘selatan’ bermusuhan. • Sifat ini telah dibendung oleh Nabi, tapi setelah pertikaian ‘Ali-Mu’awiyah, isu ini menjadi subur. Bab 2 / 14
RUMUSAN • Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kewibawaan pemimpinnya. • Pemimpin itu perlu menerima sokongan rakyat secara padu. • Pemimpin itu juga perlu ada visi dan wawasan yang jelas. • Dengan demikian, kecemerlangan dapat dicipta. Sebaliknya, ketiadaan unsur itu, membawa kepada kemerosotan. • Pemimpin perlu berfungsi sebagai pelindung ummah. Bab 2 / 15