1 / 36

Tajuk 1 Pengajian Pembangunan

Tajuk 1 Pengajian Pembangunan. Ekonomi tradisional. Adalah kajian ekonomi klasikal dan neoklasikal yang diajar melalui buku-buku teks British dan Amerika. Kajian ini membincangkan dunia kapitalis yang maju dengan pasaran dianggap sempurna. Ciri-ciri lain pasaran kapitalis termasuklah;.

orrin
Download Presentation

Tajuk 1 Pengajian Pembangunan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Tajuk 1Pengajian Pembangunan

  2. Ekonomi tradisional • Adalah kajian ekonomi klasikal dan neoklasikal yang diajar melalui buku-buku teks British dan Amerika. • Kajian ini membincangkan dunia kapitalis yang maju dengan pasaran dianggap sempurna

  3. Ciri-ciri lain pasaran kapitalis termasuklah; i.  hak pengguna terjaga. ii. ubahsuaian harga secara automatik iii. Keputusan dibuat berdasarkan konsep marginal dan keuntungan persendirian. iv. Menganggap keseimbangan akan dicapai di pasaran barangan dan juga pasaran sumber-sumber.

  4. Individu dianggap bertindak secara waras (rational) dan mengamalkan sifat kebendaan • Ekonomi tradisional telah berkembang kepada beberapa bidang seperti - mikroekonomi, - makroekonomi, - ekonomi buruh, - pembiayaan awam, - ekonomi kewangan - dan lain-lain lagi.

  5. Ekonomi Politik • Ekonomi politik melebihi kajian ekonomi tradisional, • di mana yang dikaji adalah proses sosial dan institusi • yang membolehkan individu atau sekumpulan individu mengawal penggunaan dan pembahagian sumber-sumber yang terhad, • untuk kepentingan mereka, di masa sekarang dan juga di masa hadapan.

  6. Penekanan kajian ekonomi politik ini adalah untuk melihat hubungan politik dan ekonomi serta peranan kuasa dalam membuat keputusan.

  7. Ekonomi Pembangunan • Terdapat dua pendapat mengenai kajian pembangunan; Pendapat Pertama; i.  pembangunan tidak dianggap sebagai satu bidang ekonomi seperti makroekonomi, ekonomi buruh, pembiayaan awam atau ekonomi kewangan.

  8. ii.  Kerana kajian ini hanya mengambil prinsip-prinsip yang sedia ada dari cabang-cabang ekonomi tersebut, dan digunakan untuk mengkaji keadaan negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin. iii. Adam Smith telah memulakan kajian ekonomi pembangunan dalam bukunya The Wealth of Nation, yang diterbitkan dalam tahun 1776.

  9. Pendapat kedua; i.  kajian ekonomi pembangunan merupakan cabang atau bidang ekonomi yang paling baru dan yang paling mencabar. ii.  Kajian ekonomi pembangunan yang sistematik mengenai masalah-masalah pembangunan di Afrika, Asia dan Amerika Latin hanya bermula lebih kurang 40 tahun kebelakangan ini.

  10. iii Ekonomi pembangaunan adalah dianggap sebagai satu cabang/bidang kajian ekonomi, bidang baru ini tidak sama dengan mana-mana cabang ekonomi yang telah lama ada seperti makroekonomi, ekonomi buruh, pembiayaan awam atau ekonomi kewangan.

  11. Takrif dan makna pembangunan • Istilah pembangunan boleh membawa banyak makna, dan kepada orang yang berbeza maknanya juga akan berbeza. • Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan satu takrifan yang dipersetujui umum, supaya perbincangan seterusnya akan berfaedah.

  12. Pengukuran pembangunan mengikut ekonomi tradisional A. Pertumbuhan ekonomi • Mengikut ekonomi tradisional, pembangunan dikaitkan dengan keupayaan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan.

  13. Sebuah ekonomi yang pada mulanya tidak mengalami apa-apa perubahan, dikatakan telah mecapai pembangunan apabila ia dapat mencapai pertumbuhan dalam KDNKnya.

  14. Pertumbuhan ekonomi hendaklah berterusan dan dengan kadar diantara 5% hingga 7% atau pun lebih. • Selain dari pertumbuhan KDNK, indeks lain yang digunakan ialah pertumbuhan dalam KDNK perkapita, pendapatan per kapita dan KDNK perkapita benar.

  15. Kedua-dua ukuran perkapita ini akan mengambil kira keupayaan ekonomi berkembang berbanding dengan pertumbuhan penduduknya. • Sementara KDNK perkapita benar pula mengambil kira keadaan inflasi.

  16. B. Perubahan struktur ekonomi. • Pembangunan juga dikaitkan dengan kebolehan sessebuah ekonomi beralih daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. • Struktur gunatenaga, pengeluaran, eksport dan pelaburan perlu beralih dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan, barulah sesebuah negara itu dikatakan telah mengalami pembangunan.

  17. C. Petunjuk-petunjuk sosial • Akhir sekali sebagai pelengkap ukuran-ukuran di atas, beberapa petunjuk bukan ekonomi juga dirujuk untuk mengambarkan kedudukan pembangunan sesebuah negara itu.

  18. Di antara petunjuk yang dimaksudkan ialah; • peningkatan celik huruf • peningkatan tahun persekolahan • keadaan dan perkhidmatan kesihatan • keadaan dan perkidmatan perumahan.

  19. Rumusan • Sebelum tahun 1970, pembangunan diukur melalui pemboleh ubah ekonomi seperti pertumbuhan KDNK atau pendapatan negara. • Kesan dari pertumbuhan ini dikatakan akan menyebabkan terciptanya peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan lain.

