430 likes | 1.11k Views
Proses Hari Kiamat. Tiupan Sangkakala Pertama Tiupan sangkakala akan dilakukan oleh malaikat Israfil atas perintah Allh s.w.t. Ia adalah tiupan yang panjang yang dapat menggoncangkan langit dan bumi. Alam ini akan menjadi tidak teratur dan semuanya akan binasa.
E N D
ProsesHariKiamat Tiupan Sangkakala Pertama Tiupan sangkakala akan dilakukan oleh malaikat Israfil atas perintah Allh s.w.t. Ia adalah tiupan yang panjang yang dapat menggoncangkan langit dan bumi. Alam ini akan menjadi tidak teratur dan semuanya akan binasa. Maka keadaan alam semesta kembali seperti sebelum Allah s.w.t menciptakannya,iaitu hanya berupa kabut dan gas (asap).
Firman Allah s.w.t: “Hai umat manusia,bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) Sesungguhnya goncangan hari kiamat itu suatu kejadian yang amat besar (dahsyat).(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan menggugurkan anak yang dikandungnya dan kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,akan tetapi azab Allab itu sangat keras” (Alhajj:1-2)
Kuasa Allah s.w.t ada lapan malaikat yang dilindungi dari kegoncangan tersebut.Mereka ialah malaikat; 1.Jibrail 2.Mikail 3.Israfil 4.Empat para malaikat yang membawa Arasy 5.Malaikat maut Firman Allah s.w.t: “Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala,maka terkejutlah segala yang di langit dan di bumi,kecuali siapa yang dikehendaki Allah.Dan kesemuanya akan datang menghadapNya dengan merendahkan diri” (Al-Naml:87)
Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa para malaikat yang lain.Kemudian Allah mencabut nyawanya. Maka kesemua makhluk mati dan ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Agung. Sabda Rasulullah s.a.w: “Pada hari kiamat Allah s.w.t melipat langit kemudian digenggamnya lalu berfirman:Akulah Raja!Di manakah orang yang gagah perkasa?Di manakah orang yang sombong bongkak?Kemudian dia melipat bumi lalu berfirman:Akulah Raja!Di manakah orang gagah perkasa?Di manakah orang yang sombong bongkak? (HR.Imam Muslim)
TiupanSangkakalaKedua Tiupan kedua ini membangkitkan semula semua makhluk ciptaan Allah s.w.t. Semua roh akan terbang ke jasadnya masing-masing. Roh kaum muslimin akan terbang dengan memancarkan cahaya (nur),sedangkankan roh kaum kafir berada dalam kegelapan. Malaikat Israfil makhluk yang pertama Allah hidupkan. Firman Allah s.w.t: “kemudian ditiup sangkakala sekali lagi (kedua), maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).” Az-Zumar:68)
TujuanManusiaDibangkitkan Tujuan manusia dibangkitkan pada masa itu ialah: 1-Untuk mendapat pembalasan yang setimpal dan seadil-adilnya dari Allah s.w.t terhadap segala perbuatan yang telah mereka lakukan ketika hidup di dunia. 2-Untuk disoal oleh Allah s.w.t akan segala tanggungjawab dan kewajipan yang telah diberikan Nya kepada manusia. 3-Untuk membuktikan keadilan Allah kepada sekalian makhlukNya. 4-Menghisab segala perbuatan manusia di hadapan Allah s.w.t serta disaksikan oleh semua makhluk.
