270 likes | 2.56k Views
SENI VISUAL STPM. KERTAS 1. CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN. Oleh : Azmir Shafizi Tukiran SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor. BAHAGIAN A (SOALAN STRUKTUR). A1. SOALAN. A2. SOALAN. A1. SOALAN. Nyatakan tiga bidang yang terdapat dalam pengkaryaan seni halus.
E N D
SENI VISUAL STPM KERTAS 1 CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN Oleh : AzmirShafiziTukiran SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.
BAHAGIAN A(SOALAN STRUKTUR) A1 SOALAN A2 SOALAN
A1 SOALAN Nyatakan tiga bidang yang terdapat dalam pengkaryaan seni halus. (i).......................................................... (ii)......................................................... (iii)........................................................ [3] Jawapan
A2 SOALAN Jelaskan secara ringkas tentang maksud seni visual. ………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………….…………………… [5] Jawapan
A1 JAWAPAN (i) Lukisan (ii) Catan (iii) Arca Kembali
A2 JAWAPAN Seni visual merupakan satu bidang ilmu atau kemahiran yang menghasilkan, mencipta dan menggubahkan sesuatu yang boleh dinikmati melalui deria mata serta yang dianggap cantik dan indah. Ia boleh dibahagikan kepada pengkaryaan (seni halus) dan perekaan (komunikasi visual, senireka teknologi dan senireka persekitaran). Contohnya, lukisan, catan, arca, poster, landskap dan sebagainya adalah seni visual. Kembali
BAHAGIAN B(SOALAN ESEI) B1 SOALAN B2 SOALAN
B1 SOALAN Penggunaan media konvensional mempunyai batasan tertentu bagi menghasilkan perekaaan grafik berbanding dengan media elektronik. Bincangkan. Jawapan
B2 SOALAN Terdapat hubungan timbal balik antara idea dengan teknologi dalam perkembangan dan penghasilan karya Seni Visual. Huraikan pernyataan ini dengan memberikan 3 contoh. Jawapan
B1 JAWAPAN Pendahuluan: -komponen perekaan grafik -maksud media konvensional(m.k) -maksug media elektronik (m.e) Isi: 1. batasan masa - guna m.k makan masa lebih lama. 2. batasan kos - kos m.k lebih mahal dalam j.masa lama. 3. batasan teknik dan skil - m.k perlukan kemahiran melukis dan mewarna yang tinggi. (untuk setiap isi, pelajar beri huraian dan contoh) Penutup: m.e telah beri impak baru dalam industri kreatif. Kembali
B2 JAWAPAN Penghasilan karya Seni Visual dapat dibahagikan kepada pengkaryaan dan perekaaan. Pengkaryaan seperti penghasilan catan, arca dan cetakan berkait rapat dengan nilai makna manakala perekaan, contohnya Seni Grafik atau Reka Bentuk Teknologi amat mementingkan nilai fungsi. Idea merupakan faktor penting dalam penghasilan karya seni. Idea kreatif berperanan menterjemahkan maksud dan fungsi karya seni. Idea juga bukanlah milik mutlak seseorang pengkarya. Idea seseorang pengkarya boleh pula diperkembangkan lagi oleh pengkarya atau pereka yang lain supaya penghasilan kerja seni akan lebih pelbagai dan lebih kreatif. sambungan
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dan penghasilan pengkaryaan atau perekaan Seni Visual kini mempunyai hubungan timbal balik dengan dunia teknologi. Daripada proses penjanaan idea lagi, teknologi dapat memainkan peranan yang penting. Contohnya, seseorang pengkarya yang ingin menghasilkan sebuah catan, Teknologi Maklumat atau internet mmembolehkan pengkarya melihat idea-idea atau pengaruh karya artis-artis yang terdahulu. Beliau boleh mempelajari gaya atau stail yang dapat menterjemahkan ekspresi diri dan idea yang ingin disampaikan. Melalui internet juga, mengkaji hal benda atau 'subject matter' menjadi lebih efisien. Bagi seseorang pereka, misalnya seorang pereka tekstil yang ingin menghasilkan rekaan bermotifkan bunga orkid; beliau tidak perlu lagi menghabiskan masa dan wang ringgit untuk ke Taman Orkid atau masuk ke dalam hutan untuk mencari jenis-jenis orkid yang unik dan luar biasa. Pereka tersebut hanya perlu mengadap komputer dan pelbagai gambar orkid dari pelbagai sudut dapat disaksikan. Dari situ, pereka dapat membuat lakaran-lakaran kajian bagi mendapatkan idea untuk motif rekaan yang dikehendaki. sambungan
Bagi seorang pereka grafik pula, idea rekaan dapat pula diterjemahkan dengan menggunakan perisian komputer grafik. Menghasilkan risalah atau kulit buku dan majalah menggunakan perisian komputer menjadikan kerja-kerja grafik lebih mudah, cepat dan kemas. Teknologi juga membolehkan seseorang artis seni visual menghasilkan ciptaan lukisan maya benda-benda yang tidak pernah wujud di dunia. Contohnya, filem animasi seperti Avatar memerlukan idea yang hebat dengan skil melukis yang hebat juga bagi mewujudkan kesan visual yang realistik. Kerja-kerja melukis untuk filem animasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi perisisan komputer dan teknologi maklumat. Justeru, sama ada pengkarya atau pereka Seni Visual sepatutnya dapat memanfaatkan teknologi terkini bagi menghasilkan idea-idea kreatif yang hebat dan dapat menyuntik fungsi penghasilan seni ke dalam masyarakat. Kembali
Sekian, Terima Kasih.. Semoga berjaya dengan cemerlang