1 / 35

Teknik Menjawab Soalan

Teknik Menjawab Soalan. Pendidikan Moral SPM oleh Gan Chee Meng. Pendidikan Moral SPM Kod 1225/1. Bahagian A: Soalan Struktur Bahagian B: Soalan Esei. Bahagian A: Soalan Struktur. Soalan Tanya Nilai Soalan Tanya Maksud Nilai Soalan Tanya Nilai dan Penerangan

dmitri
Download Presentation

Teknik Menjawab Soalan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Moral SPM oleh Gan Chee Meng

  2. Pendidikan Moral SPM Kod 1225/1 Bahagian A: Soalan StrukturBahagian B: Soalan Esei

  3. Bahagian A: Soalan Struktur • Soalan Tanya Nilai • Soalan Tanya Maksud Nilai • Soalan Tanya Nilai dan Penerangan • Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan • Soalan Tanya Fakta • Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan

  4. Soalan Tanya Nilai • Contoh soalan: Apakah nilai ……… [1 markah] Nyatakan dua nilai ……… [2 markah] • Contoh jawapan: Hemah Tinggi Bertanggungjawab

  5. Soalan Tanya Maksud Nilai • Contoh soalan: Jelaskan maksud nilai … [2/3/? markah] Berikan definisi bagi nilai ……… [2/3/? markah] • Contoh jawapan: Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

  6. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan • Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [4 markah] • Format jawapan: NP • Ayat N: watak + nilai • Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan • Na=1mkh, Pa=1mkh; Nb=1mkh, Pb=1mkh. • Jumlah=4markah

  7. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan • Contoh jawapan: Ayat N =Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Ayat P =Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). Ayat N =Pengguna(w) harus mengamalkan nilai kesederhanaan(n). Ayat P =Pengguna(w) harus tidak keterlaluan(kk) dengan menjauhi amalan boros(isu).

  8. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan • Contoh soalan: Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh pengguna semasa berbelanja agar tidak boros. [6 markah] • Format jawapan: NPC • Ayat N: watak + nilai • Ayat P: watak + kata kunci + isu / situasi soalan • Ayat C: contoh / huraian lanjutan • NPC (3 markah) dan NPC (3 markah)

  9. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan • Teknik menulis Contoh / Huraian Lanjutan? • Tanya soalan “bagaimana” pada ayat penerangan • Fikir jawapan dengan mengaitkan isu • Jawapan yang diperolehi adalah ayat Contoh / Huraian Lanjutan • Selain soalan “bagaimana” …… • Boleh tanya soalan “mengapa” juga

  10. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan • Contoh jawapan: • Pengguna(w) harus mengamalkan nilai rasional(n). Pengguna(w) harus bertindak wajar(kk) semasa berbelanja(situasi soalan). [Bagaimana bertindak wajar semasa berbelanja?] Sebagai contoh, membeli barang keperluan yang benar-benar diperlukan(c).

  11. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan • Contoh jawapan: • . • Pengguna(w) harus mengamalkan nilai kesederdahanaan(n). Pengguna(w) harus tidak keterlaluan(kk) agar menjauhi amalan boros(isu). [Mengapa tidak harus keterlaluan semasa berbelanja?] Ini adalah kerana pengguna akan mengalami banyak hutang(c).

  12. Soalan Tanya Nilai dan Penerangan serta Huraian Lanjutan Peringatan: • Bagi soalan yang memerlukan Jawapan NPC, jika calon menulis NPP, P kedua tidak diterima. • Jika menulis NCC, kedua-dua C tidak diterima. • Jika N salah, semua tidak diterima.

  13. Soalan Tanya Fakta • Contoh soalan: Berikan tiga cara ……… [3 markah] Nyatakan dua kesan ……… [2 markah] Terangkan tiga kebaikan ……… [3 markah] Jelaskan dua usaha ……… [2 markah] • Jangan jawab nilai • Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5 • Menguji KBKK • Berhati-hati dengan konteks soalan kerana bukan semua jawapan boleh diterima

  14. Soalan Tanya Fakta • Contoh soalan: Nyatakan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [3 markah] • Jawapan: • Mengukuhkan hubungan diplomatik • Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang • Menyelesaikan persengketaan secara rundingan

  15. Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan • Contoh soalan: Huraikan dua cara ……… [4 markah] Terangkan tiga kebaikan ……… [6 markah] Jelaskan dua usaha ……… [4 markah] • Format Jawapan: Fakta + Contoh / Huraian Lanjutan • Cara untuk menulis ayat contoh: Tanya soalan “Bagaimana?” Atau tanya soalan “Mengapa?”

