500 likes | 1.93k Views
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101. Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my. UNIT 6 TEORI KOS. Teori Kos.
E N D
Fakulti Ekonomi dan PengurusanKursus: MikroekonomiKod: ECN 3101 Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my
Teori Kos • Kos perakaunan adalah perbelanjaan sebenar dan perbelanjaan susut nilai untuk barang modal. • Kos ekonomi adalah kos bagi firma dalam menggunakan sumber-sumber ekonomi dan termasuk kos lepas. • Kos eksplisit adalah perbelanjaan untuk mendapatkan segala input untuk mengeluarkan output. (kos boleh direkod)(Actual out-of-pocket expenditure) • Kos implisit adalah kos lepas. • Kos tetap adalah kos yang tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran tetapi berubah dalam jangka panjang. • Kos berubah di mana kos ini bertambah apabila tingkat output bertambah • Kos lesap (sunk costs) adalah perbelanjaan yang telah dibuat dan tidak boleh dikembalikan.
Kos Jangka Pendek • Dalam jangka pendek, semua firma mempunyai kos yang mesti ditanggung tidak kira tingkat output. • Jenis kos ini dipanggil kos tetap. • Kos berubah ialah kos yang bergantung kepada tingkat pengeluaran Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah
Kos Tetap • Dalam jangka pendek, firma tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kos tetap • Kos Tetap Purata (AFC) ialah jumlah kos tetap (TFC) dibahagi oleh bilangan unit output (q):
Kos TFC AFC Output Kos Tetap (Jumlah dan Purata) sebuah Firma • TFC adalah bergaris lurus selari dengan paksi x, • kerana TFC tidak berubah walaupun output berubah. • AFC menurun apabila output meningkat.
Kos TVC Output Jumlah Kos Berubah • Keluk jumlah kos berubah ialah satu graf yang menunjukkan perhubungan di antara jumlah kos berubah dan tingkat output. • TVC = 0 apabila output kosong • TVC meningkat apabila output meningkat
Kos Sut • Kos sut (MC) ialah penambahan dalam jumlah kos disebabkan oleh penambahan satu unit pengeluaran. • Kos sut menunjukkan perubahan dalam kos berubah.
Pembentukkan Kos Sut daripada Jumlah Kos Berubah • Kos sut mengukur penambahan kos input yang diperlukan untuk mengeluarkan setiap unit output berikut.
Bentuk Keluk Kos Sut dalam Jangka Pendek • Dalam jangka pendek setiap firma dihadkan oleh input tetap: • Firma menghadapi pulangan terhadap input berubah menurun, dan • Firma mempunyai kapasiti pengeluaran yang terhad. • Apabila firma mendekati kapasiti penuhnya, kos untuk mengeluarkan output pada tahap yang lebih tinggi semakin naik.
Keluaran Sut Kos Sut ($) Bilangan Buruh Output (unit) Keluk Kos Sut dan Keluk Keluaran Sut • Dalam jangka pendek, kos sut akan meningkat bila output terus meningkat.
TVC Jumlah Kos Berubah 100 Output (unit) MC Kos Sut 100 Output (unit) Jumlah Kos Berubah dan Kos Sut • Jumlah kos berubah (TVC) meningkat dengan output. • Keluk kos sut (MC) menunjukkan penambahan jumlah kos berubah terhadap setiap unit penambahan output. • Bila output < 100 unit, TVC meningkat dengan kadar menurun. • Bila output > 100 unit, TVC meningkat dengan kadar bertambah.
Kos Berubah Purata • Kos berubah purata (AVC) ialah jumlah kos berubah dibahagi oleh bilangan output. • Kos sut ialah kos pertambahan satu unit.
Hubungan antara Kos Berubah Purata (AVC) dan Kos Sut (MC) • Bila Kos Sut < Kos Purata, Kos Purata sedang menurun. • Bila Kos Sut > Kos Purata, Kos Purata sedang meningkat. • Kos Sut yang sedang meningkat akan bersilang dengan kos berubah purata di titik minimum AVC. • Pada output 200 unit, AVC minimum, dan MC = AVC.
Jumlah Kos (TC) • Menambah Jumlah Kos Tetap (TFC) ke Jumlah Kos Berubah (TVC) bermakna menambah amaun jumlah kos tetap yang sama ke setiap tahap jumlah kos berubah. • Justeru itu, keluk jumlah kos serupa dengan keluk jumlah kos berubah; ia hanya lebih besar dari segi nilainya (= jumlah kos tetap).
