720 likes | 1.43k Views
. DASAR-DASAR NEGARAPERJUANGAN FASA IIWAWASAN NEGARAMENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG. . . . . KONSEP NEGARATanahRakyatSempadanPentadbiran KerajaanDEFINISI DASAR NEGARAGaris panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah s
E N D
1. DASAR-DASAR NEGARA Oleh
Azmi Bin Hassan
Ketua Unit Kaunseling Dan Kerjaya
Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia
2. DASAR-DASAR NEGARA
PERJUANGAN
FASA II
WAWASAN NEGARA
MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG
3. KONSEP NEGARA
Tanah
Rakyat
Sempadan
Pentadbiran Kerajaan
DEFINISI DASAR NEGARA
Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.
4. TUJUAN DASAR MEMBANTU NEGARA MENCAPAI
Matlamat keselamatan negara.
Perpaduan dan kestabilan negara.
Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
5. DEFINISI DASAR AWAM “Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”.
(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)
Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.
“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”
Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.
6. ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU EKONOMI
Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Masalah pengeluaran yang menurun dan kekurangan tenaga buruh.
Asas sektor pembuatan/perkilangan yang sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport).
Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.
Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.
7. ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN
Polarisasi kaum.
Penyalahgunaan dasar dan pengedaran dadah antarabangsa.
Keperluan pembentukan budaya kerja dan sikap yang positif untuk pembangunan.
Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan walaupun menurun dari segi peratusnya.
Saiz sektor awam yang masih besar beban perbelanjaan yang tinggi.
Isu pencemaran alam yang lahir daripada aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
8. ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS. ISU ANTARABANGSA
Pergeseran politik kuasa-kuasa besar di rantau ini.
Masalah politik di rantau Asia.
Pendatang tanpa izin.
Kecenderungan kuasa besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.
9. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR-DASAR EKONOMI
Wawasan 2020
RRJP (RM 6)/ DPN
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Penswastaan
Dasar pertanian Negara
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan Kampung Dan Luar Bandar
10. DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR-DASAR SOSIAL/ETIKA KERJA
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar/Program Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti:-
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
Program-program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Wanita Negara
Dasar Sosial Negara DASAR-DASAR LUAR NEGERI
Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
11. PENERANGAN DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN DASAR EKONOMI BARU
Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990)
Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-
Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.
12. PROGRAM PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT MELIPUTI:-
Usaha meninggikan pengeluaran pendapatan dan mutu kehidupan golongan miskin di mana 64.8% adalah Melayu, 26.2% Cina dan 38.2% India. (86% berada di luar bandar)
Usaha menseimbangkan struktur gunatenaga supaya menjelang 1990 ianya mencerminkan susunan penduduk mengikut etnik.
Usaha menambahkan pemilikan modal rakyat Malaysia khususnya Bumiputra dalam Syarikat Berhad. (Bumiputra 2.4%, bukan Bumiputra 34.3% dan pelabur asing 63.3%)
Usaha membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputra supaya pada 1990 mereka akan memiliki dan menguruskan sekurang-kurangnya 30% daripada kegiatan dagangan dan perindustrian.
Usaha memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui Program Pembangunan Wilayah.
13. “SUNGGUHPUN TEMPOH DEB TAMAT PADA TAHUN 1990, MENGIKUT YAB PERDANA MENTERI USAHA MENCAPAI MATLAMATNYA AKAN DITERUSKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG MALAYSIA KEDUA 1991-2020”.
14. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA LATAR BELAKANG (SEJARAH)
Diperkenalkan oleh YAB PM, pada thn 1983 sbg pendekatan asas bagi pembangunan negara.
1984, Surat Pekeliling Am Bil 2 Tahun 1984 dikeluarkan oleh KSN mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan menubuhkan Panel Perunding bertujuan memperbaiki perkhidmatan yg diberi kpd sektor swasta.
Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 9 Tahun 1991 dikeluarkan bg memberi panduan Mengenai Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia.
15. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA TANGGUNGJAWAB SEKTOR SWASTA
Merupakan penggerak pertumbuhan ekonomi.
Perlu lebih kuat, dinamik, berdaya saing, cekap dan tangkas dlm menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran luar negeri.
Barangan yg dihasilkan mampu mengekalkan persaingan & berbagai barangan utk pasaran yg berbagai.
Perlu bersatu bagi menembusi pasaran baru spt di Asia, Afrika & Amerika Latin.
16. DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA KAITAN DASAR DENGAN WAWASAN 2020 & RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG II (RRJP 11)
Sektor awam berperanan sbg perancang, fasilitator & pelaksana program-program kerajaan:
Sbg fasilitator – perlu menyediakan suasana yg “conductive” bg merangsang pertumbuhan ekonomi yg pesat; selagi dibenarkan oleh undang-undang.
