160 likes | 588 Views
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET. ISI KANDUNGAN. OBJEKTIF KOD ETIKA. PRINSIP. ETIKA. RUKUN ETIKA. ISU ETIKA. CIRI PROFESIONALISME. KOD ETIKA. KERANGKA KOD. PENUTUP. OBJEKTIF KOD ETIKA. Mengetahui masalah moral dan isu etika dalam penggunaan komputer .
E N D
ISI KANDUNGAN OBJEKTIF KOD ETIKA PRINSIP ETIKA RUKUN ETIKA ISU ETIKA CIRI PROFESIONALISME KOD ETIKA KERANGKA KOD PENUTUP
OBJEKTIF KOD ETIKA • Mengetahui masalah moral dan isu etika dalam penggunaan komputer. • Memahami prinsip etika penggunaan komputer. • Memahami etika profesional teknologi maklumat • Mengetahui fungsi kod etikaprofesional • Keperluan etika komputer
PRISIP ETIKA KOMPUTER • Keseimbangan • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukkannya. • Keizinan termaklum • Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akandihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risikoyang bakal timbul. • Keadilan • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikanpatutmenanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidakpatut menanggung risiko yanglebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak. • Meminimumkan risiko • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak dari risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkannya. • agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
ETIKA KOMPUTER • Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul. • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
RUKUN ETIKA • Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain. • Tidak mengganggu kerja komputer orang lain. • Tidak menceroboh masuk fail komputer lain. • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri • Tidak menggunakan komputer untuk menipu. • Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah. • Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran. • Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. • Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
ISU ETIKA • Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran. • Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran. • Kurang arif tentang undang-undang siber. • Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer. • Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
CIRI PROFESIONALISME • Harus ada perkhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. • Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas. • Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu. • Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu. • Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas. • Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.
KOD ETIKA • Inspirasi dan panduan. • Pencegahan dan disiplin. • Memelihara maruah profesion. • Memelihara keharmonian. • Sokongan.
KERANGKA KOD ETIKA • Kebersendirian • Ketepatan • Hak milik • Capaian
KEBERSENDIRIAN • Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu, atau diketahui oleh orang lain. • Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kakitangan. • Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain. • Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut disimpan?
KETEPATAN MAKLUMAT • Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul dalam laman sesawang? • Bagaimana memastikan maklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna? • Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh diberi haknya?
HAK MILIK • Siapa memiliki maklumat yang dikumpul? • Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat yang diberi. • Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta. • Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik?. • Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi?. • Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem diberi ganjaran?. • Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.
CAPAIAN • Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat ? • Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan mengakses capaian maklumat tersebut ? • Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kakitangan yang tidak berupaya ? • Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat ? • Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan dalam memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dengan jaminan apa?
KOD ETIKA PROFESIONAL • Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus. • Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. • Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya kepada umum. • Bersikap adil dan tidak menindas. • Menghormati hak cipta orang lain. • Menghormati hak kebersendirian orang lain.
TERIMA KASIHDISEDIAKAN OLEH:NURUL ATIQAH BINTI AMINPISMP-IPGM 3APENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER