1 / 55

 Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

بيجق صلاة. BIJAK SOLAT. Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008. Siri 1.  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat

soo
Download Presentation

 Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. بيجق صلاة BIJAK SOLAT Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008 Siri 1 •  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat • Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat • Tempat Larangan Mengerjakan Solat • Syarat Sah Solat • Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat • Rukun-rukun Solat • Perkara yang membatalkan Solat

  2. بيجق صلاة BIJAK SOLAT SabdaRasulullah saw..

  3. بيجق صلاة Sketsa BIJAK SOLAT "Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)

  4. بيجق صلاة TAKRIF SOLAT BIJAK SOLAT Dalam bahasa Arab, solat digunakan dengan makna BERDOA untuk kebaikan. Firman Allah SWT: “Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.” (Surah at-Taubah : 103) Istilah Fuqaha’ : Ia adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna – Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat.

  5. بيجق صلاة SEJARAH SOLAT BIJAK SOLAT Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. SUBUH : Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

  6. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ZOHOR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

  7. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ASAR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua : Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga : Kelam dengan malam. Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

  8. MAGHRIB : • Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya • bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT • semata-mata, tiada dua atau tiganya. بيجق صلاة BIJAK SOLAT

  9. بيجق صلاة BIJAK SOLAT ISYAK : • Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. • Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya. • Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya • Nabi Harun. • Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun. • Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

  10. بيجق صلاة HIKMAH SOLAT BIJAK SOLAT Mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah. Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solatnya untuk bertaubat kepada Allah daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Solat akan menjadi makanan / pengisian yang berterusan kepada aqidah keyakinan kepada Allah di dalam hati. SabdaRasulullah saw.. “Maka yang demikian itu (iaitu mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir) umpama solat lima waktu. Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.”

  11. بيجق صلاة Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?” Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.” BIJAK SOLAT BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

  12. بيجق صلاة BALASAN MENINGGALKAN SOLAT BIJAK SOLAT Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.” Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

  13. بيجق صلاة BALASAN MENINGGALKAN SOLAT BIJAK SOLAT • Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : • Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. • Maka inilah balasannya.

  14. بيجق صلاة TEMPAT LARANGAN BERSOLAT BIJAK SOLAT SabdaRasulullah saw.. “Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku… (salah satu antara lima itu) … dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci. Maka di mana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim) KLIK

  15. بيجق صلاة TEMPAT LARANGAN BERSOLAT BIJAK SOLAT Tempat pembuangan najis atau tempat najis. Tempat penyembelihan binatang – bagi mengelakkan najis binatang. Kawasan perkuburan – bagi mengelakkan najis dan menghadap kubur. Di tengah-tengah jalanraya kerana hati akan sentiasa Sibukkan orang dan kenderaan yang lalu-lalang. Bilik air, kerana ia tempat perlindungan syaitan. Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuat akan mengganggu solat. Di atas Kaabah.

  16. بيجق صلاة SYARAT SAH SOLAT BIJAK SOLAT Beragama Islam. Baligh. Suci daripada hadas. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat. Menutup aurat. Aurat bagi wanita, seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan. Menghadap ke arah kiblat.

  17. بيجق صلاة CONTOH PAKAIAN UNTUK BERSOLAT BIJAK SOLAT

  18. RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI’I Niat. 1 Takbiratul Ihram. 2 Berdiri tegak bagi yang mampu ketika solat fardhu. Manakala bagi yang tidak mampu, disebabkan sakit & sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat. 3 Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. 4 Rukuk dengan tomakninah. 5 6 I’tidal dengan tomakninah. Sujud dua kali dengan tomakninah. 7 8 Duduk antara dua sujud dengan tomakninah. 9 Duduk tasyahud akhir dengan tomakninah. Membaca tasyahud akhir. 10 Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir. 11 Membaca salam yang pertama. 12 13 Tertib. Ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

  19. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 1 Jika salah satu rukunnya tidak dikerjakan / sengaja ditinggalkan. Berlaku hadas kecil dan hadas besar. 2 Terkena najis secara langsung yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian / tempat solat. 3 Berkata-kata dengan percakapan luar solat dengan 2 perkataan yang boleh difahami. 4 Terbuka auratnya dengan sengaja. 5 Makan dan minum walaupun hanya sedikit. 6 Mengubah niat ketika sedang bersolat. 7 8 Bergerak besar berturut-turut sebanyak 3 kali seperti melangkah / berjalan. 9 Membelakangi kiblat. Menambah rukun. 10 Tertawa terbahak-bahak. Senyum tidak membatalkan solat. 11 Mendahului imamnya. 12 13 Murtad.