17. Sbg perancang - mesti peka & responsif kpd perubahan-perubahan dlm persekitan duniasemasa merancang arah tujuan & strategi pertumbuhan; proaktif, menyediakan maklumat yg betul; aktiviti galakan pasaran yg lebih baik melalui perwakilan seberang laut.
Sbg pelaksana - perlu menyediakan kemudahan & perkhidmatan sosial yg penting kpd semua rakyat; bukan sahaja kemudahan & perkhidmatan yg meluas tetapi standardnya harus lebih baik.
18. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA OBJEKTIF
Menjadikan sektor perkilangan sbg pertumbuhan perindustrian negara & ekonomi keseluruhannya.
Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara.
Meninggikan tahap penyelidikan & pembangunan (R&D) teknologi tempatan sbg asas bg Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
19. KENAPA PERLU DASAR PERINDUSTRIAN Kemelesetan ekonomi era 80-an
Kelemahan sektor perindustrian
Menyahut cabaran DEB
Peluang pekerjaan & tenaga mahir
Pertumbuhan ekonomi seimbang
Pertumbuhan industri kecil & sederhana Ke arah modenisasi
Penyumbang utama sektor ekonomi masa hadapan
Persaingan antarabangsa
Rantaian huluan & hiliran industri
Pertumbuhan bandar-bandar baru
Ke arah negara maju
20. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA KELEMAHAN SEKTOR INDUSTRI (70AN & 80AN)
Pertumbuhan sektor eksport kurang memuaskan
Eksport terlalu bergantung kpd industri elektrik, elektronik & tekstil sahaja
Mutu keluaran tidak dapat bersaing dgn keluaran luar negeri
Tidak ada rantaian antara sektor industri dgn lain-lain sektor
Industri-industri yg ditubuhkan kurang mempunyai ‘nilai tambah’ (Value Added)
21. DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA STRATEGI
Dasar perindustrian yg berpandangkan keluar bg mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yg tinggi.
Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport & mempelbagaikan industri.
Memajukan industri berat terpilih utk menyokong industri eksport.
Memaju & menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yg bersepadu
Membangunkan teknologi & tenaga rakyat
22. STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Mempelbagaikan industri tempatan.
Rantaian antara sektor.
Kurangkan pergantungan kpd tekstil, elektronik & elektrik.
Sumber-sumber pertumbuhan baru.
Mempelbagaikan keluaran & pasaran sektor pembuatan.
23. STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
Pembangunan teknologi.
Kemudahan infrastruktur.
Value added.
Galakan IKS.
24. STRATEGI PERINDUSTRIAN DI BAWAH DPN RRJP 2 (1991-2000) Menyelerakkan tapak.
Menyusun semula sektor-sektor pembuatan.
Tembusi pasaran baru.
Pemasaran yang agresif.
25. DASAR PENSWASTAAN PEMINDAHAN PEMILIKAN & KUASA KAWALAN KERAJAAN KE ATAS PERKHIDMATAN & AKTIVITI EKONOMI KEPADA PIHAK-PIHAK SWASTA.
26. DASAR PENSWASTAAN OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN
Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Meninggikan kecekapan & penghasilan kerja.
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
Pengagihan sumber secara cekap.
Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB.
27. DASAR PENSWASTAAN MEKANISME/BENTUK PENSWASTAAN
Penjualan aset atau penswastaan.
Pajakan.
Kontrak Pengurusan.
‘Bina – Kendali – Pindah’ (BKP) atau ‘Build – Operate – Transfer’ (Bot) & ‘Bina – Kendali’ (BK) atau ‘Build – Operate’ (BO).
28. DASAR PERTANIAN NEGARA Dilancarkan oleh Y.A.B. Timb. PM pada 12 Januari 1984.
Usaha Kerajaan utk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan & perhutanan).
Dapat menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan & meningkatkan eksport negara.
29. OBJEKTIF Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap & berkesan spy sumbangan sektor pertanian kpd pertumbuhan ekonomi dpt dipergiatkan semula;
Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran spy kadar kemiskinan dpt dikurangkan & kualiti hidup keluarga diperbaiki;
Memaju & meningkatkan hasil & mutu komoditi-komoditi yg mempunyai potensi besar utk eksport @ bahan gantian import serta komoditi-komoditi terpilih utk bhn makanan & perindustrian.
30. STRATEGI-STRATEGI Pembukaan Tanah Baru
Dijalankan oleh FELDA, pihak-pihak berkuasa pembangunan wilayah & Kerajaan Negeri.
