280 likes | 689 Views
MINGGU 12. Ayat Majmuk. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: ayat majmuk gabungan ayat majmuk pancangan ayat majmuk campuran. AYAT MAJMUK. GABUNGAN : BERURUTAN, BERTENTANGAN PANCANGAN : RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN CAMPURAN : PELBAGAI AYAT
E N D
MINGGU 12 Ayat Majmuk
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: • ayat majmuk gabungan • ayat majmuk pancangan • ayat majmuk campuran
AYAT MAJMUK • GABUNGAN: BERURUTAN, BERTENTANGAN • PANCANGAN: RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN • CAMPURAN: PELBAGAI AYAT • PASIF: GABUNGAN, RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN
AYAT MAJMUK GABUNGAN • Subjek dan predikat lebih daripada satu. • Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda. * Hang Tuah memegang keris, dan Hang Jebat memegang lembing * Tun Teja menangis lalu turun ke taman * Sultan itu amat berdaulat lagi besar kerajaannya * Yang manis A atau B
JENIS AYAT GABUNGAN • Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka • Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal > Dia menjeling sambil tersenyum > Hang Tuah melompat lalu menikam > Anak itu lapar maka ia menangis > Orang ini miskin tetapi ia bahagia > Bukan orang yang malas berjaya, melainkan orang yang rajin > Dia membeli barang yang mahal, padahal ada barang yang murah
AYAT MAJMUK PANCANGAN: RELATIF • Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu. • Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang • Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang berwarna hijau • Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang menjahit baju itu isteri saya • Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda yang ditunggangnya itu kuda padi > Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu > Yang tampan itu pensyarah baharu
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN • Komplemen FN: subjek dan objek tepat * Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan kalah dalam pertandingan itu (objek tepat) * Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek) * Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini (songsang) • Komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap) * Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk bersuara * Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin pada tahun ini adil • Komplemen FAdj * Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam pertandingan itu * Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam golongan musafir
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN • Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat. • Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri. • Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan). • Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk. ayat induk + kata hubung + ayat keterangan kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya…
JENIS AYAT KETERANGAN • Keterangan musabab/penyebaban • Keterangan akibat • Keterangan syarat • Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas akhir • Keterangan pertentangan • Keterangan harapan • Keterangan cara • Keterangan tujuan, • Keterangan perbandingan • Keterangan sangkalan • Keterangan kenyataan
KETERANGAN MUSABAB • Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat. • Contoh: * Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit. * Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas dalam pengundian. * Oleh sebab malam semakin larut, mereka meninggalkan tempat itu. * Akibat gagal dan percintaan, mahasiswa itu membunuh diri.
KETERANGAN AKIBAT • Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka,dan makanya. • Contoh: * orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya. * Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau. * Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya tergadai habis. * Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya protes. * Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.
KETERANGAN SYARAT • Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana… • Contoh: * Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan kutunggu di pintu syurga. * Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama. * Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku teringat akan dirimu. * Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.
KETERANGAN WAKTU • Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai). • Contoh: * Dia lebih ceria sejak dia berkahwin. * Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan menyerah diri. * Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya. * Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir.
KETERANGAN PERTENTANGAN • Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun… • Contoh: * Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. * Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis. * Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar cintanya. * Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa. * Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat.
KETERANGAN CARA • Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah dengan. • Contoh: * Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke laut. * Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi. * Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh. * Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua tangannya. * Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya pergi.
KETERANGAN HARAPAN • Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar… • Contoh: * Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih bahagia. * Kita mesti menghormati orang, agar orang juga menghormati kita. * Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa yang telah saya katakan. * Biar kita berputih tulang daripada kita berputih mata.
KETERANGAN TUJUAN • Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi. • Contoh: * Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja. * Kerajaan menambahkan dana untuk membantu golongan miskin. * Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan Melaka. * Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun yang dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa.
KETERANGAN PERBANDINGAN • Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. • Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil. • Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih… • Contoh: * Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu membantuku. * Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air. * Daripada satu, baiklah dua. * Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan bingung.
KETERANGAN SANGKALAN • Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah. • Contoh: * Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada buaya. * Pemimpin yang tewas itu bergegas turun, seakan-akan merajuk.
KETERANGAN KENYATAAN • Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. • Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan. • Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua peristiwa yang terjadi serentak. • Contoh: * Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu. * Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka. * Jemputan sudah datang, sedangkan hidangan belum sedia lagi. * Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton TV.
AYAT MAJMUK CAMPURAN • Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandung: * Lebih daripada satu ayat tunggal * Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk * Deretan pelbagai ayat majmuk
CONTOH AYAT MAJMUK CAMPURAN • Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun. • Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut: * Minah belajar di Universiti Putra Malaysia * Pelajarannya telah tamat * Minah segera pulang ke kampung * Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya * Dia hendak menemui saudara maranya. * Dia mempunyai maksud * Maksudnya berkahwin * Dia hendak berkahwin dengan Hassan * Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM * Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG • Pada asasnya, ayat pendek ialah ayat tunggal dan ayat panjang ialah ayat majmuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga ayat panjang yang berupa ayat tunggal, dan ayat pendek yang berupa ayat majmuk. • Contoh: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu telah roboh sepenuhnya petang kelmarin • Ayat di atas ialah ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat. • Subjek: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu • Predikat: telah roboh sepenuhnya petang kelmarin
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG • Contoh: Motosikal yang telah lama dibeli itu dibuang tayarnya, ditendang, ditolak ke jalan, dan dihumban ke sungai. • Ayat di atas ialah ayat majmuk kerana mempunyai lima ayat, iaitu: * Motosikal itu telah lama dibeli. * Motosikal itu dibuang tayarnya. * Motosikal itu ditendang. * Motosikal itu ditolak ke jalan. * Moitosikal itu dihumban ke sungai.
AYAT MAJMUK PASIF • Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif. • Contoh ayat majmuk gabungan: aktif: Suami makan nasi dan isteri minum air. pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air diminum (oleh) isteri. • Contoh ayat majmuk relatif: aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati. pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton (oleh) mahasiswa.
AYAT MAJMUK PASIF • Contoh ayat majmuk pancangan komplemen: aktif: Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan. pasif: Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan dikatakan (oleh) pensyarah. • Contoh ayat majmuk keterangan: aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan menantimu di pintu syurga. pasif: Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga akan kunanti.
KESIMPULAN • Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan berurutan dan gabungan bertentangan • Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan • Ayat majmuk campuran mengandung pelbagai jenis ayat, sama ada ayat pendek atau ayat panjang • Ayat majmuk juga boleh dijemakan dalam bentuk pasif