401 likes | 1.11k Views
Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan. Kontroversi pertumbuhan. Pada asalnya pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai objektif utama bagi setiap masyarakat. Negara maju mula mengubah pandangan ini Mereka memberi lebih penekanan kepada kualiti kehidupan.
E N D
Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan. Kontroversi pertumbuhan. • Pada asalnya pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai objektif utama bagi setiap masyarakat. • Negara maju mula mengubah pandangan ini • Mereka memberi lebih penekanan kepada kualiti kehidupan.
Oleh itu timbulah pergerakan-pergerakan pencinta alam • Mereka ini memberi peringatan berkenaan kesan-kesan buruk dari pertumbuhan perindustrian yang tidak dikawal. • Contohnya pencemaran udara dan air; susutnya sumber-sumber asli serta kemusnahan keajaiban alam.
Negara-negara miskin dan membangun masih membahaskan pilihan antara pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan pendapatan • Tidak dinafikan bahawa pembangunan memerlukan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. • Isu asas disini adalah siapakah yang terlibat dalam mencipta pertumbuhan yang tinggi itu.
Sama ada ia melibatkan segelintir rakyat sahaja • Atau ia dicapai melalui penyertaan sebilangan besar rakyat. • Bila hanya segelintir yang terlibat, akan didapati keadaan di mana ekonomi tumbuh dengan pesat tetapi keadaan kemiskinan mutlak masih tidak dapat dikurangkan. • Telah diakui bahawa pengagihan pendapatan menjadi semakin tidak samarata dari tahun ke setahun.
The Growth Controversy: Five Critical Questions • What is the extent of relative inequality, and how is this related to the extent of poverty? • Who are the poor? • Who benefits from economic growth?
Does rapid growth necessarily cause greater income inequality? • What policies can reduce poverty?
Konsep-konsep asas. Saiz pengagihan • saiz pengagihan pendapatan (persendirian atau isirumah) merupakan pengukuran yang paling lazim digunakan oleh ahli ekonomi. • Kelemahan pengukuran ini adalah kerana ia tidak membezakan cara bagaimana pendapatan itu diperolehi .
Setelah mendapat maklumat mengenai jumlah pendapatan ini, ahli ekonomi atau statistik akan menyusun individu ini mengikut pendapatan menaik. • Kaedah biasa adalah membahagikan keseluruhan populasi kepada 10 kumpulan (deciles) atau membahagikan kepada lima kumpulan (quintles). • Jadual 5.1 menunjukkan 20 individu disusun mengikut pendapatan menaik, i.e dari yang paling miskin kepada yang paling kaya.
Dalam column 3, penduduk dikumpulkan kepada 5 kumpulan (quintiles). • Quintiles pertama mewakilli 20% penduduk paling miskin, • Didapati kumpulan ini menerima 5% daripada pendapatan negara.
Quintiles ke 2 menerima 9% daripada jumlah pendapatan negara. • Juga dapat dinyatakan 40% penduduk termiskin hanya menerima 14% daripada jumlah pendapatan negara. • Dan 20% penduduk terkaya didapati menguasai 51% daripada jumlah pendapatan negara.
Keadaan ketidakadilan pengagihan pendapatan dapat dilihat melalui nisbah antara pendapatan 20% rakyat terkaya dengan pendapatan 40% rakyat temiskin. • Nisbah ini juga dipanggil nisbah Kuznets. • Bagi contoh kita nisbah ini adalah; 51% / 14% = 3.64
Keluk Lorenz • Rajah 6.1 menunjukkan keluk Lorenz. • Paksi datar mengukur bilangan penerima pendapatan iaitu dalam bentuk bertambah. • Paksi tegak mengukur peratus pendapatan yang diterima oleh penduduk tersebut, juga dikira dalam peratus bertambah.
Kedua-dua paksi ini sama panjang iaitu dari 0% hingga 100%. • Kemudian rajah ini dilengkapkan sehingga menjadi segi empat sama. • Satu garis pepenjuru dilukis dari origin ke penjuru atas kanan. • Setiap titik diatas garis ini menunjukkan % pendapatan diterima adalah sama dengan % penduduk.
