590 likes | 1.36k Views
Tajuk 7: Perdagangan antarabangsa. a. Jangka masa 1947-65: Eksport Getah adalah hasil eksport yang utama, iaitu meliputi lebih 50%. Bijih timah pula merupakan sumber eksport kedua pentingnya, lebih kurang 20% dari jumlah keseluruhan eksport.
E N D
a. Jangka masa 1947-65: Eksport • Getah adalah hasil eksport yang utama, iaitu meliputi lebih 50%. • Bijih timah pula merupakan sumber eksport kedua pentingnya, lebih kurang 20% dari jumlah keseluruhan eksport
Jadul 7.1: Komposisi eksport kasar Malaysia Barat 1947-1965 (%)
Import: • oleh kerana Malaysia mengeskport barang-barang utama, maka bahan keperluan terpaksalah diimport. • Dalam tempoh 1947-53, kira-kira 85% dari import negara adalah terdiri dari bahan makanan, minuman dan tembakau.
Tetapi dalam tempoh 1953-65, import barang pembuatan dan penggunaan telah menjadi lebih penting. • Pengurangan import bahan makanan terhasil disebabkan kemajuan dalam mampu diri pengeluaran makanan.
Jangka masa 1966-78. • Eksport: • eksport bahan pertanian telah mula berkurang. • Tertamanya eksport getah, di mana tempatnya telah digantikan oleh kelauran kelapa sawit.
Begitu juga dengan eksport bijih timah dan bijih besiEksport keluaran terus berkurang. • Hasil petroleum mula bertambah sehingga mencapai 12% dari jumlah eksport bagi tahun 1978. • Eksport barang perkilangan meningkat dalam tempoh ini.
Perubahan struktur eksport ini sengaja dirancang bagi mengelakkan kesan buruk dari turun naik harga barang pertanian dan hasil utama di pasaran dunia. • Penubuhan zon perdagangan bebas telah juga membantu meningkatkan jumlah
Import: • struktur import juga mengalami perubahan, • import barang pengguna dan bahan makanan telah berkurang, • Ini berlaku kerana adanya dasar penggantian import dan dasar mampu diri dalam pengeluaran makanan.
Import barang pelaburan telah meningkat, ini adalah kerana perkembangan sektor peindustrian memerlukan banyak barang pelaburan dan barang perantaraan.
Haluan perdagangan • dasar perdagangan Malaysia ialah untuk membeli di pasaran paling murah dan menjual di pasaran paling mahal. • Ini telah menghasilkan pertalian perdagangan dengan pusat-pusat perdagangn di semua negara di dunia ini.
Walau bagai mana pun Malaysia mematuhi sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Persatuan Bangsa –bangsa bersatu, umpamanya tidak berdagang dengan negara-negara komunis seperti Cina dan Korea Utara dalam tahun 1950an.
Dalam tempoh ini haluan eksport utama adalah a. negara-negara ASEAN (19%) b. Kesatuan Eropah (18%) c. Jepun (22%) d. Amerika Syarikat (19%).
Haluan import pula adalah seperti berikut; • negara ASEAN (14%) • Kesatuan Eropah (18%) • Jepun (23%) • Amerika Syarikat (14%).
Jangka masa 1978-82. Eksport: • Corak eksport adalah sama seperti tempoh sebelumnya, • Di mana eksport hasil semakin tidak penting. • Eksport logam dan galian meningkat, terutamanya hasil petroleum.
Eksport barang perkilangan seperti jentera dan alat elektrik juga bertambah. Import: • Komponen import terdiri dari barang pengguna, barang pelaburan dan barang perantaraan. • Import barang pelaburan dan perantaraan terdiri dari 80% dari keseluruhan import, • Ini menunjukkan struktur ekonomi semakin condong kepada perindustrian.
Jangka masa 1983-86. • Perdagangan antara bangsa negara terjejas dalam tempoh ini disebabkan krisis kemelesetan ekonomi dunia di pertengahan tahun 1980 an.
