770 likes | 2.01k Views
BAHAYA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA. DR HARMY MOHAMED YUSOFF PAKAR PERUBATAN KELUARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. PARU-PARU KITA ADALAH AMANAH ALLAH DAN SAYANGILAHNYA SEPANJANG HIDUP KITA. FAKTA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA. Di Dunia 2.5 billion (2500000) Bilangan perokok di Malaysia 5 juta
E N D
BAHAYA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA DR HARMY MOHAMED YUSOFF PAKAR PERUBATAN KELUARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PARU-PARU KITA ADALAH AMANAH ALLAH DAN SAYANGILAHNYA SEPANJANG HIDUP KITA
FAKTA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA • Di Dunia 2.5 billion (2500000) • Bilangan perokok di Malaysia 5 juta • Perokok di kalangan lelaki 15 tahun ke atas Meningkat daripada 41 %- 50 % (1996) • Sebanyak 25 % pelajar lelaki merokok dan purata mereka menghisap sebanyak 24.3 batang rokok sehari
FAKTA MEROKOK DI KALANGAN REMAJA • Sebanyak 71 % remaja pernah cuba merokok dan dalam satu kajian lain pula mendapati 85 % perokok adalah mereka yang berusia dalam lingkungan 19-22 tahun. • Setiap hari lebih 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula menghisap rokok.
PREVALENS MEROKOK DI KALANGAN REMAJA (12-18 TAHUN) 1985-2000
MASA DEPAN 1000 ORANG PEROKOK MUDA • 1 orang mati kena bunuh • 6 orang mati kerana kecelakaan jalanraya • 500 orang mati kerana penyakit, jantung, kanser, COPD, strok dan lain-lain yang berkaitan dengan merokok
BERITA YANG MENGEMBIRAKAN • Setiap tahun ±10,000 perokok di Malaysia berhenti merokok untuk selama-lamanya. • ± 65% perokok tegar di Malaysia ketika ini ada keinginan untuk berhenti merokok. • 80% daripada orang awam dewasa di Malaysia tahu tentang bahaya merokok. • ± 80% penduduk Malaysia tidak merokok. • Majlis Fatwa Kebangsaan pada bulan Mac 1995 telah pun mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram di sisi Islam.
BERITA YANG MENDUKACITAKAN • >10,000 perokok terpaksa berhenti merokok kerana menemui ajal • Cuma 10% berjaya berhenti merokok. • Prevalens merokok di Malaysia terus meningkat. • 60% daripada penduduk Malaysia yang tidak merokok kebanyakannya kanak-kanak dan kaum wanita masih terdedah kepada bahaya asap rokok iaitu sebagai perokok pasif. • Sampai kini fatwa tentang merokok itu haram masih belum di laksanakan.
APA ITU TEMBAKAU? • Nama saintifik : Nicotiana tobacum • Berasal dari benua Amerika • Upacara keagamaan kaum Red Indian • Kurun enambelas dibawa ke benua Eropah • Dari Eropah tersebar luas ke seluruh dunia • Dibawa masuk oleh Inggeris ke Malaya pada tahun 1929 • Cara penggunaan - hidu, hisap dan kunyah • Pernah diguna untuk membunuh cacing parasit dalam usus
APA ITU MEROKOK ? • Merokok secara aktifmeyedut asap rokok aliran utama melalui mulut • Merokok secara pasifmenyedut asap aliran sisi dan asap aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok. terdedah kepada asap rokok pasif selama 15 minit melebihi 2 hari dalam seminggu. • Bukan perokok yang berada dalam suatu bilik yang dipenuhi asap rokok dalam tempoh satu jam menyamai merokok secara aktif 15 batang rokok.
Asap aliran sisi • Asap yang keluar daripada bahagian rokok yang dinyalakan • Tidak melalui penapis • Terhasil daripada proses pembakaran yang tidak sempurna • Mengandungi bahan kimia beracun yang konsentrasinya lebih tinggi berbanding asap aliran utama yang dihisap oleh perokok
KANDUNGAN ASAP ROKOK ? • Macam-macam bahan- tar jalan, racun serangga, ubat gegat, kapur barus, racun anai-anai, gas kentut, gas racun, bahan plastik, bahan api dll. • Lebih 4000 bahan kimia - 200 yang sangat toksik- 43 bahan yang karsinogenik- pelbagai bahan iritan- pelbagai partikel yang merosakkan paru-paru- pelbagai bahan perisa dan pengawet • Ramuan utama- nikotin
APA ITU NIKOTIN ? • Suatu bahan kimia yang cukup poten dan adiktif • Suntikan 60mg nikotin secara I.V. boleh membunuh. • Bertindak pada sistem saraf • Cepat meresap kedalam sel tubuh • Menyebabkan spasm pada salur darah • Menyebabkan ketagihan • Pengambilan berlebihan menyebabkan keracunan
KERACUNAN NIKOTIN • Hisap rokok berlebihan • Gejala keracunan ringan- mual, muntah, sakit perut, pening, berpeluh, pucat. • Gejala keracunan berat- pusing kepala yang teruk, sawan, otot lemah koma dan boleh membawa maut.
