271 likes | 1.61k Views
ADAB MENERIMA TETAMU. KONSEP MELAYAN TETAMU. Tetamu : Orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput. Menerima dan melayan tetamu - Amalan yang digalakkan Islam. Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama datang.
E N D
KONSEP MELAYAN TETAMU • Tetamu : Orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput. • Menerima dan melayan tetamu - Amalan yang digalakkan Islam. • Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama datang.
ADAB TERHADAP TETAMU. • MEMBERI LAYANAN YANG BAIK: • Menyambut tetamu • Bersalaman • Mempersilakan masuk • Menyediakan tempat selesa
2. BERSIFAT IKHLAS DAN BERLAPANG DADA: • Gembira tetamu datang • Tidak berasa kedatangan tetamu menggangu aktiviti harian
3. BERMUKA MANIS: • Sentiasa senyum. • Berbual-bual. • Tutur kata tidak menyinggung perasaan
4. MENJAMU TETAMU: • Sedia makanan terbaik mengikut kemampuan • Jemput tetamu makan dan jangan mengemas hingga tetamu selesai makan
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG BAIK KEPADA AHLI KELUARGA: • Terutama apabila tetamu hendak bermalam
BATAS PERGAULAN BERSAMA TETAMU • Pakaian bersih, menutup aurat dan kemas. • Jaga suasana rumah supaya tidak menganggu ketenteraman tetamu. • Elak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu. • Maklumkan tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada tugas luar.
KELEBIHAN MELAYAN TETAMU • Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT. • Murah rezeki, dirahmati, dan diberkati Allah • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi. • Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan. • Membantu perkembangan institusi pelancongan.
IMPLIKASI TIDAK BERADAB DENGAN TETAMU • Tetamu berasa terhina dan tidak dihormati • Menimbulkan pergaduhan dan perpecahan. • Menghilangkan rasa kasih sayang antara masyarakat. • Menjauhkan orang bukan islam daripada mendekati dan memahami Islam. • Menjadikan industri pelancongan tidak mendapat sambutan. • Menjatuhkan imej diri, masyarakat dan Negara.
ADAB SEBAGAI TETAMU • Berkunjunglah mengikut masa yang sesuai. • Berilah salam terlebih dahulu sebelum masuk. • Masuk setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan. • Elakkan diri daripada memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah.
Makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput. • Ucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan. • Ucapkan salam sebelum pulang. • Bermalam tidak melebihi tiga hari. • Tidak membawa orang lain bersama sebelum mendapat kebenaran tuan rumah