  20. بيجق صلاة BIJAK SOLAT

  21. بيجق صلاة BIJAK SOLAT Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008  Perkara-perkara sunat dalam Solat  Bacaan-bacaan dalam solat Siri 2

  22. بيجق صلاة 1) BERDIRI MENGHADAP KIBLAT BIJAK SOLAT Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar daripada Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan seegala apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah : 149)

  23. بيجق صلاة Firman Allah SWT : Maksudnya : Dan berdirilah untuk Allah SWT dalam keadaan beribadah. (Surah al-Baqarah : 238) 2) BERDIRI TEGAK BIJAK SOLAT Falsafah Berdiri Tegak Suatu simbolik seseorang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Allah Tuhan Sekalian Alam, Yang Maha Mendengar apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan oleh hamba-hambaNya. Tidak syak lagi sesiapa yang melakukannya 5 kali sehari pastinya aka meninggalkan kesan terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah SWT. Yang Maha Melihat dan mengawasinya.

  24. بيجق صلاة Pandangan ulama berkaitan jarak di antara kedua-dua kaki. BIJAK SOLAT Mazhab Hanafi Mazhab Syafi’i Kadar 4 jari tangan Kadar sejengkal Cara yang SALAH Maliki & Hanbali : Kadarnya adalah sederhana menurut ‘uruf – tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.

  25. بيجق صلاة BIJAK SOLAT Jarak kaki ketika solat berjamaah BETUL Kaki jemaah bersentuhan SALAH Kaki jemaah tidak bersentuhan “Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku.” (Riwayat al-Bukhari)

  26. بيجق صلاة 3) NIAT BIJAK SOLAT Firman Allah SWT : Maksudnya : Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Surah al-Bayyinah : 5) Niat ialah suatu keazaman dalam hati untuk melaksanakan solat dengan ikhlas, yang merupakan arahan Allah SWT. Ia merupakan syarat sah solat menurut Hanafi dan Maliki, manakala Syafi’i menganggap ia adalah rukun solat.

  27. 4) TAKBIRATUL IHRAM

  28. بيجق صلاة Tiga cara mengangkat tangan BIJAK SOLAT Maksud hadis Nabi saw : “Nabi saw tatkala mengangkatnya, Baginda menegakkan jari-jarinya dan tidak membuka (luas) dan tidak pula menggenggam.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim) Ibu jari paras bawah telinga Paras bahu Di telinga Takbiratul Ihram (takbir permulaan) ini perlu disebut secara ‘jahar’ (lantang). Solat tidak akan sah dan diterima tanpa lafaz takbir ini. Sesiapa yang terleka, terlupa, sengaja / tidak untuk melafazkan takbir ini, wajib baginya mengulangi solat.

  29. بيجق صلاة BIJAK SOLAT Dalil Takbiratul Ihram Maksud Hadis Rasulullah saw : “Sesungguhnya tidak sempurna solat seseorang antara manusia sehinggalah ia berwudhuk dan menyempurnakan anggota-anggota wudhuknya, kemudian (dipermulaan solat) ia mengucapkan Allah Akbar.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani) Falsafah Takbiratul Ihram Suatu penyerahan diri kepada Allah SWT. Ia juga tanda permulaan solat dan merupakan simbolik kepada kehidupan manusia di alam sementara ini, yang mesti dimulakan dengan zikrullah dan membesarkan Allah SWT.

  30. 5) MENDAKAP TANGAN KETIKA BERDIRI Para ulama telah bersepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanyalah sunat sahaja menurut beberapa mazhab.

  31. Cara berdakap tangan Berdakap tangan dan meletakkan di atas dada. Berdakap tangan dan meletakkan di antara dada dan pusat. Ia adalah pandangan mazhab Syafi’i. Berdakap tangan dan meletakkan di sebelah bawah daripada pusat. Hadis yang terdapat dalam bentuk ini adalah daif menurut Imam Abu Daud dan lain-lain. Ia adalah pilihan mazhab Hanafi dan Hanbali. Bagai manapun mazhab Hanbali mempunyai lebih daripada satu pandangan.

