1 / 32

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN. MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK): MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERSATU PADU. KULIAH MINGGU 03. LATAR BELAKANG DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK). DPK adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;.

Download Presentation

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

  2. MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK): MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERSATU PADU KULIAH MINGGU 03

  3. LATAR BELAKANG DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)

  4. DPK adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ”

  5. PELAKSANAAN DPK DI BAWAH SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN • Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; • Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; • Peperiksaan yang sama; • Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya memenuhi keperluan negara; dan • Memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Ruku Negara.

  6. KONTEKS PENGGUBALAN DPK

  7. KEDUDUKAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI ORANG MELAYU • Menurut van Leur (1995), orang Melayu pada zaman kegemilangan Melaka adalah cukup bertamadun dan berpengetahuan sehingga berupaya mengurus dan mentadbir metropolis Melaka, yang di dalamnya pada sesuatu ada 300,000 orang peniaga dari pelbagai benua dan bangsa. • Barnes (1951) menyatakan bahawa selepas 400 tahun dijajah, status orang Melayu telah merudum sehingga terdampar di negeri sendiri dan menjadi hamba ekonomi kepada kaum pendatang yang dilindungi oleh penjajah (Report of the Committee on Malay Education, Federation of Malaya)

  8. Jadual 1: Penduduk Malaya pada tahun 1950 Sumber: Laporan Fenn dan Wu, 1951

  9. Jadual 2a: Enrolmen Murid Mengikut Jenis Sekolah, 1938 Sumber: Laporan Barnes, 1951 ms 11

  10. Jadual 2b: Enrolmen Murid Di Sekolah Inggeris, 1947 - 1950 Sumber: Laporan Barnes, 1951 ms 11

  11. PENJAJAHAN JEPUN Menurut Laporan Barnes (1951) dan Mustapha Hussin (1999) penderitaan yang dialami semasa dijajah oleh Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberi semangat kepada orang Melayu untuk bangkit membela nasib sendiri. Melalui perjuangan nasionalis, orang Melayu telah mendesak penjajah Jepun kemudiannya British untuk mendapatkan hak mereka dari segi politik, sosial dan ekonomi. Teras kepada perjuangan ini adalah hak kepada pendidikan, yang disedari oleh orang Melayu sebagai penentu hala tuju dan penyelamat bangsa Melayu.

  12. CORAK PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA

  13. PENDATANG YANG BERMASTAUTIN Menurut SufianHashim (1981) pada mulanya pendatang asing ini datang ke Malaya adalah didorong untuk mencari kekayaan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Namun, setelah mengecap kemakmuran di Malaya, pendatang mula terdorong untuk menjadi warga Malaya dan mengambil bahagian sepenuhnya bukan sahaja dalam sektor ekonomi malah di sektor politik dan juga sosial, sekali gus mendominasi sektor-sektor tersebut. Perkembangan ini mencorakkan Malaya dari sebuah “Tanah Melayu” kepada Malaya yang berbilang bangsa.

  14. KONTRAK SOSIAL NEGARA MALAYA YANG MERDEKA

  15. DASAR EKONOMI BARU & PENDIDIKAN

  16. SOROTAN PENGGUBALAN DPK

  17. PELAKSANAAN DPK KE ARAH MEMBINA MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERSATU PADU KERANGKA KONSEP PELAKSANAAN DPK DALAM MEMUPUK PERPADUAN

  18. TERAS PELAKSANAAN DPK “Memupuk perpaduan negara melalui pembudayaan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Ruku negara” • Menyediakan kemudahan persekolahan yang mencukupi; dan • Bahasa pengantar, kurikulum dan peperiksaan yang berupaya memenuhi keperluan untuk memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik

  19. FASA PEMBENTUKAN (1950 – 1960)

  20. FASA PERMODENAN (1961 – 2005) • Dimulakan dengan pemantapan DPK melalui pembentukan Akta Pelajaran 1961 • Pematuhan sekolah-sekolah Cina kepada aliran kebangsaan pada tahun 1962 (Sekolah Conforming) • Di bawah Akta Pendidikan 1996, peluasan skop sistem pendidikan kebangsaan meliputi semua institusi pendidikan termasuk sekolah atau institusi pendidikan swasta dari peringkat prasekolah ke peringkat pendidikan tinggi.

  21. Pendekatan Strategik dan Bersepadu Fasa Permodenan • Mengurangkan jurang bandar dan luar bandar; • Memperkasakan Sekolah Kebangsaan; • Memartabatkan bahasa kebangsaan; • Pengajaran bahasa-bahasa antarabangsa; • Pendemokrasian pendidikan; • Pembaharuan kurikulum; • Pembestarian sekolah; • Pendidikan bertaraf dunia; dan • Memartabatkan profesion perguruan.

  22. FASA WAWASAN (2006 dan seterusnya) • Bermula dari Rancangan Malaysia Ke-9 dan memasuki tempoh kritikal iaitu 10 tahun terakhir sebelum mencapai status negara maju • Masih berfokus kan kepada akses, ekuiti, kualiti dan keberkesanan program-program (penambahan strategi- sekolah sukan, pendidikan khas dan Malaysia sebagai hub industri pendidikan serantau); dan ditambah • Kecemerlangan pendidikan.

  23. PETUNJUK UTAMA PRESTASI DPK:PENDIDIKAN • Terdapat kemajuan ketara dalam pelbagai segi yang boleh diukur: bilangan sekolah dan enrolmen, kadar penyertaan murid dalam pendidikan, bilangan lulusan IPTA, taraf pendidikan tenaga kerja, kadar celik huruf, tenaga pengajar dan skim perkhidmatan guru.

  24. Jadual 4: Kadar Penyertaan Pelajar di Institusi Pendidikan Kerajaan dan Bantuan Kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi (IPT)

  25. PETUNJUK UTAMA PRESTASI DPK: PERPADUAN • Pembentukan satu budaya Malaysia yang berasaskan kepada pelbagai budaya dan kepercayaan; • Pembangunan budaya sosial melalui integrasi nasional; • Pembangunan ekonomi – kekayaan dikongsi dengan lebih berekuiti terutama hasil dan sumber kekayaan baru; dan • Kestabilan politik yang berterusan – asas utama kepada perpaduan dan kemakmuran

  26. Jadual 5 : Indikator Sosio-Ekonomi Negara

  27. Jadual 6: Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar

  28. KESIMPULAN DAN CADANGAN • DPK menzahirkan banyak indikator kuantitatif dan kualitatif yang menunjukkan kemajuan ketara sejak mula dilaksanakan pada tahun 1957 • Konteks kritikal- jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu • Pelaksanaan DPK pada masa depan terus menitikberatkan pengukuhan teras DPK- menyediakan kemudahan persekolahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kaedah penyampaian pendidikan yang juga berkualiti dan menjamin prestasi pendidikan murid

  29. KESIMPULAN DAN CADANGAN • Teras Kedua DPK- kurikulum, bahasa pengantar, pengajaran bahasa-bahasa lain serta sistem peperiksaan perlu terus dipertingkatkan agar piawai memenuhi keperluan tenaga manusia negara maju di persada global • Knowledge-worker memainkan peranan negara dalam knowledge-economy • Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah meyakini ibu bapa semua kaum untuk memilih SK sebagai sekolah pilihan – wadah menjana perpaduan rakyat

  30. Thank You…

More Related