860 likes | 1.22k Views
Pengurusan Projek: PERT/CPM. PERT dan CPM telah digunakan untuk merancang, mejadual, mengawal berbagai projek dengan meluas seperti:. Penyelidikan dan pembangunan bagi keluaran dan proses baru. Pembinaan kilang, bangunan, lebuhraya Pengurusan peralatan yang besar dan rumit
E N D
PERT dan CPM telah digunakan untuk merancang, mejadual, mengawal berbagai projek dengan meluas seperti: • Penyelidikan dan pembangunan bagi keluaran dan proses baru. • Pembinaan kilang, bangunan, lebuhraya • Pengurusan peralatan yang besar dan rumit • Merekabentuk dan pemasangan sistem baru
Mengapa pengurus projek melihat tatacara yang boleh membantu mereka menjawab soalan-soalan yang berikut: • Apakah tarikh jangkaan projek dapat disiapkan? • Apakah penjadualan tarikh bermula dan tarikh penyiapan bagi setiap aktiviti yang khusus? • Manakah aktiviti yang 'kritikal' dan mesti siap tepat pada masa yang ditetapkan seperti dijadualkan supaya projek disiapkan mengikut jadual? • Berapa lamakah aktiviti 'tidak kritikal' boleh dilewatkan sebelum menyebabkan kelewatan keseluruhan projek?
Langkah pertama didalam proses PERT/CPM projek penjadualan ialah untuk menentukan semua tugas tertentu, atau aktiviti, yang membangunkan projek. Perancangan yang tidak elok dan ketinggalan akan memusnahkan dan menyebabkan penyiapkan yang tidak mengikut jadual.
Senarai Aktiviti Sebagai Contoh projek Pembelian Perniagaan Kecil
Rangkaian PERT Lengkungan menunjukkan aktiviti projek Nod berpadanan diawal dan diakhir aktiviti 1 A 3 4 D B C 2
Immediate predeccessors bagi aktiviti tertentu merupakan aktiviti akhir yang mesti disiapkan sebelum aktivitiyang diberi boleh dimulakan. Aktiviti A dan B boleh dimulakan bila-bila masa, kerana kedua-dua aktiviti ini tidak bergantung kepada penyiapan aktiviti terdahulunya. Aktiviti C tidak boleh dimulakan sehingga aktiviti B disiapkan; dan aktiviti D tidak boleh dimulakan sehingga aktiviti A dan C disiapkan. Maklumat immediate predeccessors mesti diketahui bagi setiap aktiviti untuk menerangkan saling bergantungan diantara aktiviti didalam projek.
3 D 4 A 1 C B Rangkaian Asal 2
3 D 4 G? A E 1 C 5 7 B F 2 6
D 3 4 A 6 6 G E 1 5 F B C 2
3 D 4 6 G A E 1 F 5 B C 2
3 D 4 6 G A 1 E 5 7 F B C 2
Rangkaian Projek Rooting C 2 5 Anggaran Kos F Rekabentuk Keluaran A Prototaip D Laporan Akhir J Pengujian G 4 7 8 Broser Pemasaran E 1 Penyelidikan perancangan pemasaran B Perletakan Harga I Bancian Pemasaran H 3 6
Masa Aktiviti Masa optimistik (a) masa aktiviti jika segala-galanya progres didalam bentuk yang ideal Masa paling berkemungkinan (m) Masa aktiviti paling berkemungkinan dibawah keadaan normal Masa pesimistik (b) Masa aktiviti jika kita menghadapi kerosakan dan/atau kelewatan.
Tiga jangkaan ini membolehkan pengurus untuk membentuk jangkaan yang paling hampir bagi masa aktiviti dan kemudian menyatakan ketakpastiannya dengan memberikan sela penganggaran kemungkinan masa yang paling baik (optimistik) kepada kemungkinan masa yang paling burok (pesimistik).
Masa Terjangka Tatacara PERT menganggarkan purata ini atau masa terjangka (t) dan varian adalah dari formula berikut
Contoh Bagi aktiviti A: Masa Terjangka : Varian :
Rangkaian Projek 2 5 3 C 2 F 5 D A 6 4 7 8 E 1 3 3 2 G J 2 B I 2 3 6 4 H
Bermula dengan awal rangkaian (nod 1) dan menggunakan masa permulaan sebagai 0, kirakan masa mula awal dan masa siap awal bagi setiap aktiviti. Katakan: MA = waktu mula awal bagi sesuatu aktiviti (Earliast Start) sA = waktu tamat awal bagi sesuatu aktiviti (Earliast Finish) t = masa terjangka aktiviti bagi seseatu aktiviti
Penyataan berikut boleh digunakan untuk mencari waktu siap awal bagi aktiviti yang diberi: SA = MA + t
Contoh untuk aktiviti A: MA = 0 dan t = 6; Waktu tamat awal untuk aktiviti A: TA = 0 + 6 = 6
Peraturan Mencari Waktu Tamat Awal Masa mula awal (MA) Masa siap awal (SA) 2 Aktiviti 6 1 Masa Aktiviti Terjangka (t)
Peraturan Waktu Tamat Awal Waktu mula awal bagi aktiviti meninggalkan sesuatu nod adalah sama kepada nilai terbesar bagi waktu siap awal bagi semua aktiviti yang memasuki nod.
