360 likes | 991 Views
Taklimat Pelaksanaan LA21 : Pengenalan Program Local Agenda 21. Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan . :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ::. 1. Kandungan . Pengenalan LA21: Ke Arah Pembangunan Mampan
E N D
Taklimat Pelaksanaan LA21 : Pengenalan Program Local Agenda 21 Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 1
Kandungan • Pengenalan • LA21: Ke Arah Pembangunan Mampan • Mekanisma Perancangan • Inisiatif LA21 • Penutup :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 2
Pengenalan • Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED) @ Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio de Jeneiro, Brazil pada Jun 1992 • Dihadiri oleh 178 negara termasuk MALAYSIA :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 3
Pengenalan • Persetujuan dicapai : • Pengisytiharan Rio (Rio Declaration) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan • Agenda 21 • Konvensyen mengenai Pelbagaian Biologi • Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Cuaca • Prinsip Perhutanan :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 4
Agenda 21 • Merupakan pelan tindakan global atau rangka tindakan (blue-print) bagi pembangunan mampan • Empat (4) bahagian utama mengandungi 40 bab 1. Dimensi Sosial dan Ekonomi - 8 bab 2. Pemuliharaan dan Pengurusan Sumber Untuk Pembangunan - 14 bab 3. Mengukuhkan Peranan Kumpulan Utama - 10 bab 4. Cara Perlaksanaan - 8 bab :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 5
Agenda 21 : Pelan Tindakan Global Bab 28 : Inisiatif PBT Dalam Menyokong Agenda 21 “oleh sebab kebanyakan masalah dan penyelesaian yang ditangani oleh Agenda 21 berakar umbi dalam kegiatan tempatan, maka penyertaan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu bagi mencapai matlamat ini” :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 6
Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 7
Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan • Sektor Swasta • Perusahaan & Industri • Sektor Tak Rasmi • PBT • Majlis Daerah • Majlis Perbandaran • Majlis /Dewan Bandaraya • Agensi Kerajaan Berkaitan SMART PARTNERSHIP • Masyarakat • Orang Awam • Pengguna • NGO • CBO • Persatuan Penduduk • Profesional • Media Massa • Wakil Masyarakat :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 8
Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan • 1980an : Falsafah pembangunan manusia – hidup secara sihat & produktif serta berharmoni dengan alam semulajadi • Persidangan PBB tentang Persekitaran Manusia, Stockholm, 1972 : pembangunan merosakkan alam sekitar dan perlunya tindakan secara global • Penubuhan Suruhanjaya Dunia Tentang Alam Sekitar, 1983 : Kaji keseimbangan pembangunan manusia dengan alam sekitar “Our Common Future” :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 9
Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan “pembangunan yang memenuhi keperluan sekarangTANPA menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, sosial dan alam sekitar” (Sumber : World Commission On Environment & Development, 1987) :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 10
EKONOMI SOSIAL ALAM SEKITAR LA21 Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 11
Local Agenda 21 : Ke Arah Pembangunan Mampan • Alam sekitar Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar • Kesaksamaan sosial Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar • Ekonomi manusia Pembangunan sosial & ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 12
Mekanisma Perancangan Agenda 21 : Pembangunan Mampan Untuk meningkatkan kualiti sosial, ekonomi dan alam sekitar penempatan manusia, dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk didiami oleh semua, terutamanya penduduk di bandar dan miskin luar bandar. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 13
Mekanisma Perancangan Doktrin Perancangan Sejagat Mewujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan dari aspek spiritual dan nilai-nilai kemanusiaan untuk pembangunan yang seimbang di negara ini. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 14
Mekanisma Perancangan RMK-9 : Teras 4 Mewujudkan Pembangunan Penempatan Manusia Yang Mapan • Keperluan perumahan dan penambahbaikan perkhidmatan perbandaran • Meningkatkan kemudahan kesihatan • Sistem pengangkutan yang efisyen dan berintegrasi • Penggunaan tenaga yang efisyen • Mempertingkatkan sistem pengurusan air • Mempertingkatkan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber yang mapan • Mempertingkatkan peranan budaya, seni dan kebudayaan • Mempertingkatkan kecemerlangan sukan dan gaya hidup sihat :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 15
