450 likes | 995 Views
ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2. SEJARAH DAN PERUBAHAN. Pensyarah:En Mohd Naseem Niaz Ahmad Kumpulan Tugasan:1. Isi Kandungan. Sejarah dan Penubuhan Era Prapenjajahan,Penjajahan, Kemerdekaan dan Baru Kini Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan Kesan Ekonomi Penjajahan
E N D
ECN 3161 EKONOMI MALAYSIA KUMPULAN 2 SEJARAH DAN PERUBAHAN Pensyarah:En Mohd Naseem Niaz Ahmad Kumpulan Tugasan:1
Isi Kandungan Sejarah dan Penubuhan • Era Prapenjajahan,Penjajahan, Kemerdekaan dan Baru Kini • Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan • Kesan Ekonomi Penjajahan • Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini • Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Pendahuluan • Struktur ekonomi sesebuah negara berubah mengikut aliran masa bermula daripada sektor pertanian hingga sektor perindustrian dan lain-lain • Perubahan struktur ekonomi boleh berlaku secara sengaja atau secara sendiri • Perubahan berlaku untuk membaiki dan memajukan ekonomi sesebuah negara
Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia 1.Era Prapenjajahan - Perubahan kehidupan masyarakat daripada menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan kepada perdagangan menyebabkan wujudnya pusat perdagangan di Gua Kepah dan Pengkalan Bujang(Kedah),Jenderam Hilir(Selangor), dan Kuala Selinsing(Perak) - Kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun kelima Masihi menjadi pelabuhan antarabangsa yang menempatkan kapal-kapal pedagang dari India,Asia Barat dan negara China - Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan bagi sejarah ekonomi dan politik Tanah Melayu - Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat
- Pedagang dari Timur:China,Jepun dan Indo-China • Pedagang dari Barat:Arab,Mesir,Turki,Benua India dan Burma - Pembesar negeri atau golongan bangsawan ditugaskan untuk mengutip cukai ke atas barang dagangan dan hasil pertanian - Cukai berbeza mengikut kawasan misalnya para pedagang Melayu Melaka dikenakan cukai 3%, pedagang dari Barat dikenakan cukai 6% dan pedagang dari Timur tidak dikenakan cukai sebaliknya digantikan dengan hantaran hadiah
2.Era Penjajahan - Kekayaan bahan mentah dan kedudukan Melaka yang strategik di antara laluan Timur dan Barat menimbulkan minat kuasa Eropah untuk menaklukinya - Penjajahan oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan seterusnya Jepun selama 446 tahun memberi banyak kesan kepada ekonomi Tanah Melayu - Penjajahan Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama 313 tahun tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran,selain tumpuan pada perdagangan rempah sahaja - Pemerintah Inggeris membawa perubahan kepada ekonomi negara dengan memperkenalkan aktiviti perlombongan dan penanaman getah
- Imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja di lombong dan imigran India bekerja di ladang getah - Sektor pembuatan pada ketika itu melibatkan aktiviti peringkat ringan
3.Era Kemerdekaan - Kerajaan mula memperkenalkan rancangan pembangunan ekonomi yang lebih teratur iaitu Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE1) atau lebih dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) - Rancangan Penbangunan Tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengatasi masalah kekurangan tanah di samping meningkatkan pendapatan dan taraf hidup para petani - Rancangan Pembangunan Ekonomi(RPE2) dilancarkan pada tahun 1961 - Kedua-dua RPE memberi tumpuan kepada sektor pertanian sahaja
4.Era Baru Kini - Ekonomi Malaysia mengalami perubahan yang mendadak akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969 - Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera dipercayai menjadi punca berlakunya rusuhan kaum - Hal ini menyebabkan kerajaan megorak langkah untuk melancarkan beberapa dasar iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB),Dasar Pembangunan Nasional(DPN) dan kini Dasar Perindustrian Negara,Dasar Pertanian Negara,Dasar Pensyarikatan Malaysia,Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi
Kita sering tahu, setiap penjajah hanya berminat untuk memajukan sektor-sektor ekonomi sahaja. • Beberapa ciri ekonomi telah wujud. • Antaranya ialah kemajuan dan pembangunan dalam penanaman getah secara perladangan, pengembangan perlombongan bijih timah, tumpuan kepesatan infrastruktur, pengeluaran bahan mentah, dan kewujudan ekonomi dualisme. • Ciri-ciri Ekonomi pada Masa Penjajahan Pengenalan
1.Perladangan Getah - Merupakan sektor utama untuk pendapatan negara - abad ke-20 getah menjadi tanaman dagangan yang terpenting di Tanah Melayu - pada abad ini, getah mula ditanam secara berskala besar dan permintaan dunia terhadap getah semakin meningkat. - 800000 hektar tanah telah digunakan untuk ditanam secara perladangan dan 70000 secara kebun kecil. - pada masa itu, sebanyak 50% sahaja eksport kasar getah ke luar negara.
