460 likes | 1.1k Views
MORFOLOGI. (Pembentukan Kata). Apakah morfologi?. Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk. Kajian terbahagi kepada dua:. morfem: bebas terikat kata: akar terbitan. KATA TUNGGAL.
E N D
MORFOLOGI (Pembentukan Kata)
Apakah morfologi? • Satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk.
Kajian terbahagi kepada dua: • morfem: • bebas terikat • kata: • akar terbitan
KATA TUNGGAL • Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. • Contoh: • itu, bakal, ke.
i. Unit bebas Contoh: saya ii. Kata tugas Contoh: di, ke, pada. iii. Kata akronim Kata yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan utuh. Contoh: pawagam (panggung wayang gambar) JENIS KATA TUNGGAL
TIGA CARA MENULIS AKRONIM • i. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan keseluruhan tulisannya dengan huruf besar. • Contoh: • ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
TIGA CARA MENULIS AKRONIM • ii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan nama khas. Contoh: • tabika - taman bimbingan kanak- kanak • lurang - lubang orang
TIGA CARA MENULIS AKRONIM • iii. Gabungan huruf awal dan atau suku kata itu menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: • Mara - Majlis Amanah Rakyat
2. KATA TERBITAN • Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. • Contoh: • berlari • memasak
3. KATA MAJMUK • Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh: • bumiputera, air mata.
JENIS-JENIS KATA MAJMUK • i. rangkaian kata bebas: • biru laut jalan raya ketua menteri • nasi minyak Raja Muda
JENIS-JENIS KATA MAJMUK • ii. istilah khusus • model linear • telefon dail terus • pita suara
JENIS-JENIS KATA MAJMUK • Iii. kiasan • buah hati • manis mulut • ringan tulang • berat tangan
PENJAMAKAN KATA MAJMUK/KATA GABUNG • Hanya perkataan pertama yang terlibat. Contoh: • alat tulis menjadi alat-alat tulis • pasar raya menjadi pasar-pasar raya
KEKECUALIAN • Penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan kata yang telah mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan kata. Contoh: • anak emas-anak emas • tandatangan-tandangan
PENGGUNAAN PENANDA JAMAK • Semua, banyak, sekumpulan, para. • Semua guru besar bukan semua guru-guru besar • Mereka bukan mereka-mereka
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • Kata gabung berimbuhan awalan atau akhiran. Contoh: • bercampur aduk • daya serapan • mengambil alih
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • Kata gabung berimbuhan apitan. Contoh: • pengambilalihan • mengehaknegarakan • ketidakstabilan
4. KATA GANDA • Kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: • kanak-kanak, rumah-rumah.
Penggandaan penuh • Ayat-ayat • Kereta-kereta • Bunga-bungaan • Kementerian-kementerian • Setiausaha-setiausaha
Penggandaan separa • Lelangit • Lelaki • Pepohon
Penggandaan berentak • Sayur-mayur • Warna-warni • Saudara-mara
Awalan Kata Nama • PeN- • Pe- • PeR- • Ke- • Juru-
Awalan PeN- • Pe- bergabung dengan huruf-huruf m,n,ny,r,l dan w. • Contoh: • Penyanyi • Pelayan • pewangi
P, T, K dan S • Huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan menjadi bentuk sengau. • Pukul - pemukul • Takut - penakut • Karang - pengarang • Sayang - penyayang
PeN- menjadi pem- • Kata dasar bermula dengan huruf b, dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f dan v dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. • Contoh: baca menjadi pembaca. Boikot menjadi pemboikot, veto menjadi pemveto, fatwa menjadi pemfatwa, blok menjadi pemblok, dan proses menjadi pemproses.
PeN – menjadi pen • Kata dasar bermula dengan huruf d, c, jsy, dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. Contoh: • dapat - pendapat • curi - pencuri • jaja - penjaja • syarah - pensyarah • tauliah - pentauliah • swasta - penswasta
PeN- menjadi peng- • Kata dasar bermula dengan huruf g, kh dan h dan a, e, i o, u. Hadir juga bentuk-bentuk pengecualian yang kata dasar bermula dengan huruf k. Contoh: • gulung - penggulung • khianat - pengkhianat • elak - pengelak
Kata pinjaman • kabul - pengkabul • katalog - pengkatalog • kategori - pengkategori • kritik - pengkritik
Kekecualian • Kata dasar kaji – pengkaji. • Catatan: Kata kaji bukan kata pinjaman. Tujuannya untuk membezakan dengan kata pengaji.
Peng- menjadi penge- • Apabila bergabung dengan kata dasar bereka suku kata. Contoh: • bom - pengebom • cat - pengecat • had - pengehad
Pe- digabungkan dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan bunyi. • Pe + sakit - pesakit • Catatan:Sebagai perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-. • peN- + sakit - penyakit
Awalan peR- • Pada kata dasar jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: • Per + asap perasap • Per + buru perburu
Awalan ke- dan juru- • Tanpa melibatkan perubahan bunyi. Contoh: • Ke + kasih kekasih • Juru + tari jurutari
Apitan • Ke-…-an • Pe-…-an • PeN…-an:pem-…-an,pen-…-an,peng-…-an,penge-…-an, peny-…-an. • PeR-…-an:pe-…-an, per-…-an.
Sisipan • -el telunjuk • -em gemuruh • -er kerlip • -in sinambung
Imbuhan Rangkap • mempeR-: memperisteri, mempersuami, memperbesar. dipeR-: diperalat. terpeR-: terperinci.
Imbuhan Awalan • Maha,pra-,swa-tuna-eka-dwi-,tri-panca.Contoh: • Tunanetra, tunakarya. Swalayan, pramusaji.
Pascakursus:Ejaan, Penulisan Kata dan Pembentukan Kata. • Ejaan: • Bunyi:tiga:vokal, konsonan, diftong. • Pemisahan suku kata. • Pola suku kata. • Keselarasan huruf vokal. • Ejaan kata bahasa Inggeris.
Penulisan Kata • Kata berawalan • Kata majmuk • Kata ganda • Kata nama • Kata ganti nama diri singkat • Kata bilangan/angka • Singkatan
Pembentukan Kata • Imbuhan: • Awalan • Akhiran • Apitan • Imbuhan pinjaman • Akronim
Kueja betul, bahasaku terampil • Pokok kari di tepi pekan, • Lebah bersarang di hujung pohon; • Ilmu kuberi harap dimanfatkan, • Andai terkurang maaf kumohon.
Betulkan jika perlu: • Dia yakin bahawa rakyat di negara itu akan menyatupadu. • Melaka terkenal dengan bukit yang mereka mengenalikan sebagai Bukit China. • Pelajar itu gagal dalam akauntasi kerana dia tidak berminat dengan subjek tersebut. • Haslina melapor berita dari London.