140 likes | 575 Views
Latihan menulis karangan ekspositori 2. Menengah 3 Ekspres. Komponen karangan. Pendahuluan Isi Penutup. Penyusunan isi. Tiap-tiap perenggan hendaklah mengandungi satu idea sahaja . Perenggan disusun mengikut jalinan idea.
E N D
Latihan menulis karangan ekspositori 2 Menengah 3 Ekspres
Komponen karangan • Pendahuluan • Isi • Penutup
Penyusunan isi • Tiap-tiap perenggan hendaklah mengandungi satu idea sahaja. • Perenggan disusun mengikut jalinan idea. • Jika ada idea yang perlu dijelaskan dengan panjang lebar dalam satu perenggan, pecahkan perenggan itu kepada dua atau tiga perenggan yang lebih pendek.
Penyusunan isi • Isi 1.Jelaskan isi dalam 1 ayat lengkap 2.Huraian (sebab mengapa isi itu penting) 3.Contoh (berikan cara-cara)
Contoh Ciri-ciri pelajar cemerlang Perenggan bagi isi pertama 1.Ciri pertama seorang pelajar yang cemerlang adalah bijak mengimbangi masa dengan baik.
Contoh Perenggan bagi isi pertama (Huraian) 2.Jika seseorang pelajar itu mampu mengimbangi masa dengan baik, dia tidak akan mudah tertekan dengan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Dia juga mampu melakukan yang terbaik dan menghantar tugasan tepat pada waktunya.
Contoh Perenggan bagi isi pertama (Contoh) 3.Misalnya, dia boleh melakarkan sebuah jadual waktu yang membahagikan waktu untuk mengulangkaji, membuat kerja sekolah, aktiviti luar darjah, waktu bersama keluarga dan sebagainya. Jadual waktu ini mungkin boleh diubah pada hujung minggu dengan lebih banyak masa diberikan untuk beriadah bagi menghilangkan tekanan.
Contoh Ciri pertama seorang pelajar yang cemerlang adalah bijak mengimbangi masa dengan baik.Jika seseorang pelajar itu mampu mengimbangi masa dengan baik, dia tidak akan mudah tertekan dengan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Dia juga mampu melakukan yang terbaik dan menghantar tugasan tepat pada waktunya.Misalnya, dia boleh melakarkan sebuah jadual waktu yang membahagikan waktu untuk mengulangkaji, membuat kerja sekolah, aktiviti luar darjah, waktu bersama keluarga dan sebagainya. Jadual waktu ini mungkin boleh diubah pada hujung minggu dengan lebih banyak masa diberikan untuk beriadah bagi menghilangkan tekanan. Lantaran itu, seorang pelajar cemerlang sepatutnya bijak mengimbangi masa dengan baik.
Penanda contoh • Digunakan sebelum memberikan contoh-contoh • umpamanya • khususnya • terutamanya • misalnya • contohnya
Penanda akibat • Digunakan bagi menutup perenggan isi • dengan demikian • oleh itu • sebagai akibatnya • jadi • lantas • justeru • lantaran itu
Penanda kesimpulan • Digunakan pada perenggan penutup • akhirnya • kesimpulannya, • ringkasnya • pada keseluruhannya, • natijahnya • rumusannya, • Kesannya • hasilnya • akibatnya • pada hakikatnya • pendek kata • sebagai penutup
Imbas kembali 1.Jelaskan isi dalam 1 ayat lengkap 2.Huraian (sebab mengapa isi itu penting) 3.Contoh (berikan cara-cara)