Jumlah Keluasan Tanaman Getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu Antara Tahun 1897-1918
2.Kegiatan perlombongan - Merupakan aktiviti yang tertua di Tanah Melayu. - Aktiviti perlombongan ini bukan sahaja bergantung kepada bijih timah, malah terdapat banyak lagi. Antaranya ialah emas,bauksit,arang batu dan antimoni. - Kegiatan perlombongan telah mengalami pengembangan yang pesat pada 1880-an,melalui kemasukan buruh-buruh cina - Kebanyakkan mereka terlibat dengan ekonomi yang berasaskan eksport. - Contoh:orang Cina melombong, orang India berladang. - Sebelum penjajahan ini, perlombongan telah lama dijalankan. - Tahun 1820, kerja-kerja melombong bijih timah hanya dilakukan dengan cara melampan dan mendulang sahaja.
- Cara- cara sebegini tidak begitu berkesan dan memberi hasil yang begitu sedikit sahaja. - Pertengahan abad ke-19, perusahaan perlombongan dijalankan secara berskala besar telah diperkenalkan. - Kaedah lombong dedah dan cara pam digunakan. - Pada tahun 1898, tanah melayu telah mengeksport lebih kurang 40000 tan bijih timah. Ini bermakna bijih telah menjadi sumber pendapatan yang utama. - Menjelang 1899, aktiviti ini telah memberi sumbangan sebanyak 46% kepada pendapatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah hasil peningkatan pengeluaran bijih timah
3.Kepesatan infrastruktur - Kemudahan infrastruktur ekonomi yang begitu pesat telah diperkenalkan. - Penyediaan kemudahan ini berkait rapat dengan aktiviti ekonomi yang telah mereka jalankan. - Perkembangan perlombongan bijih timah telah menggalakan pembinaan jalan kereta api. - Contohnya di antara Kuala Lumpur dan Kelang. - Di Pantai Barat, pembinaan jalan kereta api lebih kepada perkembangan penanaman getah. - Jalan raya juga disediakan. Jalan yang pertama ialah antara Prai dan Melaka. - Kepesatan infrastruktur ini meningkatkan bilangan pekan-pekan dan bandar-bandar kecil di antara jalan-jalan tersebut.
4.Pengeluaran bahan mentah - Pihak inggeris lebih utama pengeluaran bahan mentah, untuk dieksport ke negara asalnya iaitu Britain. - Pembelian bahan mentah lebih murah dan menguntungkan. - Kerajaan Britain memproses bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap. - Kemudian dieksport semula kepada Tanah Melayu - Revolusi perindustrian telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19. - Kilang-kilang baru di Eropah didirikan.
- Revolusi ini membolehkan pengeluaran bahan mentah secara berskala besar. - Rempah ratus tidak diperlukan lagi, sebaliknya bahan mentah lebih diperlukan. - Contoh:proses mengetin di Britain lebih memerlukan permintaan bijih timah. - Permintaan bijih timah di Tanah Melayu semakin meningkat
5.Ekonomi dualisme wujud - Penjajah lebih pentingkan sektor ekonomi tertentu, dan abaikan bentuk ekonomi yang telah sedia ada. - Sektor ekonomi yang dipentingkan maju manakala bentuk ekonomi yang diabaikan terus dalam bentuk tradisional. - Contoh sektor pertanian wujud ekonomi dualisme iaitu di antara sektor perladangan dan kebun kecil
Kesan-kesan ekonomi penjajah - Terdapat banyak kesan negatif dan masalah yang terjadi kepada ekonomi Tanah Melayu akibat kegiatan ekonomi penjajah. - Antaranya : i-pergantungan tugas ekonomi ii- agihan kemudahan dan kekayaan iii- kemiskinan dan pengangguran iv- kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang moden.
Pergantungan ekonomi • Pada pertengahan abad ke-20 bagi negara-negara membangun, sektor eksportnya bergantung pada beberapa pengeluaran primer. • Sektor pertanian , perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor primer. - Perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme(tradisional dan moden).
