1.67k likes | 3.83k Views
JENIS AYAT. Ayat boleh dibahagikan kepada 4 jenis :. Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan. Ayat Penyata. ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan sesuatu berita atau keterangan. Contoh : Bola ini kepunyaan adik. Ayat Tanya.
E N D
Ayat boleh dibahagikan kepada 4 jenis : • Ayat Penyata • Ayat Tanya • Ayat Perintah • Ayat Seruan
Ayat Penyata • ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan sesuatu berita atau keterangan. Contoh : Bola ini kepunyaan adik.
Ayat Tanya • ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. • menggunakan nada suara dan perkataan yang tertentu
Ayat Tanya • boleh digolongkan kepada dua jenis : - Ayat Tanya tanpa kata tanya - Ayat Tanya dengan kata tanya
Ayat Tanya dengan Kata Tanya • biasanya menggunakan kata ganti tanya seperti : -Apa? - Siapa? - Di mana? - Bagaimana? - Mengapa?
Contoh Awak hendak ke mana? Ke manakah awak hendak pergi ?
Ayat Tanya • juga boleh menerima partikel –kah • predikat ayat tanya yang menerima partikel –kah harus dikedepankan.
Contoh Sudah selesaikah tugasan awak?
Ayat Perintah • ialah ayat yang diucapkan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat Perintah • boleh dibahagikan kepada 4 jenis : - Ayat Suruhan - Ayat Larangan - Ayat Permintaan - Ayat Silaan
Ayat Perintah • boleh disertai dengan partikel–lah. • penggunaan partikel ini mempunyai dua tugas : - melembutkan suruhan - menegaskan predikat
Ayat Suruhan • ialah ayat yang bertujuan untuk memberikan arahan atau perintah kepada seseorang. • Biasanya, kata ganti nama orang kedua yang bertugas sebagai subjek, digugurkan. • Walau bagaimanapun, subjek ini boleh dikekalkan untuk tujuan penegasan.
Contoh Tolong ayah cangkul tanah ini.
Contoh Gunakan sapu tangan ini untuk mengelap tangan kamu.
Ayat Larangan • ialah ayat yang bertujuan untuk melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. • menggunakan perkataan seperti jangan, usah, tak usah sebelum kata kerja. • ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah.
Contoh Jangan ulangi kesilapan kamu ini!
Contoh Usah paksa saya ke rumahnya!