Menekankan tanaman utk eksport, membolehkan pemilikan tanah yg ekonomik bg mereka yg tiada bertanah @ mempunyai tanah yg bersaiz kecil.
Pembangunan “In-Situ”
Pembangunan di kawasan yg mempunyai daya pengeluaran yg rendah akibat drpd masalah struktur & institusi.
Cth: Projek-projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, MADA, KADA, FELCRA, RISDA & Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah.
31. STRATEGI-STRATEGI Perkhidmatan Sokongan Pertanian
Cth: penyelidikan, pengembangan & pemasaran yg cekap disamping galakan @ intensif tertentu.
PORIM, RRI, MARDI, RISDA, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, FAMA & LPP.
Pembangunan Sosial & Institusi
Penswastaan & Penyertaan Pihak Swasta
Pembangunan Komoditi
Eksport perindustrian – kelapa sawit, getah koko.
Beras(sara diri) akan ditingkatkan.
Pembangunan hutan dihadkan spy ekologi dipelihara.
32. STRATEGI-STRATEGI Program Halacara Baru dlm Pembangunan Kampung & Luar Bandar
Mengurangkan kemiskinan luar bandar dgn cara meningkatkan pendapatan petani & pekebun kecil melalui:-
Pengelompokan Kampung-Kampung
Penyatuan Tanah & Pengurusan Aktiviti Pertanian Secara Komersil
Pembangunan Industri Kampung
33. PENCAPAIAN SEMASA Boleh dilihat kpd beberapa langkah yg diperkenalkan termasuklah:
Cara estet mini tanaman saka oleh RISDA di Kg. Parit Seraya & Kg. Parit Selangor;
Projek Pembangunan Kg. Tradisional oleh FELCRA di Kg. Kok, Kedah, Teratak Batu, K’tan & Ulu Berang, T’ganu;
Projek Blok Tanaman Koko oleh Jab. Pertanian & MARDI
Projek Cth. Tanaman Kontan spt Projek Tembakau di Alor Ketitir, T’ganu & Kandis, K’tan serta projek sayur-sayuran di bwh Skim Penanaman Berkelompok;
Estet mini/tanaman berkelompok oleh Lembaga Pertubuhan Peladang di Tjg. Karang, Selangor & sykt. kerjasama di K’tan, Perak & Pulau Pinang.
Subsidi tanaman selain dr padi, lada hitam & sagu serta ternakan & pertanian dikurangkan. Tiada benih percuma.
Projek diswastakan spt Projek Akuakultur, Puchong, Selangor.
34. FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN Bergantung kepada:-
Harga komoditi
Sekatan perdagangan oleh negara-negara pengimport komoditi
Penyertaan pelabur swasta dlm sektor pertanian
Pekerja pertanian
Sambutan petani
35. DASAR HALA CARA BARU
36. DASAR PENDIDIKAN Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957.
Dilaksanakan utk mengganti sistem pendidikan penjajah.
Disemak semula pada thn 1960 yg menghasilkan Laporan Rahman Talib & dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
37. OBJEKTIF “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat memenuhi keperluan negara & menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, & politiknya…”
38. STRATEGI PELAKSANAAN Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar yg utama;
Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua;
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
39. STRATEGI PELAKSANAAN Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu;
Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar @ pedalaman;
40. STRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM pada thn 1989;
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sek. vokasional pada tahun 1978;
Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang sastera gunaan & sains gunaan
41. STRATEGI PELAKSANAAN Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral & disiplin;
Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil;
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dll.
42. PENCAPAIAN SEMASA Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu.
Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam @ swasta.
Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan.
43. PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE- 9 Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.
Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.
Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai nilai-nilai moral & etika yg kukuh.
Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula masyarakat.
Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan.
Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.
44. DASAR KEBUDAYAAN Merupakan keseluruhan cara hidup manusia.
Memerlukan perancangan yg teliti & rapi spy dapat melahirkan cara hidup yg bersifat keMalaysiaan.
45. PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukkan Kebudayaan Kebangsaan
46. OBJEKTIF Mengukuhkan perpaduan bangsa & negara melalui Kebudayaan;
Memupuk & memelihara keperibadian kebangsaan yg tumbuh drpd Kebudayaan Kebangsaan;
Memperkayakan & mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan & kerohanian yg seimbang dgn pembangunan sosioekonomi.