Eksport: • pemulihan ekonomi negara-negara industri dalam tahun 1983 telah meningkatkan eksport negara. • Tetapi pendapatan eksport turun semula apabila keadaan ekonomi lembab kembali dalam tahun 1986.
Hasil eksport yang utama terdiri dari • barang perkilangan(32.3%) • hasil petroleum (23.1%) • minyak kelapa sawit (10.5%)
Import: • corak import adalah seperti berikut; • barang perantaraan (46.5%) • barang pelaburan (31.1%) • barang pengguna (21.5%) • Haluan perdagangan bagai tempoh ini tidak berbeza dari tempoh sebelumnya.
Jangka masa 1987-92. • Pemulihan ekonomi negara berjalan lancar dalam tempoh ini. • Pertumbuhan perdagangan luar adalah yang tertinggi dicapai setakat ini.
Eksport: • Barang perkilangan menguasai jumlah eksport (74%) • Komponen utamanya adalah mesen, alat elektrik dan elektronik. • Eksport barang utama termasuk pertroleum telah menurun (25.6%)
Komposisi eksport barang perkilangan perlu dipelbagaikan, kerana • Tumpuan kepada mesen, alat elektrik dan elektronik boleh memberi kesan tidak diingini di masa depan.
Import: • Barang perantaraan (42.8%) • Barang Pelaburan (41.5%) • Barang pengguna (15.2%)
Haluan pergagangan: • disamping rakan perdagangan tradisi seperti negara ASEAN, kesatuan eropah, Jepaun dan Amerika Syarikat, Malaysia juga telah mencipta pasaran baru dengan beberapa negara sedang membangun yang lain, • contohnya Zimbabwe, Mexico,Chile dan Peru.
Jangka masa 1993-2000 Eksport: • corak eksport masih tidak berubah, • dalam tempoh ini pertumbuhan eksport negara adalah perlahan. • Usaha bagi mempelbagaikan keluaran perkilangan dibuat dengan mengembangkan industri fabrikasi wafer.
Ini menyediakan rantain ke belakang industri elektronik dan dapat mengurangkan import barang perantaraan. Import: • Corak import negara masih tidak berubah dari tempoh sebelumnya, • Walau bagaimana pun, usaha kerajaan mengurangkan pengaliran wang keluar telah berhasil dengan pertumbuhan import yang lebih perlahan.
Haluan perdagangan: • Rakan dagang utama bagi Malaysia telah berubah sedikit, dengan pengurangan peranan negara-negara ASEAN, • Peranan Jepun dan Amerika Syarikat masih sama pentingnya. • Rakan dagang yang menjadi semakin penting bagi Malaysia termasuklah negara-negara NICs seperti Taiwan, Korea Selatan dan Hong Kong.
Liberalisasi Perdagangan. • Corak ekonomi dunia telah berubah sejak dua dekad yang lalu, • Perubahan adalah dari segi • corak pengluaran • kepesatan penyerapan pengetahuan • kepesatan penyerapan maklumat • penumpuan faktor-faktor pengeluaran.
perubahan ini telah menghasilkan proses liberalisasi dan globalisasi • perhubungan antara negara dan masyarakat telah banyak berubah disebabkan oleh proses-prosses ini. • Peluang-peluang perdagangan baru telah telah diwujudkan berikutan penyelesaian Rundingan Pusingan Uruguay (UR) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Globalisasi. • Proses globalisasi melibatkan pertumbuhan pesat perdagangan antarabangsa, • Juga melibatkan aliran modal yang pesat, • Komponen perkhidmatan menjadi lebih penting dalam perdagangan antara bangsa
Proses pengluaran dibuat secara global • Negara-negara lebih bersedia berkerja sama dalam konteks liberalisasi berbagai hala atau pun secara serantau. • Selalunya globalisasi dianggap sebagai mempunyai kesan ekonomi sahaja,
Tetapi sebanarnya ia mempunyai dimensi lain seperti; 1.peningkatan pergantungan antara negara-negara 2. nilai dan idea yang melampaui sempadan nasional, 3. seluruh dunia telah dapat disatukan, dimana perbezaan masa dan ruang telah dapat dihapuskan melaluikemudahan setelit, internet, komputer dan komunikasi.