  32. 6) MEMBACA DOA IFTITAH "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."

  33. بيجق صلاة Membaca Doa Iftitah BIJAK SOLAT Hukum : SUNAT (menurut majoriti mazhab) Doa Iftitah perlu dibaca secara perlahan menurut pandangan keseluruhan ulama. Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah menguatkan bacaannya bagi mengajar orang ramai.

  34. 7) MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Dalil Maksud Hadis Rasulullah saw : “Tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Barangsiapa yang sengaja meninggalkannya – BATAL solatnya. Barangsiapa yang terlupa membacanya dan teringat sebelum sampai ke rakaat selepas itu, WAJIB untuknya mengulangi berdiri dan membaca Al-Fatihah. Sekiranya sudah memasuki rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah ia menambah satu rakaat lain.

  35. Menyebut “Amin” di akhir Al-Fatihah Lafaz “amin” beerti “perkenankanlah” di SUNAT kan untuk para makmum mengucapkannya bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah : Maksudnya; “Apabila imam mengucapkan lafaz “amin”, para Malaikat turut mengucapkannya, maka hendaklah kamu semua (makmum) mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya barangsiapa yang lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jika imam lupa menyebut “amin”, para makmum bolehlah menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkataan yang sunat.

  36. Firman Allah SWT maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah : 43) 8) RUKUK "Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

  37. Mengangkat tangan sebelum dan ketika bangun daripada rukuk Menurut majoriti ulama’ (iaitu Imam Syafi’i, Ahmad dan majoriti ahli hadis) yang berpegang kepada hadis-hadis lain, mereka mengatakan SUNAT mengangkat tangan di tempat-tempat berikut : KETIKA TAKBIRATUL IHRAM : Ia berdasarkan perbuatan Nabi saw yang diriwayatkan oleh 50 orang sahabat. Antara mereka ialah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Nabi saw. KETIKA INGIN RUKUK DAN APABILA BANGKIT DARIPADA RUKUK: Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Apabila Nabi saw hendak memulakan solatnya, Baginda mengangkat tangannya ke paras bahu, tatkala mengucap takbir untuk rukuk, dan tatkala ingin mengangkat kepalanya daripada rukuk juga Baginda berbuat demikian. Dan membaca : Allah swt Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya. Baginda tidak berbuat demikian tatkala sujud.” (Riwayat al-Bukhari) KETIKA BANGKIT DARIPADA TASYAHUD AWAL Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Dan Nabi saw juga apabila bangun daripada 2 rakaat (daripada tasyahud awal) Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya.” (Riwayat al-Bukhari)

  38. Tomakninah(طمأنينة) atau bertenang sebentar ketika rukuk Menjadi kewajipan menurut majoriti mazhab untuk seseorang yang rukuk supaya berhenti sekejap dalam keadaan rukuknya, paling minima ialah dengan kadar satu tasbih, sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi saw. Maksudnya : “Kemudian hendaklah kamu rukuk dan berhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta tomakninah).” – Riwayat al-Bukhari Kedudukan jari Jari-jari hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggangkan. Ia menjadi pegangan bagi keempat-empat mazhab berdasarkan hadis : Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan) jari-jarinya, dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya.”– Riwayat Abu Daud, al-Hakim, al-Baihaqi dan al-Dar Qutni Cara meletakkan tangan yang BETUL Cara meletakkan tangan yang SALAH

  39. Kedudukan Belakang Badan & Kepala “Dan apabila Nabi saw rukuk, baginda menempatkan tangannya di lututnya dan tunduk meluruskan belakangnya.” – Riwayat al-Bukhari “Sesungguhnya Nabi saw tidak menundukkan atau mendongak kepala tetapi bersederhana antara kedua-dua posisi tadi.”– Riwayat Muslim 1 2 Dua keadaan belakang yang SALAH ketika rukuk.

