780 likes | 3.09k Views
PENYAKIT KENCING MANIS. OLEH : NOR FAZLINA RAMDANI A111654. KUMPULAN BERISIKO TINGGI. DEFINISI / PENGENALAN. TANDA & GEJALA. PENYAKIT KENCING MANIS. RAWATAN. RISIKO / KOMPLIKASI. PANDUAN PEMAKANAN. PENJAGAAN DIRI. DEFINISI / PENGENALAN.
E N D
PENYAKIT KENCING MANIS OLEH : NOR FAZLINA RAMDANI A111654
KUMPULAN BERISIKO TINGGI DEFINISI / PENGENALAN TANDA & GEJALA PENYAKIT KENCING MANIS RAWATAN RISIKO / KOMPLIKASI PANDUANPEMAKANAN PENJAGAAN DIRI
DEFINISI / PENGENALAN • satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. • terjadi kerana badan kekurangan insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. • Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas.
pengidap penyakit kencing manis, pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya / insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos/gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi disingkirkan oleh badan melalui air kencing penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah kekurangan tenaga.
KUMPULAN BERISIKO TINGGI · mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik) · berat badan agak tinggi · pernah mengalami radang pada Pankreas · Wanita mengandung yang pernah menghidapi kencing manis ketika hamil. * Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
TANDA & GEJALA • Kerap membuang air kencing • Sentiasa berasa dahaga • Selera makan meningkat • Letih • Hilang berat badan • Jangkitan kulit yg kerap, spt jangkitan kulat pd kemaluan • Luka yg lambat sembuh • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
RAWATAN • Kawal pemakanan degan cara yg betul • Senaman – kekalkan berat badan ideal • Suntikan insulin • Tablet anti-diabetes -sulfonilurea (chlorpropamide, glibenclamide, glipizide) - rangsang pankreas menghasilkan lebih banyak insulin - Biguanid (metformin)– kurangkan penghasilan glukosa dalam hati & menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin. • Thiazolidinedion (troglitazone,rosiglitazone)–meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat. • Perencat alfa-glukosaidase (acarbose) – mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
PANDUAN PEMAKANAN Tujuan: • Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal. • Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit. • Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai. • Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.
Makanan yang perlu dielakkan • Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi. • Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, biskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol
Makanan yang bebas dimakan • Semua jenis sayuran, kecuali ubi. - Contoh: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung • Semua cecair dan minuman tanpa gula - Contoh: Sup air, air kosong, teh dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
Perasa & Perencah - Contoh: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. • Semua daging & ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. • Hadkan makanan tinggi kolesterol spt makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa)
Panduan Am • Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi,makan tengahari, makan malam). • Pastikan makan pada selang masa yang tetap. • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu -makanan berkarbohidrat (meningkatkan paras gula darah) • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet (mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit) - bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan kekacang dan biji-bijian. • Kurangkan pengunaan garam dalam masakan & elakkan makanan tinggi kandungan garam. • Kurangkan jumlah pengambilan lemak / minyak terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan & krim salad.
PENJAGAAN DIRI Penjagaan kulit • Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5 - memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan. • Agen pembersih perlulah lembut - agen pembersih yang kuat akan mengiritasikan kulit. • Gunakan air suam untuk mencuci. • Elakkan agen pembersih beralkali haruslah terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi. • Elakkan daripada menggaru kulit - kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan. • Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang,lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki. • Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap - mengekalkan kelembapan kulit.
Penjagaan kaki • membersihkan kaki mereka setiap hari & mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki. • Sapukan krim pelembap pada kulit kering. • Kuku jari kaki harus dipotong lurus - mengelakkan kecederaan kepada kulit. • Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat & pastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut. • Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser. • Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki spt plaster ketuatatau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) - bahan berasid yang menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya berlakunya ulser.
Penjagaan mata • Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. • Memeriksa tekanan darah secara berkala. • Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan Penjagaan gigi • Berjumpa Dr. gigi setiap 6 bulan • Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat
RISIKO / KOMPLIKASI • Hypoglycaemia • Penyakit tekanan darah tinggi • Penyakit jantung (2-4 kali ganda) • Stroke (5 kali ganda) • Kerosakan buah pinggang (hampir 50%) • Masalah mata-buta,katarak (25-74 thn)
luka lambat sembuh & boleh menyebabkan gangrene (tisu mati) di bahagian (selalunya) jari kaki & kaki. Sekiranya ini berlaku ia perlu dipotong. • jangkitan kuman – alat sulit (wanita) • Kerosakan saraf–kebas (50%- 25thn ke atas)
SEKIAN TERIMA KASIH