260 likes | 753 Views
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN. AHMAD RASDAN ISMAIL. CAHAYA DAN WARNA. Cahaya adalah perangsang kepada penglihatan.
E N D
ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARANOleh:Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
CAHAYA DAN WARNA Cahaya adalah perangsang kepada penglihatan. Pencahayaan yang cukup akan memberi penglihatan yang optimum kepada sesuatu objek. Jumlah pencahayaan yang terlalu kurang atau terlalu lebih pula akan menyeabkan ketidakcekapan visual cahaya bergerak dalam satu garis lurus, namun begitu, ia boleh diubahsuai atau diubah arah melalui proses pantulan(reflection), biasan (refraction), sebaran (diffraction,diffusion), serapan (absorption) dan polarisasi (polarization) ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
TERMINOLOGI BERKAITAN CAHAYA a) Kuasa Radian - kadar aliran tenaga radian, diukur dalam unit Watt (W) b) Kekuatan Kilauan - Jumlah cahaya dikeluarkan dari satu punca, diukur dalam unit candela c) Fluks Berkilau - kadar aliran cahaya, diukur dalam unit lumen (1m) d) Intensiti Cahaya - ketumpatan atau kuantiti cahaya yang sampai ke sesebuah permukaan, diukur dalam unit lux e) Luminans - kecerahan, jumlah cahaya yang dikeluarkan oleh sesuatu permukaan,diukur dalam unit kandel per kaki persegi (cd/m2) f) Kepantulan - mengukur peratus pantulan cahaya keatas sesuatu permukaan g) Kontras - Peratus kecerahan antara sesebuah objek dan latarbelakangnya h) Luminaires - merujuk kepada perkakasan yang digunakan dalam lampu termasuklah mentol, penutup, wayar, soket dan sebagainya. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
KAEDAH PENGUKURAN • Cahaya boleh diukur dengan menggunakan meter lux. • Luminans boleh diukur dengan menggunakan meter luminans. • Reflektan boleh diukur dengan menggunakan reflektometer Baumgartner. Luminans = Cahaya x Kepantulan PENCAHAYAAN - PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN a) Paras cahaya yang sesuai b) Permukaan cahaya yang seimbang c) Elakkan silau d) Kesamaan temporal pencahayaan ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
INTENSITI CAHAYA • Intensiti cahaya adalah jumlah cahaya yang jatuh di atas permukaan ruang kerja mestilah mencukupi untuk melakukan sesuatu kerja. • Intensiti cahaya dinyatakan dalam lux dan luminans dalam candela per m-2 (cd m-2) PANDUAN BAGI INTENSITI CAHAYA a) Pilih intensiti cahaya antara 10 - 200 lux bagi kerja-kerja orientasi. b) Intensiti cahaya tersebut adalah mencukupi contohnya lampu di koridor, lampu di bilik stor yang mana tidak melibatkan aktiviti membaca. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
c) Pilih intensiti cahaya antara 200 - 800 lux bagi kerja-kerja biasa. Ini sesuai bagi aktiviti membaca,' mengendalikan mesin, melakukan aktiviti pengendalian manual dan berikut adalah panduan yang boleh digunakan; • Intensiti cahaya yang lebih besar diperlukan sekiranya melibatkan keperluan yang kecil dan juga kontras yang begitu teruk • Bagi individu yang mempunyai masalah penglihatan atau mereka yang berumur, intensiti cahaya yang lebih diperlukan. d) Pilih intensiti cahaya antara 800 - 3000 lux bagi kerja-kerja yang memerlukan pengkhususan. e) Menggunakan cahaya tambahan lain bagi membantu keja-kerja yang memerlukan lebih penelitian. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Panduan Bagi Perbezaan Kecerahan • Elakkan perbezaan yang ketara dalam kecerahan. • Perbezaan dalam kecerahan yang berlebihan antara objek atau permukaan di lapangan penglihatan adalah tidak diperlukan. Perbezaan yang besar akan menghasilkan pantulan, pancaran cahaya dan bayangbayang. • Hadkan perbezaan kecerahan antara kerja khusus, persekitaran kerja yang hampir dan persekitaran kerja yang lebih luas. d) Lapangan penglihatan terbahagi kepada tiga zon iaitu kerja khusus, persekitaran kerja yang hampir dan persekitaran kerja yang lebih luas. kecerahan untuk kerja khusus tidak sepatutnya tiga kali lebih besar atau tiga kali lebih kecil dari persekitaran kerja yang hampir. Kecerahan bagi kerja khusus mestilah tidak berbeza dengan persekitaran kerja yang lebih luas. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