Contohnya titik tengah garis ini , menunjukkan 50% penduduk menerima 50% daripada pendapatan negara. • Garis ini dipanggil garis kesamaan. • Keluk Lorenz pula menunjukkan hubungan sebenar antara % pendapatan dengan % penduduk
Titik A menunjukkan 10% penduduk hanya menerima 1.8% pendapatan. • Di titik B, menunjukkan 20% penduduk menerima 5% pendapatan, begitulah seterusnya. • Keluk Lorenz ini menunjukkan 50% penduduk menerima 19.8% pendapatan negara.
Semakin jauh Keluk Lorenz dari garis kesamaan, lebih buruk keadaan ketaksamaan taburan pendapatan. • Keadaan paling buruk ditemui bila seorang individu sahaja mendapat kesemua 100% pendapatan, sementara orang lain tidak mendapat sebarang pendapatan. • Keluk Lorenz akan melalui paksi datar dan paksi tegak di sebelah kiri.
Oleh kerana kedua-dua keadaan ekstrem ini (paling baik- garis kesamaan, dan paling buruk tidak dijumpai dalam keadaan sebenar), Keluk Lorenz akan berada di bawah garis kesamaan . • Semakin jauh Keluk Lorenz dari garis kesamaan, lebih buruk keadaan taburan pendapatan (contoh rajah 5.2)
Bila keadaan taburan pendapatan diperbaiki, keluk Lorenz akan bergerak ke atas, seperti di rajah 5.3. • Tetapi bila keluk Lorenz beralih seperti di rajah 5.4, sukar ditentukan sama ada keadaan taburan pendapatan bertambah baik atau sebaliknya
Oleh itu Keluk Lorenz tidak dapat menunjukkan perbezaan-perbezaan taburan pendapatan dengan jelas, jadi diperkenalkan keofisien Gini.
Negara-negara dengan kadar ketaksamaan taburan pendapatan yang teruk akan menunjukkan keofisien Gini antara 0.5 ke 0.7. • Negara-negara dengan kadar ketaksamaan taburan pendapatan yang baik akan menunjukkan keofisien Gini antara 0.2 ke 0.35. • Contoh kita menujukkan koefisien Gini = 6.3, iaitu taburan yang kurang adil.
Pengagaihan mengikut fungsi. • Pengukuran ini cuba menerangkan pembahagian pendapatan yang diterima oleh setiap fungsi pengeluaran, seperti tanah, buruh dan modal. • Tetapi pengagihan fungsi tidak membezakan antara individu.
Yang dilihat adalah bahagian pendapatan yang diterima oleh buruh secara keseluruhannya. • Pendapatan buruh adalah upah, tanah mendapat sewa sementara modal mendapat keuntungan. • Teori ini tidak mengambil kira keadaan di mana seorang individu menerima pendapatan daripada ketiga-tiga komponen ini.
Keluk penawaran dan permintaan digunakan dalam teori ini. • Keluk penawaran dan permintaan diandaikan dapat menunjukkan harga seunit faktor pengeluaran itu. • Oleh itu harga seunit X kuantiti diguna akan memberikan jumlah bayaran kepada faktor itu.
Contohnya penawaran dan permintaan buruh diandaikan akan ditentukan oleh kadar upah pasaran. • Bila upah ini didarab dengan jumlah gunatenaga, akan didapati jumlah pembayaran upah, yang dipanggil total wage bill. • Rajah 5.7 menunjukkan teori ini.
Bagi pasaran yang bersaing, permintaan untuk buruh akan ditentukan oleh keluaran marginal buruh itu. • Dan mengikut hukum pulangan semakin berkurang, permintaan buruh akan berkurang bila semakin ramai buruh digunakan. • Oleh itu didapati keluk permintaan buruh yang cerun ke bawah (kecerunan negatif), DL.
Keluk penawaran buruh mengikut teori neoklasikal adalah berkecerunan positif, DS. • Dalam keseimbangan, kadar upah adalah WE dan gunatenaga adalah di LE. • Jumlah output akan menunjukkan pendapatan negara (ORELE). • Yang akan dibahagikan diantara pemilik modal dan pemilik buruh.
Buruh akan mendapat OWEELE. • Modal akan mendapat WERE. • Teori ini hanya mengambil kira keadaan di pasaran, • dan gagal mengambil kira pengaruh penting yang dimainkan oleh faktor luar pasaran,
seperti • pengaruh kesatuan sekerja (collective bargaining), • monopoli • dan tuan tanah yang kaya, yang dapat mempengaruhi harga sumber-sumber di pasaran.