220 likes | 1.03k Views
INSTRUMEN KAJIAN. BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong. BORANG SOAL SELIDIK. Takrif: Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan. Kepentingan Borang Soal Selidik.
E N D
INSTRUMEN KAJIAN BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong
BORANG SOAL SELIDIK Takrif: Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan
Kepentingan Borang Soal Selidik • Untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informan mengenai kajian yang dilakukan • Mengukur pembolehubah yang ingin dikaji • Membantu pencapaian objektif kajian • Membantu proses analisis data
Kriteria Borang Soal Selidik • Borang soal selidik yang baik dan berkesan adalah: • Soal Selidik mencapai objektif kajian (matlamat penyelidikan) • Soal selidik mendapat maklumat paling tepat dan lengkap • Kos borang soal selidik yang sederhana • Soal selidik menyenangkan semua pihak
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan spesifik dan tidak mengelirukan (elak salah tanggapan responden) • Soalan tidak terlalu banyak (jumlah soalan bersesuaian dengan objektif kajian, mengukur pembolehubah, soalan yang sederhana)
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan dapat difahami oleh pengkaji sendiri/responden dengan mudah iaitu: pengkaji tahu masalah yang hendak dikaji, penemubual (enumerator) jelas makna soalan dan responden faham soalan untuk dijawab. • Soalan-soalan yang pendek
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan-soalan tidak mendorong jawapan • Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan responden (mudah dan jelas) • Mempertimbangkan statistik yang bakal digunakan.
Jenis –jenis Soalan • Soalan Fakta: soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan data/fakta yang boleh diinterpretasikan menjadi maklumat seterusnya pengetahuan • Soalan pendapat: soalan yang dikemukakan secara terbuka (tidak mengandungi unsur betul/salah terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.
Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik 1. Pengenalan: a. Tajuk penyelidikan b. Kod responden/lokasi penyelidikan c. Kata pengantar (alu-aluan & penghargaan) d. Tujuan Penyelidikan e. Nama penyelidik & organisasi
Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik 2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan kemesraan dulu). Lazimnya soalan yang mengandungi alternatif jawapan. 3. Soalan pendapat di bahagian akhir 4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan diri responden boleh diletakkan di bahagian akhir. 5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian pengetahuan) di letak paling akhir.
Format Soalan • Soalan berstruktur/tertutup/berskala: Soalan diikuti dengan jawapan yang disediakan oleh pengkaji untuk dipilih oleh responden (cth: Skala Likert & aneka pilihan atau dwi pilihan) • Tidak berstruktur: Jawapan tidak disediakan oleh pengkaji. Soalan yang terbuka dan bersifat pendapat. • Bercampur: Soalan tertutup dan soalan terbuka bercampur.