47. STRATEGI & PELAKSANAAN Pemulihan, pemeliharaan & pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan & perhubungan budaya;
Meningkat & mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing & melatih peminat, mendokong & menggerak kebudayaan seluas-luasnya sbg jentera pembangunan yg berkesan;
Mewujudkan komunikasi yg berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan & nasionalisme Malaysia;
Memenuhi keperluan sosiobudaya;
Meninggikan taraf & mutu kesenian
48. DASAR PANDANG KE TIMUR Diumumkan oleh Y.A.B. PM pada 8 Februari 1982 semasa “5th Joint Annual Conference Of Majeca/Jameca” di K.L.
Fokus Jepun & Korsel.
Program Latihan:
Latihan perindustrian & Teknikal.
Pengajian Akademik.
Kemajuan Eksekutif.
Hubungan antara institusi.
Mencontohi sesuatu yg baik drpd kedua-dua negara & mengurangkan pergantungan/hubungan dgn rakan-rakan tradisi.
Tujuan: Meninggikan prestasi pengurusan & pembangunan berdasarkan pendekatan/pengalaman/ciri-ciri positif yg diamalkan oleh Jepun dan Korsel.
49. DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENTADBIRAN LATAR BELAKANG/ RASIONAL
Islam adalah agama rasmi - Perlembagaan Negara., Penganut-penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing.
Kebangkitan semula Islam sejak awal 1970-an di Seantero Dunia.
Menerapkan nilai-nilai positif & murni yg terdapat dlm Islam itu utk diterapkan & dijadikan amalan masyarakat di M‘sia.
50. OBJEKTIF Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yg BERAMANAH, BERIDENTITIi & DISEGANI oleh masyarakat lain.
Menubuhkan sebuah negara yg bahagia.
Menghapuskan sikap yg negatif dlm menjalankan tugas yg dipertanggungjawabkan.
Menghasilkan perkhidmatan yg bermutu.
51. NILAI-NILAI YANG DISEGANI Ada 11 nilai yg disarankan iaitu AMANAH, BERTANGGUNGJAWAB, IKHLAS, DEDIKASI, SEDERHANA, TEKUN, BERSIH, BERDISIPLIN, BEKERJASAMA, BERBUDI MULIA & BERSYUKUR.
* Huraikan/bincangkan secara mendalam semua nilai ini satu persatu.
52. DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH KONSEP BCA
BERSIH
Bersih dari segi fizikal
Bersih dari segi moral
CEKAP
Hasil kerja yg tinggi
Mutu kerja yg tinggi
Menepati objektif kerja
53. DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH KONSEP BCA
AMANAH
Rela & cuba menjalankan tugas & tanggungjawab yg diamanahkan dlm batas kuasa yg ditentukan dgn penuh gigih & ikhlas bagi mencapai objektif yg ditetapkan.
Mempunyai sifat luhur & murni, jujur kpd diri sendiri, rakan & organisasi.
54. BERSIH, CEKAP DAN AMANAH Dilancarkan pada pertengahan April 1982 oleh Y.A.B. PM.
Tiga sifat unsur yg perlu diamalkan.
Tujuannya : mewujudkan satu etika kerja & sikap berkhidmat yg baru.
55. KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Dilancarkan oleh Y.A.B. PM pada 19 Mac 1983.
Tujuan: Memupuk/menanam ciri-ciri kepimpinan yg berkesan utk dicontohi, dihayati & diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan/orang awam.
56. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN Etika Perkhidmatan Awam (1979: Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang)
Pemakaian tanda nama (Pekeliling 8/83: 14.10.83
Penggunaan kad perakam waktu (Pekeliling Am 11/81)
Manual prosedur kerja/fail meja (Surat BTH. 6.4.83)
57. PROGRAM-PROGRAM PEMBAHARUAN YANG LAIN KMK
Pelan Pejabat Terbuka (PA 4/83)
Konsep Pejabat Daerah Contoh. (Keputusan mesyuarat MB/KM 22/23.2.80)
Arahan pengisytiharan harta
Pusat-pusat pembayaran bil setempat (KL/PJ 1.10.82 Tempat-tempat Lain 1.1.83)
58. DASAR WANITA NEGARA DIGUBAL DENGAN HARAPAN AGAR SEGALA HALANGAN DAN SEKATAN KEPADA PENGINTERGRASIAN WANITA SEPENUHNYA DALAM PROSES PEMBANGUNAN DAPAT DI ATASI
59. RASIONAL Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.
60. MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA MENJAMIN PERKONGSIAN SAKSAMA DALAM MEMPEROLEHI KEMUDAHAN SUMBER, MAKLUMAT, PELUANG PENYERTAAN DAN MANFAAT PEMBANGUNAN KEPADA LELAKI DAN WANITA. MATLAMAT PERSAMAAN DAN KESAKSAMAAN DIJADIKAN TERAS DASAR PEMBANGUNAN YANG BERORIENTASIKAN RAKYAT, AGAR WANITA YANG MERUPAKAN 50% PENDUDUK NEGARA DAPAT MENYUMBANG.
