1 / 17

GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan). Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. FAKTA MENGENAI GIGI. Gigi adalah bahagian keras yang terdapat di dalam mulut. Memiliki struktur yang bervariasi untuk melakukan pelbagai tugas.

phila
Download Presentation

GIGI (Jenis, Penyakit dan Rawatan)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. GIGI(Jenis, Penyakit dan Rawatan) Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor

  2. FAKTA MENGENAI GIGI • Gigi adalah bahagian • keras yang terdapat • di dalam mulut. • Memiliki struktur • yang bervariasi untuk • melakukan pelbagai • tugas. • Fungsi utama gigi • adalah untuk • merobek dan • mengunyah • makanan.

  3. FAKTA MENGENAI GIGI • Struktur gigi: • Enamel (melindungi tulang gigi dengan zat yang sangat keras) • Tulang (lapisan yang berada pada lapisan setelah enamel yang dibentuk dari ionkarbonat. • Rongga Gigi (rongga yang di dalamnya terdapat kapilari darah dan urat saraf). • Semen / Sementum (bahagian akar gigi yang berdekatan dengan tulang rahang di mana gigi manusia tumbuh.

  4. FAKTA MENGENAI GIGI • Susunan gigi tetap pada orang dewasa berjumlah 32 batang: • 8 gigi seri • 4 gigi taring • 8 geraham depan • 12 geraham belakang

  5. PENYAKIT GIGI DAN MULUT Resesi gusi ke paras akar gigi Resesi gusi ke paras akar gigi Proses ini memberi pendedahan akar gigi pada pengumpulan plak dan seterusnya menyebabkan karies di bahagian ini. Ramai individu yang berumur melebihi 25 tahun akan mengalami kerosakan pada gigi dan akarnya yang memerlukan rawatan klinikal. Karies di akar gigi

  6. PENYAKIT GIGI DAN MULUT Keadaan mulut yang kotor akan menyebabkan penyakit gusi • Penyakit gusi • Punca utama ialah • pengabaian penjagaan • kebersihan mulut. • Menyebabkan gigi jadi • longgar dan menimbulkan • masalah pengunyahan. Rawatan periodontium adalah rawatan bagi penyakit gusi. Ia boleh membantu mengurangkan sensitiviti (kengiluan), resesi (penurunan) dan pendarahan gusi. Rawatan ini juga boleh mengukuhkan tisu periodontium yang menyokong gigi.

  7. PENYAKIT GIGI DAN MULUT • Kekeringan Mulut • Pengurangan pengaliran air liur • menyebabkan mulut kering. • Boleh menimbulkan masalah • bercakap, menelan, sakit tekak, • suara garau dan sebagainya. • Masalah karies gigi akan lebih • mudah berlaku (air liur bertindak • sebagai agen pembersih mulut • untuk membersihkan pengeluaran • asid yang dihasilkan oleh plak. • Lebihkan minum air kosong untuk mengatasi kekurangan air liur.

  8. PENYAKIT GIGI DAN MULUT • Kanser Mulut • Tabiat merokok dan memakan sirih, kapur dan gambir dalam jangka masa yang panjang akan menghadapi risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kanser mulut. • Tanda-tanda yang patut di awasi ialah : • Ulser di dalam mulut yang tidak • pulih. • Sebarang perubahan pada • mukosa (bahagian di dalam • mulut), lidah dan lelangit. • Tidak boleh tahan langsung • memakan makanan yang pedas • dan berempah

  9. MENGAPA PERLU MEMBAIKPULIH GIGI • Jika gigi hilang tanpa dibaik-pulih; • kecantikan seseorang mungkin terganggu. • Menyusahkan pemakanan dan pertuturan. • Perbersihan gigi mungkin lebih sukar yang seterusnya menyebabkan penyakit gigi dan gusi. • Tulang akan mengecut (gigi palsu atau implan - tanam gigi menjadi lebih susah dan hasilnya mungkin tidak memuaskan)

  10. CARA MEMBAIKPULIH GIGI A) BOLEH DITANGGAL Gigi palsu boleh dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan bahan yang digunakan untuk membuat landas/asas/tapak gigi iaitu: • i.)Plastik biasa) • lebih mudah dibuat, lebih murah tetapi lebih rapuh. • ii.) keluli/logam • logam tidak berkarat,lebih keras dan boleh dibuat sangat nipis,lebih selesa tetapi kos lebih tinggi.

  11. CARA MEMBAIKPULIH GIGI • iii.) plastik LEMBUT • boleh dibengkokkan, tidak perlu cangkuk keluli, lebih selesa tetapi kos lebih tinggi. Bergantung kepada keadaan tulang dan gigi, gigi palsu yang boleh ditanggal mungkin lebih longgar atau kurang daya gigitan. Tulang yang menyokong gigi palsu akan beransur-ansur kecut dan pembuatan gigi palsu baru diperlukan.

  12. CARA MEMBAIKPULIH GIGI B)TIDAK BOLEH DITANGGAL Implan biasanya dikenali sebagai ‘tanam gigi’. Dengan mengisar (mengecil dan memendekkan) gigi di sebelah celah/ruang gigi, dan gigi-gigi yang telah dikisar disambung /sarung dengan gigi buatan. • 1)Jambatan Gigi • Jambatan ditetapkan/disimenkan pada gigi, pesakit tidak boleh ditanggalkan. • Kebaikan: lebih teguh, gigitan lebih • baik. • Keburukan: gigi asli perlu dikisar. • Jenis bahan gigi yang biasa dipakai: • asas logam dan porcelain • porcelain sahaja (lebih cantik) • plastic khas

  13. CARA MEMBAIKPULIH GIGI • 2) Implan • Implan dilaksanakan bila; • ada gigi telah hilang • tidak biasa dengan gigi palsu, • tidak sanggup mengisarkan gigi asli untuk buat jambatan • tiada gigi lagi yang boleh dikisar. • Melalui pembedahan kecil, satu atau lebih skru titanium dimasukkan dalam tulang. Setelah 3 hingga 6 bulan, skru tersebut menjadi teguh. Skru tersebut dianggap sebagai akar gigi, di atas akar ini boleh ditambah korona (kepala) gigi, jambatan ataupun gigi palsu dan sebagainya. • Kebaikan : lebih teguh, tahan lama. • Keburukkan : Hanya boleh disiapkan dalam masa 3- 6 bulan.Perlu pembedahan kecil. Kos lebih tinggi.

  14. CARA MEMBAIKPULIH GIGI Implant Mini : Khasnya untuk memegang gigi palsu bawah yang longgar. Lebih senang dibuat dan biasanya siap dalam masa satu jam. Tidak perlu potong gusi. Lebih murah tetapi tidak sekuat implant biasa.

  15. CARA MEMBAIKPULIH GIGI • Orthodontik (Braces) • Merapatkan gigi-gigi • di celah dengan wayar. • Kebaikan: memperbaiki gigi (Gigi akhir adalah gigi asli bukan gigi buatan) • Keburukan: Masa lebih lama, kos lebih tinggi

  16. CARA MEMBAIKPULIH GIGI • Walaubagaimanapun, dari segi fungsi, gigi palsu tidak sebaik gigi asli. Oleh itu: • jagalah gigi dengan baik. • periksa gigi secara berkala • cuci dan menampal gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan gusi. • Cuba selamatkan gigi asli anda. • Gigi tidak semestinya dicabut, walaupun sedang sakit. Jika terdapat sebarang keraguan, mintalah nasihat dari doktor.

  17. SEKIAN, TERIMA KASIH

More Related