Masa Siap Awal, Aktiviti E 2 6 6 9 6+3 3 1 2 3 4 6 13 9 9+4 Masa Siap Awal, Aktiviti E
2 5 3 2 6 5 4 7 8 1 3 2 3 2 2 3 6 4
Meneruskankearah hadapan melalui rangkaian, kita boleh membentuk pertamanya waktu mula awal dan kemudian waktu tamat awal bagi setiap aktiviti. • Waktu siap awal bagi aktiviti J, aktiviti terakhir adalah 17 minggu. • Masa penyiapan terawal bagi keseluruhan projek adalah 17 minggu.
Mencari Jalan Kritikal • Menggunakan algorithma untuk mencari jalan kritikal adalah dengan membuat pengiraan ke arah belakang. • Bermula dengan titik penyiapan (nod 8) dengan menggunakan masa siap terkemudian sebanyak 17 minggu bagi aktiviti J, kita bergerak kebelakang melalui pengiraan rangkaian masa mula paling lambat (latest start) dan waktu siap paling lambat (latest finish).
Biarkan: ML = masa mula paling lambat (Latest Start) bagi sesuatu aktiviti SL = masa siap paling lambat (Latest Finish) bagi sesuatu aktiviti
Pernyataan berikut boleh digunakan untuk mencari waktu mula paling lambat bagi sesuatu aktiviti: ML = SL - t Dari Nod 8 (Aktiviti J): SL = 17 dan t = 2 maka ML = 17 - 2 = 15.
Pearturan Waktu Siap Paling Lambat Waktu siap paling lambat bagi sesuatu aktiviti yang akan memasuki sesuatu nod adalah sama dengan nilai terkecil bagi waktu mula paling lambat bagi aktiviti yang akan meninggalkan nod.
2 5 3 5 6 2 3 3 2 1 4 7 8 2 2 4 3 6
2 5 3 5 6 2 3 3 2 1 4 7 8 2 2 4 3 6
Masa Slak Slak adalah didefinasikan sebagai panjangnya masa sesuatu aktiviti boleh ditangguhkan tanpa memberi kesan terhadap tarikh penyiapan projek tersebut. Jumlah slak bagi setiap aktiviti adalah dikirakan sebagai berikut: Slak = ML - MA = SL - SA
2 5 3 5 6 2 3 3 2 1 4 7 8 2 2 4 3 6
Untuk menimbangkan ketakpastian didalam masa aktiviti dan menentukan kesan ketakpastian ini atau variabiliti keatas tarikh penyiapan projek. Jalan kritikal: A-E-H-I-J Masa penyiapan terjangka: 17 minggu Katakan T sebagai tempoh masa projek: T = TA + TE + TH + TI + TJ = 6 + 3 + 4 + 2 + 2 = 17
Varian tempoh masa projek adalah diberikan dengan menunjukkan varian didalam aktiviti jalan kritikal. Oleh itu varian bagi masa penyiapan projek adalah:
Katakan pengurusan telah memperuntukkan 20 minggu bagi projek tersebut. Oleh kerana menjangkakan penyiapan didalam 17 minggu, apakah kebarangkalian kita boleh menyiapkan tarikh akhir 20 minggu? = 1.65 minggu T=20 Z=1.82 17
Z = 1.82 0.50 0.4656 P(T20) = 0.50+0.4656 = 0.9656
Ringkasan Bagi Tatacara PERT Langkah 1: Bentukkan senarai aktiviti-aktiviti yang membuatkan projek, termasuk immediate predeccessors. Langkah 2: Lukiskan rangkaian yang mewakili senarai aktiviti yang dibentuk didalam langkah 1
Langkah 3: Anggarkan masa aktiviti terjangka dan varian setiap aktiviti Langkah 4: Menggunakan masa aktiviti terjangka, tentukan waktu mula awal dan waktu tamat awal bagi setiap aktiviti. waktu tamat awal bagi projek lengkap mewakili waktu tamat awal bagi aktiviti terakhir, Ini adalah masa terjangka penyiapan projek.
Langkah 5: Menggunakan masa penyiapan projek sebagai masa tamat paling lambat bagi aktiviti terakhir, berkerja arah kebelakang melalui rangkaian untuk mengira masa mula paling lambat dan siap paling lambat bagi setiap aktiviti. Langkah 6: Kirakan slak yang berkaitan dengan setiap aktiviti. Aktiviti jalan kritikal adalah aktiviti yang mempunyai slak sifar