90 likes | 427 Views
Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Pendahuluan. Nilai murni ialah nilai-nilai yang baik yang diredai Allah
E N D
Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Pendahuluan • Nilai murni ialah nilai-nilai yang baik yang diredai Allah • Contoh nilai murni ialah menolong orang, bersabar, amanah, patuh, kasih sayang dan sebagainya • Siapa yang patut menerapkan nilai-nilai ini • Jangan menuding jari kepada orang lain seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” • Pelbagai langkah perlu diatur.
Isi-isi penting1. Ibu bapa harus memberikan didikan agama yang sempurna • Didikan agama bermula dari kecil • Anak-anak tahu yang mana boleh dan yang mana tidak • “Melentur buluh biarlah dari rebung.” • Anak-anak membiasakan diri melakukan perkara-perkara yang baik sehinggalah dewasa. • Ibu bapa boleh membentuk akhlak anak-anak dengan akhlak yang baik
Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik • “Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi” / “Bapak borek, anak rintik” • Ibu bapa adalah satu contoh ikutan untuk anak-anak. • Ibu bapa yang mempunyai akhlak yang baik akan melahirkan anak-anak yang berketerampilan yang baik • Ibu bapa hendaklah sentiasa bersopan – “Budi bahasa amalan mulia” • Ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
Penerapan nilai murni di sekolah • Sekolah adalah institusi penting dalam penerapan nilai-nilai murni • Iklim sekolah yang baik akan melahirkan pelajar-pelajar yang baik • Bagi mendapat iklim yang baik, sekolah harus mewujudkan peraturan dan undang-undang yang ketat • Pelajar akan terbiasa menjadi pelajar yang baik dan mempunyai nilai murni seterusnya berketerampilan
Penerapan melalui pengajaran dan pembelajaran • Guru-guru juga harus mempunyai nilai yang baik • Jangan jadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” • Penerapan melalui pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran • Menekankan mata pelajaran Pendidikan Islam, moral dan sivik • Kerjasama antara kumpulan / “study group”
Penerapan melalui kegiatan kokurikulum • Kokurikulum ialah kegiatan luar kelas yang memerlukan pergaulan yang luas • Pelajar harus didedahkan dengan kegiatan lasak, bebas dan memerlukan kesabaran yang kuat • Nilai murni perlu diterapkan dalam kegiatan kokurikulum • Pelajar yang berketerampilan dalam kokurikulum perlu mempunyai nilai murni yang tinggi
6. Peranan kerajaan • Menjalankan kempen nilai-nilai murni seperti “budi bahasa amalan kita” • Ceramah dan seminar haruslah sentiasa dibuat bagi memberi kesedaran tentang betapa pentingnya bersahsiah tinggi • Mengenakan peraturan dan undang-undang yang ketat supaya semua orang terikat dengan peraturan dan undang-undang
Penutup • Kesimpulan tentang kelebihan mempunyai nilai-nilai murni • Akan sentiasa dihormati • Hidup akan lebih teratur dan selesa • Dipandang tinggi oleh kawan dan lawan • Senang didekati dan mudah diajak berbicara • Orang tidak akan sakit hati