220 likes | 528 Views
KULIAH 11. PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN. Dewan Undangan Negeri. RAJA/SULTAN/YDPN Raja/sultan: takhta diwarisi turun-temurun, ditentukan oleh adat setiap negeri YDPN: dilantik oleh YDPA Menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
E N D
KULIAH 11 PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
RAJA/SULTAN/YDPN • Raja/sultan: takhta diwarisi turun-temurun, ditentukan oleh adat setiap negeri • YDPN: dilantik oleh YDPA • Menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri • Mempunyai kuasa untuk bertindak mengikut budi-bicaranya (melantik MB, mempersetujui atau tidak permintaan membubarkan Dewan Negeri.
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI • Menjalankan tugas eksekutif • Diketuai oleh MB/KM • Keahlian: • Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri • Tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) • Setiausaha Kerajaan Negeri • Pegawai Kewangan Negara • Penasihat Undang-Undang Negeri
Perlantikan: • Ahli-ahli EXCO: • Dilantik oleh Raja/Sultan/YDPN • Tidak lebih dari 8 orang dan tidak kurang dari 4 orang • Setiap ahli mengetuai suatu bidang pentadbiran negeri • Di Sarawak ahli-ahli EXCO dikenali sebagai Majlis Tertinggi • Di Sabah EXCO dikenali sebagai Kabinet • MB/KM: • Dilantik oleh Raja/Sultan/YDPN daripada hali DUN yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan tersebut. • Jika tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam DUN beliau mesti meletak jawatan kecuali atas permintaannya DUN dibubarkan oleh Raja/Sultan/YDPN
SISTEM PENTADBIRAN BERJAWATAN KUASA • Tujuan: menyelaraskan perkara-perkara tertentu seperti pertanian, perumahan dll. • Diketuai oleh ahli-ahli EXCO • Di Sabah & Sarawak isstem menteri diamalkan, iaitu sistem pentadbiran bermenteri
DEWAN UNDANGAN NEGERI • Mempunyai kuasa menggubal undang-undang • Ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya dan 3 ahli tidak rasmi • Setelah undang-undang diluluskan oleh DUN ia mesti diperkenankan oleh Raja/Sultan/YDPN • Undang-undang yang digubal ialah dari senarai I & II Jadual 9.
KUASA PEMERINTAHAN NEGERI • Terdapat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri • Pembahagian kuasa perundangan • Pembahagian kuasa pemerintahan • Hal ehwal tanah • Hal ehwal kewangan • Hal ehwal kerjasama Kerajaan Perskutuan dengan Kerajaan Negeri
PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI • Melalui: • Majlis Raja-Raja • Majlis Kewangan Negara • Majlis Tanah Kebangsaan Negara • Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan • Dewan Negara
JABATAN PENTADBIRAN NEGERI • Terbahagi kepada dua jenis: • Jabatan Negeri – bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan • Cawangan Jabatan Persekutuan – cth. Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Imigresen dll.
JABATAN NEGERI • Jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri. • Pegawai Setiausaha Kerajaan Negeri • Jabatan yang utama • Peranannya lebih kurang sama dengan Jabatan PM • Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan NEgeri juga bertindak sebagai Pegawai Pentadbir Utama, Ketua Perkhidmatan Awam Negeri dan Penasihat Pentadbiran Utama kepada MB/KM • Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri dan menentukan perlaksanaan dasar-dasar tersebut dalam semua jabatan kerajaan negeri termasuk pejabat daerah.
2. Pejabat Kewangan Negeri • Diketuai oleh pegawai kewangan negeri • Fungsi: merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawaan kerajaan negeri • Juga berperanan menyelaraskan dan menguruskan pendapatan negeri-negeri seperti melalui cukai dan pinjaman • Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi-agensi kerajaan melalui pemeriksaan belanjawan tahunan negeri
3. Pejabat Penasihat Undng-Undang • Diketuai oleh penasihat undang-undang negeri • Tanggungjawab: memberi nasihat kepada MB/KM dan pentadbiran negeri tentang semua perkara yang berkaitan dengan undang-undang 4. Unit Perancang Ekonomi Negeri • Tanggungjawab: merancang dan menyelaras usahan pembangukan ekonomi negeri • Menyelaras penyediaan rancangan pembangunan 5 tahun • Menasihati kerajaan negeri mengenai masalah ekonomi
KERAJAAN NEGERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN: • Jabatan kebajikan masyarakat, jabatan pengairan & saliran • Perbadanan awam negeri
PENTADBIRAN DAERAH • Pentadbiran negeri diuruskan oleh Pejabat Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah • Tugas terpenting ialah pengurusan soal tanah dan pembangunan daerah • Pegawai daerah dibantu oleh sekurang-kurangnya 2 orang Penolong Pegawai Daerah • Melaksanakan kegiatan cawangan agensi Kerajaan (negeri & persekutuan_ di daerah berkenaan • Penyelarasan tugas antara agensi dilakukan melalui jawatankuasa Penyelarasan Rancangan Pembangunan Kawasan DUN (JAPRUN)
PENTADBIRAN MUKIM • Diuruskan oleh Pejabat Penghulu • Diketuai oleh kakitangan awam yang dikenali sebagai Penghulu ayng dilantik oleh KM/MB melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam • Fungsi utama: membantu Pejabat Daerah serta agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam melaksanakan projek pembangunan di peringkat Mukim • Penghulu merupakan orang perantaraan antara Kerajaan dengan penduduk Mukim, terutama dari segi penyampaian dasar Kerajaan dan mengenai masalah penduduk Mukim • Beliau adalah ahli JAPRUM dan penasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
PENTADBIRAN KAMPUNG • Diketuai oleh Ketua Kampung, perlantikan dibuat oleh Kerajaan NEgeri melalui Pegawai Daerah • Beliau bukan seorang kakitangan awam • Tanggungjawab: menjaga keamanan kampung, menyelesaikan masalah di peringkat Kampung menjadi penghubung antara orang Kampung dengan pegawai daerah • Ketua kampung adalah pengerusi JKKK, membolehkan penduduk kampung menyertai semua proses pembangunan & perancangan • Pada mesyuarat JKKK ketua-ketua jabatan diperingkat daerah akan hadir
PERINGKAT PENTADBIRAN DI SARAWAK • Peringkat Bahagian • Diketuai Residen, dibantu oelh Temenggung • Peringkat Daerah • Diketuai Pegawai Daerah, dibantu oleh Ketua Masyarakat • Peringkat Daerah Kecil • Diketuai Pegawai Perkhidmatan Tadbir • Peringkat Kampung • Diketuai Penghulu (dilantik oleh Kerajaan Negeri) di kawasan pendalaman dipilih dari kalangan ketua-ketua rumah panjang (Tuai Rumah)
PERINGKAT PENTADBIRAN DI SABAH • Daerah • Diketuai Pegawai Daerah, dibantu Ketu daerah (iaitu ketua suku kaum) • Mukim • Diketuai Ketua Anak Negeri • Kampung • Diketuai Ketua Kampung
KERAJAAN TEMPATAN • Terdiri dari Majlis Perbandaran (untuk bandar) dan Majlis Daerah (untuk luar bandar). • Majlis Perbandaran diketuai oleh Datuk Bandar/YDPN • Majlis Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah • Orang tempatan mengambil bahagan dalam pengurusan kawasan-kawasan mereka