360 likes | 1.45k Views
INSTITUSI KEKELUARGAAN & KEMASAYARAKATAN. KEKELUARGAAN. Pembinaan Institusi Keluarga.
E N D
Pembinaan Institusi Keluarga Keutuhan masyarakat bergantung kpd keutuhan institusi keluarga. Oleh itu, baginda menyampaikan seruan dakwah kpd keluarganya iaitu isteri dan anak2 terlebih dahulu. Selepas itu diikuti dgn kaum kerabatnya yg hampir. Dlm pembentukan keluarga Islam tdpt beberapa dasar yg perlu diberi perhatian. Pastinya pembentukan keluarga bermula drp perkahwinan.
A) PERKAHWINAN • KahwinDalamBahasa Arab : An-nikah • Makna Dari SegiBahasa : • “ BerkumpulMenjadiSatu ” • Makna Dari SegiIstilahSyara’ : • “Satu aqad utk mengharuskan pergaulan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang dibenarkan melalui akad nikah iaitu akad ijab dan qabul.”
Dalil al-Quran “Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.” Al-Ruum : 21
Tujuan Perkahwinan Dalam Islam Islam menggalakkan umatnya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga untuk : Memelihara diri & mengawal nafsu. Org yg tlh berkeluarga akan terpelihara drp melakukan kejahatan kerana melayan nafsu syahwat, melainkan org yg tlh rosak hati & imannya. Mendapat ketenangan jiwa. Allah jadikan manusia dgn berpasang2an dan secara fitrah telah ada pada diri manusia perasaan cinta dan kasih kpd pasangannya.
Tujuan Perkahwinan Dalam Islam Melahirkan zuriat yg baik. Bumi ini diamanahkan kpd hamba yg soleh utk mengimarahkannya, maka org Islam dianjurkan supaya berkahwin & melahirkan zuriat yg baik dan soleh supaya dpt mentadbir dan memeriahkan bumi ini sesuai dgn kehendak Allah. Meneruskan survival. Meneruskan survival bangsa manusia yg menjadi khalifah Allah di bumi. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda pernah bersabda yg bermaksud “nikah itu sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku bukan dari golonganku.”
Hukum Berkahwin Perkahwinan memang digalakkan dalam Islam demi menjaga kesucian diri dan meraih ketenangan hidup. Ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan Ulama’ telah membuat rumusan bahawa terdapat lima hukum berkahwin iaitu Wajib, Sunat, Harus, Makruh & Haram.
Hak dan Tanggungjawab • Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya. Setiap orang berhak mendapat haknya dan hak secara bersama iaitu : • Hak suami, hak isteri & hak bersama • Tanggungjawab suami, isteri & bersama
B) KEIBUBAPAAN • Setiap orang di dalam institusi keluarga itu mempunyai tanggungjawab mereka sendiri iaitu : • a. Tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak • b. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa • - semasa masih hidup • - selepas kematian kedua-duanya
Tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak • Azan dan iqamah : sebaik sahaja anak dilahirkan supaya suara pertama yg didengar adalah kalimah tauhid. • Melakukan tahnik : menggosok langit2 dgn tamar @ buah yg manis supaya melatih anak menyusui ibunya. • Mencukur rambut : disunatkan pd hari ke-7, ditimbang rambutnya dgn nilai perak & disedekahkan kpd fakir miskin. • Melakukan aqiqah : menyembelih binatang (kambing dsb) sbg tanda kesyukuran atas kurniaan Allah s.w.t
Samb.. • Memberi nama yg baik : nama yg m‘punyai makna agar m’jadi doa kpd anak tsbt. • Memberikan kasih sayang : kasih sayang, layanan & contoh yg baik serta berlaku adil kpd semua anak2. • Menyediakan kemudahan makan minum yg halal : bukan dari makanan yg haram @ bentuk saraan dr sumber yg haram. • Memberikan pendidikan agama : spt akidah, al-Quran, ibadat, akhlak, dunia & akhirat.
Tanggungjawab Anak Terhadap Ibubapa Semasa Masih Hidup • Mentaati ibubapa : dlm perkara mentaati Allah & memuliakan ibubapa walaupun mereka musyrik. Islam mengutamakan taat kpd ibu berbanding bapa kerana : • Ibu menanggung derita sejak mengandung, melahirkan, menyusukan hingga peringkat mendidik & menguruskan segala keperluan anak2. - Ibu selalunya lebih menyayangi & mengambil berat kepentingan anak2 berbanding bapa, lebih menampakkan kerisauan serta mudah memaafkan kesalahan anak.
Samb… • Berbuat baik : berbakti & berbuat baik kpd mrk kerana ibubapa adalah org yg paling byk berjasa kpd anak. • Menghormati mrk : memberikan layanan yg baik dgn menunjukkan sikap sopan santun, berlemah lembut & berbudi bahasa serta menjaga perasaan mrk ketika berkomunikasi dgn mrk. • Mengorbankan harta benda utk ibu bapa : anak2 dituntut berkorban utk ibubapa termasuk harta benda lebih2 lagi jika keduanya sudah tua & miskin. • Mendoakan kesejahteraan ibubapa : mendoakan kehidupan mereka sejahtera di dunia & akhirat
Samb… Selepas kematian kedua-duanya • Mendoakan keampunan & rahmat utk kedua ibubapa. • Menziarahi kubur mereka sbg sebab utk Allah mengampunkan dosa kedua ibubapa & ditulis sbg kebajikan. • Menyelesaikan hutang yg belum dijelaskan oleh mrk semasa hidup, menunaikan janji (nazar) jka ada dibuat oleh keduanya semasa hidup • Mengqadha’kan puasa, menunaikan haji utk mrk sekiranya mampu serta mengqadha’kan solat mrk. • Menghubungkan silaturrahim dgn sahabat handai ibu bapa. • Bersedekah bagi pihak kedua ibubapa dgn diniatkan pahala amalan tsbt kpd mrk.