250 likes | 525 Views
Kitab at-Tawheed Jilid 1 Abdul Majid Aziz az-Zindani. Ilmu Tauhid. Definisi: Membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam Berdasarkan sumber aqli dan naqli. Mendedahkan kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan. Bidang perbahasan: Rukun Iman
E N D
Ilmu Tauhid • Definisi: Membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam • Berdasarkan sumber aqli dan naqli. • Mendedahkan kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan yang mereka lakukan. • Bidang perbahasan: Rukun Iman • Ilmu paling mulia kerana membahaskan sesuatu yang amat mulia – Allah. • Wajib fardu ain dipelajari untuk membina keteguhan hati. • Mempelajari penerangan lebih mendalam hukumnya fardu kifayah
Kepentingan Ilmu Tauhid dalam Islam • Iman adalah asas amalan • Untuk mendapat ganjaran dalam kehidupan • Pintu Masuk Islam: Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Kepentingan Tauhid dalam Kehidupan Manusia • Jika tidak fahami Tauhid: • Jika tidak kenal Tuhan dan tujuan hidup, akan menyamai binatang malah lebih teruk • Terpedaya dengan dunia • Amalan manusia akan rosak • Kesan terhadap manusia • Mengetahui tujuan hidup • Hati manusia bersatu di bawah naungan Ilahi • Amalan akan menjadi baik dan soleh
Bagaimana kita mengenali Allah? • Tidak semua sifat Allah boleh diperhatikan oleh manusia kepada kejadian makhluk-Nya • Itulah sebab ada Rasul sebagai pembawa berita • Sumber ketiga amat penting kerana jika dicari sendiri, ia payah dan mungkin silap faham
Manusia hendaklah melihat kepada makanannya “Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)” (Abasa: 24) • Tanah sesuai untuk pertanian • Air diperlukan oleh tumbuhan • Gas yang diperlukan oleh tumbuhan • Sayur buah yang banyak • Gigi geraham yang dapat menghancurkan makanan
Manusia hendaklah melihat kepada makanannya (samb.) • Anggota penghadaman • Tali pusat anak dalam rahim ibu • Apakah persepsi jika seseorang menanggung makan 10 orang anak miskin?
Air yang terapung • Diangkat air ke atas melepasi bukit-bukau yang tinggi • Diliputi udara sejuk bagi menghentikan kenaikannya ke langit • Air hujan turun dengan titisan bukan sekaligus
Kita hidup dalam lautan udara “Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. “ (Al-Hijr: 22) • Ketebalan lapisan atmosfera yang terperinci amat penting untuk membakar tahi bintang & menghalang sinaran kosmik • Agend pendebungaan • Bergerak burung dan kapal terbang • Memberi tekanan yang seimbang kepada tubuh – salur separuh bulat & saluran darah • Pembawa hujan • Menggerakkan kapal • Jumlah peratus gas oksigen dll amat penting untuk menjaga keselamatan makhluk di muka bumi
Kediaman dan kedamaian Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal;… (an-Nahl:80) • Akal untuk merancang pembinaan rumah • Memudahkan untuk mendapat bahan binaan
Para Rasul Allah dan bukti pengutusan mereka Sebab diutus Rasul: • Mengajar manusia mengenali Pencipta dan menyembah-Nya (21:25) • Agar manusia mampu memahami hikmah pelbagai perkara dari aspek kehidupan (23: 115-116) • Menyelamatkan manusia daripada perselisihan (16:64) • Menegakkan agama Islam dan memeliharanya (42: 13) • Pembawa berita gembira dan amaran azab (4:165) • Teladan kepada manusia (33: 21) Tanda kebenaran Rasul ialah mukjizat
Ringkasan mukjizat Nabi Muhammad saw • Berita gembira dalam kitab terdahulu (7:157, 26:196-197, 28:52) • Al-Quran al-Kareem (kefasihan lafaz - 17:88, berita ghaib – 11:49, mengesani jiwa manusia – 39: 23, petunjuk dan hukum untuk menjadi umat terbaik – 3:110, ilmu fakta tepat – 41:53, meliputi pelbagai bidang dan ia dibawa oleh ummi – 29:48 )
Kefasihan dan balaghah al-Quran • Nilai balaghah dan kefasihan tidak dapat ditandingi • Langkah Musyrik Mekah halang Quran: 1)Anggap Quran sihir 2) Larang dengar Quran (41:26) • Umat Islam kurang faham bahasa Arab – tidak dapat hargai balaghah al-Quran • Mukjizat Ilahi bagi orang alim dan jahil : al-Quran tidak jemu dibaca (cth: al-Fatehah)
Pengakuan Orang Yang Eropah Yang Jujur Mengenai al-Quran • Saille: Sesungguhnya uslub (gaya bahasa) al-Quran sangat indan dan penuh bermakna. Yang menakjubkan ialah usul al-Quran itu dapat menawan hati orang Kristian. Dengan itu, ia berjaya menarikmereka untuk membacanya samada ketika itu mereka beriman dengannya atau mereka tidak beriman”. • Harsyfiled: Tidak ada sesuatu pun yang menyamai al-Quran dari segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia Islam.
