460 likes | 760 Views
Tajuk 9:Pendidikan dan Pembangunan. sumber manusia merupakan faktor yang lebih penting dari sumber fizikal, dalam menentukan cepat atau lembatnya pembangunan dicapai. NSM telah mempergiatkan penyediaan pendidikan formal kepada rakyat,.
E N D
Tajuk 9:Pendidikan dan Pembangunan • sumber manusia merupakan faktor yang lebih penting dari sumber fizikal, dalam menentukan cepat atau lembatnya pembangunan dicapai. • NSM telah mempergiatkan penyediaan pendidikan formal kepada rakyat,
Kerana dipercayai perkembangan kuantiti pendidikan akan membantu pembangunan. • Penyediaan pendidikan formal oleh kerajaan telah memakan kos yang tinggi, • Walau bagaimana pun, tidak ramai yang berani mengkritiknya kerana isu pendidikan percuma telah menjadi sensitif.
Dalam 30 tahun k ebelakangan ini tidak banyak perubahah dapat dikesan dalam tingkat kemiskinan dan taburan pendapatan. • Dan perbezaan golongan miskin dan kaya masih ketara, walau pun tingkat pendidikan telah bertambah. • Masalah baru pula timbul, iatu penganggur dengan kelulusan tinggi.
Telah disedari bahawa penyediaan pendidikan formal sahaja tidak mejamin akan tercapainya objektif-objektif pembangunan. • Tetapi kita tidak boleh pula menyalahkan sistem pendidikan formal sekiranya pembangunan tidak tercapai. • Perlu dilihat perhubungan diantara pembangunan dengan kuantiti dan kualiti pendidikan.
Pendidikan di NSM • perbelanjaan awam untuk pendidikan. • dikebanyakan NSM sektor pendidikan memerima bahagian kewangan kerajaan yang paling besar, • beberapa sebab yang diberikan termasuklah;
buruh yang tahu membaca dan menulils adalah lebih produktif dan lebih mudah menerima perubahan teknologi yang diperkenalkan. • buruh ini termasuklah petani. • Jadi diperlukan pendidikan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah rendah.
pekerja-pekerja dengan kemahiran perkeranian dan komputer diperlukan untuk bekerja di sektor awam dan swasta, • jadi diperlukan sekurang-kurangnya pendidikan menengah.
3. graduan-graduan universiti diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan teknikal. • ini benar terutamanya bagi negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan, kerana kepakaran penjajah perlu diganti dengan kepakaran tempatan, • jadi diperlukan pendidikan tinggi.
4. ibu bapa mengaitkah tahun persekolahan dengan pekerjaan dan pendapatan yang baik. • oleh itu bagi golongan miskin cara melepaskan diri dari kemiskinan adalah dengan mendapatkan pendidikan sebanyak mungkin. • Kesemua ini telah menyebabkan perbelanjaan awam untuk pendidikan bertambah dengan pesatnya.
Enrolmen • enrolmen ke sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dalam tempoh 40 tahun telah bertambah, dari 163 juta orang kepada 440 juta orang. • Angka ini menunjukkan pertumbuhan purata sebanyak 5 % setahun.
kedudukan enrolmen adalah berbeza-beza antara NSM, • Afrika didapati jauh ketinggalan disegi peratus kanak-kanak yang menghadiri sekolah • Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh NSM ialah peratus yang tinggi bagi pelajar yang tidak menghabiskan persekolahannya, atau yang tercicir.
c. Celik huruf • celik huruf mengukur kebolehan membaca, menulis dan memahami maklumat yang diberikan. • Ia amat penting dalam pembangunan sumber manusia • Kadar buta huruf mengukur peratus penduduk berumur 15 tahun ke atas yang tidak celik huruf.
