280 likes | 671 Views
Soalan 1. "Menerusi program pembestarian sekolah ini, saya berharap Kementerian Pelajaran akan dapat mengubah cara guru mengajar dan murid belajar, cara guru menilai dan mentaksir kebolehan murid serta cara pentadbir sekolah mengurus dan mentadbir sekolah".
E N D
Soalan 1 "Menerusi program pembestarian sekolah ini, saya berharap Kementerian Pelajaran akan dapat mengubah cara guru mengajar dan murid belajar, cara guru menilai dan mentaksir kebolehan murid serta cara pentadbir sekolah mengurus dan mentadbir sekolah". Dato' Seri Hishamuddin Bin HusseinMenteri PelajaranBerita Harlan 16/04/2007 Bincangkan bagaimana anda dapat melaksanakan program yang boleh merealisasikan hasrat tersebut. Oleh : Safaee b. Zakaria SMK Jelawat
SEKOLAH BESTARI PEMBESTARIAN SEKOLAH PENDAHULUAN PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH DOKUMENTASI PENUTUP PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH
Menjelang tahun 2020 Malaysia Negara Maju Antara Pemangkin Melahirkan Sekolah Bestari Modal Insan Kelas Pertama PENDAHULUAN Melahirkan generasi Malaysia yang lebih kreatif dan berinovasi dalam berfikir serta bersedia menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan berkemampuan untuk menerima dan menguruskan ledakan maklumat dalam dekad teknologi maklumat.
SEKOLAH BESTARI SEKOLAH BESTARI Sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan ICT termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Sekolah yang memberi peluang dan memfokuskan kepada penggunaan teknologi maklumat interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan pembelajaran murid-murid.
Ciri-Ciri Sekolah Bestari Ciri-Ciri Sekolah Bestari Sebuah sekolah yang dihubungkan melalui jaringan kawasan setempat (LAN) Sebuah sekolah yang dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN). Sekolah yang mengamalkan persekitaran pembelajaran yang luas dan kaya dengan sumber yang akan menjadikan guru sebagai perantara dan bukan lagi sebagai sumber pengetahuan yang utama Sekolah yang mempunyai kepelbagaian bahan Sekolah yang mengintegrasikan mata pelajaran
. Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru KPM akan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. KPM juga akan memperbanyak bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. (Teras Keempat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Merapatkan Jurang Pendidikan (PIPP 2006 - 2010 ) Program pembestarian sekolah yang sedia ada, merupakan cara yang bijak dan terbaik dan dengan kos yang efektif bagi merapatkan jurang digital antara sekolah kerana ianya hanya memerlukan peruntukan kos yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah, berbanding dengan membina sebuah sekolah bestari. Dalam perancangan pembangunan pendidikan 2006 – 2010, kesemua 10,000 buah sekolah rendah dan menengah akan dibestarikan menjelang tahun 2010. Perancangan ini adalah bertepatan dengan intipati teras keempat PIPP iaitu untuk merapatkan jurang digital antara sekolah. Kos Penubuhan Sekolah Bestari Kesimpulan Bangunan RM 1.8 Juta Infrastruktur & Kelengkapan RM 642,000 Terlalu Mahal PEMBESTARIAN SEKOLAH Program pembestarian sekolah ialah mengaplikasikan konsep sekolah bestari sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemetik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. CABARAN Bagi menghadapi cabaran tersebut Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program pembestarian sekolah yang akan menaiktarafkan semua sekolah agar mendapat kemudahan ICT sebagaimana sekolah bestari, selaras dengan teras keempat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 iaitu merapatkan jurang digital antara sekolah.
Melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), minat kendiri (self-directed) dan menilai kendiri (self-paced). PEMBESTARIAN SEKOLAH Proses pembestarian Kemahiran Guru Akses Kendiri Minat Kendiri Menilai Kendiri Kemahiran Pelajar Konsep Pembestarian Sekolah
Fokus Pembestarian Sekolah Pelaksanaan program pembestarian sekolah ini memanfaatkan semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama, iaitu Semua sekolah akan mempunyai tahap pencapaian ICT yang sama antara satu sama lain. Infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan Pengisian pengajaran dan pembelajaran (P&P), Pembangunan sumber manusia
PROGRAM MEREALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH PROGRAM MEREALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH YANG TELAH SAYA LAKSANAKAN DI SMK JELAWAT Program Jangka Panjang ICT Program Jangka Pendek ICT
PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH Program Jangka Panjang ICT SMKJ 2003 - 2007 Matlamat • Penghasilan warga sekolah yang celik ICT. • Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dalam kelas bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. • Peningkatan pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan melalui penggunaan ICT. Pendekatan • Menubuhkan Majlis ICT Sekolah • Program Peningkatan Kemahiran ICT. • Program Peningkatan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran • Program Peningkatan Infrastruktur ICT Sekolah. • Pelan Perancangan Jangka Panjang ICT SMKJ 2003 - 2007
Program pertama ke arah pembestarian sekolah yang telah saya laksanakan ialah dengan menubuhkan majlis ICT sekolah pada tahun 2003 • Untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. • Jawatankuasa perkembangan staff, • Jawatankuasa pengajaran dan pembelajaran, • Jawatankuasa pengurusan dan penyelenggaraan, • Jawatankuasa tugas-tugas khas, • Jawatankuasa pengurusan stok dan dokumentasi dan • Jawatankuasa keselamatan Pengenalan Tujuan Ahli PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 1. Penubuhan Majlis ICT Sekolah.
Semua program dan sasaran serta kos yang telah ditetapkan dinyatakan menerusi pelan tindakan perancangan ICT jangka panjang SMK Jelawat 2003 - 2007 seperti mana dalam jadual di bawah. PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPELAN TINDAKAN PERANGCANGAN JANGKA PANJANG ICT SMKJ 2003 - 2007
PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 2. Program Peningkatan Kemahiran ICT Program Literasi Komputer • Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aplikasi komputer seperti Microsoft word, PowerPoint, excel dan eccess, Internet dan sebagainya. • Perlaksanaan kursus diadakan pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 Literasi Guru kursus • Diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 3.00 hingga 5.30 petang. • Melalui kelas ini pelajar didedahkan mengenai cara mencari bahan pembelajaran melalui Internet , email, memuat turun bahan-bahan pembelajaran dan sebagainya. • Melalui pertandingan laman web, pertandingan multimedia dan sebagainya. Kelas Komputer Literasi Pelajar
i. Memperbanyakkan Latihan Kepada Guru • Melatih para guru yang terlibat dengan perisian yang baru. • Mentor Mentee - ICT ii. Penambahan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Buku-Buku Rujukan • Membeli buku rujukan ICT baru • Membeli BBM yang berkaitan • Membina dan membeli aplikasi untuk pentadbiran sekolah • Jadual tetap penyelenggaraan peralatan ICT • i. Defrag • ii. Mengimbas Virus • iii. Membersihkan cakera keras iii.Program Penyelengaraan Komputer dan Peralatan ICT PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 3. Program Peningkatan Kemahiran ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Membeli • Mencari penaja • Mencari penderma • Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), • Pembelian oleh pihak sekolah melalui peruntukan yang sedia ada. • i. Peralatan-peralatan ICT • seperti komputer, pengimbas, pencetak, LCD, kamera digital dan kamera video. Penambahan peralatan tersebut dapat saya lakukan menerusi derma daripada syarikat-syarikat swasta dan wakil-wakil rakyat setempat i. Penambahan Peralatan ICT Pelaksanaan ii. Merangkaikan Komputer Sekolah. • Memasang ”Access Point ” di semua blok bangunan sekolah Pelaksanaan PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH 4. Program Peningkatan Infrastruktur ICT
Program jangka pendek ICT sekolah ialah program-program yang dijalankan di sekolah bagi mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang dilaksanakan pada tahun semasa. Setiap program jangka pendek ini akan saya nilai sebanyak dua kali setahun untuk melihat keberkesannya. PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH PROGRAM JANGKA PENDEK ICT SMKJ • Program Cintakan ICT. • Program Celik ICT. • Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). • Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Internet • Carta Gantt Program Peningkatan ICT SMKJ Tahun 2007
Melalui ceramah, • Lawatan ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan minat kepada ICT seperti • i. institut pengajian tinggi, • ii. Pusat Sains Negara, • iii. Pleneterium Negara • iv. Kuiz ICT. 1. Menanamkan kesedaran tentang kepentingan ICT kepada semua warga sekolah Caranya PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 1. Program Cintakan ICT Cintakan ICT bermaksud menyayangi dan mengasihi ICT sebagaimana kita mengasihi diri sendiri. Program ini dilaksanakan dengan tujuan supaya semua warga sekolah mencintai ICT dan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Program cintakan ICT ini saya laksanakan sepanjang tahun sama ada melalui aktiviti kelab komputer ataupun melalui aktiviti bulan ICT yang diadakan pada bulan Jun setiap tahun.
