350 likes | 830 Views
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN. Adakah bahasa dan linguistik itu sama?. Hakikat Bahasa.
E N D
Adakah bahasa dan linguistik itu sama?
Hakikat Bahasa Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong. Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia.
Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi diri. Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.
Hakikat Linguistik J. Lyons (19680, Bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik Aitchison (1987), Ilmu yang bersifat saintifik. Linguistik mengkaji aspek-aspek bahasa secara empirikal, iaitu kajian yang dilakukan secara sistematik.
Abdullah Hassan (1984), Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Harimurti Kridalaksana (1994), ilmu tentang bahasa; penyelidikan bahasa secara ilmiah. Zulkifley Hamid (2006), Ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian.
Ciri Bahasa • Bahasa itu sebuah sistem • Bahasa sebagai lambang • Bahasa itu bermakna • Bahasa itu sistem bunyi • Bahasa bersifat arbitrari • Bahasa bersifat produktif • Bahasa bersifat unik • Bahasa bersifat universal • Bahasa mempunyai variasi • Bahasa menunjukkan identiti penutur.
Fungsi Bahasa Fungsi utama - sebagai alat berkomunikasi. PWJ. Nababan (1994), bahasa mempunyai fungsi seperti yang berikut: • Kebudayaan • Kemasyarakatan • Perorangan • Pendidikan
Halliday (1973) - Membahagikan fungsi bahasa kepada tujuh bentuk umum, iaitu • Instrumental • Pengendalian • Pemerian • Interaksi • Peribadi • Heuristik • Khayalan
Cabang-Cabang Ilmu Linguistik • Linguistik Mikro • Linguistik Makro
Linguistik Mikro Harimurti Kridalaksana (1994), • Bidang linguistik yang mempelajari bahasa dari dalamnya, iaitu mempelajari struktur bahasa itu sendiri atau mempelajari bahan bahasa secara langsung. • Dalam linguistik makro dikaji linguistik teoretis, iaitu mengkaji fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikologi.
Linguistik Makro/interdisipliner • Cabang linguistik makro ini terdiri daripada sosiolinguistik, psikolinguistik, etnolinguistik, dan stilistika. • Bidang ini adalah bidang linguistik yang mengkaji bahasa dengan bantuan ilmu lain, seperti sosiologi (sosiolinguistik), psikologi (psikolinguistik), etnologi (etnolinguistik), stilistika (sastera).
SOSIOLINGUISTIK Mengkaji bahasa yang digunakan dalam masyarakat. Sosiolinguistik melihat masyarakat menggunakan bahasa mereka dalam pelbagai konteks. Sebagai contoh, latar ahli masyarakat seperti taraf pendidikan, taraf sosial, pekerjaan, umur dan jantina semuanya memberi kesan kepada bahasa yang digunakan.
PSIKOLINGUISTIK Disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh disiplin linguistik dan psikologi. Ini bermaksud psikolinguistik mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik menganalisis apa-apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa.
ETNOLINGUISTIK Satu cabang linguistik antropologi yang mengkaji sikap penutur terhadap bahasanya. Bidang ini merujuk pertalian bahasa dengan kumpulan etnik – menghuraikan tingkat yang lebih praktis dengan menggunakan kesan-kesan imigrasi.
STILISTIKA Disiplin yang merujuk kajian mengenai ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku dalam kalangan kelompok sosial. Kelompok sosial itu pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas dalam sesuatu masyarakat itu. Lazimnya stilistik merujuk kepada kajian bahasa literari sesuatu komuniti.
Soalan Perbincangan 1. Linguistik Umum. 2. Linguistik Deskriptif. 3. Linguistik Perbandingan. 4. Linguistik Sejarah.