340 likes | 652 Views
BAB 2 SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI ASAS PEMBINAAN NEGARA. PENGENALAN Sistem masyarakat Melayu tradisional (masyarakat Melayu tradisi atau MMT), merupakan satu perbincangan pensejarahan yang merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM).
E N D
BAB 2SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI ASAS PEMBINAAN NEGARA
PENGENALAN • Sistem masyarakat Melayu tradisional (masyarakat Melayu tradisi atau MMT), merupakan satu perbincangan pensejarahan yang merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM). • Wujudnya sebuah kerajaan yang mempunyai sistem dan struktur tersendiri, sesetengahnya telah dapat dikekalkan dan diterima pakai sehingga ke hari ini.
MMT merupakan satu istilah yang mendefinisi siapa itu orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat-istiadat yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. Tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Justeru unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.
KONSEP-KONSEP PENTING 1. Sistem “Cara atau kaedah yang teratur dan tersusun baik-baik untuk melakukan sesuatu” – Kamus Dewan 2. Struktur Pola-pola atau corak (patern) yang wujud secara relatif di antara elemen-elemen yang terdapat dalam struktur itu. Elemen-elemen tersebut ialah kelompok, institusi, hierarki, dan norma-normanya.
3. Ke -RAJA -an Dalam MMT, Ke-Raja-an menggambarkan sebuah pemerintahan atau sebuah kerajaan yang memerintah, bukannya konsep negeri atau negara sebagaimana pengertian hari ini. Ia juga sering dipanggil Ke-Sultan-an. Ke-RAJA-an juga membawa maksud kekuasaan Raja ke atas pemerintahannya yang berpusat. Raja itu Kuasa atau kata-kata Raja itu ialah undang-undang. Dengan kata lain, Raja berkuasa mutlak. Maka pada masa itu sesebuah kerajaan akan dikenali seperti Kerajaan Melayu Melaka atau Kesultanan Melayu Melaka, Aceh, Kedah, Patani, Perak, Pahang, Brunei dan lain-lainnya.
4. Melayu Gambaran tentang siapakah orang Melayu, ciri-ciri dan sifat-sifatnya pada masa itu telahpun ditulis dengan panjang lebar oleh pengarang seperti Sir Frank Swettenham, Sir Hugh Clifford, Richard Winstedt dan lain-lainnya (Lihat huraian mereka seperti dalam senarai bacaan). Apa yang diistilahkan sebagai Melayu dalam perbincangan ini ialah dari segi lokasinya iaitu orang Melayu di Semenanjung Malaysia sebagai mewakili sebahagian besar Melayu di Alam Melayu
PENEMPATAN 1. Lokasi • Sesebuah Kerajaan Melayu digambarkan bermula dengan sebuah penempatan di kuala atau di tepi sungai • mempunyai ciri-ciri asas seperti ada strategik (pertahanan), berpotensi berkembang (politik dan wilayah) dan mempunyai kemudahan jalan laluan (ekonomi dan perdagangan).
Rangkaian penempatan di tepi sungai/pantai • berkembang ke pedalaman membentuk penempatan yang lebih meluas membentuk satu kelompok pemerintahan. • akan berkembang maju apabila ia didatangi oleh seorang Raja atau Sultan. • Di Kuala Sungai Melaka digambarkan telah mempunyai perkampungan nelayan sebelum Parameswara berhasrat membuka sebuah kerajaan di situ. • Begitu juga dengan Perak yang telah mempunyai pemerintah atau ketua-ketua tempatan di hulu, hilir, darat dan baruhnya sebelum ketibaan Sultan pertama yang menubuhkan Kerajaan Melayu Perak.
Penempatan paling asas, • Dikenali sebagai kampung atau nama tradisinya dusun. • Diketuai oleh ketua kampung atau tok empat atau penghulu. • Didiami oleh sebuah keluarga besar ataupun oleh beberapa buah keluarga yang menjadi peneroka awal. • Ada potensi menjadi sawah padi , dusun buah-buahan (pertanian), tempat perlindungan daripada bencana peperangan, penindasan atau serangan wabak penyakit berjangkit, tempat persinggahan bermalam (sementara) bagi laluan darat. • Penempatan yang telah berkembang, • Rumah-rumah memanjang mengikut arah hulu sungai dan di tanam dengan pokok kelapa dan pokok buah-buahan kekal. • Pedalamannya dijadikan kawasan tanaman kontan, padi huma dan getah setelah kedatangan penjajah. • Kawasan paya yang luas dan subur dijadikan sawah semasa musim hujan dan tempat makan binatang ternakan pada musim panas.