Mekanisma Perancangan Dasar Perbandaran Negara Enam(6) teras utama : i. Pembangunan Perbandaran yang Efisien dan Mampan ii. Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing iii. Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien iv. Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti v. Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti vi. Tadbir Urus Bandar yang Efektif :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 16
Inisiatif Local Agenda 21 Objektif • Pendedahan isu-isu pembangunan mampan kepada masyarakat dan sektor swasta • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama • Merumuskan strategi dan pelan tindakan LA21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat • Melaksanakan pelan tindakan (action plan)LA21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 17
Inisiatif Local Agenda 21 : 6 Perkara LA21 • Memenuhi Wawasan Masyarakat • Kenalpasti isu • Perkongsian maklumat Penilaian • Aspirasi stakeholder • Wujudkan halatuju • Perkara utama Pelaksanaan & Pemantauan • Penubuhan J/kuasa LA21 Pelan Tindakan • Kajian semula • Perbaharui semula Analisis Isu • Pelaksanaan dan tanggung-jawab bersama Perkongsian Wawasan Masyarakat :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 18
Inisiatif Local Agenda 21 Projek Perintis Local Agenda 21 Pilot Project telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2000 dengan kerjasama pihak Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dan disokong oleh United Nations Development Programme (UNDP). Projek Perintis ini melibatkan 4 PBT iaitu : Majlis Bandaraya Petaling Jaya; Majlis Bandaraya Miri; Majlis Perbandaran Kuantan; dan Majlis Daerah Kerian. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 19
Inisiatif Local Agenda 21 Pelaksanaan Program Perintis LA21 adalah penting untuk melihat potensi program ini diperluaskan di lain-lain PBT dengan melihat kepada aspek setempat. Pihak KPKT turut menggalakkan PBT untuk mempertingkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai program ini dengan menekankan keperluan kerjasama dan penyertaan oleh komuniti dan sektor korporat. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 20
Inisiatif Local Agenda 21 Bagi mempertingkatkan kapasiti PBT melalui peruntukan kewangan, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah memperuntukkan sejumlah RM 1.8 juta di bawah RMK8 (2000 – 2005) dan RM 23.1 juta di bawah RMK9 (2006 – 2010) untuk PBT menjalankan Program LA21. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 21
Inisiatif Local Agenda 21 • PBT Perintis • Majlis Bandaraya Petaling Jaya • Majlis Bandaraya Miri • Majlis Perbandaran Kuantan • Majlis Daerah Kerian Lain- lain PBT • Dewan Bandaraya Kota Kinabalu • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah • Majlis Perbandaran Nilai :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 22
Komuniti – Anggota masyarakat terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kepentingan dan latar belakang. Wakil anggota masyarakat akan menyampaikan pandangan masing-masing dalam perkongsian LA21 dan membawa resolusi LA21 kembali ke masyarakat dan kejiranan masing-masing. Lain-lain agensi Kerajaan – memberikan pandangan berguna terhadap isu-isu dan permasalahan dalam konteks yang lebih luas yang berlaku di bandar berkenaan kepada mesyarakat dan pihak yang berkepentingan. Inisiatif Local Agenda 21 - Peranan Pihak Yang Berkepentingan Sektor swasta – Banyak syarikat sektor swasta dan industri mempunyai impak secara lansung terhadap permasalahan alam sekitar, seperti masalah pencemaran dan bahan sisa yang timbul akibat wujudkan industri di kawasan perbandaran. Sebaliknya terdapat juga aktiviti industri yang dilihat boleh menyumbang kepada perlindungan alam sekitar. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 23
Inisiatif Local Agenda 21 - Komitmen Berterusan Kreativiti untuk menyatukan masalah perkongsian bagi menangani isu pembangunan mampan secara holistik. Berfikir mengjangkaui prosedur dan pendekatan biasa bagi menambahbaik kawasan perbandaran demi kepentingan bersama. Sokongan padu dan komitmen kepada pengurusan atasan organisasi dalam memastikan kejayaannya. Komuniti sebagai rakan kongsi utama LA21 :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 24
Majlis Bandaraya Petaling Jaya PROGRAM PENGURUSAN SISA DOMESTIK • Dilaksanakan pada 2001 dengan penubuhan Pusat Kitar Semula di Damansara Jaya. • Dikendalikan bersama oleh MBPJ, Kolej Damansara Utama (KDU), Atria Shopping Centre, RHB Bank, Alam Flora Sdn. Bhd. dan beberapa buah sekolah di kawasan persekitaran. • Telah memenangi anugerah di International Innovation Award, Commonwealth Association of Publis Administration and Management (CAPAM) pada 2002 di Glasgow. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 25