Namun begitu, pencapaian tingkat globalisasi didapati tidak seragam di antara negara-negara dunia. • Di kalangan NSM hanya sebahagian kecil yang telah setaraf dengan pencapaian negara-negara maju. • Negara-negara perindustrian baru (NICs), telah berjaya mengabungkan beberapa dasar perdagangan dan libralisasi yang sesuai dengan perkembangan sedunia,
Contohnya; 1. pembangunan berorientasikan eksport, 2. pedagangan yang lebih bebas 3. regim pelaburan secara unilateral, 4. reformasi struktur dan 5. penwujudan peluang-peluang pasaran yang lebih luas.
Dipercayai ekonomi dunia yang melalui proses liberalisasi adalah baik bagi proses pembangunan, terutamanya bagi negara-negara miskin dan sedang membangun.
Tajuk 7:Belanjawan dan pembiayaan sektor awam • Belanjawan tahunan sesebuah negara adalah satu perancangan ekonomi dan kewangan yang mengambarkan kedudukan ekonomi negara itu pada tahun tersebut. • penilaian dibuat mengenai prestasi ekonomi dalam tahun semasa, iaitu meliputi aspek-apek seperti,
1. tinjauan ekonomi di tahun berkenaan 2. tinjauan ekonomi antarabangsa 3. prestasi ekonomi mengikut sektor 4. belanjawan dan pembiayaan sektor awam 5. prospek perdagangan antarabangsa 6. pengurusan ekonomi 7. prospek ekonomi negara di tahun berikutnya.
Belanjawan juga akan menghuraikan sumber-sumber hasil negara, • Bagaimana hasil tersebut dibelanjakan. • Tiga keadaan yang mungkin bagi sesuatu belanjawan, ialah 1. belanjawan kurangan (defisit) • berlaku bila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal itu.
Keadaan didapati bila keajaan meningkatkan perbelanjaan atau • Kerajaan mengurangkan cukai. Atau • Kedua-duanya sekali. • Keadaan belanjawan kurangan ini selalunya terpaksa dibiayai melalui pinjaman.
2. Belanjawan lebihan (surplus) • berlaku bila jumlah hasil kerajaan melebihi junlah perbelanjaannya bagi satu tahun fiskal tertentu itu. • Keadaan ini berlaku bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, atau • Menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali.
3. Belanjawan terimbang. • satu keadaan yang unggul, iaitu apabila junlah perbelanjaan sama dengan jumlah hasil dalam satu tahun fiskal itu. • Keadaan ini jarang berlaku.
Dasar Belanjawan. • Diketahui bahawa belanjawan berperanan sebagai alat perancangan tahunan yang penting bagi kerajaan. • Tetapi ia juga digunakan bagi mengwujudkan pertumbuhan ekonomi dan • bagi mengagihkan pendapatan dengan lebih adil.
Oleh itu pengubal dasar dan kerajaan perlu bijak memilih dasar belanjawan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi oleh ekonomi negara.
Objektif dan kepentingan dasar belanjawan 1. Pengurusan ekonomi yand lebih cekap. • bertujuan mencapai matlamat pembangunan . • juga untuk menjamin kedudukan kewangan yang kukuh.
Sebagai contoh, dalam tahun 1980an, di mana keadaan kemelesatan dialami oleh hampir seluruh negara di dunia, • kerajaan telah menjalankan dasar belanjawan berhati-hati, • supaya dapat menangani masalah kekurangan permintaan untuk barangan keluaran negara.
2. Mengawal perbelanjaan. • perbelanjaan kerajaan kian meningkat dan selalunya tidak dapat ditampong oleh hasil yang dikutip. • Beberapa langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan ini telah diperkenalkan sejak awal tahun 1980an.
Langkah-langkah membendung perbelanjaan pengguna juga boleh dilakukan contohnya melalui langkah-langkah menyerap lebihan mudah tunai.