420 likes | 1.39k Views
PERANAN WAHYU. PENGERTIAN WAHYU. BAHASA. ISTILAH SYARAK. kalam Allah yg disampaikan kepada para nabi dan rasul melalui malaikat Jibril mengenai syarat dan hukum Nya sebagai bimbingan kepada manusia. isyarat, ilham, nasihat,bimbingan, panduan atau petunjuk yang disampaikan ke
E N D
PENGERTIAN WAHYU BAHASA ISTILAH SYARAK kalam Allah yg disampaikan kepada para nabi dan rasul melalui malaikat Jibril mengenai syarat dan hukum Nya sebagai bimbingan kepada manusia isyarat, ilham, nasihat,bimbingan, panduan atau petunjuk yang disampaikan ke dalam hati manusia.
CIRI-CIRI WAHYU • disampaikan kepada nabi dan rasul • kebenarannya adalah mutlak, benar, sempurna, lengkap • hukum wahyu adalah kekal • tiada lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW • dapat menceritakan tentang perkara ghaib
PERINGKAT PENURUNAN WAHYU • dari Allah ke Loh Mahfuz yg diturunkan sekaligus • Dari Loh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga sekaligus pada malam Lailatul Qadar • Dari Baitul Izzah kepada Rasulullah beransur-ansur selama 23 tahun melalui malaikat jibril
PERANAN WAHYU • memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam • menyuruh manusia melaksanakan syariat Allah • mendidik manusia kepada akhlak manusia • membetulkan akidah manusia yang telah rosak
AL-QURAN ISI KANDUNGAN KEISTIMEWAAN isi kandungan sesuai dengan semua manusia Al-Quran kekal dengan keadaan asal tanpa sebarang perubahan dan pindaan Tiada sebarang makhluk dapat menandingi kehebatan Al-Quran Setiap patah perkataan yang dibaca akan dibalas dengan sepuluh ganjaran Bahasanya amat tinggi • Masalah tauhid dan akidah • Janji baik dan buruk • Ibadat • Menjelaskan jalan-jalan menuju ke arah kebahagiaan hidup • Kisah dan riwayat orang-orang yang hidup di zaman dahulu • Akhlak yang mulia • Hukum hakam
Peranan akal Definasi akalDefinasi akal ialah kekuatan untuk melahirkan keputusan (Kesimpulan) tentang sesuatu realiti. Kesimpulannya, akal adalah berfikir ataupun berfikir adalah akal. Yang terhasil apabila berlaku, Perpindahan realiti yang telah diinderai oleh 5 pancaindera ke dalam otak dan kemudian dihubungkan dengan maklumat awal yang tersimpan di dalam otak itu. Berfikir terdiri daripada 4 komponen iaitu: 1. Realiti/objek: Sesuatu yang berlaku dalam bentuk visual atau bunyian ataupun sentuhan atau rasa atau bau-bauan dan sebagainya. 2. Lima pancaindera. Seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk rasa, kulit untuk sentuhan dan hidung untuk menghidu. 3. Otak: Untuk mengaitkan realiti dengan maklumat awal serta menyimpan data-data maklumat yang didapati. 4. Maklumat Awal: Kefahaman sesuatu fakta yang mempunyai ciri-ciri khas yang disesuaikan Pola Berfikirnya (Cara Berfikirnya)
Contohnya, Gambar yang paparan diatas adalah realitinya, gambar tersebut dicerap oleh mata untuk melihat dan direkleksikan didalam otak,kemudian otak akan mengaitkan realiti itu (Gambar itu) dengan maklumat awalnya. Maklumat awal akan menyatakan gambar itu adalah sebuah kapal terbang (jet) kerana kefahamannya kapal terbang ada ada sayap, boleh terbang, sirip kemudi berada dibelakangnye, sebagai ciri-ciri khasnya.
