170 likes | 480 Views
MINGGU 11 KULIAH 19 & 20 INSTITUSI PERUNDANGAN. UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM. Definisi Jenayah dalam Islam ialah; “Jenayah merupakan larangan yang ditetapkan oleh Allah Taala dan jika larangan ini diingkari, hukuman akan dikenakan”.
E N D
MINGGU 11 KULIAH 19 & 20 INSTITUSI PERUNDANGAN
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM • Definisi Jenayah dalam Islam ialah; “Jenayah merupakan larangan yang ditetapkan oleh Allah Taala dan jika larangan ini diingkari, hukuman akan dikenakan”. • Terdapat tiga bentuk hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah dalam Islam, iaitu; Hudud Qisas Ta‘zir/takzir
HUDUD • Definisi hudud ialah; “merupakan keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan dan diwajibkan oleh hukum Islam dan dilaksanakan bagi tujuan menjaga hak Allah”. • Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah didalam Al-Quran dan Al-Sunnah dan tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.
Antara ciri-ciri hudud ialah: merupakan keseksaan yang rigid bentuknya, tidak boleh berubah dan diubah. bertujuan menjamin hak-hak Allah atau sebagai kepentingan awam. diperundangkan dengan tujuan melindungi maruah, keturunan, harta benda, akal dan nyawa.
KESALAHAN HUDUD • Zina- melakukan persetubuhan haram • Qazf- membuat tuduhan palsu bahawa seseorang itu melakukan zina • Sariqa- mencuri • Hirabah- merompak • Shurb al-Khamr- minum arak • Murtad- keluar dari agama Islam • Bughah- Pemberontak dalam negara Islam
QISAS • Definisi : “Keseksaan-keseksaan yang bentuknya telah ditentukan oleh hukum Islam dan dilaksanakan bagi tujuan kepentingan individu. Juga pencerobohan terhadap hak manusia”. • Asas bagi hukuman Qisas ialah persamaan perbuatan. Iaitu; balasan yang setimpal akan dikenakan atau diyat (denda) akan dikenakan atau mangsa tidak menuntut hak qisasnya.
Jenayah qisas terbahagi kepada tiga bahagian : Jenayah membunuh Jenayah memukul & mencederakan Jenayah mengugurkan kandungan.
Diyat ialah; “harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau ahli waris mangsa sebagai ganti rugi disebabkan melakukan sesuatu jenayah seperti mencederakan anngota badan atau melukakan atau membinasakannya”. • Diyat merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh hukum Islam sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan. • Jenis diyat ialah; 1. Diyat yang berat 2. Diyat yang ringan.
Ta‘zir/Takzir • Definisi; kesalahan-kesalahan yang dihukum dalam bentuk deraan, iaitu penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud dan qisas. • Takzir termasuk perbuatan yang ditegah oleh hukum Islam yang mana hukumannya tidak ditetapkan dalam AL-Quran dan Al-Hadith. • Hukuman pula ditentukan oleh pihak pemerintah atau kerajaan.
Termasuk juga segala perbuatan yang boleh menjejaskan kepentingan, keamanan, ketenteraman dan kesusilaan awam, yang tidak dihukum dengan hudud dan qisas, boleh dihukum dengan takzir. • Terdapat dua bahagian, iaitu; Takzir sebagai hak Allah Takzir sebagai hak manusia
KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Sejarah Perlembagaan Persekutuan. Hasil daripada laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jennings (UK), Hakim Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan) dan Sir William McKell (Australia). Diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.
Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 1. Perkara 3 Fasal (1); “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan’. 2. Perkara 11 Fasal (1); “ Tiap-tiap orang adalah berhak menganut dan mengamalkan agamanya”.
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negeri-Negeri • Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa agama bagi negeri-negeri adalah Islam kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak. • Perlembagaan Negeri Pulau Pinang 1957, peruntukan Bab 2 Artikel 5, hanya menyebut bahawa Yang diPertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam.
Perlembagaan bagi Negeri-negeri Melayu ialah mewajibkan hanya seorang berbangsa Melayu dan menganut agama Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar. • Selain itu, disemua negeri terdapat Majlis Agama Islam. Tugasnya membantu dan menasihati Raja dan Sultan mengenai semua perkara berhubung dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Kedudukan Ketua Agama Di Negeri-Negeri • Hanya bagi negeri-negeri yang mempunyai Sultan dan Raja seperti Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Johor. • Diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 1 Perkara 3 Ceraian 3 iaitu; “Dalam tiap-tiap negeri,…….., maka tiap-tiap raja hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam …..” • Bagi negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja seperti Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka, Ketua Agama ialah YDPA.
Kesan Peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan • Perkara 160 PP; memberi definisi ‘Melayu’ sebagai seorang yang beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. • Yang diPertuan Agong dilantik daripada Raja dan Sultan negeri-negeri Melayu sahaja. • Tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu dan melindungi agama Islam