Majlis Bandaraya Petaling Jaya PROGRAM PENGURUSAN DAN PENGINDAHAN SUNGAI • Dilaksanakan dengan kerjasama antara MBPJ, JPS dan komuniti yang tinggal sepanjang Sungai Penchala • Melibatkan aktiviti gotong-royong, pengindahan dan lanskap, pemantauan oleh komuniti kejiranan dan sekolah dan kempen-kempen kesedaran • Program ini telah memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai kepentingan memulihara dan memelihara sungai sebagai sumber air semulajadi :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 26
Majlis Bandaraya Miri PROGRAM KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH • Dilaksanakan dengan matlamat memberikan pendedahan kepada murid-murid sekolah mengenai kepentingan Kitar Semula terutamanya Program 3R. • Dilancarkan pada 2004 di SMK Taman Tunku, Miri • Aktiviti melibatkan Seminar Kitar Semula, pameran dan pertandingan kitar semula. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 27
Majlis Perbandaran Kuantan PROGRAM KESEDARAN MEMELIHARA KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU • Dilaksanakan dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, terutamanya kawasan hutan paya bakau. • Dilaksanakan pada 2004 di Jeti Tanah Putih dan kawasan hutan paya bakau dalam kawasan MPK. • Melibatkan kerjasama antara pihak MPK, Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan, Jabatan Perhutanan Kuantan, Jabatan Alam Sekitar, Alam Flora Sdn. Bhd. dan BASF Petronas Chemical Sdn. Bhd. • Program ini telah disertai oleh 250 pelajar sekolah. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 28
Majlis Daerah Kerian PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG • Dilaksanakan dengan objektif menyediakan golongan remaja yang berguna kepada negara, bangsa dan agama. • Melibatkan kerjasama dengan Juvana Daerah, PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. • Program ini telah memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai isu-isu dan masalah-masalah yang melibatkan golongan remaja. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 29
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu PROGRAM SENIMAN JALANAN • Dilaksanakan pada tahun 2005 bagi menyelesaikan masalah pengemis di DBKK • Melibatkan kerjasama antara pihak DBKK, Syarikat Music Mart, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Orang-Orang Buta. • Dilaksanakan dengan mensasarkan orang-orang buta yang mempunyai kemahiran bermaian alat muzik untuk membuat persembahan jalanan di kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan pelancong. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 30
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah PROGRAM GERAK KERJA KEBERSIHAN • Dilaksanakan dengan objektif untuk memupuk semangat kerjasama antara MBMB dengan komuniti setempat dan pihak swasta dalam usaha memelihara kebersihan dan keindahan pantai • Dilaksanakan dengan kerjasama antara MBMB dengan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Melaka, Southern Waste Management, Merak Melaka Beach Resort, Kolej Teknologi Islam Melaka, Petronas Penapisan Melaka Sdn. Bhd., Sahabat Belia Negeri Melaka, Jabatan Pelajaran Melaka, Tenaga Nasional Berhad, Kumpulan Pencinta Alam Negeri Melaka, Japerun Pantai Kundur dan komuniti di kawasan Pantai Kundur. • Melibatkan aktiviti gotong-royong dan pengindahan kawasan Pantai Kundur. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 31
Majlis Perbandaran Nilai PROGRAM PENANAMAN POKOK NEEM / MAMBU • Dilaksanakan dengan objektif untuk menyediakan persekitaran perumahan yang bebas dari nyamuk aedes • Melibatkan MPN dengan kerjasama persatuan penduduk, pihak swasta dan kontraktor lanskap • Penanaman pokok neem di sekitar kawasan perumahan, premis perniagaan, kilang-kilang dan pusat komuniti setempat. :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 32
Penutup • Mengaplikasi dan mengadaptasiProgram Bandar Mapan bagi memastikan bandar boleh terus mencapai keperluan alam sekital, ekonomi dan sosial tanpa menidakkan keperluan generasi akan datang menikmati keperluan yang sama • Mewujudkan Pelan Bandar Mapanbersama-sama pihak yang berkepentingan serta menetapkan sasaran jangka masa panjang untuk komuniti • Mewujudkan Kad Laporan Bandar Mapan untuk menerangkan tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat bandar mapan dan menyenaraikan kejayaan dan cabaran dihadapi :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 33
Penutup Kerjasama antara semua pihak adalah penting dalam membentuk pendekatan terbaik dalam perancangan pembangunan mampan. Mewujudkan cara baru yang berkesan untuk menjalin kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan Local Agenda 21.
Sekian Terima Kasih Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan :: 35