Benarkah manusia berfikir perlukan maklumat awal 马六甲7日讯-首相拿督斯里阿都拉巴达威今日说,国阵至今尚未有完整的候选人名单。 Kita ambil tulisan cina, bolehkah anda membacanya? Ini disebabkan maklumat awal kita tiada, jadi kita tidak mampu membacanya. Bagaimana kalau kaji anak-anak yang belum akil baligh, yang tidak dapat membezakan baik dan buruk. Semua barang-barang hendak dimakan, semuanya hendak masuk mulut. Tak membezakan yang mana boleh dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan. Ini kerana maklumat awalnya kurang, tidak cukup dan belum sempurna. Bagaimana kalau kaji orang gila, otaknya yang rosak. Maka dengan itu, otaknya gagal mengaitkan realiti dengan maklumat awalnya. Tingkahlakunya hanya berpanduan sisa-sisamemori yang ada.
Berikut dari firman Allah: “ Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian mengajukan kepada malaikat, seraya berfirman:’Beritahu kepada-Ku nama-nama mereka semuanya, apabila kamu benar’. Mereka menjawab:’Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai ilmu sedikitpun kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana’, Dia berfirman: ‘Wahai Adam, sampaikan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Apabila Adam selesai menyebutkan kepada mereka nama-nama semuanya itu, Dia berfirman:’Bukankah Aku telah beritahukan kepada kamu, bahawa Aku Maha Tahu perkara ghaib di langit dan dibumi, serta Maha Tahu apa yang kamu kemukakan dan apa yang kamu sembunyikan.’” [QS Al Baqarah:Ayat 31-33] Dari sini, menunjukkan segala maklumat awal yang ada berpunca daripada Allah.
Peranan AkalManusia memegang tanggungjawab yang lebih besar yang diamanahkan oleh Allah. Ini tidak dikenakan kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, binatang, bintang, matahari, bulan lantaran makluk seperti itu tiada Akal. Manusia dipertanggungjawabkan amanah Allah ini kerana adanya Akal. Akal kemampuan untuk berfikir. Firman Allah SWT : “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban” (Q.s Al-Isra:3)
Sebelum Islam dapat dijelmakan sebagai sebuah cara hidup, kaum muslimin mesti menjadikan akidah Islam sebagai cara berfikir (Aqidah Aqliyah)mereka terlebih dahulu. Iaitu takala mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan permasalahan ini mereka mesti sentiasa mempunyai kesedaran bahawa; untuk memperolehi keredhaan Allah SWT mereka tiada pilihan lain kecuali menyelesaikannya dengan hukum yang menepati Perintah-Perintah dan Larangan-Larangan Allah SWT yang termaktub di dalam al Quran dan as Sunnah.
Al-Quran panduan hidup Salah satu sifat terpuji seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH ialah tidak bertindak menurut pendapat dan prinsip majoriti sebaliknya mengutamakan sesuatu perkara yang dicintai ALLAH dan juga mengikut suara hatinya walau dalam apa keadaan sekalipun. Bagi individu sedemikian, kata-kata juga reaksi manusia lain tidak penting baginya. Seorang Muslim hanya menitikberatkan apa yang ALLAH redha dan matlamat terakhirnya ialah untuk mempamerkan akhlak terbaik sepertimana yang telah digariskan di dalam Al-Quran.
Kesempurnaan akhlak yang seharusnya dipamerkan oleh individu Muslim ini banyak dilihat pada kalangan rasul yang diutus ALLAH. Para rasul tidak peduli walau sedikitpun akan sikap dan gaya hidup yang ditonjolkan oleh orang-orang yang tidak beriman dan hanya patuh pada perintah ALLAH. Lantas, mereka terdedah kepada penindasan dan seksaan oleh orang-orang musyrik, yang mensyirikkan ALLAH hanya kerana para rasul ini beriman kepada ALLAH. Mereka turut berhadapan dengan ancaman bunuh; dipenjarakan, difitnah, diseksa dan dibuang dari tanahair mereka sendiri. Mereka menghabiskan hayat dengan penderitaan dan ada yang syahid di jalan ALLAH.
