380 likes | 543 Views
SIMPOSIUM DPIA 2012 KEPENTINGAN SERTA PERANAN AL-QURAN DAN Al-SUNNAH DALAM ERA SEMASA “ Penghayatan Al-Sunnah Dan Kaedah Berinteraksi Dengannya”. 21 Okt - Masjid Ar-Raudhah. Ustazah Sakinah Saptu Pensyarah Bebas Calon PHD UKM. PENGHAYATAN AL-SUNNAH. MELALUI BACAAN. MENJAGA ADAB
E N D
SIMPOSIUM DPIA 2012KEPENTINGAN SERTA PERANAN AL-QURAN DAN Al-SUNNAH DALAM ERA SEMASA“Penghayatan Al-Sunnah Dan Kaedah Berinteraksi Dengannya” 21 Okt - Masjid Ar-Raudhah Ustazah Sakinah Saptu Pensyarah Bebas Calon PHD UKM
MELALUI BACAAN MENJAGA ADAB • Niat yang ikhlas • Bersungguh-sungguh • Beramaldenganilmu • Menghormati Guru • Berkongsiilmu (menyebarkandanmengajarkankepada orang lain)
MEMAHAMI MAKSUD • MengikutManhajIlmu yang berperingkat • DisokongdenganilmuMustalah al-Hadith FOKUS PADA MAKNA DAN PENGHAYATAN • Memahamimakna yang terkandungdalamhadith • Menghayati – menghidupkan- mengamalkan
MELALUI KAJIAN • ILMU-ILMU BERKAITAN HADITH • Ulum al-Hadith - Musykil al-Hadith-Takhrij al-Hadith - Rijal al-Hadith. • MUKJIZAT HADITH • Hadith-hadithberkaitandenganperubatandanpemakanan • MENCARI JAWAPAN KEPADA TOHMAHAN TERHADAP AL-HADITH - Orientalis – Anti Hadith.
(1) MEMAHAMI AL-HADITH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN • Al-Quran merupakan roh dan asas agama Islam. Ia merupakan rujukan asal di mana segala undang-undang dalam Islam adalah merujuk kepadanya.
Allah s.w.tberfirman: وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Maksudnya: Dan telahsempurnalahKalimahTuhanmu (Al-Quran, meliputihukum-hukumdanjanji-janjiNya) denganbenardanadil; tiadasesiapa yang dapatmengubahsesuatupundariKalimah-kalimahNya; danDialah yang sentiasaMendengar, lagisentiasaMengetahui. [al-Quran, al-An’am:115]
Hadith memainkan peranan menjelaskan isi kandungan al-Quran. • Peranan Rasulullah s.a.w adalah untuk menjelaskan kandungan al-Quran yang diturunkan kepada manusia.
Hadith juga mengandungi apa yang tidak ada dalam al-Quran. • Tidak wujud hadith yang sahih dan thabit bertentangan dengan hukum-hakam al-Quran dan penerangan-penerangannya yang jelas.
Andai kata sebahagiandarikitamenyangkaadanyapertentangan, makapasti: • Hadithitu yang tidaksahih • Fahamankitapadahadithitutidakbetul • Tidakadapertentanganpadahakikatnya
CONTOH " تلك الغرانيق العلى ، و إن شفاعتهن لترتجى " • Hadith ‘al-Gharaniq’ – Hadith ini bertentangan dengan ayat al-Quran dalam surah al-Najm: 19-23 yang jelas mengingkari dan menentang berhala. Ternyata hadith ini batil. “Itu adalah al-Gharaniq (berhala-berhala) yang tinggi dan syafaat daripadanya adalah diharapkan.”
(2) MENGHIMPUNKAN HADITH-HADITH YANG BERKAITAN DALAM SATU TAJUK • Menggabungkan hadith-hadith dalam satu tajuk. • Jika melihat hadith-hadith bertentangan, maka digabungkan sehingga mendapat satu pengertian yang benar.
Hadith-hadith yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut maksud hadith-hadith yang muhkam. • Hadith-hadith yang mutlak hendaklah dihubungkan dengan hadith-hadith yang muqayyad.
Hadith-hadith yang umum hendaklah ditafsirkan dengan hadith-hadith yang khusus. • Dengan demikian, akan jelaslah maksud hadith-hadith tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.
CONTOH Imam al-Bukharimeriwayatkandaripada Abu Umamah al-Bahili, bahawaketika beliaumelihatalatpertanian (bajak), katanya, “AkumendengarRasullulah s.a.w. bersabda: “Tidakmasukalatinikedalamrumahsesuatukaumkecuali Allah akanmemasukkankedalamrumahitukehinaan”.
Zahir hadith ini menunjukkan bahawa Rasullulah s.a.w. membenci kerja membajak tanah dan menanam tanaman. • Dengan kata lain, ia membawa kepada hinanya orang-orang yang bekerja dalam bidang ini.
