1 / 13

SINOPSIS

SINOPSIS

rafael
Download Presentation

SINOPSIS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SINOPSIS Cerpen mengisahkan seorang bapa iaitu Pak Tua yang berjaya membesarkan anak-anaknya dengan hasil hutan rimba dan hasil tangkapan di lautan. Pak Tua akhirnya menyesali perbuatannya yang begitu rakus dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya walaupun keempat-empat anaknya telah berjaya meraih kehidupan yang selesa. Beliau menyesali kerana begitu rakus memusnahkan hutan dengan menjadi pemandu traktor dan menjadi nelayan yang menggunakan bom tangan untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan. Pak Tua akhirnya menjadikan tanah pusaka arwah bapa isterinya sebagai hutan simpan bagi menebus kesilapan lalu. Hutan simpan itu telah dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pak Tua menceritakan tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai kepada cucu-cucunya.

  2. TEMA • Penyesalan seorang lelaki tua atas perbuatannya yang lalu. • Tindakan masa lampaunya telah banyak memusnahkan alam • sekitar sama ada di darat mahupun di air dan beliau berusaha • Untuk memulihara hutan rimba yang tercemar

  3. PERSOALAN • Kerakusan manusia merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh kekayaan. • Sikap ketua keluarga yang menitik beratkan pendidikan anak-anak. • Alam semula jadi yang dimusnahkan boleh mendatangkan musibah kepada kehidupan manusia. • Kesepakatan dalam keluarga dalam menguruskan perniagaan yang berbentuk pelancongan.

  4. WATAK a) Pak Tua – ada 4 orang anak, suami kepada Mak Tua, Mementingkan pendidikan anak-anak, pemandu traktor, menyesali perbuatannya, menanam semula pokok, datuk yang penyayang, alim. b) Mak Tua – berketurunan sungai, pandai memujuk, memahir memasak, seorang yang rajin, menyokong usaha suaminya memulihara hutan. c) Ajam – anak Pak Tua, berpendidikan tinggi, sangat menyayangi ibu bapanya, menyokong usaha bapanya. d) Watak lain – Bakar, Budi, Melati

  5. GAYA BAHASA • Personifikasi – lori-lori balak mengaum sombong (hal:167) • Sinkope – ”Dah, mak. Kami dah cari...”(hal. 174) • Peribahasa – Pak Tua pun membawa diri ke negeri itu (hal 171) • Simile – Pak Tua bagai baru tersedar daripada mimpi (hal 170) • Perlambangan - ...dan aneka tumbuhan lainnya menyembah bumi. (hal. 167) bermaksud tumbang. • Imej Alam – Kera dan monyet melompat lalu bergayutan (hal 166) • Bahasa Arab – istighfar (hal. 172) , solat fardu (hal :173) • Hiperbola – Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara. • Penggunaan ayat pendek – ”Bapa!” seru Melati (hal. 174)

  6. BINAAN PLOT • Permulaan – Diperkenalkan watak Pak Tua yang teringat tentang tugasnya sebagai pemandu jentolak selama 30 tahun – menyesal dan cuba ditenteramkan oleh Mak Tua. • Perkembangan – Pak Tua teringat tentang kemusnahan laut – guna bom ikan, melarikan diri dan mencuba nasib ditempat baru. • Perumitan – Pak Tua menjadikan tanah pusaka sebagai hutan simpan bagi menebus kesilapan – sedikit ruang digunakan untuk didirikan rumah dan diusahakan dusun buah-buahan. • Puncak – Ajam, Bakar, Melati dan Budi datang ke dusun Pak Tua untuk menjadikan hutan simpan sebagai pusat pelancongan. • Peleraian – Pak Tuan tenang dengan suasana hutan – Yakin mimpi ngeri tentang kemusnahan alam sekitar sudah berakhir.

  7. TEKNIK PLOT a) Pemerian – Memerihalkan kesibukan Mak Tua menyediakan hidangan. (hal:175) b) Dialog – “Bapa telah melestarikan harta warisan alam,” Bakarmencelah kagum. (hal:174) c) Monolog luaran – “Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun,” kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata (hal : 167) d) Monolog dalaman – “Mengapa harus hutan yang terkorban?... Spontan kata-kata dan kesedihan dalam hati. (hal : 170) e) Teknik Konflik - …Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua….Sesal Pak Tua semakin melebat. (hal 167) f) Imbas kembali – Teringat akan tugasnya sebagai pemandu jentolak – 30 tahun lalu.

  8. LATAR • Latar Tempat – di Hutan Rimba (Pak Tua bekerja), di Dusun buah-buahan (Pak Tua terkenang zaman lalu), Sungai Kinabatangan (Pak Tua menaiki kapal. • Latar Masa – contohnya 30 tahun yang lalu (bekerja), masa kini (pencen), waktu malam (Pak Tua cerita tentang kehidupan hutan kepada cucunya). • Latar Masyarakat – berpendidikan tinggi – menjawat jawatan baik.Tidak sayang pada alam sekitar, masyarakat yang bijak dan masyarakat yang melakukan aktiviti di sungai.

  9. NILAI NilaiKeinsafan – Pak Tuamenyedarikesilapanmasalampau Nilaibertanggungjawab - Memastikananak-anak Pak Tuamendapatpendidikanterbaik Nilairajin – Pak Tuabijakmengusahakanprojekekonomidengan Menggunakansumberalam Nilaikesepakatan - anak-anak Pak Tuabersepakatuntuk mengusahakankawasanhutansebagaipusatpelancongan. Nilaihormat-menghormati – anak-anak Pak Tuasangat menghormati Pak Tuasebagaibapanya

  10. PENGAJARAN • Kita hendaklah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. • Isteri hendaklah rajin dan pandai memasak. • Bapa mestilah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. • Alam semula jadi hendaklah sentiasa dipulihara untuk memastikan kehidupan tidak terancam • e) Kita hendaklah bekerjasam dalm melaksanakan sesuatu rancangan untuk menjamin kejayaan.

  11. LATIHAN • Apakah kegunaan alam semula jadi kepada manusia ? • Apakah kegiatan yang dilakukan oleh Pak Tua yang menyebabkan beliau rasa bersalah dan menyesal? • Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini ?

  12. JAWAPAN • Alam semula jadi sangat berguna kepada manusia kerana di dalamnya terdapat pelbagai khazanah alam yang sangat berharga seperti rotan, kayu balak, flora dan fauna serta sayur-sayuran. • Pak Tua berasa bersalah dan menyesal kerana sepanjang dia bekerja terlalu banyak sumber alam yang telah dimusnahkan menggunakan jentolaknya. Selain itu, Pak Tua juga melakukan kegiatan menangkap ikan yang sangat berbahaya seperti menggunakan bom • Latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini ialah masyarakat yang mementingkan pendidikan anak-anak (Pak Tua memberikan pendidikan secukupnya kepada anak-anak). Selain itu masyarakat yang mampu hidup bersatu-padu melalui permuafakatan (anak-anak Pak Tua berjaya dalam perniagaan pelancongan) dan masyarakat yang berusaha memulihara semula alam semula jadi yang musnah.(Pak Tua menggunakan tanah pusaka untuk dijadikan hutan simpan)

More Related