1.99k likes | 5.74k Views
Definisi dan Konsep Pendidikan Khas. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
E N D
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyerdari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. (Sumber: Buletin Pendidikan Khas, 1997)
Visi Pendidikan Khas Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Pendidikan Khas Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Apakah Itu Pendidikan Khas? Merupakan sebahagian daripada Pendidikan Biasa. Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi (1948) dan Ikrar Masyarakat Sedunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan untuk semua (1990) menegaskan hak untuk semua tanpa mengira perbezaan individu.
Definisi Pendidikan Khas Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Definisi Pendidikan Khas Ia bertujuan untuk MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui • Perkembangan mental • Kestabilan emosi • Integrasi sosial
Dasar Pendidikan Khas • Akta Pendidikan 1996, Bab 8 • Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 • Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM • Deklarasi Antarabangsa (Salamanca Declaration 1994)
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) (1990) … memastikan bahawa setiap individu yang berumur 3 – 21 tahun mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang percuma dan sewajar dengan keupayaannya.
United Nations Standard Rules on the Equalization of Opportunities for Persons with Disabilities (1993) Mengesa negara-negara anggota memastikan bahawa pendidikan bagi individu-individu kurang upaya dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
Akta Pendidikan (1996) Maksud Pendidikan Khas Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan pendengaran. Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran atau masalah pembelajaran. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh hadir di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Jenis-Jenis Penempatan(mengikut hierarki ‘restrictiveness’) • Kelas Biasa / Guru khas sebagai ‘perunding’ • Guru Itinerant • Bilik Resos • Kelas Khas • Sekolah Khas • Sekolah Berasrama / Pusat Berasrama
Jenis-Jenis Penempatan(mengikut hierarki ‘restrictiveness’) Semakin serius kecacatannya, semakin ‘rendah’ penempatannya dalam hierarki penempatan yang diberikan. Semakin ringan kecacatannya, semakin ‘tinggi’ penempatannya dalam hierarki penempatan yang diberikan.
Siapakah Kanak-kanak Berkeperluan Khas? … kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak ‘biasa’ dalam MANA-MANA aspek berikut:
Ciri-ciri mental; • Keupayaan deria; • Ciri-ciri neuromuskular atau fizikal • Tingkah laku sosial dan emosi; • Keupayaan komunikasi; atau • Pelbagai kekurangan
SEHINGGA pengubahsuaian dan perkhidmatan khas diperlukan untuk membolehkannya mencapai kemampuan yang maksimum. (Kirk, S. A. et al, 1999)
Objektif Utama Pendidikan Khas Mencegah / mengurangkan kemungkinan sesuatu ‘disability’ menjadi sesuatu ‘handicap’ (to prevent a disability from becoming a handicap)
Kategori Murid Pendidikan khas • Bermasalah Penglihatan • Bermasalah Pendengaran • Bermasalah Pembelajaran • Pintar Cerdas
Kategori Kurang Upaya Pendengaran • Minima (Mild) - 20 - <30dB • Sederhana (Moderate) - 30 - <60dB • Teruk (severe) - 60 - <90dB • Sangat Teruk (Profound) - >90dB
Kategori Kurang Upaya Penglihatan Totally Blind Functionally Blind Low Vision
Totally Blind A student who is totally blind receives no useful information through the sense of vision and must use tactile and auditory senses for all learning.
Functionally Blind A child who is functionally blind has so little vision that she learns primarily through the auditory and tactile sense; however, she may be able to use her limited vision to supplement the information received from the other sense and to assist with certain task (eg. moving about the classroom)
Low Vision A child with low vision uses vision as a primary means of learning but may supplement visual information with tactile and auditory input.
Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
Siapakah yang terlibat dalam Pendidikan Khas? • Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas
Akta Bagi Orang Kurang Upaya 2002 Suatu akta untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan.
Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. • Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
Matlamat Akta ini adalah: • Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara ini.
Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. • Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
Definisi • “Kurang Upaya” bererti penghalangan atau kekurangan upaya, disebabkan kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa. • “Penyamaan peluang” bererti proses di mana sistem masyarakat dan persekitaran, umpamanya perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi, disediakan kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya.
Matlamat Akta ini adalah: • Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain. • Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup.
Definisi • “Kecacatan” bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan. • “Handicap” bererti kesulitan bagi seseorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan.
Pendidikan • Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus menerima pendidikan PERCUMA dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun. • Pendidikan bagi OKU harus termasuk ke dalam perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah
Pendidikan • Mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa. • Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus: • Mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah & masyarakat umum • Membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambah dan adaptasi • Menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan
Diskriminasi Pendidikan Berdasarkan Kecacatan • Pihak berkuasa pendidikan tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatannya: • Dengan menolak atau tidak menerima permohonan kemasukannya sebagai pelajar
Diskriminasi Pendidikan Berdasarkan Kecacatan • Sesebuah badan pendidikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab kecacatannya: • Dengan tidak memberi atau mengehadkan akses pelajar kepada sebarang manfaat yang disediakan oleh badan berkuasa pendidikan; • Dengan dibuang sekolah; • Menyebabkan berlakunya sebarang kerugian kepada pelajar
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan pembukaan St. Nicholas Home oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926 bagi mereka yang lumpuh dan sawan. Pada tahun 1931 St. Nicholas Home berpindah dari Melaka ke No. 4, Jalan Bagan Jermal, Pulau Pinang.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia SR Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Princess Elizabeth di Johor Bahru, Johor pada tahun 1948. Sekolah Kanak-kanak Persekutuan (Rendah & Menengah), Tanjong Bungah, Pulau Pinang 1954. Sekolah Khas Ipoh (1966) Sekolah Khas Sarawak (1972) Sekolah Khas Melaka (1979)
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1962 • Latihan Perguruan Khas kursus setahun diadakan di MPIK (bermasalah penglihatan & bermasalah pendengaran) • Program percantuman dimulakan di SMK St. John, Kuala Lumpur.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1964 • Unit Khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah. • Kementerian Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1971 Pelajar cacat penglihatan di terima masuk di Universiti Malaya.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1978 SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur ditubuhkan.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1979 • Laporan Jawatankuasa Kabinet melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 1986 SK Princess Elizabeth di ambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia 8 Oktober 1987 • Y.B. Menteri Pendidikan membuat keputusan dasar mengenai pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.