2. Kegiatan Kemasyarakatan • Masjid atau surau dan pasar-pasar sehari menjadi tempat masyarakat berkumpul untuk aktiviti harian. • Sesebuah masjid mengandungi • ruang sembahyang, anjung tempat berbicara yang terpisah dari ruang sembahyang dan tempat wudhuk. • Di luar bangunan terdapat tempat memasak terutamanya untuk kegiatan bulan puasa atau hari-hari perayaan kebesaran agama. • Syarat bagi mendirikan masjid bagi sesebuah kariah mestilah pemastautin lelaki balighnya melebihi 40 orang. Beberapa buah kampung yang dikumpulkan menjadi mukim, disitulah yang akan didirikan masjid. Kampung yang tidak mempunyai masjid, surau akan memain peranan.
Pasar Sehari • tempat berjual beli dan bertukar-tukar barangan. • mengamalkan kehidupan yang mudah atau secukup hidup. • lokasinya di kuala sungai atau anak sungai kerana faktor jalan laluan dan pengangkutan yang mudah mempertemukan orang ramai. • Mereka bergerak secara berkumpulan • kerana faktor keselamatan, kuatir karam dalam sungai atau dirompak di tengah perjalanan. • mengiratkan silaturrahim dan berada dalam suasana bermuafakat kerana amat berpegang kepada adat dan agama • adat dan agama telah dapat menyatu dan memperatkan perhubungan dan pergaulan dalam MMT.
3. Faktor Penyatuan • Penyatuan yang boleh memberikan persamaan kepada semua MMT di seluruh pelusuk Alam Melayu ialah • penggunaan bahasa Melayu dan perkembangan sastera yang sama, • kehidupan sederhana yang penuh dengan budi bahasa dan susur budayanya, • agama Islam yang menjadi anutan • pegangan serta pemilikan ke atas tanah adalah hak-milik Raja (tidak ada pemilikan kekal kecuali atas anugerah). • tidak ada batas sempadan kekal (tetap) yang bertanda, yang akan memisahkan antara sesama penduduk tetapi hanya ada perakuan kawasan dan tanda kesetiaan. • Kekuatan sesebuah kerajaan diukur pada bilangan (ramai) penduduk yang memperakui kekuasaan pemerintahan dengan memberi kesetiaan, bukannya kepada keluasan kawasan secara mutlak.
PENDUDUK • MMT boleh diklasifikasikan kepada dua kelas,iaitu pemerintah dan rakyat. • Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar istana dan pembesar tempatan. • Golongan rakyat terdiri daripada rakyat bebas dan golongan hamba. Mereka ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah penempatan yang berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini). Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan sungai yang berakhir ke kaki bukit. • Kedudukan sesuatu penempatan mencorakkan jenis pekerjaan penduduknya.
Mencari hasil bumi dan galian, hasil hutan atau hasil laut dibuat secara sambilan berselang seli dengan kerja utama. Bagi yang kerja utamanya ke laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh. • Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu sistem kehidupan yang sederhana dengan ekonomi sara diri dan bertukar barangan perniagaan antara penduduk di tepi pantai, di tepi sungai dan lembahannya. Orang tengah (pengantara) dalam perniagaan ialah pemerintah dan pemimpin tempatan.
Pemerintah • Susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya • Raja atau Sultan. • Kerabat terdekat - dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak, adik beradik dan bapa serta emak saudara bersama anak-anak mereka. • Pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Ketua Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana. • Pembesar Tempatan yang diistilahkan sebagai Orang Besar Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua, Dato’ Penghulu dan Ketua Kampong.