- Eksport Malaysia kuat bergantung kuat pada getah dah bijih timah. - Era penjajahan Inggeris pada abad ke -20 membawa banyak perubahan dalam struktur ekonomi negara dan berlakulah pergantungan ekonomi. - Negeri Tanah Melayu memainkan dua peranan pasaran yang penting: i)Sebagai pembekal bahan mentah ii)Menjadi tempat pasaran keluaran industri dari England
2.Ketidakseimbangan agihan kemudahan dan kekayaan - Berlaku jurang perbezaan pendapatan wilayah yang diwakili oleh negeri-negeri Pantai Timur dan Pantai Barat. - Pantai Barat dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan keretapi yang memudahkan kegiatan ekonomi dijalankan. - Kemudahan tersebut disediakan oleh Inggeris kepada kawasan –kawasan yang hanya memberi manfaat atau kepentingan untuk mereka.Kawasan- kawasan yang tidak memberi manfaat seperti Pantai Timur diabaikan.
Pendapatan purata bulanan isi rumah mengikut negeri Sumber:Malaysia RRJP 2 (1991)
3. Kemiskinan dan pengangguran luar bandar - Orang-orang luar bandar yang kebanyakannya bergiat di sektor pertanian adalah terdiri daripada orang Melayu dan sering kali dikaitkan dengan kemiskinan. - Sektor pertanian ini megalami pertumbuhan yang lembap, daya pengeluaran dan pendapatan yang rendah akibat ketidakprihatinan oleh pihak Inggeris. - Wujud jurang perbezaan pendapatan yang serius antara wilayah bandar dan luar bandar atau antara etnik bumiputera dengan etnik-etnik lain.
- Masalah kemiskinan terus menjadi masalah utama di kawasan luar bandar. - Jadual kemiskinan di Semenanjung Malaysia(%): Sumber: Malaysia, Rancangan Malaysia (1976,1991) Malaysia RRJP2 (1991)
4. Kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang moden - Bilangan bumiputera yang ramai di sesebuah wilayah atau negeri adalah kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian tradisional. - Sektor-sektor swasta lebih berminat untuk melabur dalam sektor estet dan sektor-sektor ekonomi yang bercorak lebih maju. - Pendedahan yang terhad dengan bidang-bidang moden seperti pertanian estet, perlombongan dan kegiatan perdagangan di bandar oleh kaum bumiputera berbanding kaum-kaum lain.
Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini Dasar dan Rancangan yang Dilakukan oleh Kerajaan • Rancangan Pembangunan Lima Tahun • Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) • Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) • Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) • Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) • Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) • Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) • Rancangan Malaysia kesembilan (2006 sehingga kini)
2.Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian - DPN1, DPN 2 dan DPN 3 diperkenalkan. - Sektor pertanian dipermodenkan supaya: • pendapatan pekebun kecil dan petani dapat ditingkatkan. • Meringankan masalah petani di luar bandar. • Daya pengeluaran dapat ditingkatkan - Peringkat awal,kegiatan pertanian bersifat sara diri dan tradisional. - Tanaman industri iaitu komoditi getah diperkenalkan pada 1887. - Tanaman kelapa sawit diperkenalkan pada awal 1960-an diikuti tanaman komoditi koko pada awal 1970-an.
- Kementerian Pertanian telah ditukarkan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani. - Kelebihan Sektor Pertanian: • Strategi untuk membasmi kemiskinan di luar bandar. • Mempelbagaikan pengeluaran produktiviti berasaskan pertanian. • Meningkatkan eksport sektor pertanian.
3. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi • Sektor Pertama yang terdiri daripada: • Sektor Pertanian,Perhutanan dan Perikanan. • Sektor Perlombongan dan Quari. - Sektor-sektor ini boleh dilihat dari aspek: a) Pelbagaian mendatar –Menunjukkan penambahan jenis keluaran dan keluaran-keluaran baru. b) Pelbagaian menegak-Menunjukkan peningkatan nilai ditambah melalui aktiviti pemprosesan. • Sektor Pembuatan yang terdiri daripada: • Sektor Perkilangan • Sektor Pembinaan - Sektor Pembuatan digalakkan oleh kerajaan supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada sektor pertanian sahaja.
4.Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kaum - DEB mula diperkenalkan iaitu semasa RMK2 pada 1970-an bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan. - Pengenalan DPN, PIP, Dasar Perhutanan Negara dan Dasar Pembangunan Nasianal merupakan usaha untuk mengatasi masalah ini. - Dasar Pandang ke Timur juga diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir Bin Mohammad. - Kerajaan akan mengkaji, meneliti dan memilih contoh serta teladan yang terbaik dari Jepun dan Korea dan dipraktikkan oleh rakyat negara ini.