SEBAB MULA MEROKOK • Faktor luaran- pengaruh rakan sebaya- pengaruh keluarga- iklan dan promosi • Faktor dalaman- pengetahun, sikap dan kepercayaan negatif- naluri suka mencuba- tidak asertif- ingin membentuk imej diri Umur median mula merokok- 15 tahun Umur paling muda – 5 tahun
SEBAB TERUS MEROKOK • Faktor fisiologikal- ketagihan / dependence • Faktor saikososial- sudah jadi kebiasaan seperti selepas makan - boring, bosan, rungsing- menjaga berat badan • Faktor persekitaran- iklan- ramai orang merokok- bersama-sama kawan
KESAN MEROKOK • Mortaliti meningkat - penyakit jantung - kanser - strok - penyakit paru-paru kronik • Morbiditi meningkat - 40 jenis penyakit - mati pucuk - kemurungan • Kualiti kehidupan menurun - sering batuk-batuk - tak cukup belanja
KEMATIAN KERANA MEROKOK..WHO • Pada ketika ini- 4 juta kematian berlaku setiap tahun- 11,000 kematian setiap hari~ seperti 27 pesawat Boeing 747 jatuh terhempas setiap hari- 70% berlaku di negara membangun • Menjelang tahun 2030- 10 juta kematian akan berlaku setiap tahun- Melebihi jumlah keseluruhan kematian kerana AIDS, TB, kematian ibu bersalin dan kematian perinatal
FAKTA PENTING TENTANG MEROKOKDI MALAYSIA • Punca utama kematian yang boleh dielakkan • Mengakibatkan >10,000 kematian setahun • Menyebabkan 30% daripada kematian kerana kanser, 25% daripada kematian kerana sakit jantung dan 25% daripada kematian kerana strok • Menyebabkan ± 100,000 kemasukan kehospital setahun kerana sakit jantung, kanser dan COPD • Mengakibatkan anggaran kerugian ±RM20 Billion setahun kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti
Otak Jantung Paru-paru dan saluran pernafasan Saluran makan dan penghadaman Pankreas Hati Ginjal Pundi kencing Mulut & tekak Mata hidung Telinga Kulit & rambut Gigi & gusi Saluran darah Tulang Organ reproduktif ORGAN DAN SISTEM TUBUH YANGTERJEJAS KERANA MEROKOK
KAITAN MEROKOK DENGAN MASALAH SOSIAL YANG LAIN • Rokok dan alkoholproportion perokok yang juga pengguna alkohol= 25% ( CI: 19.3% - 30.7%)proportion pengguna alkohol yang juga perokok = 93% (CI: 87.6% - 98.4%) • Rokok dan dadahproportion perokok yang juga pengguna dadah= 14.3% ( CI:14.23% - 14.36%)proportion penagih dadah yang merokok= 97.1% (CI: 97.07% - 97.13%)
MEROKOK DAN ‘SUBSTANCE ABUSE’ • 99% penagih dadah yang menjalani pemulihan di pusat serenti merokok. • 97% penagih dadah yang berada di luar pusat serenti merokok • 93% peminum alkohol di bar-bar merokok Kesimpulannya - daripada merokok sesaorang akan berpindah kepada dadah atau alkohol atau kedua-duanya sekali, sementara itu merokok terus diamalkan sampailah menemui ajal.
MEROKOK DAN PEMBAZIRAN • Setiap perokok membelanjakan ±RM4,500 setahun kerana merokok :± RM 150 sebulan untuk membeli rokok ± RM 200 sebulan untuk kos perubatan ± RM 300 setahun untuk kos baikpulih • Didharabkan dengan kesemua perokok di Malaysia, menjadikan kos keseluruhan ialah ±RM22.5 bilion setahun
MEROKOK MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPAN • Kecerdasan dan stamina menurun • Fungsi paru-paru menurun • Risiko jangkitan saluran penafasan meningkat • Perokok wanita 2-3 kali lebih berkemungkinan tidak subur • Mati pucuk dikalangan perokok lelaki • Nafas dan badan berbahu busuk • Gigi berkarat • Kulit muka cepat berkedut • Rambut cepat beruban
Hukum merokok di sisi Islam • Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 23 Mac 1995 mengenai rokok menyatakan :“Bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan”. • Allah berfirman dalam ayat 157 surah Al-a’raf yang bermaksud:“Allah menghalalkan bagi kamu benda-benda yang baik dan mengharamkan keatas kamu benda-benda yang jijik dan kotor”.
Fatwa Mufti Mesir(Syeikh Binajmi Al Ghazi Al-Syafie)tentang merokok • Dosa kecil jika dihisap sekali sekala • Dosa besar dengan salah satu daripada lima cara berikut: berkekalan bersenda-senda dengannya suka dan tenang hati melakukannya bermegah-megah apabila dilakukannya tahu haram tapi dibuat juga
PROFIL PEROKOK SEDUNIA • Penduduk dunia: 6.5 billion • Penduduk Islam sedunia: 2 billion (2,023,829,080) • Bilangan perokok sedunia: 1.15 billion (18%) • Bilangan perokok Islam sedunia: 400 juta (20%) • Bilangan perokok bukan Islam sedunia 750 juta (17%)