Rakyat • Terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba. • Rakyat bebas - orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang ada kepandaian yang dikenali sebagai utas, tukang, pemuzik atau ahli Nobat, kerja perbomohan serta mengurut, peniaga dan pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau nelayan. • Boleh dinaikkan taraf mereka dengan kehendak pemerintah kerana telah membuat jasa dan bakti atau melalui perkahwinan. Maka wujudlah di kalangan mereka ini Orang Bernama, Berjasa atau Bergelar. • Golongan hamba - mereka menjadi sedemikian kerana warisan dari keturunan, berhutang, hukuman, tawanan atau kerana kemahuan sendiri untuk menghambakan diri atas sebab dan alasan tertentu.
MASYARAKAT SETEMPAT • Masyarakat Melayu meliputi satu rumpun suku-kaum yang besar. Penempatannya, ia meliputi dari kawasan Champa di Indo-China sampai ke kepulauan Madagaskar di Afrika. • Suku-kaum yang ada di Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada tiga kelompok utama. • Pertama ialah orang Melayu yang berasal di sini • Kedua ialah orang Melayu datang dari Sumatera, Kalimantan, Jawa, Bugis, Patani dan Siam yang mengamalkan adat istiadat, cara kehidupan dan agama orang Melayu. • Ketiga ialah orang luar daripada kalangan orang Arab dan India Muslim yang telah mengasimilasikan kehidupan dengan orang Melayu melalui perkahwinan dan Orang Peranakan (Anak Mami).
BIDANG PEKERJAAN DAN HASIL KELUARAN • Pekerjaan utama MMT banyak dipengaruhi oleh tempat tinggal mereka. • Tepi laut – nelayan, pedagang. • Tepi sungai dan pedalaman - petani atau “buat bendang”. • Di luar musim kerja utama iaitu bertani, mereka menternak, mencari hasil hutan dan menjalankan kerja-kerja yang bersesuaian.
NILAI-NILAI MURNI MMT: SATU PENGAMATAN KEMBALI • Keadaan penempatan, corak pekerjaan dan suasana pemerintahan MMT telah membentuk satu corak masyarakat yang tersendiri. Mereka telah menghasilkan satu nilai kehidupan yang tidak sama dengan masyarakat lain. • Sistem Politik Asas hubungan politik Melayu berteraskan kepada perjanjian dan perakuan antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dengan Sang Si Perba (mewakili Raja atau Pemerintah).
Perjanjian dan perakuan ini berbunyi: - Demang Lebar Daun “Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan menjadi hamba ke bawah duli yang dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika ia berdosa, sebesar-sebesar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jika berlaku pada hukum syara.” - Sang Si Perba “Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.”
- Demang Lebar Daun “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak-buah tuanku dahulu mengubahkan ia, maka anak cucu patek pun mengubahkannya.” - Sang Si Perba “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.” • Inilah perjanjian awal yang telah mengikat kesetiaan dan memberi perlindungan di antara pemerintah dan rakyat dalam MMT.
Wujud beberapa konsep yang menjadi pengikat dan pengerat hubungan antara kedua pihak, iaitu 1. Konsep Taat Setia dan Penaung • Rakyat memberikan taat setia kepada pemerintah. Pemerintah pula memberi perlindungan kepada rakyat melalui pemerintahan yang adil dan saksama. • Dalam erti kata lain, rakyat memperakui ketuanan pemerintah dan pemerintah menjadi penaung dan pelindung kepada rakyat.
2. Konsep Budi dan Anugerah • Rakyat memberi perkhidmatan kepada Raja (kerajaan) • Pemerintah memberi anugerah kepada rakyat dengan pangkat, gelaran, tanah atau kawasan sebagai pegangan. • Namun sering digambarkan kita tentang kezaliman, penindasan dan pekara buruk yang dilakukan oleh pemerintah • Sebagai tindak balas adanya penderhakaan atau rakyat melarikan diri dari pemerintahan yang zalim. • Keadaan ini berpunca dari kedua-dua pihak atau salah satunya kerana tidak lagi berpegang pada janji dan perakuan yang dinyatakan di atas.