5. Kemajuan ekonomi sehingga kini - Malaysia mencapai tingkat guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran bawah 5 peratus. - Pertumbuhan KDNK yang memberangsangkan. - Eksport melebihi import negara. - Tetapi pada awal tahun 2000 ekonomi negara menghadapi: - Tetapi pada tahun 1997 sehingga awal tahun 2000 ekonomi negara menghadapi: • KDNK menguncup • Pengangguran meningkat • Nilai mata wang jatuh • Kadar inflasi meningkat
Rancangan Pembangunan Lima Tahun - merupakan rancangan setiap lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia selepas kemerdekaan. - untuk mengatasi masalah sosio-ekonomi dan politik. - kesan peninggalan dasar pembangunan zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Sebelum DEB 1) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) 2) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) 3) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) • Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) • Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) • Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) • Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) DEB (Dasar Ekonomi Baru) DPN (Dasar Pembangunan Nasional) 1) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) 2) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) • Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) • Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) DWN (Dasar Wawasan Negara)
Dasar Ekonomi Baru(DEB) - Dilancar oleh kerajaan Malaysia seiring dengan RMK2. - Matlamat- membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. - RRJP 1( 1971-1990) menjadi asas kepada pelaksanaan DEB.(1971-1990). - Dijalankan menerusi serampang dua mata iaitu: ~ mengurangkan kemiskinan (peluang pekerjaan). ~ susun semula masyarakat (hapuskan pengenalan kaum ikut fungsi ekonomi).
Antara Pencapaian DEB 1971-1990 (matlamat) 8.0% 1971-1990 (pencapaian) 6.7% PERTUMBUHAN EKONOMI Sumber: Malaysia, RRJP 2 (1991) Malaysia, Laporan MAPEN (1991)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) - Dilancarkan (17 Jun 1991) oleh Tun DR. Mahathir Mohamad (PM ke-4). • Merupakan RRJP 2(1991-2000). • Meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dimensi baru DPN • Membasmi kemiskinan (golongan termiskin – kurangkan kemiskinan relatif) • Pembangunan pesat masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif. • Pembangunan sumber manusia. • Penyelidikan dan pembangunan. • Penglibatan sektor swasta.
Antara Pencapaian DPN Sumber: Malaysia, Kajian Separuh Penggal RMK 6 (1993) Malaysia, Rancangan Malaysia (1996) Malaysia, RRJP3 (2001) Nota : * Kesan kegawatan 1997-1998
Dasar Wawasan Negara(DWN) - Penggubalan DWN adalah berpunca daripada pengalaman krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. - Tema utama “Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”. • Merupakan RRJP 3 (2001-2010). • Tujuan : - mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan serta cabaran persaingan dunia. • Menggabungkan strategi utama DEB dan DPN.
Teras Pembangunan DWN - Mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi dan mapan. - Memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran akan datang. - Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi – memantapkan daya saing Malaysia. - Sektor Swasta – menerajui pertumbuhan ekonomi. - Sektor Awam – sediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi.
Kesimpulan • Pelbagai usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi negara • Perubahan diperlukan untuk membolehkan negara Malaysia bersaing dengan negara-negara maju yang lain • Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama menjayakan program-program kerajaan agar Malaysia dapat duduk setaraf dengan negara-negara maju yang lain
Rujukan • Chamhuri Siwar,Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamhuri 2005.Ekonomi Malaysia. Selangor:Pearson Malaysia Sdn.Bhd. • Habibah Lebar 1998.Ekonomi Malaysia(Pembangunan Ekonomi dan Teknik Peperiksaan).Shah Alam: Biroteks,Institut Teknologi MARA • Hasnah Hussiin & Dr.Seri Lanang Jaya Hj.Rohani 2007.Pengajian Malaysia.Selangor: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. • Md.Zhahir Kechot Mansor Jusoh 2000.Ekonomi Malaysia:Menghadapi dan Menangani Cabaran.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Rosli Mohamad & Mohd Aslam Gulam Hasan 2003.Pembangunan Ekonomi Malaysia Globalisasi.Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya • Mohd.Yusof Kasim & Md.Zyadi Md.Tahir 1992.Ekonomi Malaysia:Beberapa Isu Utama.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia • Norizan Yusof 2002.Buku Teks STPM:Sejarah Malaysia.Selangor:Penerbit Federal Publication