190 likes | 752 Views
MEDIA PENGIKLANAN DEFINISI: Media pengiklanan bermaksud saluran atau perantaraan untuk mengiklan. Pemilihan media pengiklanan ini bergantung kepada bentuk perniagaan.
E N D
MEDIA PENGIKLANAN • DEFINISI: Media pengiklanan bermaksud saluran atau perantaraan untuk mengiklan. • Pemilihan media pengiklanan ini bergantung kepada bentuk perniagaan. a) Peniaga kecil-kecilan mengiklankan barang dengan cara yang tidak banyak melibatkan kos. contohnya: Melaung atau meneriak dengan kuat seperti penjaja kuih dan ikan di pasar b) peniaga besar-besaran biasanya menggunakan saluran seperti media cetak, media elektronik dan juga media lain.
MEDIA PENGIKLANAN MEDIA BERCETAK MEDIA ELEKTRONIK MEDIA LAIN a) Suratkhabar b) Majalah c) Jurnalperniagaan d) Risalah e) Katalog f) Poster dan sepanduk g) Kalendardandiari h) Halamankuning (yellow pages) i) Kadperniagaan • Mel udara • Sampel • Kenderaanawam • Orangsandwic • Lain-lain • Televisyen • Radio • Internet • Pawagam • Lampu neon • F) Skrin besar
Media bercetak • Merupakan media yang menggunakan kertas bercetak untuk menyampaikan maksudnya. • Terdapat beberapa jenis media bercetak yang sering digunakan, antaranya: a) surat khabar b) majalah c) jurnal perniagaan d) risalah e) katalog f) poster dan sepanduk g) kalendar dan diari h) halaman kuning (yellow pages) i) kad perniagaan
A. Suratkhabar • Merupakan medium termurah dan diedarkan dengan meluas serta dibaca oleh semua golongan pengguna. • Iklan dapat ditujukan kepada pengguna yang ramai dan merata tempat • Iklan disampaikan melalui perkataan, gambar atau ilustrasi • Iklan dalam surat khabar terdiri daripada: a) iklan kecil atau iklan terkelas - Disiarkan dalam petak-petak kecil tertentu dalam satu halaman khas - Menyiarkan iklan seperti rumah sewa, kenderaan untuk dijual, mencari jodoh dan lain-lain. b) iklan muka surat - Merangkumi seluruh muka surat, separuh muka surat dan suku muka surat c) iklan ruangan - Disiarkan dalam bentuk ruangan yang pelbagai saiz. - Akan dimuatkan di pelbagai penjuru atau di belakang surat khabar.
b. majalah • Merupakan antara media yang termurah dan diedarkan dengan meluas serta dibaca oleh berbagai-bagai golongan. • Terdapat pelbagai jenis majalah untuk golongan pengguna tertentu. Contohnya kosmetik yang ditujukan kepada pengguna wanita hendaklah disiarkan dalam majalah wanita. • Boleh disimpan lama dan dibaca berulang kali.
c. Jurnalperniagaan • Adalah majalah perniagaan. • Iklan mengenai perniagaan atau pengeluaran barangan tertentu boleh disiarkan dalam jurnal perniagaan
d. risalah • Risalah adalah poster kecil atau kertas cetakan yang diedarkan oleh pengeluar seperti penerbit buku, peniaga setempat, pusat tuisyen dan lain-lain. • Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barang atau perkhidmatan baru, kedai baru di sesebuah kawasan, atau memberitahu jualan murah kepada pengguna di sesebuah kawasan. • Mengandungi jenis atau keistimewaan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan serta syarat-syarat untuk mendapatkannya.
e. katalog • Katalog adalah buku kecil yang mengandungi gambar berwarna-warni dan maklumat lengkap tentang barang-barang yang diiklankan. • Hanya diberi kepada bakal pelanggan sahaja, sebab katalog yang dicetak berwarna-warni adalah mahal kosnya. • Digunakan untuk mengiklankan barang-barang seperti motorkar, televisyen, mesin basuh dan sebagainya. • Biasanya harga tidak dinyatakan.
F. Poster dansepanduk • Meliputi kepingan kertas cetakan atau tulisan pada kain, kepingan papan dan logam yang ditampal pada dinding bangunan, kenderaan, tiang dan lain-lain. • Mengandungi gambar atau ilustrasi yang menarik, tulisan yang besar, tepat dan ringkas. • Sesuai untuk mempromosikan aktiviti semasa seperti pameran, jualan murah dan pertunjukan.
g. Kalendardandiari • Adalah pemberian percuma kepada pelanggan tetap sesebuah perniagaan • Selalunya dicetak dengan nama perniagaan serta gambar dan perkhidmatan yang ditawarkan.
h. Halamankuning(yellow pages) • Halaman kuning ialah helaian-helaian kuning yang didapati dalam buku panduan telefon yang diberikan secara percuma kepada setiap pelanggan. • Mengandungi iklan-iklan perniagaan yang disusun mengikut susunan abjad. • Maklumat ringkas seperti nama perniagaan, alamat, nombor telefon, faksimili akan disertakan untuk memudahkan orang ramai menghubungi pengiklan
i. Kadperniagaan • Merupakan kad yang dicetak nama dan alamat perniagaan • Kad perniagaan juga menyatakan jenis perniagaan, barangan, dan perkhidmatan yang ditawarkan