50 likes | 504 Views
Soalan 3. a.) Terangkan maksud Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS/EIA). Penilaian kesan alam sekitar (PKAS/EIA) ialah kajian yang dijalankan secara terateu dan bersistem untuk mangenal pasti, maramal, menilai dan memberi maklumat tentang kesan sesuatu
E N D
Soalan 3 a.) Terangkan maksud Penilaian Kesan Alam Sekitar (PKAS/EIA). Penilaian kesan alam sekitar (PKAS/EIA) ialah kajian yang dijalankan secara terateu dan bersistem untuk mangenal pasti, maramal, menilai dan memberi maklumat tentang kesan sesuatu tindakan atau projek pada alam sekitar sebelum tindakan tersebut diluluskan dan dilaksanakan. b.) Nyatakan dua jenis aktiviti atau projek yang perlu mendapat kelulusan PKAS. (i) Pertanian (ii) Lapangan terbang
c.) Terangkan dua nilai yang patut diamalkan oleh pengusaha projek di kawasan tanah tinggi. (i) Nilai kemapanan alam sekitar . Pengusaha projek mengekalkan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. (ii) Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Pengusaha projek ada kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
(d.) Ramalkan dua kesan terhadap alam sekitar sekiranya pengusaha projek di kawasan tanah tinggi gagal mematuhi syarat PKAS. (i) Aktiviti / projek yang dijalankan akan menjejaskan kualiti alam sekitar. (ii) Tanah tinggi mungkin berlakunya mendapan dan hakisan.