Apabila dikumpulkan hadith-hadith berkaitan antaranya: • Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seseorang Muslim yang menanam atau mencucuknya kemudian tanaman itu dimakan burung, manusia, atau binatang, melainkan itu merupakan sedekah baginya.” (H.R al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullahs.a.wbersabda yang bermaksud: “Tidakadaseorang Muslim yang menanampohon, kecualisesuatu yang dimakandaritanamanituakanmenjadisedekahbaginya, dan yang dicuriakanmenjadisedekahbaginya. Apasaja yang dimakanolehbinatangdarinya, makasesuatu (yang dimakan) ituakanmenjadisedekahbaginya. Apapun yang dimakanolehburungdarinya, makahalituakanmenjadisedekahbaginya. Apa yang mengurangi dan diambilseseorangdarinya, kecualiituakanmenjadisedekahbaginya” . [H.R Muslim]
Kesimpulannya ialah: Pernyataan adanya kehinaan oleh Rasullulah s.a.w. pada alat pertanian itu hanyalah jika alat pertanian tersebut melalaikan seseorang daripada agama.
(4) PENYELARASAN ATAU TARJIH DI ANTARA HADITH-HADITH YANG BERTENTANGAN • Nas-nas syarak yang sahih tidak akan bertentangan di antara satu dengan yang lain. Jika diandaikan ada pertentangan, sebenarnya pertentangan itu hanya pada zahir sahaja tidak pada hakikatnya.
Pertentangan di antara nas-nas yang sahih itu dapat dihilangkan dengan penyelarasan (tawfiq) menerima semua nas-nas itu - ataupun (tarjih) menerima satu nas dan menolak yang lainnya
CONTOH • Hadith-hadith berkenaan dengan [perempuan menziarahi kubur]. • Terdapat hadith yang membenarkan perempuan menziarahi kubur dan ada juga hadith yang melarang perempuan menziarahi kubur. Yang membenarkan lebih banyak daripada yang melarang.
Hadith diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang kerap menziarahi kubur. [al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Janaiz, Bab Karahiyah al-Qubur li al-Nisa’, No. 1056. Hukum hadith: Dinilai sahih oleh al-Baghawi dalam kitab Syarh al-Sunnah, No. 2/151, Ahmad Syakir dalam kitab Musnad Ahmad, No. 16/191 & al-Albani dalam kitab Sahih al-Tirmidhi, No. 1056].
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: Aku pernah melarang kalian dari menziarahi kubur maka ziarahilah ia. Sesungguhnya pada menziarahinya itu ada peringatan. [Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab al-Janaiz, Bab fi Ziyarah al-Qubur, No. 3235. Hukum Hadith: Hadis ini dinilai sahih oleh Ibn Syahin dalam kitab al-Nasikh wa al-Mansukh li Ibn Syahin, No. 280 & al-Albani dalam kitab Sahih Abi Daud, No. 3235].
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku pernah menghalang kalian dari menziarahi kubur, hendaklah kalian ziarahi kubur. Maka sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan tentang akhirat dan janganlah kalian mengucapkan kata-kata kotor (ketika menziarahinya). [al-Hakim, Mustadrak al-Hakim, Kitab al-Janaiz, No. 1393. Hukum hadith: Dinilai sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih al-Jami’, No. 4584.]
Untuk menyelaraskan, “Caranya ialah larangan yang tersebut di dalam hadith itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurtubi adalah kepada wanita-wanita yang terlampau kerap menziarahi kubur.
Kata al-Qurtubi lagi: Sebabnya mungkin perbuatan itu (menziarahi kubur dengan terlalu kerap) akan membawa kepada berkurangnya dia memberi hak dan perhatian kepada suami, (ataupun) berlakunya pendedahan aurat, (ataupun) meraung-raung di atas kubur dan yang seumpamanya.
Jika tidak berlaku demikian itu, maka diizinkan bagi wanita menziarahi kubur, kerana mengingati mati adalah perlu bagi kaum lelaki dan wanita.”
(5) MEMAHAMI HADITH MELALUI SEBAB BERLAKUNYA PERKARA YANG BERKAITAN DAN TUJUAN HADITH • Untuk memahami al-Hadith dengan sebaik-baiknya, hendaklah juga dilihat kepada sebab-sebab khusus mengapa hadith itu berlaku.
Hadith itu berlaku kerana sebab-sebab tertentu: • Sama ada terdapat di dalam nas dengan cara istinbat • Dapat difahami dari kejadian bahawa hadith itu berlaku kerananya.
CONTOH • Seperti hadith Nabi s.a.w: “Antum a'lamu bi umuri dunyakum” Maksudnya: Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian. [H.R Muslim].
Hadith ini berasal dari peristiwa penanaman pokok kurma. Pernah Rasulullah s.a.w melihat orang-orang sedang memindahkan debunga kurma antara pokok ke pokok bertujuan mempercepat dan memperbanyakan penghasilan buah kurma.
Melihat demikian Rasulullah berkata: Aku tidak melihat adanya faedah padanya. Lalu mereka meninggalkan usaha tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai berkurangan. Rasulullah diberitahu akan akibat ini lalu baginda bersabda seperti hadis di atas.
(7) MERASAKAN SIFAT-SIFAT RASULULLAH YANG LUHUR KETIKA MEMBACA, MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN AL-SUNNAH