881 likes | 1.92k Views
KEPIMPINAN DAN MOTIVASI. OBJEKTIF. Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin dan perbandingan pemimpin dan pengurus Mengaplikasi gaya kepimpinan Memahami definisi dan teori-teori motivasi Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja. Def. Kepimpinan. Pengenalan Kepimpinan. Autokratik.
E N D
OBJEKTIF • Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin dan perbandingan pemimpin dan pengurus • Mengaplikasi gaya kepimpinan • Memahami definisi dan teori-teori motivasi • Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja
Def. Kepimpinan Pengenalan Kepimpinan Autokratik Ciri-Ciri Pemimpin Demokratik Pemimpin Vs. Pengurus Laissez Faire Islamik Gaya Kepimpinan KEPIMPINAN & MOTIVASI Def. Motivasi Maslow Dua Faktor Herzberg Teori-Teori Motivasi Pengenalan Motivasi X dan Y Kaedah Memotivasi Pekerja Z
A) Definisi Kepimpinan • Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan. • (Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah) • Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi. • Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Ia mempengaruhi perlakuan pekerja dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat • (Asas pengurusan perniagaan oleh Abu Bakar Hamed et al)
Definisi Kepimpinan (samb…) • Sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. • Manusia patutdigalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. • Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi ( Asas pgrsn-Jaafar Muhd)
Definisi Kepimpinan (samb…) Tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan: 1) kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut 2) para pemimpin mempunyai autoriti untuk beri arahan dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh anggota kumpulan 3) berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk kuasa bagi mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah
B) Ciri-Ciri Pemimpin Kategori Pemimpin : Pemimpin Formal Pemimpin Tidak Formal
i. Pemimpin Formal • Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan formal dalam organisasi contoh: Pengurus Jabatan Kewangan merupakan pemimpin formal • Disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus maka secara tidak langsung beliau merupakan pemimpin jabatan berkenaan
ii. Pemimpin Tidak Formal • Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial yang terbentuk dalam organisasi. • Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin akan melantik seorang pemimpin. • Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi. • Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan lain
Ciri-CiriPemimpinEfektif • Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin • Jujur Dan Integriti • Keyakinan Diri • Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam Kerjaya • Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur • Sedia Menerima Teguran • Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan • Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri • Tidak Memandang Rendah Orang Lain • Tekun • Sabar
Bersifatperibadi • Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan Disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan arahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan • Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi pengurusan yang bukan bersifat peribadi contoh: tugas merancang atau membaca laporan tidak melibatkan interaksi peribadi
Kedudukandalamorganisasi • Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang formal dalam organisasi. Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana pengurus akan berperanan sebagai seorang pemimpin Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri kepimpinan yang baik. Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi pengurus kerana mempunyai pengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan mengurus dalam dirinya
Kedudukandalamorganisasi (samb…) • Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara formal dan berjawatan formal dlm organisasi. Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti Kesatuan Sekerja dalaman, seseorang ketua mungkin dilantik disebabkan oleh ciri kepimpinan yang ada padanya walaupun bukan seorang pengurus. Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada kedudukan formal dalam organisasi dilantik disebabkan oleh ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya
Sikap dan motivasi • Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi dan cara berfikir serta bertindak • Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan bersifat peribadi, tugas pengurus untuk memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai. Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang digunakan samada betul atau salah untuk mencapai matlamat tersebut. • Pemimpin pula bersikap lebih aktif & lebih ambil berat tentang cara yang digunakan untuk capai matlamat. Pemimpin ambil berat tentang hal ehwal subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka untuk melakasanakan arahannya
Skop pendekatan • Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan dalam organisasi maka pengurus perlu pastikan operasi berjalan lancar dalam landasan yang betul. Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan formal, merekabentuk struktur organisasi yang ketat dan memantau hasil berdasarkan rancangan yang disusun • Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan arah tujuan dengan membentuk visi yang sesuai, menyelaraskan semua usaha subordinat dengan memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta memberi semangat kepada subordinatnya untuk menangani semua halangan.
Skop pendekatan (samb…) • Kesimpulannya pengurusan menekankan aspek teknikal dalam pengurusan organisasi manakala kepimpinan lebih menekankan kepada aspek kemanusiaan dalam pengurusan organisasi
D) Gaya Kepimpinan DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya Pengurus boleh mempengaruhi secara: • membuat keputusan untuk subordinat, • beri panduan kepada subordinat untuk membuat keputusan atau • beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah • Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai alternatif untuk membuat keputusan • Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh menggunakan berbagai gaya kepimpinan sesuai dengan keadaan
Gaya Kepimpinan Gaya Kepimpinan Islamik Gaya Kepimpinan Autokratik Gaya Kepimpinan Demokratik Gaya Kepimpinan Laissez Faire
Gaya Kepimpinan Autokratik • Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal • Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh pengurus • Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan • Pengurus membuat keputusan dan memberitahu pekerja apa yang harus pekerja lakukan • Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang tidak bermotivasi
Gaya Kepimpinan Demokratik Pengurus melibatkan pekerja dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan muktamad adalah ditangan pengurus • Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan • Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi • Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi • Keputusan lebih berkualiti • Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja • Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama
Gaya Kepimpinan Laissez-faire Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau pemudahcara kepada pekerja dan pekerja dibenarkan membuat keputusan. • Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak • Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah • Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja • Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjayanya
Gaya Kepimpinan Islamik Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran, Al Sunnah dan Syura’ • Dalam pengurusan Islam ‘raja’ perlu mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua • Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah • Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin dengan mematuhi arahan pemimpin • Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah dari pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah SWT.
