80 likes | 356 Views
Adat-adat perkahwinan. Merisik Meminang Bertunang Akad nikah persandingan. Merisik.
E N D
Adat-adat perkahwinan Merisik Meminang Bertunang Akad nikah persandingan
Merisik Tujuan merisik ialah untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum.
Meminang Setelah pihak perempuan bersetuju, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Semasa meminang, mereka akan selalunya membincangkan tentang hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunangan.
Pertunangan • Perbincangan tentang mas kahwin, duit hantaran dan hadiah bagi hari pernikahan. • Ibu bapa kepada pihak lelaki dan pihak perempuan akan bersepakat dengan tarikh pernikahan yang ditentukan oleh pengantin. • Pada hari pertunangan, kedua-dua pihak akan bernegosiasi mengenai duit hantaran dan mas kahwin. • 6000 bersih : 6000 duit hantaran campur mas kahwin • 6000 serta satu : 6000 duit hantaran campur hadiah campur mas kahwin.
Akad nikah • Sebuah upacara dimana Tok Kadi tiba di rumah pihak perempuan dan mengesahkan bahawa kedua-dua pengantin bernikah dengan secara sah. • Dalam upacara ini juga, hantaran dan lain-lain disahkan. • Mas kahwin akan diserahkan kepada pengantin perempuan dan menjadi haknya. • Setelah itu, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Mas Kahwin, Duit Hantaran dan Hadiah • Dalam adat Melayu, mas kahwinharuslah ada pada hari pernikahan. Ianya boleh datang dalam bentuk sebentuk cincin, sebuah Al-Quran, sejadah dan sebagainya. • Duit hantaran tidak diwajibkan ketika bernikah kerana ianya bergantung bagi pihak masing-masing. Ini bermakna mereka boleh memilih untuk memberikan duit hantaran atau tidak. • Seperti duit hantaran, hadiah juga disunatkan dalam adat penikahan. Ianya boleh datang dalam bentuk kasut, komputer riba, baju, jam dan sebagainya. Ianya juga begantung pada pihak masing-masing.
Persandingan Di hari persandingan, pengantin lelaki dan rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari tempatnya ke rumah pengantin peremouan. Hantaran akan dibawanya juga, jika ia belum dihantar terlebih dahulu. Jamuan juga akan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Silat pengantin juga dilangsungkan, bersertakan aliran kompang. • Pada hari persandingan, wali bagi pihak lelaki akan memberikan sejumlah wang atau duit tol kepada wali perempuan. Duit ini akan memberikan arahan supaya wali perempuan menunjukkan muka pengantin perempuan.