Perhimpunan Setelah manusia dibangkitkan dari kubur,lalu mereka diarah menuju ke padang Mahsyar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Manusia akan didatangkan berduyun-duyun ke padang Mahsyar di hari kiamat dalam tiga golongan: 1-yang datang dengan berjalan kaki, 2-yang datang dengan menunggang kenderaan, 3-yang datang berjalan dengan menggunakan muka mereka” (HR.Imam Ahmad)
Di padang Mahsyar manusia akan berkumpul dari Adam a.s sehingga mereka yang paling terakhir hidup di dunia dahulu. Mereka semua akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin dan imam yang mereka ikuti sewaktu hidupnya. Firman Allah s.wt: “(Ingatlah) di hari Kami menyeru setiap umat dengan pemimpinnya” (Al-Isra:71)
Suasana di padang Mahsyar pada ketika itu amat panas kerana matahari sangat hampir dengan kepala manusia.Seperti mana yang diriwayatkan oleh ibnu Umar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya di hari kiamat,matahari itu dekat (degan manusia) sehingga keringat seseorang itu (mencucur keluar) sampai ke paras di tengah telinganya” (HR.Imam Al-Bukhari)
Perhitungan Ia lebih dikenali dengan Al-Mizan iaitu neraca timbangan yang akan menimbang amal perbuatan manusia di hari kiamat nanti. Al-Mizan bertujuan melaksanakan penelitian dan pemeriksaan yang rapi (hisab) serta membuktikan betapa agungnya sifat kebijaksanaan dan keadilan Alla.s.w.t dalam pengadilanNya. Firman Allah s.w.t: “Dan timbangan pada hari itu adalah benar (keadilan)” (Al-Araf:8) “Dan Kami akan meletakkan timbangan yang tepat pada hari kiamat,maka tiadalah teraniaya seseorang barang sedikitpun,dan jika (amalnya) hanya seberat biji sawi pun,pasti Kami akan mendatangkan (pahala)nya cukuplah Kami sebagai Penghitung” (Al-Anbiya:47)
Maka beruntunglah mereka yang berat timbangan amal kebaikannya. Firman Allah s.w.t: “Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikannya),maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan” (Al-Qariah:6-7) Jika amal kebaikan mereka ringan dan amal kejahatan berat maka mereka tergolong dalam golongan kerugian. Firman Allah s.w.t: “Sebaliknya orang yang ringan timangan (kebaikannya),maka tempat kembalinya ialah “Hawiyah”.Dan tahukah kamu apa itu (Neraka) Hawiyah? (Iaitu) api yang sangat panas” (Al-Qariah:8-11)
Setelah selesai pertimbangan amalan,maka ‘kitab amalan’ diserahkan kepada pemiliknya. Setiap penerima kitab amalan berbeza-beza.Ada yang menerima dari sebelah kanan,ada yang dari sebelah kiri dan ada juga yang menerimanya dari sebelah belakang punggung mereka.
Titian (Al-Sirath) Setelah selesai pertimbangan amalan baik dan buruk,semua manusia akan melintas suatu jambatan yang sangat panjang dan tajam sekali Al-Sirath. Jambatan ini melintangi di atas neraka jahanam menuju syurga.Sesiapa yang selamat melintasi jambatan itu pasti ke syurga. Al-Sirath lebih halus daripada sehelai rambut danlebih tajam daripada sebilah pedang. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya jambatan (di akhirat) itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang” (HR.Imam Al-Bukhari Dan Muslim)
AlHaudh Rasulullah SAW bersabda: “Telagaku (di syurga) panjangnya sejauh jarak perjalannan selama sebulan. Dan penjuru-penjurunya semuanya sama. Airnya lebih putih dari perak, baunya lebih wangi kasturi dan jumlah bekas airnya sebanyak bintang-bintang di langit. Sesiapa yang telah meminum airnya nescaya dia tidak akan haus selama-lamnya”. (HR Imam Muslim)
TempatAntaraSyurgaDnNeraka Tempat yang disediakan sebgai tempat sementara bagi segolongan umat manusia yang dipanggil ‘Ashabul A’raaf’. ‘Ashabul A’raaf’ ialah golongan yang amal kebaikannya didapati sama berat dengan amal kejahatannya. Diberi peluang memasuki syurga setelah diizinkan oleh Allah Taala.
Firman Allah Taala: “Dan di antara keduanya (penghuni Syurga dan Neraka), ada batas; dan di atas A’raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk syrga; “Salam sejahtera ke atas kamu”. Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya). Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu…..