Tidak mengikut kriteria dan garis panduan dalam membuat perlantikan raja atau pemerintah. • Anak lelaki sulung • Berakal • Berilmu • Seboleh-bolehnya anak gahara • Mendapat sokongan para pembesar dan ketua-ketua • Dilantik dengan penuh adat istiadat • Rasa tidak puas hati di kalangan pewaris, keluarga dan pengikutnya—mungkin berakhir dengan pemberontakan yang mengakibatkan huru hara.
Kesetiaan dan sokongan membantu melicinkan pemerintahan sesebuah kerajaan. • Dalam catatan “Sejarah Melayu” digambarkan Sultan Alauddin Syah terpaksa melakukan penyamaran dengan berkawal dan meronda bagi menangkap pencuri dan perompak kerana Datuk Temenggung tidak menjalankan tugas dengan sempurna. • Begitu juga dengan nasib yang menimpa Raja Muhammad yang tidak dapat menjadi waris takhta KMM setelah Bendahara Paduka Raja Tun Perak menyatakan: “…tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini.” Penolakan ini terpaksa diakuri oleh Sultan Mansor Syah dan menyerahkan Raja Muhammad kepada Seri Bija Diraja untuk disuruh rajakan di Pahang
Sistem Ekonomi • Pada asasnya MMT mengamalkan ekonomi sara diri. • kurang mementingkan keuntungan yang berlebihan tetapi lebih kepada perkhidmatan sosial (kemasyarakatan). • Ikut ajaran Islam yang menetapkan keuntungan perniagaan sehingga tidak sampai ke peringkat menindas pengguna. • Konsep sedekah jariah, sering berlaku memberi lebih dari nilai harga barang • Dilakukan sendiri oleh orang Melayu (penduduk tempatan) yang menjadi pembuat dan penjual dan kemudian • Catatan dari penulis-penulis sebelum ini telah menyatakan bahawa orang Melayu juga merupakan pedagang dan pelaut terkenal.
Sistem Sosial • Kehidupan penduduk sentiasa dalam suasana bermasyarakat, bergotong royong dan bekerjasama. • Kerja-kerja pertanian, dibuat secara gotong royong dari meneroka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. • Teknologi direka cipta sendiri - buat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu, pasang pelita dan unggun api untuk meluruskan taliair dan dan batas sawah atau bendang, lesung bagi mengisar padi , arah angin, persenjataan, alat pertukangan, alat memasak, alat tenunan serta pembinaan kapal layar untuk perdagangan.
Muafakat dalam aktivti keagamaan semasa mengerjakan ibadah puasa dan menyambut hari raya. • Berbuka puasa, memadai dengan membuat sejenis kuih dan menghantar kepada keluarga sekeliling, tuan rumah tersebut akan mendapat balasan. • Hari Raya selain menziarahi kubur pada sebelah paginya beramai-ramai, kunjung mengunjung ke rumah saudara mara, mengunjung keluarga yang lebih tua dari segi usia atau kedudukannya dalam keluarga. Semua ini berlaku kerana kuatnya ikatan kekeluargaan dan juga berpegang pada adat serta mengikut ajaran keagamaan.
KESIMPULAN • Gambaran murni yang menjadi amalan kehidupan MMT sebahagiannya masih diamal sehingga ke hari ini. • Nilai-nilai murni ini telah berjaya meletakkan orang Melayu kepada satu tahap kehidupan yang menjadi sebutan kepada dunia melalui kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dan kemudiannya diteruskan oleh kerajaan Melayu lain. • Kegemilangan ini mula lenyap setelah kerajaan Melayu dicerobohi oleh penjajahan barat secara terus yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah” mereka. • Sejauh manakah kesungguhan menghidup dan mengamalkan kembali nilai-nilai murni MMT setelah negara ini mencapai semula kemerdekaannya.
Ada usaha-usaha untuk mempertidakkan kepentingan dan tingginya nilai-nilai murni orang Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu di negara ini. • Sama-samalah kita menilaikan diri kita sendiri, di manakah kedudukan kita dalam menghayati kehidupan sebagai seorang Melayu khususnya, dan amnya kita sebagai rakyat Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu. • Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Sesuatu bangsa itu akan lenyap jika tidak dapat mengenal lagi sejarah, tradisi budaya dan adat-istiadat serta agamanya sendiri.