1 / 23

KEMAHIRAN LISAN

KEMAHIRAN LISAN. Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat. Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat.

zarek
Download Presentation

KEMAHIRAN LISAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMAHIRAN LISAN • Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. • Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat. • Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. • Seseorang yang dapat memahami dan memproses maklumat yang didengar serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika itu.

  2. Kemahiran Mendengar • Mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama dikuasai oleh kanak-kanak. • Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa-apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekitarnya kemudian cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. • Persekitaran merupakan model kepada kanak-kanak. • Persekitaran yang baik akan membentuk kebiasaan berbahasa yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan sebaliknya.

  3. Konsep-konsep Penting Pendengaran Gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat Berlaku melalui latihan- latihan khas secara berperingkat-peringkat KONSEP MENDENGAR Proses yang berlaku Dipengaruhi aspek Fizikal, psikologi dan neurologi Berpusatkan idea Utama hujah dan bukti serta estetika

  4. Proses Mendengar • Proses mendengar memerlukan seseorang pendengar menggunakan alat pendengaran dan otaknya. • Proses mendengar merupakan proses yang kompleks. • Proses mendengar melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa-apa yang dedengar sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

  5. ARAS 1 Proses mendengar dan mengenali bunyi-bunyi bahasa. Mengutamakan kepekaan dan tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengar. ARAS PROSES MENDENGAR ARAS 2 Proses mendengar dan memahami bunyi-bunyi Bahasa. Ini mengutamakan pemahaman maksud dan bunyi-bunyi yang didengar. Kemudian pendengar menggunakan mesej yang didengar untuk membuat tindakan selanjutnya

  6. Peringkat-peringkat Proses Mendengar 1 Mendengar deretan bunyi 2 Memahami bunyi-bunyi tersebut 3 Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan 4 Bertindak terhadap bunyi

  7. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid: • Menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa. • Memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut supaya boleh bertindak dengan betul dan tepat bersesuaian dengan mesej yang diterimanya.

  8. Prinsip Pengajaran Kemahiran Mendengar • Guru perlu tahu ciri-ciri yang terangkum dalam kemahiran mendengar sebelum menentukan tujuan-tujuan pelajaran. • Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid, keadaan fizikal serta psikologi murid dan pengalaman murid yang boleh mempengaruhi murid dapat mendengar dengan berkesan. • Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian. Sebaliknya kemahiran mendengar hendaklah diajar secara bergabungjalin dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu bertutur, membaca dan menulis.

  9. Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah dipelbagaikan supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. 5 Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong murid menguasai kemahiran ini. 6 Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini perlu dijalankan secara berterusan.

  10. Peringkat Pengajaran Kemahiran Mendengar Peringkat Awal • Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. • Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat. • Melakukan sesuatu yang disuruh. • Menjalankan perintah dan permintaan. • Bertindak terhadap soalan-salan mudah • Mengingat dan memadan ayat-ayat mudah dengan tepat.

  11. Peringkat Pertengahan • Mengecam dan mengingat fakta serta butiran secara tepat dan terperinci. • Mengenal maklumat khusus. • Mengesan urutan. • Mengenal sebab dan akibat. • Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi. • Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

  12. Peringkat Maju • Mengenal isi-isi penting. • Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap. • Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. • Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. • Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. • Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. • Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

  13. Penilaian Kemahiran Mendengar Penilaian terhadap Keupayaan mendengar Dan mendiskriminasi Komponen linguistik Penilaian terhadap Kemahiran mendengar Bagi tujuan komunikasi

  14. Teknik Penilaian • Mengenal pasti bunyi bahasa • Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. tari – dari, karam – garam, lali - lari b) Mengenal pasti perbezaan bunyi berdasarkan gambar. c) Mengenal pasti frasa atau ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang bunyinya hampir-hampir sama. d) Mengenal pasti jenis-jenis ayat mengikut intonasi.

  15. Memadankan frasa atau ayat dengan gambar. • Memberi arahan-arahan yang mudah dan murid memberi grak balas. • Mengarahkan murid melakukan atau membuat tugas-tugas tertentu. • Mengemukakan soalan berdasarkan petikan yang dibaca.

  16. Sekian

More Related