320 likes | 1.1k Views
Ekosistem. Nama: Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p Subramaniam (94797). OBJEKTIF. Mata Pelajaran: Geografi Tingkatan: 4 Mulia Masa: 11.00 – 11.50 a.m. Tarikh: 15 Sept 2008. Objektif Am: Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. Objektif Khas:
E N D
Ekosistem Nama: Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p Subramaniam (94797)
OBJEKTIF Mata Pelajaran: Geografi Tingkatan: 4 Mulia Masa: 11.00 – 11.50 a.m. Tarikh: 15 Sept 2008 • Objektif Am: • Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan tropika. • Objektif Khas: • Pelajar dapat mentakrifkan konsep ekosistem hutan. • Pelajar dapat menerangkan ekosistem hutan hujan tropika. • Pelajar dapat membina rantaian makanan dan siratan • makanan dalam ekosistem hutan hujan tropika.
Isi Kandungan 1.0Konsep Ekosistem 2.0 Komponen-komponen Ekosistem 3.0 Ekosistem Hutan Hujan Tropika 4.0 Rantaian dan Siratan Makanan 5.0 Keseimbangan Ekosistem 6.0 Kesimpulan 7.0 Kuiz Tayangan Video
Konsep Ekosistem • Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling kaitan antara benda hidup dengan persekitarannya. • Ekosistem merupakan unit yang dikaji oleh ahli-ahli ekologi. • Bumi kita boleh dianggap sebagai satu ekosistem yang besar.
Konsep Ekosistem • Ekosistem ialah suatu sistem di mana dua komponen, iaitu komponen biotik dan komponen abiotik saling bertindak balas. • Kajian ekosistem berkaitan dengan pola interaksi antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam sesuatu kawasan atau unit ruang.
Komponen Biotik • Biotik merupakan komponen-komponen organisma yang hidup. • Komponen-komponen yang hidup ini terdiri daripada semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia, termasuk haiwan seni. Contoh
Komponen Abiotik • Abiotik merupakan komponen-komponen persekitaran fizikal. • Komponen-komponen persekitaran ini terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan tanah. Contoh
Komponen Biotik Manusia Haiwan Tumbuhan
Ekosistem Hutan Hujan Tropika • Komponen Biotik dalam • Hutan Hujan Tropika • tumbuh-tumbuhan berbunga • burung • manusia • ular • serangga • pelbagai jenis haiwan • Komponen Abiotik dalam • Hutan Hujan Tropika • unsur-unsur iklim • tanah-tanih • mineral
Di dalam sebuah hutan hujan tropika, tumbuh-tumbuhan adalah pengeluar. Contoh: pokok tualang, meranti, cengal, bunga-bungaan hutan, pokok renek, dan pokok yang memanjat seperti rotan yang sentiasa bersaing untuk mendapat punca tenaga iaitu cahaya matahari. • Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu akan menjadi sasaran kepada pengguna primer seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan banyak lagi. • Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.
Seterusnya, pengguna primer akan menjadi mangsa kepada pengguna sekunder. • Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan seperti ular, harimau, dan burung helang. • Seterusnya, agen pengurai atau pereput berperanan dalam mengurai dedaun dan haiwan yang telah mati. Agennya seperti semut, anai-anai, kulat, dan bakteria. • Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon dan nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.
Setiap tahap memerlukan tenaga. Contohnya dalam ekosistem hutan tenaga diperolehi daripada matahari. • Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah, matahari, dan nutrien akan digunakan oleh pengeluar dalam proses fotosintesis.
Rantaian Makanan • Merupakan kaedah pemakanan komponen hidup yang berperingkat-peringkat. • Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian makanan. Contoh
Siratan Makanan • Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain. • Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis ini dikenali sebagai siratan makanan. Contoh
Keseimbangan Ekosistem • Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud dalam keadaan yang seimbang. • Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana satu komponen, komponen-komponen lain dalam sistem itu akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.
Keseimbangan Ekosistem • Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar sebagai penggunanya. • Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan masing-masing. • Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula jadi.
Kesimpulan • Pada akhir pelajaran ini, pelajar haruslah memahami : • konsep ekosistem • komponen-komponen biotik dan abiotik • ekosistem hutan hujan tropika • rantaian dan siratan makanan • keseimbangan ekosistem
Kuiz 1 • Komponen abiotik ialah komponen yang terdiri daripada benda bukan hidup.B S • Burung, singa, dan ular merupakan pengguna primer dalam ekosistem.B S • Cahaya matahari merupakan sumber tenaga asas kepada sesuatu rantaian makanan.B S
Kuiz 2 • Sebutkan dua komponen yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. i) Biotik ii) Abiotik • Berikan 2 contoh agen pengurai yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. i) Bakteria ii) Kulat • Apakah yang terdapat dalam peringkat terbawah piramid makanan? Tumbuh-tumbuhan