180 likes | 752 Views
BAB 5. KERAJAAN ISLAM DI MADINAH. BERIKAN ISI KERAJAAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah
E N D
BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BERIKAN ISI KERAJAAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA • Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam • Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w • Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah • Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam • Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam • Sedia mempertahankan Islam
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DAN ORANG-ORANG ISLAM BERHIJRAH KE MADINAH • Perintah Allah menerusi wahyu • Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam • Mengatasi ancaman orang Aus dan Khazraj • Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj • Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah • Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam • Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan
BERIKAN HUJAH-HUJAH BAGI MENYANGKAL PANDANGAN ORIENTALIS BARAT YANG MENTAFSIR HIJRAH ADALAH SUATU PELARIAN • Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah • Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah • Orang Islam diberikan tempat tinggal • Dijamin keselamatan • Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah
PADA PENDAPAT ANDA, MENGAPAKAH PENGHIJRAHAN YANG BERLAKU HARI INI BERBEZA DARIPADA PENGHIJRAHAN ORANG ISLAM DARI MEKAH KE MADINAH? • Penghijrahan berlaku akibat peperangan • Mereka dianggap pelarian • Kehadiran mereka tidak diundang • Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W MEMILIH MADINAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENERUSKAN PENYEBARAN ISLAM? • Wahyu - Perintah Allah menerusi wahyu • Ancaman - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam • Aman - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah • Jemput - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj • Terima - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah • Taat - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w • Sanggup - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam • Jamin - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan • Bantuan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah • Kerajaan - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
HIJRAH MEMPUNYAI NILAI YANG SANGAT PENTING KEPADA PENINGKATAN TAMADUN MASYARAKAT ARAB PADA MASA ITU DAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA INI • Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka • Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam • Persaudaraan – Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam dan orang Islam Madinah • Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama • Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah • Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi • Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian • Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam • Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah • Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam • Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang • Pengorbanan - Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wqnita dalam perjuangan Islam • Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.aw mengatur strategi perjuangan • Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam • Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah
NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM PIAGAM MADINAH POLITIK • Pemimpin - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah • Hakim - Baginda adalah hakim • Pertahan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar • Undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh • Amal - Peraturan kabilah yang selari denganIslam boleh diamalkan EKONOMI • Sama - Peluang ekonomi yang sama rata • Kerjasama - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan negara • Riba - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan • SOSIAL • Ummah - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah • Musuh - Masyarakat Madinah tidak boleh bernusuhan sesama sendiri • Bebas - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka • Jamin - Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH POLITIK • Panduan - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam • Kaedah - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan • Allah - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi • Terima - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat • Ikut - Satu perundangan yang boleh diikuti oleh kesemua masyarakat • Praktik - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum • Lengkap - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat EKONOMI • Larang - Melarang amalan riba, rasuah, penipuan, dan penindasan • Galak - Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah • Masalah - Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi • Telus - Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan • Meningkat - Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat SOSIAL • Satu - Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman • Adil - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat • Susun - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik • Hak - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan • Kuat - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani
NYATAKAN KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN UMAT ISLAM BERPERANG • Dengan keizinan Allah • Apabila diserang oleh musuh • Untuk mempertahankan maruah diri • Untuk mencari keamanan • Memelihara tempat ibadat • Menjaga maruah negara • Menjaga harta benda dan nyawa • Mengikut prinsip-prinsip Islam
APAKAH PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM? • Apabila diserang oleh musuh • Bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara • Dilarang membunuh sesuka hati • Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan • Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang • Jika ditawarkan perdamaian, orang Islam harus memilih perdamaian
APAKAH BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ISLAM BERKEMBANG BUKANNYA MELALUI PEPERANGAN • Peperangan dalam Islam bukan bertujuan menyebarkan Islam • Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa • Islam tidak berkembang melalui paksaan • Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi • Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan tawanan perang • Tentera Islam dilarang bertindak ganas / membunuh sesuka hati / memusnahkan tanaman / menyeksa tawanan
MENGAPAKAH ORANG ISLAM BERCADANG UNTUK MENZIARAHI KOTA MAKKAH? • Di situ terletaknya Kaabah • Tempat asal orang Muhajirin • Tempat turunnya wahyu yang pertama • Ingin mengerjakan umrah • Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w
NYATAKAN KELEBIHAN YANG ADA PADA USMAN BIN AFFAN BAGI MEWAKILI ORANG ARAB ISLAM UNTUK BERUNDING DENGAN ORANG ARAB QURAISY DI MAKKAH • Mempunyai ramai saudara mara di Makkah • Matang berbanding sahabat lain • Sifatnya yang lembut / bertolak ansur
SEBUTKAN KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH • Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun • Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah • Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan • Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula • Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
APAKAH PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA PERJANJIAN HUDAIBIYAH? • Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya • Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah • Orang Arab bebas menganut sebarang agama • Islam berkembang meluas • Bilangan penganut Islam meningkat • Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy • Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w • Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah • Perintis pembukaan semula kota Makkah
APAKAH FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD S.A.W BERTINDAK MEMBUKA SEMULA KOTA MAKKAH? • Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah • Gencatan - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun • Kebebasan - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama • Memihak - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah • Bunuh - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam • Strategi - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam • Mantap - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah
HURAIKAN KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM • Peluk - Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam • Perpaduan - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah • Sebar - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam • Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah • Berhala - Terhapusnya amalan menyembah berhala • Suci - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam • Tumpuan - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia • Kukuh - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat • Jalan - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab • Aman - Dakwah Islam tersebar secara aman