TEGASAN HABA • Mekanisma termogulatori diperlukan untuk mengekalkan suhu dalaman walaupun terdedah kepada pelbagai peringkat suhu di persekitaran. • Ketulenan tubuh manusia dalam mengawal suhu sekeliling telah menyumbang kepada perkembangan dalam suhu yang boleh diterima. • Suhu panas dan sejuk boleh menyebabkan kecederaan dan penyakit pad a individu yang terdedah kepadanya. • Di tempat kerja, pekerja biasanya terdedah kepada tegasan haba yang berlebihan dan ia merupakan satu hazard kesihatan dan mengurangkan tahap produktiviti pekerja. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Pengukuran Haba di Persekitaran a) Dry Bulb Temperature (DBT) b) Wet-Bulb Temperature (WBT) c) Globe temperature (GT) • Pergerakan uadaran dan kitaran angin Tegasan haba adalah gabungan semua faktor tersebut yang akan membawa kepada penerimaan haba radian oleh badan atau menghalang penyebaran haba dari badan(Leithead and Lind, 1964). Pengukuran tegasan haba diluar dan juga didalammenggunakan indeks WBGT: WBGT (outdoor) = 0.7 WBT + 0.2GT + 0.1 DBT WBGT (indoor)= 0.7 WBT + 0.3GT ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Kesan Bekerja Di Tempat Yang Panas • Strok haba - berlaku apabila suhu melebihi 41 DC. Bolehmenyebabkan kematian. Kulit menjadi merah, panas dan kering. • Kepenatan - pekerja berasa lemah dan hilang tumpuan.Pernafasan terganggu dan nadi menjadi lemah. • Syncope - pitam akibat pengaliran darah yang tidak mencukupi biasanya berlaku pad a pekerja di ruang terkurung. • Hyperventilation - bekerja dikawasan yang panas beserta pakaian perlindungan diri yang disebabkan kehilangan banyak karbon dioksida. • Prickly heat - ruam pad a kulit akibat pemakaian yang tidak sesuai dan memberi kesan kepada kulit. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Kelembapan Udara • Penyesuaian pekerja kepada persekitaran yang panas bergantung kepada beberapa perkara. Aklimitasi Haba • Ini merupakan proses adaptasi fisiologi pada persekitaran panas. la melibatkan peningkatan kapasiti untuk mengeluarkan peluh yang lebih dan menurunkan suhu asal dalam badan bagi permulaan perpeluhan. Toleransi Haba • Antara faktor yang mempengaruhi keupyaan individu menyesuaikan dengan keadaan panas. Usia • Kanak-kanak kurang berpeluh berbanding orang dewasa. Orang tua mempunyai kurang ketahanamterhadap haba panas yang disebabkan oleh lapisan kulit yang memudahkan mereka lebih cepat berpeluh. . AHMAD RASDAN ISMAIL ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN
Jantina • Tiada perubahan antara lelaki dengan wanita dalam adaptasi kepada haba panas.Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan wanita mula berpeluh pada suhu yang tinggi tetapi perpeluhannya kurang berbanding lelaki. Kecergasan fizikal • Pekerja yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik akan mengalami kurang tegangan berbanding mereka yang tidak mempunyai tahap kecergasan yang rendah. Lemak badan • Lemak yang berlebihan akan mengurangkan toleransi terhadap haba denagn meningkatnya kadar luas permukaan badan dan mengurangkan kecergasan kardiovaskular ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Bekerja di tempat Sejuk • Pad a suhu kurang dari 33°C kawalan suhu pada sistem saraf tunjang akan terganggu. Pada suhu 29°C hipotalamus di otak akan berhenti befungsi. Penyejukkan suhu asas ini akan menurunkan kadar metabolisma dan akan mengurangkan pengeluaran haba. Kecederaan akibat Kesejukan • Pendedahan kepada suhu sejuk yang lama boleh akan menyebabkan kecederaan pad a jari kaki dan tangan, hidung, pipi dan telinga. Perlindungan Cuaca yang Terlalu Ekstrem • perlindungan kepada pekerja perlu diberikan antaranya seperti: a) Rehat yang mencukupi b) Pakaian yang sesuai c) Bagi suhu yang panas rendamkan tangan didalam air sejuk untuk mengurangkan kepanasan d) Bagi suhu sejuk, ruang pemeruapan hendaklah mencukupi. Pada suhu kurang dari 0°C sarung tangan perlu disediakan. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