Di NSM kadar ini telah turun sebanyak 60% antara tahun 1960-1990. • Hari ini kadar buta huruf adalah berbeza-beza diantara negara, Negara maju kadar buta huruf Amereika Syarikat 1.0% Eropah 2.5%
NSM kadar buta huruf Amerika Selatan 15% Asia Timur 24 % Asia Tenggara 45% Arab 45% Afrika 50%
d. kos dan perolehan. • beberapa kajian telah mendapati terdapat keadaan berat sebelah dalam kos mendidik di peringkat rendah, menengah dan tinggi. • jadual 9.2 menunjukkan perbandingan nisbah pendidikan di NM dan NSM
bagi NSM kos pendidikan rendah lebih rendah berbanding kos pendidikan menengah dan lebih berbeza dari pendidikan tinggi. • Perbezaan antara sekolah rendah dengan sekolah menengah adalah 11.9, ini bermakna perbelanjaan untuk seorang di sekolah menengah sama dengan perbelanjaan bagi 12 orang di sekolah rendah.
Perbezaan antara sekolah rendah dengan pengajian tinggi pula adalah 87.9, ini bermakna perbelanjaan untuk seorang di pusat pengajian tinggi adalah sama dengan perbelanjaan bagi 88 orang di sekolah rendah. • Perbezaan ini adalah kecil di NM • Walau bagaimana pun didapati perbezaan perolehan mengikut taraf pendidikan tidaklah sebesar perbezaan kos tadi.
Jadual bawah menunjukkan keadaan perolehan mengikut tingkat pendidikan di NM dan NSM
jadual 9.4 di atas menunjukkan pula pulangan kepada pendidikan mengikut peringkat • mungkin kerajaan di NSM telah tersilap kerana memberikan tumpuan yang lebih kepada pendidikan menengah dan tinggi, • mungkin perlu ditukar tumpuan ini kepada menyediakan pendidikan rendah yang bermutu dan dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik.
Bilangan sekolah tidak perlu ditambah, tetapi kualiti sekolah yang ada sekarang perlu dipertingkatkan. • Jika ini dilakukan, kerajaan tidak akan dapat menyediakan pendidikan kepada semua orang.
e. perbezaan antara jantina (wanita dan pendidikan.) • secara keseluruhan perbezaan antara pendidikan wanita dengan pendidikan lelaki amat ketara. • mengapa perbezaan ini diberi perhatian? • Adakah kerana keadilah dan kesamaan sahaja.
Kajian-kajian telah menunjukkan juang perbezaan yang besar ini akan menghalang pencapaian pembangunan di NSM • Jurang perbezaan ini perlu dikurangkan kerana beberapa sebab, seperti;
kadar pulangan ke atas pendidikan wanita adalah lebih besar dari kadar pulanga pendidikan lelaki. • RM1.00 kepada pendidikan wanita akan memberi pulangan yang lebih besar berbanding RM1.00 perbelanjaan pendidikan lelaki.
peningkatan pendidikan wanita bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti mereka di ladang-ladang atau di kilang-kilang, • tetapi akan menghasilkan pernyertaan buruh yang lebih besar, umur berkahwin yang lebih lewat, kesuburan rendah,memperbaiki taraf kesihatan anak dan tingkat permakanan keluarga yang lebih baik.
c. Peningkatan taraf kesihatan dan permakanan kerana lebih ramai ibu berpelajaran akan mendatangkan kesan berganda ke atas sumber manusia sesebuah negara bagi beberapa genarasi akan datang. d. Wanita lebih terlibat dalamkemiskinan, oleh itu sebarang usaha untuk memperbaiki kedudukan mereka, sudah tentu dapat mengurangkan masalah kemiskinan di NSM
Dasar utama berkaitan dengan pendidikan Masalah pendidikan di NSM boleh diatasi dengan dua pilihan, iaitu; • mengembangkan sistem pendidikan yang ada dengan cepat, dengan beberapa perubahan kecil dalam kurikulum, kaedah pengajaran dan peperiksaan.
dalam masa yang sama, struktur pasaran buruh dan dasar pengenai kos pendidikan tidak diubah • membuat perubahan ke atas keseluruhan sistem pendidikan, • iaitu dengan mengubah keadaan pemintaan dan penawaran untuk pendidikan , supaya sesuai denga keperluan sebenar negara.