Jumlah Kos Purata • Jumlah Kos Purata (ATC) ialah jumlah kos dibahagi oleh bilangan output (q). • Disebabkan AFC menurun bila output meningkat, satu amaun yang semakin berkurangan ditambahke AVC.
Hubungan antara Jumlah Kos Purata dan Kos Sut • Jika Kos Sut (MC) < Jumlah Kos Purata (ATC), ATC menurun. • Jika MC > ATC, ATC meningkat. • MC bersilang ATC dan AVC pada titik-titik minimum.
Rumusan: Kos jangka pendek • Jumlah kos: TC = TFC + TVC TC = jumlah kos TVC = jumlah kos berubah TFC = jumlah kos tetap ii. Kos sut: MC = dTC / dQ = dTVC / dQ Kos sut adalah perubahan kos di sebabkan tambahan satu unit output. iii. Kos purata: AC = TC / Q AC = AVC + AFC AFC = TFC / Q, berkurangan apabila tingkat output meningkat. AVC = TVC / Q
Rumusan: Bentuk –bentuk keluk kos • TFC adalah bergaris lurus selari dengan paksi x, kerana TFC tidak berubah walaupun output berubah • TVC = 0 apabila output kosong dan meningkat apabila output meningkat • TC adalah dengan mencampurkan keluk TFC dan keluk TVC. Jarak antara keluk TC dan TVC adalah nilai TFC. • MC melalui titik minimum AVC dan AC, oleh itu MC = AC di titik minimum AC dan MC = AVC di titik minimum AVC. • AVC mencapai titik minimum lebih rendah berbanding dengan titik minimum AC • Kecerunan / garisan tenjen keluk TC atau TVC adalah keluk MC
Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran • Andaikan kos untuk buruh adalah w dan tetap. TVC = wL dTVC = wdL i. MC = dTVC / dQ = wdL / dQ MC = w / MPL Apabila keluk keluaran sut (MP) mencapai titik maksimum, keluk kos sut (MC) di titik minimum. Kos, Keluaran MC MP Keluaran, Faktor 0
Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran ii. Pulangan sut berkurangan bermakna keluaran sut buruh berkurangan apabila jumlah buruh bertambah. • Oleh itu apabila pulangan sut berkurangan berlaku, keluk keluaran sut menurun dan keluk kos sut akan meningkat apabila output meningkat.
Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran iii. AVC = TVC / Q AVC = wL / Q AVC = w / APL Apabila keluk keluaran purata (AP) maksimum, keluk kos berubah purata (AVC) minimum. Kos, Keluaran AVC AP Keluaran, Faktor 0
Kos Jangka Panjang • Andaian dua input digunakan dalam proses pengeluaran iaitu buruh (L) dan modal (K) dan tingkat teknologi tetap. • Jumlah kos pengeluaran (TC) adalah jumlah wang yg firma belanja atas buruh dan modal TC = wL + rK di mana w = upah buruh, r = sewa bagi modal
Isokos Isokos menunjukkan semua kombinasi input-input yang dapat dibeli dengan sejumlah kos. Juga dikenali sebagai ‘equal-cost line’. TC = wL + rK K = w/r adalah kecerunan keluk isokos. Isokos akan berubah disebabkan oleh: • perubahan harga input • perubahan perbelanjaan pengeluar
Isokos • Bagi jumlah kos yg berbeza (tetapi harga relatif yg sama), isokos yang selari diperolehi. • Perbezaan harga relatif akan mengubah kecerunan isokos. Bagi TC1 = $80 dan w = r = $10 • pintas paksi Y bagi isokos ialah TC1/r = $80/$10 = 8K • kecerunan –w/r = –$10/$10 = –1. • Ini memberi garis RS Bila TC2 = $100 dan w = r = $10 (tidak berubah) • isokos R’S’ • pintas paksi Y,TC2/r = $100/$10 = 10K • kecerunan–w/r = –$10/$10 = –1 Bila TC1 = $80 dan r = $10 tetapi w = $5 • isokos RTdengan kecerunan –1/2
Kombinasi Input Optimum • Kos Pengeluaran Minimum apabila Isokos tangen dengan Isokuan. • Rajah kiri : RS ialah isokos terendah di mana firma boleh mencapai isokuan 4Q. • Firma meminimakan kos pengeluaran 4 unit output pada titik D dengan menggunakan 4L & 4K (jumlah kos $80). • Rajah kanan :isokuan 4Q ialah isokuan tertinggi yg firma boleh mencapi dengan isokos RS (iaitu $80). • Maka, firma memaksimumkan output dengan jumlah kos $80 pada titik D dan menggunakan 4L & 4K.