  20. Masalah-masalah seperti kemiskinan, pengangguran dan pengagihan pendapatan dianggap tidak penting • kerana dipercayai jika ekonomi tumbuh dengan pesat, segala masalah ini dapat diselesaikan dengan sendirinya.

  21. Pandangan baru mengenai pembangunan • Dalam tempoh 1950an dan 1960an, kebanyakan negara membangun telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat. • Namun begitu, keadaan sosial dan kebajikan rakyat di negara-negara berkenaan masih tidak berubah, iatu masih dalam keadaan mundur.

  22. Oleh itu disedari bahawa pendapat tradisional mengenai kepentingan pertumbuhan ekonomi dalam pembangunan perlu dikaji semula. • Mulai tahun 1970, ramai ahli ekonomi memberi pendapat baru mengenai pembangunan. • Di mana masalah seperti kemiskinan, pengangguran dan pengagihan pendapatan perlu ditangani secara langsung melalui rancangan-rancangan pembangunan.

  23. Pembangunan ekonomi telah diberi takrifan baru, iaitu melbatkan pengurangan atau penghapusan perkara-perkara seperti - kemiskinan, - ketidak adilan dan - pengangguran, • dan dalam masa yang sama cuba mencapai kedudukan ekonomi yang lebih baik.

  24. Cogan kata pembangunan yang baru ialah ‘pengagihan semula dari pertumbuhan • Ini bermakna segala hasil dari pertumbuhan ekonomi perlu disalurkan kepada rancangan-rancangan - membasmi kemiskinan, - memperbaiki taraf kesihatan, - mengurangkan pengangguran serta - memperkecilkan jurang perbezaan pendapatan di antara rakyat kaya dengan rakyat miskin.

  25. Telah disedari bahawa hasil pertumbuhan ekonomi tidak dapat dengan sendirinya memperbaiki masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara-negara miskin ini.

  26. Nilai dan objektif pembangunan •   Nilai-nilai yang dianggap baik bagi kehidupan rakyat sesebuah negara itu adalah berkait rapat dengan masa dan keadaan. • Mungkin sesuatu yang baik di awal abad yang lepas tidak dianggap baik di abad yang akan datang.

  27. Walau bagainama pun ramai penulis telah bersetuju dengan tiga nilai utama yang dianggap perlu sebelum sesebuah masyarakat itu dapat mencapai pembangunan. • Nilai-nilai yang dimaksudkan itu ialah;

  28. 1. Kebolehan mendapatkan keperluan asas; • Perkara-perkara seperti makanan, perlindungan, kesihtan dan pertahanan adalah keperluan asas yang amat diperlukan oleh setiap manusia untuk terus hidup. • Bila salah satu perkara atau kesemuanya tidak dipenuhi, walau pun pada paras paling minimum, maka keadaan dikatakan mundur (underdeveloped).

  29. Pembangunan ekonomi yang melubatkan peningkatan pendapatan perkapita, pembasmian kemiskinan mutlak, peningkatan peluang pekerjaan serta pengagihan pendapatan yang lebih adil adalah dianggap sebagai satu keperluan yang mesti ada bagi membolehkan pembangunan di capai. • Peningkatan dalam pendapatan diperlukan bagi membolehkan kelerluan asas disediakan.

  30. 2. Keyakinan diri. • Apabila seseorang tidak mempunyai keyakinan diri, ia akan mudah diperalatkan oleh pihak lain, dan tidak dapat membangun. • Keyakinan diri akan menghasilkan harga diri • Nilai harga diri adalah berbeza-beza mengikut masa dan kebudayaan.

  31. Bagi masyarakat moden hari ini, harga diri dikaitkan dengan nilai kebendaan. • Oleh itu negara-negara maju dengan kekayaan material sentias dipandang lebih tinggi dan mulia oleh negara-negara mundur dan miskin.

  32. 3. Kebebasan memilih. • Individu dalam sesebuah masyarakat itu perlu bebas dan tidak menadi hamba, sama ada hamba kepada harta benda, fahaman lama dan juga hamba kepada kesengsaraan. • Bila seseorang itu bukan hamba, bermakna dia bebas membuat pilihan.

  33. Ahli ekonomi pembangunan berpendapat ada kaitan di antara pertumbuhan ekonomi dengan kebebasan insan. • Walau pun pertumbuhan ekonomi tidak menjamin kebahagian hidup, tetapi dengan adanya pertumbuhan ekonomi, masyaakat itu dapat meluaskan pilihan yang bolen dibuat, dan dapat mengwal persekitaran mereka dengan lebih baik.

  34. Berpandukan ketiga-tiga nilai ini, pembangunan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga objektif atau matlamat, iaitu; 1.  untuk menambah penyediaan keperluan asas seperti makanan, perlindungan, kesihatan dan pertahanan. Serta memperluaskan penyebarannya kepada setiap ahli masyarakat.

  35. 2. mempertingkatkan keadaan kehidupan yang dapat memperkayakan individu dengan kebendaan dan juga keyakinan diri. Ini perlu dilakukan melalui penambahan peluang pekerjaan, pendidikan dan memberi perhatian kepada nilai-nilai kebudayaan dan kemanusiaan. 3. memperluaskan bidang pilihan, sama ada dari segi ekonomi atau pun sosial.

  36. Ahli ekonomi pembangunan berpendapat ada kaitan di antara pertumbuhan ekonomi dengan kebebasan insan. • Walau pun pertumbuhan ekonomi tidak menjamin kebahagian hidup, tetapi dengan adanya pertumbuhan ekonomi, masyaakat itu dapat meluaskan pilihan yang bolen dibuat, dan dapat mengwal persekitaran mereka dengan lebih baik.

More Related