Dan orang-orang yang diatas A’raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka orang kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfaat kepadamu”. (orang-orang yang diatas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka): “Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahawa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?.” (Kepada orang mukmin itu dikatakan): “Masuklah ke dalam syurga, tidak ada kekhuatiran terhadapmu dan tidak pula kamu bersedih hati”. (al-A’raaf: 46-49)
Syurga Dan Neraka Alam akhirat adalah destinasi terakhir yang akan dituju oleh setiap anak Adam. Haluan manusia pada ketika itu hanya ada dua sahaja sama ada syurga atau neraka. Di sana terdapat perbezaan wajah antara orang-orang mukmin dan kafir. Wajah orang mukmin kelihatan putih berseri-seri,ketawa gembira kerana keimanan dan amal soleh dan ketakwaan kepada Allah. Firman Allah s.w.t: “Banyak muka pada hari itu berseri-seri,merasa senang kerana usahanya.Dalam syurga yang tinggi” (Al-Ghasiyah:8-10)
Orang-orang yang mukanya hitam muram,tunduk terhina adalah orang yang akan dihukum dan diseksa di neraka kerana mereka inilah orang-orang yang mendurhakai Allah. Firman Allah s.w.t: “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina.Bekerja keras lagi kepayahan.Memasuki api yang sangat panas” Al-Ghasiyah:2-4)
PengertianSyurga Syurga adalah suatu tempat di alam akhirat yang disediakan oleh Allah s.wt bagi hamba-hambaNya yang beramal soleh dan bertakwa di dunia. Kawasannya sangat luas dengan segala kesenangan dan kenikmatan baik. Syurga mempunyai seratus derajat,antara setiap derajat luasnya seperti jarak antara bumi dengan langit. Derajat syurga yang paling tinggi dinamakan Firdaus. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat seratus derajat yang Allah telah sediakan bagi orang-orang yang berjuang di jalan Allah.Diantara dua derajat seperti antara langit dan bumi.Jika kamu berdoa pada Allah maka pohonlah Firdaus” (HR.Imam Al-Bukhari)
NikmatSyurga Orang-orang mukmin yang berjaya akan mendapat nikmat seperti disebutkan dalam Al-Quran: 1-Memperoleh penghormatan dari Allah s.w.t dan para malaikat.Lalu mereka masuk semua pintu syurga dan mengucapkan “Keselamatan bagimu berkat kesabaranmu,maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” 2-Menikmati segala makanan dan minuman yang disediakan.Setelah mereka berada di dalam syurga. Firman Allah s.w.t: “Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan” 3-Diberi pakaian sutera halus yang hijau dan tebal dan perhiasan seperti gelang dari emas,perak dan mutiara. 4-Disediakan katil-katil dan tilam-tilam yang tinggi,bantal-bantal yang tersusun rapi ,permaidani yang terhampar,gelas-gelas yang terletak sedia serta piring yang dibuat dari emas dan dikelilingi isteri-isteri dari bidadari yang cantik jelita. 5-Yang terakhir adalah merupakan nikmat yang tertinggi dan puncak segala nikmat iaitu dapat melihat Zat Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t: “Dan wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri melihat kepada Tuhannya” (Al-Qiyamah:22-23) Sabda Rasulullah s.a.w: “Kami duduk bersama Rasulullah s.a.w melihat bulan purnama,maka baginda bersabda:Kamu akan melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan ini tidak silau dan tidak keliru” (HR Imam Muslim)
PengertianNeraka Sebuah tempat yang disediakan oleh Allah untuk menghukum dan menyeksa hamaba-hambaNya yang menderhakaiNya Dijaga oleh malaikat yang paling besar bentuknya, paling ganas dan sesuai dengan tugas yang diberikan kepadanya iaitu: malaikat Zabaniyah Ketua bagi penjaga neraka ialah malaikat Malik
AzabNeraka Seksaan dan hukuman neraka seperti berikut: Orang kaya yang enggan membantu yang miskin dengan mengeluarkan zakat – dahi, lambung dan punggung diselar dan dipanggang dengan emas dan perak yang dibakar sehingga menjadi bara api di neraka Leher diikat dengan rantai, doseret dengan keras dan dilemparkan ke dalam lautan air mendidih
3) Jambul dipegang dan diseret ke tengah-tengah neraka kemudian disiram air yang mendidih 4) Tangan diikat dan dibelenggu ke lehernya kemudian dimasukkan ke dalam api yang menyala-nyala dengan dibelit rantai sepanjang 70 hasta 5) Orang kafir – dikenakan pakaian dari api neraka, kepalantya dijirus dengan air mendidih kemudian dicambuk dengan cambuk besi 6) Penghuni neraka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak pula merasakan kehidupan yang senang 7) Azab neraka yang paling ringan – diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api lalu mendidihkan otaknya seperti mendidihnya periku dan bejana yang diperbuat dari tembaga