ALLAH menunjukkan kesempurnaan moral dan akhlak Muslim sejati dan juga para rasul dalam firmanNYA: “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali-Imran: 146) Salah satu matlamat utama bagi seorang Muslim yang sangat mencintai ALLAH, sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul, ialah tidak takut akan segala cemuhan oleh mereka yang tidak beriman sebaliknya hanya takut kepada ALLAH sehingga membawa kepada keredhaan ALLAH.
Bagi masyarakat yang tidak hidup berlandaskan pandua Al-Quran, perubahan dalam masyarakat ke arah bertentangan dengan aturan ALLAH akan berlaku. Manusia bertindak mengikut kebijaksanaan dan perasaan masing-masing secara berkelompok. Keadaan ini mendominasi kehidupan mereka. Sistem kehidupan mereka yang sedia ada digantikan dengan sistem yang lebih diterima masyarakat walaupun berbaur ketidakikhlasan dan dibuat-buat yang mungkin mereka sendiri sukar menerimanya. Inilah hasilnya apabila tidak melaksanakan undang-undang ALLAH dalam kehidupan.
Ibadat dan syariat Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab: عبادة) dari sudut makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan SunnahRasulullah S.A.W. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T. Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah S.W.T dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. [1] Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun batin. [2]
Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
Sumber syariat Islam Al-Qur'an Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan. [sunting] Hadis Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain: Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an [sunting] Ijma' Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi.
[sunting] Qiyas Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama. [sunting] Ijtihad Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah: Ijma', kesepakatan para ulama Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat 'Urf, kebiasaan
ciri-ciri dan konsep Syariat Islam D. Keaslian dan Keabadian dalam Nas-Nas Syariah Di antara ciri-ciri Syariah Islam yang nyata sekali ialah ia mempunyai sifat asli yang tetap serta keabadian yang kekal dalam nas dan sumber-sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan serta pertukaran. Al-Qur'an al-Karim yang merupakan sumber pertama daripada sumber-sumber perundangan telah dijamin oleh Allah akan terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori oleh tangan-tangan jahat dengan penyelewengan atau sebarang perubahan, itulah Al-Qur'an yang telah melalui masa 14 abad sejak mula turunnya, adalah Al-Qur'an al-Karim yang sama pada hari ini pada lafaznya, maknanya, tajwidnya dan bacaannya.
Benarlah firman Allah: “Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” Betapa musuh-musuh Islam telah berusaha sepanjang masa untuk mengubah Al-Qur'an, walaupun satu kalimat. Adakah mereka mampu berbuat demikian? Adakah mereka dapat mencapai tujuan mereka yang keji itu? Dunia mengetahui dan sejarah menyaksikan bahawasanya percubaan-percubaan mereka yang berdosa berakhir dengan kegagalan dan kehancuran, bahkan mereka tidak mendapat apa-apa daripada usaha mereka melainkan kehinaan dan kenistaan, celaan semua generasi dan sejarah menghina diri mereka sendiri.
Orang-orang Barat yang berfikiran terbuka telah mengakui tentang keaslian Al-Qur’an serta keabadiannya yang kekal sepanjang generasi. Mereka telah mengatakan suatu yang benar secara bersih dan objektif, dan mereka menjelaskan hakikat keaslian Al-Qur'an dengan terperinci dan jujur. Di antara mereka ialah Profesor Reynold Nicholson ketika membicarakan dalam bukunya “Al-Tarikh Al-Adabi lil Arab” (The History of Arabic Culture) yang bunyinya: ‘Al-Quran al-Karim merupakan dokumen (kemanusiaan) yang tinggi menerangkan secara terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammad s.a.w. pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya satu unsur yang unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula Al-Qur'an, (sejarah) Islam sejak pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan sesuatu yang tak boleh ditemui dalam agama-agama lain seperti Buddha, Kristian atau agama apa saja daripada agama-agama kuno”.