  40. Dua keadaan belakang dan tangan yang BETUL ketika rukuk.

  41. 9) IKTIDAL Bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua-dua tangan hingga sampai ke bahu atau telinga dengan jari-jari terbuka sedikit seperti ketika Takbiratul Ihram lalu membaca : Terdapat juga nas yang menunjukkan bacaan tambahan pendek berikut juga amat digalakkan kerana Nabi menyebut bahawa tatkala seorang sahabat membacanya, Baginda melihat sekitar 30 lebih malaikat berlumba-lumba untuk mencatatnya : “Wahai Tuhan kami, dan kepadaMu segala pujian, pujian yang amat terpuji, baik lagi dipenuhi berkat.” رَبّنَا وَلَكَ الحَمدُ حَمدًا طَيبًا مُبَارَكًا فِيهِ

  42. 10) SUJUD Sebelum turun untuk sujud, kita dikehendaki mengucapkan takbir Intiqal : ALLAHU AKBAR sambil terus sujud, tanpa perlu mengangkat kedua belah tangan menurut jumhur mazhab. "Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

  43. Tujuh Anggota Sujud Kedua-dua belah lutut Dahi Hujung jari kaki Kedua-dua tapak tangan Maksud hadis : “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud : Di atas dahi – dan Nabi saw menunjukkan ke arah dahinya dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

  44. Kedudukan Hujung Jari Kaki yang BETUL Adakah solat akan terbatal jika kedudukan jari kaki tidak dibengkokkan? Hanafi, Syafi’i (menurut al-Nawawi) & Hanbali : Solat boleh TERBATAL kerana ia anggota wajib. Maliki : TIDAK BATAL kerana anggota sujud yang wajib hanyalah dahi. Pandangan terpilih dan lebih selamat ialah menjaga kedudukan jari kaki agar dibengkokkan sebagaimana dalam gambar. Keluar daripada khilaf dan melakukan yang terbaik untuk menuruti sunnah Nabi saw adalah lebih elok.

  45. Kedudukan Hujung Jari Kaki yang SALAH

  46. Kedudukan Hujung Jari Kaki yang SALAH

  47. Kedudukan Tangan Ketika Sujud Kedudukan tangan Nabi saw ketika sujud ialah : NABI SAW MERENGGANGKAN LENGAN DARIPADA TUBUH. Ia disebut dalam hadis : “Sesungguhnya Nabi saw merenggangkan kedua-dua belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda saw.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim) Hikmah merenggangkan tangan dan tubuh semasa sujud adalah lebih dekat dengan perasaan rendah diri, lebih mampu untuk menekankan dahi ke bumi, dan memperbezakan daripada gambaran malas. MENGANGKAT SIKU Nabi saw juga mengangkat siku daripada tanah sebagaimana hadis : “Apabila sujud, letakkanlah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu.” (Riwayat Muslim & Ahmad) MERAPATKAN JARI-JARI “Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, Nabi membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud, Nabi merapatkan jari-jarinya.” (Riwayat Muslim & Ahmad)

  48. Kedudukan Tangan Ketika Sujud bagi Wanita Menurut mazhab Syafi’i – solat wanita mempunyai perbezaan sedikit ketika sujud dan rukuk. Antaranya adalah dengan tidak merenggangkan lengannya daripada rusuknya sebagaimana lelaki. Hasilnya, Syafi’i berijtihad agar dibezakan sedikit cara rukuk dan sujud wanita agar tidak merenggangkan tangan mereka daripada rusuk kerana bimbang tindakan itu akan menyebabkan aurat wanita terdedah.

  49. بيجق صلاة Sujud dan Faedah Perubatan BIJAK SOLAT Menurut Dr Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah seperti di bawah • Melegakan sistem pernafasan. • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. • Bernafas ketika sujud akan : • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. • Melegakan sakit hernia. • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan. • Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa). • Memberi dorongan untuk mudah tidur. • Mengurangkan kegemukan. • Otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. • Kesan psikologi – merasa rendah diri di hadapan Pencipta. Sifat sombong, riak dan takabbur dapat dikikiskan.

  50. 11) DUDUK ANTARA 2 SUJUD Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk “Iftirasy” kerana tapak kaki yang KIRI diduduki dan menjadi alas (firasy). Tapak kaki KANAN ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh). Tiada perbezaan antara duduk wanita dan lelaki. KEDUDUKAN TANGAN Kedua-dua tapak tangan berada di atas peha dan Nabi saw juga meletakkan sikunya di atas pehanya sambil hujung jari-jarinya memegang hujung bahagian lutut seolah-olah menggenggamnya.

More Related