90 likes | 345 Views
Pembelajaran Agama Islam Berbasiskan Teknologi dan Informasi. Osman Bakar, PhD Profesor Emeritus Falsafah Sains di Universiti Malaya dan Pembantu Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia. Kata-kata kunci: agama Islam; pembelajaran; teknologi; informasi.
E N D
Pembelajaran Agama Islam Berbasiskan Teknologi dan Informasi Osman Bakar, PhD Profesor Emeritus Falsafah Sains di Universiti Malaya dan Pembantu Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia
Kata-kata kunci: agama Islam; pembelajaran; teknologi; informasi • Agama Islam: skop ajaran agama Islam yang hendak diajarkan mesti ditentukan. Dimensi-dimensi agama Islam yang hendak difokuskan wajar diterangkan. • Pembelajaran: dari perspektif pengajar/dosen/guru besar harus diperjelaskan metodologi pengajaran yang hendak dipakai. Ada dua jenis metodologi pengajaran: [1] metodologi konseptual yang berkaitan dengan pendekatan (approaches) untuk memahami Islam, iaitu sama ada pendekatan kefalsafahan, pendekatan sejarah atau historis, pendekatan sosiologi dan seterusnya; [2] metodologi teknikal yang berkaitan dengan isu-isu peralatan pengajaran (technical teaching tools) seperti menggunakan video, presentasi power point, dsb.
Memahami peran teknologi dalam kemajuan ilmu dan tarbiyah • Teknologi dari perspektif Islam: isu hubungkait antara teknologi dan nilai-nilai kemanusiaan; teologi teknologi: pemahaman yang baik tentang isu ini dapat meningkatkan apresiasi terhadap teknologi di kalangan pengajar dan pelajar dan dapat menjamin terhindarnya alienasi keagamaan (religious alienation) daripada berlaku dalam masyarakat; • Teknologi harus dilihat sebagai alat; namun demikian ia bukan bersifat “value-free” atau “neutral” dari segi nilai; • Dengan pertolongan daripada teknologi proses pengilmuan masyarakat bisa menjadi lebih pesat; juga tarbiyah dijangkakan akan lebih efektif; produksi, penyebaran dan aplikasi ilmu akan lebih maju; dengan kata lain masyarakat berilmu (knowledge society) akan lebih cepat dapat direalisasikan;
Informasi dan teknologi informasi (information technology) • Ambang abad ke-21 disebut sebagai zaman ledakan informasi (information explosion): terciptanya teknologi informasi yang semakin canggih • Dampak teknologi informasi: ada baiknya dan ada buruknya; kebenaran bercampur baur dengan kepalsuan; peluang luas (wide opportunity) untuk akses sumber ilmu dan informasi; juga risiko besar untuk menjadi keliru • Perlunya fikiran kritis (“critical mind”) dalam menilai antara yang benar dan yang palsu dan antara yang baik dan yang buruk; • Informasi bukan ilmu dan ilmu bukan hikmah
Bagaimana hendak memanfaatkan teknologi informasi dalam pembelajaran/pengajaran agama Islam: Dengan menggunakan perpustakaan elektronik (electronic library); filem/video; jurnal elektronik (pada pelbagai website) untuk: • Mengajar teologi (ilmu tauhid; usul al-din) • Menerangkan sifat-sifat dan nama-nama Tuhan menerusi penayangan gambar pelbagai fenomena alam tabii (natural) dan alam kemanusiaan (human world) yang berkaitan. Contoh: tunjukkan manifestasi rahmah atau sifat Tuhan yang Maha Pemurah (al-Rahman)dalam alam haiwan dengan menayangkan gambar ibu burung memberi makanan kepada anaknya atau “mentarbiahkan” anaknya; • Menyediakan citra (image) visual yang dapat menerangkan hakikat tauhid (keesaan Tuhan) menerusi kesatuan alam tabii: tunjukkan kesalingberkaitan antara bahagian-bahagian alam dengan menayangkan gambar rantaian kerosakan yang terjadi kepada alam sebagai dampak perbuatan manusia yang merosakkan bahagian-bahagian tertentu alam;
Bagaimana hendak memanfaatkan teknologi informasi dalam pembelajaran/pengajaran agama Islam: • Mengajar ilmu-ilmu syariah • Untuk memaparkan keluasan syariah Islam: fiqih ibadat dan fiqih muamalat • Mendedahkan institusi-institusi yang berasaskan ajaran syariah sepanjang sejarah Islam: bidang ibadat (masjid, institusi haji), bidang ekonomi (bank Islam), sains dan teknologi (balai cerap astronomi), bidang tarbiyah (madrasah/pondok/pesantran) dsb. • Kedudukan ahli kitab • Memaparkan citra syariah yang dinamis dan toleran: contoh, keharmonian antara syariah dan adat; produknya ialah kepelbagaian dan kesatuan umat Islam dan bukannya keseragaman (uniformity)
Bagaimana hendak memanfaatkan teknologi informasi dalam pembelajaran/pengajaran agama Islam: • Mengajar sejarah Islam • Kelahiran Islam (filem “The Message”, banyak lagi filem TV dokumentari tentang Nabi Muhammad s.a.w.) • Sejarah peradaban Islam (menunjukkan sumbangan Islam kepada peradaban manusia: juga banyak filem dokumentari) • Untuk menunjukkan pada umumnya agama Islam tidak berkembang menerusi pedang (sebaliknya menerusi dakwah dan perdagangan dan busines) • Mengajar sejarah sains Islam • Memperkenalkan tokoh-tokoh saintis Islam (biografi difilemkan) • Menunjukkan keluasan bidang sains Islam • Menunjukkan sumbangan original sains Islam kepada dunia
Bagaimana hendak memanfaatkan teknologi informasi dalam pembelajaran/pengajaran agama Islam: • Mengajar senibina (architecture) Islam • Presentasi visual keunikan senibina Islam: kepelbagaian dan kesatuan (diversity and unity) • Mengajar kesenian Islam • Menunjukkan kekayaan dan keindahan kesenian Islam • Menunjukkan peran Islam dalam mempromosikan kepintaran etnik (“ethnic genius”) di kalangan pelbagai kelompok etnik yang menganuti agama Islam (juga kepelbagaian dan kesatuan)
Kesimpulan (konklusi) • Penggunaan dan aplikasi teknologi informasi dapat: • Meningkatkan kualitas pengajaran dan pembelajaran; • Mempermudahkan riset atau penelitian dan meningkatkan kualitas riset; • Membantu pengajar/dosen/guru besar untuk menerangkan konsep-konsep dan idea-idea dengan cara yang lebih mudah; • Mengakses “walking library”; • Pembelajaran akan menjadi lebih menarik kepada para pelajar; • Memperbaiki komunikasi antara pelajar dan pengajar; • Menjadikan dakwah Islam lebih efektif