Syarat keseimbangan • Pada titik tangen, kecerunan isokuan (MRTSLK) = kecerunan isokos MRTSLK =w/r • Dan MRTSLK = MPL/MPK. Maka, kombinasi input kos minimum apabila MPL/MPK = w/r MPL/w = MPK/r • MPL/w = tambahan dalam output disebabkan tambahan dalam perbelanjaan (ringgit terakhir) ke atas buruh. • MPK/r = tambahan dalam output disebabkan tambahan dalam perbelanjaan (ringgit terakhir) ke atas modal. • Oleh itu bagi sesebuah firma yang meminimumkan kos akan memilih kuantiti input di mana ringgit terakhir yang dibelanjakan ke atas mana-mana input yang ditambah dalam proses pengeluaran akan memberikan nilai yang sama dalam pertambahan output. • Syarat keseimbangan : MRTSLK = • Contoh: Jika MPL= 5, MPK = 4 dan w = r, firma TIDAK memaksimumkan output atau miminumakan kos. Untuk memaksimumkan output atau miminumakan kos, firma perlu mengguna lebih buruh dan kurang modal.
Peminimuman Kos J/Panjang & Pendek • Contoh: Pengeluaran 10Q • Firma meminimakan kos jangka panjang pengeluaran 10Q pada titik H, di mana isokuan 10Q adalah tangen kepada isokos $100 dan firma menggunakan 5L & 5K. • Jika modal ditetapkan pada 4K, firma meminimakan kos jangka pendek pengeluaran 10Q dengan menggunakan 7L & 4K (titik V, di mana isokuan bagi 10Q bersilangisokos $110).
Lorong pengembangan & keluk kos j/panjang • Di setiap titik di mana keluk isokos tanjen kpd isokuan adalah merupakan kombinasi input di mana kosnya yang paling minimum utk mengeluarkan output tersebut. • Keluk yg menyambungkan titik-titik tanjen antara isokos dan isokuan dikenali sebagai lorong pengembangan(expansion path). • Lorong pengembangan firma ialah garis 0BDFHJN (Rajah atas).
Lorong pengembangan & keluk kos j/panjang • Keluk kos jangka panjang (Rajah bawah) diterbitkan dari lorong pengembangan. • Contoh, titik B¢ pd keluk kos j/panjang LTC diterbit dari titik B pada lorong pengembangan. • Keluk kos jangka panjangLTC menunjukkan kos minimum untuk mengeluarkan sejumlah output yg diberi apabila firma beroperasi di atas lorong pengembangan.
Hubungan antara Kos Purata J/pendek & J/panjang • Keluk kos purata jangka panjang (LRAC) juga dikenali ‘keluk sampul’ bagi keluk kos purata jangka pendek (SRAC). • kerana setiap titik di atas keluk LRAC adalah merupakan titik-titik tenjen kepada keluk-keluk kos purata jangka pendek. (SRAC). • Keluk LRAC dikenali sebagai “keluk perancang”
Hubungan antara kos jangka pendek dan jangka panjang • Hanya terdapat satu titik di mana LRAC = SRAC = LRMC = SRMC dan dikenali titik kecekapan minimum. (Minimum efficient scale) • Kos jangka panjang adalah lebih rendah dari kos jangka pendek disebabkan penggunaan input yang lebih fleksibel dalam jangka panjang. • Selain dari itu disebabkan “learning by doing”: firma dapat meningkatkan kecekapan pengggunaan input untuk mengeluarkan output yang disebabkan oleh pengalaman yang diperolehi semasa dalam proses pengeluaran. • Learning by doing ditunjukkan oleh kejatuhan ketinggian keluk kos purata di setiap tingkat output.
Contoh • Rajah menunjukkan bilangan jam kerja (dalam ribu) yg diperlu untuk menghasilkan kapal terbang: • 900 jam diperlukan untuk kapal terbang ke-10, • 550 jam untuk kapal terbang ke-20, • 400 jam untuk ke-40, • 300jam untuk ke-100.
Bentuk Keluk Kos Purata J/panjang • Kedua-dua keluk kos purata j/pendek & panjang berbentuk “U”. • Keluk kos purata j/pendek berbentuk “U” disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan. • Keluk kos purata j/panjangberbentuk “U” disebabkan olehpulangan bertambah ikut skala / ekonomi ikut bidangan danpulangan berkurangan ikut skala / ekonomi tidak ikut bidangan.