KEBISINGAN Bunyi yang tidak menyenangkan ini mengganggu komunikasi dan mengurangkan daya tumpuan terhadap sesuatu benda walupun ianya berlaku pada tahap bunyi yang rendah. Gangguan bunyi bising dan masalah pendengaran boleh dielakkan dengan meletakkan limit yang tinggi bagi bunyi bising. Panduan Bising Tahap kebisingan melebihi 80 dB(A) secara purata selama melebihi 8 jam boleh merosakkan pendengaran. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Tahap Gangguan Bising • Kebisingan sewaktu berkomunikasi dan semasa berfikir hanya berfungsi pada tahap bunyi 80 dB(A). Kebisingan yang berlebihan membuktikan ianya sebagai gangguan walaupun tahap untuk menyebabkan masalah pendengaran belum lagi dicapai. Pengurangan Bising dari Sumbernya a) Pemilihan kaedah kerja yang senyap b) Mengurangkan mesin yang mengeluarkan bunyi bising c) Membuat penyelenggaran pada mesin secara berkala d) Mengasingkan mesin yang bising ke tempat khas ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Pengurangan Bising melalui Rekabentuk Ruang Kerja atau Organisasi Kerja a) Mengasingkan aktiviti yang melibatkan bunyi bising dengan aktiviti lain b) Mengekalkan jarak yang mencukupi dari sumber bunyi bising. c) Menggunakan siling untuk menyerap bunyi bising. • Menggunakan skrin akustik. lanya akan lebih berkesan sekiranya digabungkan bersama siling penyerap bunyi. Alat Perlindung Telinga mestilah sesuai dengan pendedahan bunyi bising tersebut dan juga kesesuaian dengan pengguna. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
GETARAN • merujuk kepada pergerakan objek pepejal di mana amplitud dan frekuensi yang dihasilkan mendatangkan kesan kesihatan kepada orang yang terdedah kepadanya.organ manusia mempunyai frekuensinya yang tersendiri. Jenis Getaran a) Getaran keseluruhan badan (whole body vibration) - getaran dipindahkan dari sumber bergetar melalui punggung atau kaki b) Getaran tangan-Iengan (hand-arm vibration) - getaran dipindahkan dari peralatan yang bergetar melalui tangan ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Pekerjaan Berisiko - keseluruhan badan adalah seperti pemandu lori, bas dan kenderaan yang lain • risiko getaran tangan-Iengan adalah seperti penebang pokok yang menggunakan gergaji, di sektor pembinaan denagan menggunakan perlatan getaran Kesan kepada Kesihatan • Tempah masa dan frekuensi getaran • Suhu persekitaran • Keadaan postur semasa melakukan kerja Sind rom getaran keseluruhan badan: • Sistem musculoskeletal: mengakibatkan sa kit sendi dan sa kit belakang • Sistem saraf terganggu: pandangan kabur, pening dan merasa kebas • Sistem usus: merasa loya, mual dan sembelit • Kerosakan paru-paru • Kegagalan sistem jantung ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL
Sindrom getaran tangan-Iengan: • Masalah musculoskeletal akan berlaku sekiranya cara pengendalian tidak dilakukan dengan betul dan mengakibatkan hilang koordinasi tangan, tangan selalu rasa kebas. Pencegahan Getaran • Mengenalpasti punca getaran - biasanya mesin besar dan bermotor adalah sumber berlakunya getaran. Gerakan ROTATING biasanya menyebabkan kurang getaran berbanding gerakan RECIPROCATING. Mesin yang berat juga biasanya akan menghasilkan kurang getaran. • Penyelenggaran mesin yang kerap • Menghalang perpindahan getaran - ini dapat dilakukan dengan meletakkan suspension, damping atau sebagainya bagi mengurangkan perpindahan getaran ke tubuh badan dan tangan • Pengukuran terus kepada individu - melalui kaedah ini pendedahan kepada getaran dapat dikurangkan dengan menukar aktiviti melibatkan getaran kepada aktiviti yang be bas dari pendedahan getaran. ERGONOMIK DAN KUALITI PERSEKITARAN AHMAD RASDAN ISMAIL