Program yang dilaksanakan bertujuan supaya semua warga sekolah boleh mengenali dan memahami penggunaan ICT dalam kehidupan mereka, supaya mereka tidak lagi takut dan ” fobia ” dengan peralatan ICT • Pendekatan kelas komputer, • Pertandingan berasaskan ICT. • Penerbitan artikel-artikel mengenai ICT • Penampalan poster dan artikel mengenai ICT di papan kenyataan dan sudut-sudut tertentu di sekolah sepanjang tahun. Caranya PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 2. Program Celik ICT Celik ICT bermaksud seseorang yang mengenali, memahami serta dapat menjelaskan kepentingan ICT kepada kehidupan mereka. Program celik ICT ialah satu. Program ini saya laksanakan melalui
Bengkel pembinaan BBM saya anjurkan sekurang-kurangnya dua kali setahun menerusi jawatankuasa panitia mata pelajaran • Bahan bantu mengajar tersebut di bina sama ada dengan perisian PowerPoint atau Flash. • BBM yang telah dibina itu akan digunakan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran berkenaan. • . Caranya PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 3. Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Kursus ini diadakan dengan tujuan supaya guru dapat menggunakan Internet sebagai alat untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran, dan untuk berhubung dengan rakan-rakan guru yang lain melalui dalam talian • Kursus pengajaran dan pembelajaran berbantukan Internet ini saya anjurkan sekurang-kurangnya empat kali setahun. • Melalui kursus ini guru didedahkan cara-cara untuk mencari dan memuat turunkan bahan-bahan daripada Internet , laman-laman web yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran, • cara-cara berkomunikasi dan berkongsi bahan dengan guru-guru daripada sekolah lain melalui Internet . • . Caranya PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH 4. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Internet
PROGRAM MERIALISASIKAN PEMBESTARIAN SEKOLAHPROGRAM JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH Carta Gantt Program Peningkatan ICT SMKJ Tahun 2007
Dokumentasi Pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah Yang Telah Dijalankan Di SMK Jelawat Guru sedang menyiapkan BBM dalam salah satu bengkel pembinaan BBM yang di adakan Guru sedang mengajar dengan berbantukan ICT
Dokumentasi Pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah Yang Telah Dijalankan Di SMK Jelawat Pelajar sedang tekun mencari bahan-bahan pembelajaran melalui Internet Antara bahan-bahan rujukan ICT yang terdapat di SMK Jelawat
PENUTUP / RUMUSAN Program–program ICT yang telah saya laksanakan itu, sememangnya merupakan program-program ke arah merealisasikan program pembestarian sekolah kebangsaan. Pelaksanaan program-program tersebut telah menjadikan SMK Jelawat lebih terkehadapan daripada sekolah-sekolah lain di Daerah Bachok sehinggakan sekolah ini sering dipilih sebagai pusat latihan ICT bagi penganjuran kursus-kursus jangka pendek kepada guru dan kakitangan sekolah di Daerah Bachok oleh Jabatan Pendidikan Kelantan dan pihak swasta Bagi menjayakan hasrat pembestarian sekolah dan memantapkan lagi penguasaan saya dalam bidang ICT, saya juga telah mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (IT) di Kolej Teknologi Cosmopoint Kota Bharu, secara sambilan dan telah lulus dengan cemerlang pada tahun 2005. Pembestarian sekolah - selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.
Sekian Terima Kasih Wasallam, jumpa lagi