61. MATLAMAT DASAR WANITA NEGARA MENGINTERGRASIKAN WANITA DALAM SEMUA SEKTOR PEMBANGUNAN NEGARA SELARAS DENGAN KEMAMPUAN DAN KEHENDAK WANITA BAGI MEMPERTINGKATKAN MUTU KEHIDUPAN, MEMBASMI KEMISKINAN, MENGHAPUS KEJAHILAN DAN BUTA HURUF
62. DASAR SOSIAL NEGARA Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
63. MATLAMAT Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
64. OBJEKTIF Objektif Umum 1. Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.Objektif Khusus1. Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksanaannya:a. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi;b. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;c. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial; dand. Menjana sinergi multisektor.
65. DASAR LUAR
66. SENARIO DASAR LUAR NEGARA “Malaysia hari ini adalah pejuang utama kepentingan negara membangun dan pembela hak asasi manusia.”
Pepatah yg mengatakan bhw ‘persahabatan baru perlu dicari, kwn lama tidak wajar dilupakan’ ternyata benar dlm dasar luar Malaysia. Asas yg dijadikan panduan dlm pelaksanaan dasar luar negara pada masa lampau semuanya masih dikekalkan, seperti kerjasama serantau ASEAN, pembabitan Malaysia utk mengukuhkan lagi masyarakat Islam sedunia melalui OIC & sokongannya terhadap Komanwel. Asean menjadi satu forum yg penting di mana melaluinya, Malaysia berusaha melanjutkan lagi kerjasama di bidang ekonomi serantau & utk mencari jln penyelesaian terhadap tragedi yg sedang menimpa Kemboja.
67. Pembabitannya yg cergas dlm diplomasi antarabangsa & serantau menaikkan imej Malaysia sbg salah sebuah negara yg dinamik dlm sistem politik anatrabangsa. Pembabitan yg dimaksudkan, termasuk Persidangan Antabangsa Mengenai Dadah (Jun 1987) telah dipengerusikan oleh PM, perlantikan Malaysia sbg ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Agung Unesco yg dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, En. Anwar Ibrahim, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada Oktober 1989 & seterusnya pembabitan Malaysia dlm kegiatan mengekalkan keamanan di bwh naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sbg cthnya UNTAG (United Nations Transition Group In Namibia) & UNIMOG (United Nations Mission Observer Group).
68. Sejak 1981, Malaysia mengambil pendirian tegas mengenai beberapa isu yg secara langsung membuka mata dunia kpd Malaysia:-
Penyertaan Malaysia dlm pergerakan berkecuali, penyertaan aktif dlm mencari keamanan (di bwh PBB), pendirian tegas mengenai isu Afrika Selatan, sistem aparteid dan perdagangan ‘najis dadah’ di peringkat antarabangsa serta cadangannya utk mewujudkan pemerintahan bercorak antarabangsa ke atas Benua Antartika.
69. Dlm dunia Islam, Malaysia menjalin persahabatan yg erat dgn ahli ‘Islamic Community’ walaupun terdapat pertelingkahan antara beberapa ahli.
Komitmen Malaysia adalah teguh, jelas & berterusan mengenai isu Palestin & perjuangan rakyatnya.
Dibuktikan sewaktu lawatan Yasser Arafat ke Malaysia di mana beliau menyampaikan penghargaannya yg amat mendalam terhadap sokongan kuat Malaysia yg berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
70. “The South Commission”, sebuah pertubuhan di mana Malaysia memainkan fungsi utama dlm penubuhannya, buat masa ini diketuai oleh Julius Nyerere, bekas Presiden Tanzania.
71. HALANGAN PERLAKSANAAN DASAR-DASAR NEGARA SIKAP
Kurang cekap
Tidak dedikasi
Tidak bersemangat
Kurang inovasi
Tidak jujur
Tidak ikhlas
Cepat puas hati
72. ILMU PENGETAHUAN
Ilmu pengetahuan moden, sains & teknologi, penyelidikan & pembangunan yang tidak kemas kini.
73. TAFSIRAN AGAMA
Kefahaman & tafsiran agama yg singkat & sempit yg menolak pembangunan menyebabkan dasar-dasar Kerajaan kurang mendapat sambutan rakyat.
ANCAMAN DALAM DAN LUAR NEGARA
Tomahan drpd kumpulan pendesak dlm negeri & luar negara yg menyebabkan rakyat ragu-ragu.