Gaya KepimpinanIslamik (samb…) • Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu ditadbir, diputuskan atau dibincangkan menerusi konsep ‘syura’ iaitu permuafakatan di antara Amir dan pekerja bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain • Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai matlamat organisasi kerana hanya Allah yang mengetahui akhir setiap pekerjaan
A) Definisi Motivasi - Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia untuk mencapai matlamat Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition Dari perspektif Pengurusan: Satu dorongan dalaman yang wujud dalam diri seseorang usahawan/pekerja untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat organisasi
Definisi Motivasi (Samb…) Dari perspektif psikologi: Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta luaran individu (perlakuan dan tindakan) Ditakrif sebagai proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam kehidupan seseorang pada sesuatu ketika
Definisi Motivasi (Samb…) • Keperluan ini mewujudkan rangsangan atau desakan naluri dari dalam diri manusia • Ini menyebabkan manusia bertindak ke arah matlamat atau kehendak tersebut Keperluan (lapar nasi) Rangsangan (untuk makan) maklumbalas Tindakan (mencari nasi) Matlamat/kepuasan (makan & kenyang) Proses motivasi
B) Teori-Teori Motivasi Teori Z Teori Hirarki Keperluan Maslow Teori Dua Faktor Herzberg Teori X dan Y
TEORI HIRARKI MASLOW • Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa tingkat keperluan secara teratur • Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan yang setiap manusia ingin kecapi iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan aktualisasi diri
Keperluan Aktualisasi Diri Keperluan Esteem Keperluan Sosial Keperluan Keselamatan Keperluan Fisiologi TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW
Penyempurnaan-Diri Maruah-Diri Keinginan utk memenuhi kehidupan & mencapai potensi Keinginan utk status & kedudukan Sosial Keinginan utk perhubungan & penerimaan Keselamatan Keinginan utk perlindungan kerja Fisiologi Keinginan utk mkn,tempat tinggal, & pakaian Hiraki Keperluan Maslow
KeperluanFisiologi • Berhubung keperluan asas manusia untuk terus hidup • Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya • Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah dan gaji
KeperluanKeselamatan • Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan atau menjejaskan masa depannya • Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi telah dipenuhi • Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja • Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yg bersih dan kondusif, skim pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja mereka
KeperluanSosial • Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap individu • Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah dipenuhi • Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri • Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi • Di dalam organisasi para pekerja akan dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi dan bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi
Keperluan Esteem • Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi • Keperluan ini agak sukar dipenuhi • Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan, status dan sebagainya • Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut
KeperluanAktualisasiDiri • Keperluan terakhir yang akan dipenuhi • Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan oleh seseorang manusia • Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan potensi yang ada padanya untuk mencapai apa yg dihajatinya • Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi
KeperluanAktualisasiDiri (samb…) Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi manusia bermula dgn keperluan asas & keperluan keselamatan dlm kerjayanya. Setelah seseorg mencapai satu tahap barulah ia meningkat & berikhtiar utk mencapai tahap yg lebih tinggi.
HI !! NAMA SAYA ABRAHAM MASLOW
TEORI MOTIVASI HERZBERG • Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model Penjagaan – Motivasi (Motivation - Maintenance Model) • Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja iaitu: • Faktor-faktor hygiene/penjagaan • Faktor-faktor motivasi/dorongan
Kepuasan Kerja Faktor Dorongan Neutral Ketidakpuasan Kerja Faktor Hygiene Rendah Tinggi Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan Kerja (Sumber : Landy & Trumbo, 1976 :87)
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan Kerja Rendah Tinggi Tidak puas hati Puas hati FaktorMotivasi PencapaianPengiktirafan KenaikanPangkatPekerjaanitusendiri PeluangberkembangTanggungjawab Tinggi Rendah Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati Faktor Hygiene KualitiPenyeliaanPolisi Syarikat GajiKeadaanfizikaltempatkerja HubunganantarapekerjaKeselamatanditempatkerja Sumber: David Holt, Management: Principal and Practice
Faktor-faktorPenjagaan (Maintenance Factors) • Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene factors) • Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi • Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka • Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan, polisi syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja keselamatan di tempat kerja • Faktor hygiene jika diberi perhatian akan mengurangkan/mentiadakan ketidakpuasan hati dan jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan ketidakpuasan hati
Faktor-faktorMotivasi/Dorongan • Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat memotivasikan pekerja • Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan kerja
Antarafaktor-faktormotivasiadalah: • Pencapaian; yakni peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat kerja yang mencabar • Penghargaan; yakni penghargaan terhadap sumbangan dan usaha • Tanggungjawab; yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja yang baru
Kemajuan; Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan prestasi kerja Kerja itu sendiri; Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat memberi kepuasan, penonjolan diri dan mencabar Kesimpulannya: • Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya tdk semestinya membawa ketidakpuasan kerja. • Kehadiran faktor hygiene mengurangkan ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya menyebabkan ketidakkpuasan kerja.
TEORI X & TEORI Y • Douglas McGregor seorang ahli psikologi membuat andaian berhubung dgn gelagat pekerja yang boleh dijadikan panduan pengurus dan pemimpin • Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk memberi motivasi pada pekerja yang berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat mereka