Pilihan pertama tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan, kemunduran luar bandar, kongkongan intelek antara bangsa dan lain-lain lagi, yang dihadapi oleh NSM
Pilihan kedua jika dilaksanakan akan memerlukan perubahan dalam dan juga di luar sistem pendidikan. • Dasar-dasar perlu diberntuk dan dilaksanakan di kedua-dua peringkat ini.
Contoh-contoh dasar-dasar yang dilaksanakan termasuklah; • mengubahsuai galakan-galakan dan isyarat-isyarat yang tidak seimbang • isyarat dan galakan di pasaran buruh selalunya tidak tepat, seperti perbezaan pendapatan dn kadar upah yangmemihak kepada pekerjaan di sektor moden di bandar-bandr.
Jika ada dasar yang dapat mengubah keadaa ini supaya kerja-kerja di luar bandar juga dipandang sama penting, masalah seperti penghijrahan akan dapat dikurangkan.
2. mengubah pengambilan pekerja mengikut pencapaian pendidikan. • selalunya pekerja-pekerja untuk sesuatu tugas mempuyai kelulusan berlebihan. • Contohnya kerja-kerja buruh kasar yang hanya memerlukan kelulusan sekolah rendah diberikan kepada lulusan sekolah menengah, • dan seterusnya kerja-kerja yang memerlukan lulusan menengah diisi oleh lulusan lebih tinggi.
Ini memberi gambaran bahawa mempunyak lebih kelulusan adalah lebih baik dan selamat. • Jika majikan boleh menghadkan pengambilan pekerja mengikut keperluan kelulusan tugas, sudah tentu angapan ini dapat dibetulkan. • Dengan itu lebihan bekalan pekerja berpendidikan dapat dikurangkan. • Jika pihak sektor memulakannya, pihak swasta juga akan mengikutinya.
mengawal pengaliran keluar kepakaran (brain-drain) • dicadangkan supaya penghijrahan golongan profesional dihalang melalui pencukaian dan peraturan yang ketat, • walau bagaimana pun, ini merupakan bidang yang sensitif, kerana ia dianggap menghalang hak asasi individu.
NSM telah melabur dengan banyak bagi menghasilkan para profesional ini, dan adalah adai sekiranya negara ini mengharapkan pulangan dari perlaburan tersebut. • Dengan kerjasama penerima, pendapatan para profesional yang berhijrah ini boleh dicukai p;ej negara asalnya.
Dasar-dasar di luar sistem pendidikan. a. belanjawan pendidikan • belanjawan untuk pendidikanperlu bertumbuh dengan lebih perlahan. • Dan perbelanjaan ini perlu lebih berat kerpada pendidikan rendah, pembangunan latihan berkaitan denga sektor luar bandar dan latihan-latihan kendiri (usaha sendiri)
subsidi. • subsidi di peringkat tinggi perlu dikurangkan, supaya herotan dalam permintaan pendidikan tinggi dapat dibetulkan. • Walau bagaiman pun, bantuan kepada golongan miskin yang berkebolehan perlu diteruskan. .
kurikulum (sukatan pelajaran) sekolah-sekolah rendah yang berkait-rapat dengan keperluan luar bandar. • untuk memaksimakan produktiviti di luar bandar, sukatan pelajaran sekolah-sekolah rendah dan institusi pendidikan tidak formal untuk murid tercicir dan orang dewasa perlu menekankan latihan-latihan yang boleh meningkatkan peluang-peluang kerja di lur bandar,
seperti di bidang pertanian komersial, pertukangan dan aktiviti-aktiviti keushawanan. • Latihan-latihan iniperu diberi pengiktirafan supaya setanding dengan sijil-sijil sekolah formal.
kuota. • selalunya hanya pelajar-pelajar dari golongan berada berpeluang meneruskan pendidikan ke peringkat tinggi. • Oleh itu peru ada sistem kuota bagi menentukan bahawa pelajar miskin yang layak dapat meneruskan pelajarannya,
Dan seterusnya memperbaiki taraf hidup keluarganya. • Subsidi perlu diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Tamat Kursus ECN4163 Untuk Semester ini Selamat berjaya dalam pembangunan diri anda dan keluarga di masa depan