  16. Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan • Contoh soalan: Terangkan tiga cara yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi menjalin hubungan baik dengan negara jiran. [6 markah] • Jawapan: • Mengukuhkan hubungan diplomatik. [Soalan: “Bagaimana” mengukuhkan hubungan diplomatik?] Contohnya, menempatkan duta di negara jiran.

  17. Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan • Mengadakan program kerjasama dalam pelbagai bidang. [Soalan: “Bagaimana” mengadakan program kerjasama?] Sebagai contoh, mengadakan program pertukaran pelajar.

  18. Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan iii) Menyelesaikanpersengketaansecararundingan [Soalan: “Bagaimana” menyelesaikanpersengketansecararundingan?] Tidakmenggunakankuasatenterauntukmencetuskanpeperangan.

  19. Bahagian B: Soalan Esei • Contoh soalan: • Terangkan dua nilai… [10 markah] • Huraikan beberapa nilai… [10 markah] • Jelaskan nilai-nilai… [10 markah] • Bincangkan nilai-nilai… [10 markah] • Berlandaskan nilai apakah… [10 markah]

  20. Format Jawapan Esei • Format 1 set nilai: NPCPC • Ayat N: watak + nilai • Ayat P: watak + kata kunci 1 + isu / situasi soalan • Ayat C: contoh / huraian lanjutan • Ayat P: watak + kata kunci 2 + isu / situasi soalan • Ayat C: contoh / huraian lanjutan • NPCPC, NPCPC (10 markah)

  21. NPCPC • Untuk menulis Contoh (C) bagi setiap Penerangan (P), tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada setiap P. • Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C). • Katakan N: Menyayangi dan menghargai alam sekitar • P1: watak + memelihara alam sekeliling + isu • C1: bagaimana memelihara…? • P2: watak + memulihara alam sekeliling + isu • C2: bagaimana memulihara…?

  22. Contoh soalan Esei • Projek perumahan di cerun bukit telah mengakibatkan pencemaran sungai yang serius. Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh pemaju projek perumahan untuk mengatasi masalah ini. (10 markah) • Kenalpasti watak soalan, iaitu pemaju projek perumahan • Kenalpasti isu soalan, iaitu pencemaran sungai • Kenal pasti nilai yg sesuai, katakan nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar

  23. Sambung dari slaid tadi • Nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar mempunyai kata kunci berikut: • KK1: memelihara alam sekeliling • KK2: memulihara alam sekeliling

  24. Format NPCPC • N: Pemaju projek perumahan(w) sepatutnya ada nilai Menyayangi dan menghargai alam sekitar(n). • P: Mereka(w) sepatutnya memelihara alam sekeliling(kk) dengan mengelakkan pencemaran sungai(isu). • C: contoh 1 • P: Mereka(w) sepatutnya memulihara alam sekeliling(kk) dengan mengelakkan pencemaran sungai(isu). • C: contoh 2

  25. Cara menulis contoh • Contoh 1 menghuraikan Ayat Penerangan 1 • Contoh 2 menghuraikan Ayat Penerangan 2 • Rujuk soalan tadi: • KK1, memelihara alam sekeliling dengan mengelakkan pencemaran sungai • [Bagaimana?]Contohnya, merancang projek perumahan dengan mengurangkan bilangan pokok yang ditebang

  26. Cara menulis contoh • KK2, memulihara alam sekeliling dengan mengelakkan pencemaran sungai • [Bagaimana?]Contohnya, menanam semula rumput untuk menutup kawasan tanah yang terdedah.

  27. Sekian, terima kasih. Semoga ceramah ini dapat meningkatkan pengetahuan anda.

  28. Bengkel Soalan Struktur • Gambar Pembuangan Bayi • Nyatakan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [2 markah]

  29. Bengkel Soalan Struktur • Gambar Pembuangan Bayi • Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [4 markah]

  30. Bengkel Soalan Struktur • Gambar Pembuangan Bayi • Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh orang yang membuang bayi. [6 markah]

  31. Bengkel Soalan Struktur • Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. • Berikan maksud nilai Mengekalkantradisikekeluargaan. [2 markah]

  32. Bengkel Soalan Struktur • Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. • Terangkan dua sebab mengapa tradisi perlu diamalkan. [2 markah]

  33. Bengkel Soalan Struktur • Pelbagai pihak memainkan peranan dalam mengekalkan adat resam kekeluargaan pelbagai keturunan. • Terangkan dua sebab mengapa tradisi perlu diamalkan. [4 markah]

  34. Bengkel: Soalan Esei • Poster Belia Benci Dadah • Huraikan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh belia agar dapat mengatasi masalah penyalahgunaan dadah. [10 markah]

  35. Sekian, terima kasih. Sesi Bengkel Tamat!

More Related