Pengakuan Orang Yang Eropah Yang Jujur Mengenai al-Quran (samb) • Doktor Maurice, warga Perancis: Al-Quran adalah kitab yang paling mulia yang diturunkan dari Yang Azali kepada umat manusia. Ia adalah sebuah kitab yang tidak mempunyai sebarang keraguan. • Orientalis, Lyon: Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunka, kita tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya yang sentiasa segar walaupun sedikit dan seolah-olah ia diturunkan semalam.
Al-Quran mendahului ilmu moden • Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia • Al-Quran membincangkan sesuatu perkara dengan jelas. Tetapi kerana ilmu manusia ada yang tidak cukup, menjadikan al-Quran hanya difahami setelah mereka mengkaji lebih dalam.
Al-Quran mendahului ilmu moden (samb.) • Manusia mengalami sesak nafas apabila berada di langit tinggi (6:125) • Pusat Deria Rasa Terletak Pada Kulit (4:56)
Beriman dengan Hari Akhirat • Bahagian kehidupan manusia : • Kehidupan sementara di tempat beramal (dunia) (35:44-45, 10:45) • Kehidupan kekal abadi di tempat pembalasan (akhirat) (32:11-12, 39:70-75) • Dalil aqli Hari Akhirat: dalil keadilan Ilahi (38:27-28)
Suasana Hari Akhirat • Barzakh bermaksud ‘sekatan’ • Ia adalah kehidupan yang kita lalui sehingga berlaku hari Kiamat setelah mati. (23:99-100) • Balasan amal diberikan sewaktu di alam barzakh (23:46) • Allah berfirman kehidupan para syuhada’ di alam barzakh (3:169-170)
Suasana Hari Akhirat (kronologi) • Alam barzakh (23:46) • Kebangkitan dari kubur (78:17-18) • Pembentangan buku catatan amalan (18:49, 41:20-21) • Melalui hisab pada neraca/ al-mizan (21: 47, 23:102-103) • Al-Haudh / kolam – diminum oleh nabi serta umatnya selepas berhimpun di Mahsyar dan sebelum ke syurga. Lebih putih dari susu, lebih enak dari madu dan lebih wangi dari kasturi • Titian as-sirat (19:71:72) • Balasan baik - Syurga (2: 25) • Balasan buruk – Neraka (101: 8-11)
Beriman kepada Malaikat • Malaikat – makhluk nurani (diciptakan dari cahaya) –tidak makan minum atau berjantina – di alam lain – hidup sendiri dan tidak bergantung kepada makhluk lain – tiada jasad seperti manusia • Tugas Malaikat: • Bertasbih dan tunduk patuh kepada Allah • Menyampaikan wahyu • Menulis segala amalan manusia (82:10-12) • Mencabut nyawa • Wajib beriman kepada malaikat (2:285)
Beriman kepada Kitab • Kitab diturunkan kepada Nabi (2:213) • Kitab yang ditulis dan dibukukan: • Helaian suhuf Nabi Ibrahim • Taurat Nabi Musa • Zabur Nabi daud • Injil Nabi Isa • Al-Quran Nabi Muhammad • Kitab selain al-Quran tidak kekal asli • Injil – diubah menjadi empat versi. Injil kelima ialah Barnaba yang amat berbeza dengan Injil lain. • Suhuf Nabi Ibrahim dan Zabur – diubah hingga hampir pupus • Kita perlu beriman kepada kitab yang terdahulu dan yakin Quran tidak ditokoh tambah.
Beriman kepada Rasul • Semua umat diutus Rasul (35: 24, 13:7) • Al-Quran tidak menyebut semua nama Rasul (4:163-164) • Nabi dan Rasul sebelum ini diutus untuk kaum mereka sahaja tetapi Nabi Muhammad diutus untuk sekelian alam (7:158) • Ada 25 Nabi disebut dalam al-Quran • Wajib beriman kepada Rasul (2:285) • Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir )33:40)
Beriman kepada Qadar • Qadar adalah ketetapan tertentu yang ditentukan oleh Allah kepada sesuatu perkara. Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan peraturan yang telah ditetap oleh Allah (87:1-3, 25:2, 13:8) • Ketentuan Qadar Baik dan Qadar Buruk: semuanya dari Allah. • Manusia cetek ilmu. Kesannya: manusia tidak mampu memahami hikmah sesuatu qadar.
Beriman kepada Qadar • Hikmah qadar buruk : ia adalah pasangan kepada qadar baik. Jika semua baik, dunia ini tidak akan menjadi tempat ujian. • Takdir buruk adalah apa yang memudaratkan manusia. • Manusia perlu memanfaatkan takdir baik dan menjauhi takdir buruk. • Kesan beriman kepada takdir: • Sesiapa yang beriman Allah menjadikan alam ini dengan takdir tertentu, ia akan berusaha untuk mengenal takdir dan ketentuan Tuhan yang bermanfaat untuk dimanfaat. • Ia akan mengetahui setiap yang wujud dalam alam ini berfungsi menurut hikmah yang Maha Tinggi. Apabila ditimpa perkara buruk, ia tidak akan gelisah. Apabila mendapat kejayaan, dia tidak akan bongkak.